APA nak dikata apabila pemimpin sendiri yang melarikan diri dari pengundi. Ternyata Khalid Gagap telah ditolak 100% oleh pengundi di DUN Ijok kerana banyak janji yang ditaburkan dalam PRU12 yang lalu tidak dapat ditunaikan. Al-maklumlah, manifesto PR bukan janji yang harus ditunaikan. Itu kata Khalid Gagap sendiri.
Sebagai langkah selamat untuk meneruskan karier politiknya dalam PKR maka Khalid mencuba nasib di Pelabuhan Klang. Adakah pengundi di Pelabuhan Klang akan suka kepada Khalid?
Seperti tahun 2008 Khalid Gagap menjadi calon favourite di Ijok kerana janji-janji yang ditabur kepada para pengundi terutama warga estate yang menjadi penyumbang terbesar undi bekas MB ini. Namun setelah 5tahun menjadi wakil rakyat, tiada satu pun janji yang dapat ditunaikan, yang kedengaran saban hari saban waktu hanyalah janji baru di atas pentas ceramah fitnah pakatan.
Mungkin pengundi di Pelabuhan Klang boleh mengambil iktibar dari nasib pengundi di Ijok. Tanya sendiri apa sumbangan dan bakti Khalid kepada penduduk di sana. Jangan hanya kerana Khalid berlambangkan parti mata dajjal, maka pengundi Pelabuhan Klang menutup mata memangkah kertas undi Khalid.
Undi kita sebagai rakyat adalah untuk melihat sesebuah kawasan itu menjadi maju seperti kawasan lain. Bukannya berwakil rakyatkan seorang yang hanya pandai bercakap dan berjanji tapi satu kerja atau jasa tak pernah dicurahkan kepada para pengundi mereka.
Fikirkan masak-masak sebelum memangkah. Calon bagaimana yang kita mahukan. Calon yang hanya pandai bercakap sahaja atau calon yang pandai bercakap dan melaksanakan tugasnya selaku wakil rakyat. Fikirkan.
tau tak pa...dah org tak suka...lagi mau jadi calon ka??? MANI FESTO bukan janji tau.... anytime boleh cancel balik.... sudah dapat ma... lu olang apa pedulik??? sediri cari la...
ReplyDeletepatutla minggu lepas aku lalu kawasan ijok, bendera pkr kurang sangat..sangat kurang, berbeza dengan tahun 2008 dulu. nak lari rupanya......alamak sebijik macam cete DO Re Me, jual obat, dah kantol...cabut
ReplyDelete