Konco-konco ku

Tuesday, April 23, 2013

APA NAK DIHAIRANKAN KALAU 'MAT TYSON' KELUAR UMNO??

BEBERAPA kenalan aku ada bertanya tentang penyertaan Mat Tyson atau Mohammad bin Taib, bekas Menteri Besar Selangor ke dalam PAS. Ada juga yang membuat andaian UMNO tidak pandai menjaga ahli-ahlinya justeru itu mereka-mereka ini keluar dari parti dan mengkhianati parti.

Bagi aku mudah je, semua ini adalah kerana KECEWA! 

Ahli UMNO yang punyai pangkat, punyai kedudukan, punyai pengaruh semakin ramai yang meninggalkan parti mereka semua ini adalah tergolong dalam golongan manusia yang tidak tahu BERSYUKUR dan KECEWA. Kecewa sebab apa? Mungkin tak dapat jadi calon, mungkin tidak dapat jawatan lebih tinggi.

Biarlah orang yang kecewa membawa diri. Biarkan orang sebegini keluar dengan sendiri kerana ada tak bertambah, tak ada pun tak berkurang. Tiada masalah untuk pemimpin konon bagus ini keluar parti, lebih ramai pemimpin yang kecewa sebegini keluar semakin baik sesebuah parti itu. 

Kita menyaksikan satu senario baru yang mana pemimpin dari UMNO seorang-seorang meninggalkan parti kerana kecewa tidak mendapat kedudukan atau bertanding sebagai calon. Disebelah pihak pakatan pula kita menyaksikan senario yang sama, namun yang keluar adalah rakyat akar umbi, ahli parti yang berjuang demi parti meninggalkan parti secara berjamaah kerana sudah nampak kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin pakatan.

Kecewa dengan penjualan kalimah Allah, kecewa dengan pemimpin terlibat skandal seks, kecewa dengan pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri. Mereka kecewa kerana punyai alasan yang kukuh. Ahli parti akar umbi tidak ingin rebut kerusi seperti pemimpin mereka, mereka hanya mahukan keperluan dan kehendak mereka dipenuhi. Tetapi pemimpin pakatan tak nampak semua tu. Sejak 5 tahun memerintah 4 buah negeri, yang mereka tahu hanyalah berceramah memfitnah di atas pentas dan tidak pernah memberikan apa-apa bantuan kepada rakyat.

Opsss! Ada bantuan yang diberikan tapi hanyalah kepada kroni mereka sahaja. Orang asing yang tidak mereka kenal walaupun bersumpah mubahalah memangkah parti mereka, pemimpin pakatan tidak akan layan. Seperti di Selangor kita ambil contoh, mana wang hadiah anak masuk u? Mana elaun khas ibu tunggal? Mana duit TAWAS? Mana elaun surirumah? Mana elaun warga emas? Mana elaun OKU? 

MANIFESTO BUKAN JANJI!!

Itu hanyalah sedikit janji yang terbentang didalam manifesto PRU 2008. Belum lagi selesaikan janji yang telah ditabur, menjelang PRU ke-13 ini pihak pakatan berani lagi berjanji manis kepada rakyat. Bukan hendak menyelesaikan janji terdahulu, malah berjanji lagi bulan dan bintang. Sampai PRU ke berapa puak pakatan ni nak tunaikan janji? Sampai menang Malaysia? Mimpi......

Rakyat sebenarnya yang patut kecewa. Berbalik kepada Mat Tyson yang telah pun menyerahkan borang keahlian PAS kepada Hadi Awang, hanya individu yang jenis KUFUR NIKMAT sahaja yang berbuat demikian. Kesenangan, pangkat, pengaruh telah diperolehi namun kerana kecewa tidak menjadi calon, maka hilanglah rasa setia, rasa hormat pada parti. 

Kini telah terbukti yang pakatan telah berjaya mengumpulkan individu-individu yang kecewa kerana pangkat. Masihkah lagi kita mahukan pakatan ini terus memerintah? Fikirkan.

Sayangi Selangor, Yakini BN.

7 comments:

  1. Bukan kecewa tapi beralih angin dgn sepoi2 bahasa.Ada faham semua.Inilah Malaysia demokrasi sebenar,apa hendak lagi.Berjaya BN!!!!!

    ReplyDelete
  2. ...dia ni memang kawan lama Anuar zaman di U dulu dan bersama Team Wawasan semasa Anuar 'rampas kuasa' dari Tun Ghafar dulu...mereka tipu orang tua tu hidup kononnya tak mahu bertanding jawatan Timb Presiden UMNO...semasa jadi MB Selangor prnah ditangkap di airport Australia kerana seludup wang tunai berjuta...dia bukan kecewa, sudah banyak dia buat harta semasa dalam UMNO...apa lagi dia mahu ???

    Mungkin dia juga ada cita2 mahu jadi PM macam rakan kamcing dia Anuar. Tapi dia pilh PAS kerana nak ganti Hj Hadi....

    ReplyDelete
  3. Mat Tamak ni sebenarnya manuasia kufur nikmat.Dalam UMNO pun sudah tidak laku tapi banyak buat harta semasa jadi MB Selangor dulu. Tarak guna punya orang tapi PAS nampaknya seronok dapat berkawan dgn orang macam ni. Mungkin mereka pun serupa.

    ReplyDelete
  4. Elok la die join PAS... yang sedia ada dalam PAS pun same perangai macam die.... syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana semakin kurangnye parasit di dalam BN.

    ReplyDelete
  5. Kah kah kah.....komen yg tak masuk akal...yg tulis pun sama..kalau dia nk masuk, biar je lah..masing2 punya akal utk berfikir. kalau kau sokong BN, keluarkan lah hujah kenapa org kene sokong bn. isu yg kena jelas kan ialah, kenapa bila jabatan audit negara keluarkan senarai harga pembelian yg tsk masuk akal, tak ada response dari pemerintsh...isu mb dok sepenggal, harta sedara mara n sendiri meningkat secara mendadak, isu surau atau masjid yg lesu dgn kuliah agama di negeri bawah bn, isu pasal pendidikan rakyat kearah moral dan agama yg baik. Isu jimat cermat bermula dari pemimpin. Isu keadilan dlm mrnyampaikan kempen pilihanraya melalui media. Byk lagi tak trtulis....jgn lah dok cerita seks, kalimah allah, air, fitnah. Tapi isu rasuah lembu, tanah tentera, rumah khir, isu port klang dan sebagainya di sonyapkan......sedih sedih....

    ReplyDelete
  6. kah kah kah.. betul3 tu... biarlah die berambus masuk PAS... dah tentu selepas tengok video mustapa ali.... teruja sesangat sebab segalanya itu dihalalkan dlm PAS. x do apo tindakan dari tok guru pun......
    yang keluar UMNO adalah virus2 BN... berdedai2 lagi yang masuk UMNO... itu semua perkara biasa... so selamat berjuang untuk tok mat... dah tua2 nak berkuasa lagi...

    ReplyDelete
  7. semua yang anon kata kan sudah disiasat..termsuk rumah khir tu....kat selangor pun media dikuasai sepenuhnya dan tidak ada ruang untuk bn...kes adun bagi pampasan kat bekas isteri kemboja tu pun apa cerita...berjuta harganya...adun berapa penggal tu?

    ReplyDelete

comment please.....