Konco-konco ku

Tuesday, April 9, 2013

ALERT!! SENDIRI GANTUNG SALAHKAN ORANG LAIN!!

MARAH juga dengan puak pakatan ni yang kalau sehari tak fitnah bukan puak mereka la tu. Itulah hakikat sebenar yang kita sebagai rakyat Malaysia harus tempuhi saban hari. Setiap hari ada sahaja fitnah terbaru yang ditujukan kepada BN bagi menampakkan yang kepimpinan BN ini bersifat jahat dan dengki.

Sejak kebelakangan ini, beberapa banner yang mengutuk kepimpinan parti dalam pakatan bersepah digantung dibeberapa kawasan panas sekitar Selangor dan Lembah Klang. Puak pakatan menuduh ini semua adalah kerja BN yang mahu memecahbelahkan puak pakatan menjelang pilihanraya.

Gambar dibawah sebagai bukti.

Mereka-mereka ini kononnya menuduh BN sebagai orang yang bertanggungjawab menggantung banner-banner provokasi ini, tetapi yang pasti mereka telah bersedia lebih lama untuk melancarkan serangan fitnah terbaru ini. Apa boleh buat, puak ni semua dah tak ada modal nak counter attack BN jadi buatlah banner murah untuk memfitnah.

Gambar diatas menunjukkan sebahagian banner yang ditunjukkan kepada ketua-ketua jentera mereka yang diarahkan untuk menggantung banner tersebut dibeberapa kawasan. Sebelum keluarnya gambar diatas sekali itu, team risikan kami telah mendapat maklumat awal tentang pengedaran dan strategi pemasangan banner. Mereka punyai seorang Pengarah Propaganda yang ditugaskan untuk membuat huru-hara dan fitnah ini.

Tiada apa lagi yang harus BN lakukan sekarang hanya berserah kepada Allah untuk menghadapi fitnah puak pakatan yang semakin melampau. Sentimen perkauman, agama turut digunakan bagi menuduh BN. Fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

comment please.....