Konco-konco ku

Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Friday, September 29, 2017

AZMIN KONON MARAH KAITKAN DIA DENGAN PESTA ARAK SELANGOR. #BANTAHOCTOBERFEST

Sebelum ini tular luas lampiran muka depan akhbar Utusan yang mengatakan 'Azmin Benar Pesta Arak'.

Setelah membangkitkan kemarahan maksimum orang Islam terutamanya setelah anjuran Pesta Arak atau Oktoberfest ini ibarat menghina negara majmuk yang agama rasminya adalah agama Islam.

Namun Azmin begitu marah kerana laporan akhbar itu ibarat memberi persepsi buruk kepadanya. Azmin ancam saman Utusan sekiranya tidak meminta maaf.

Monday, September 25, 2017

MB AZMIN SETUJU PESTA ARAK DIADAKAN DI SELANGOR

TAHNIAH kepada rakyat Selangor yang terus memberi sokongan kepada Pakatan Harapan DAP-PKR-PAN-PAS-PPBM atas usaha gigih mereka membawa pesta gilang-gemilang ke Selangor. Diharapkan dengan adanya pesta arak terbesar asia ini maka ekonomi Selangor akan terus kukuh bersama DAP.

Selepasa DBKL membatalkan permohonan lesen penganjuran arak di KL tempohari, kini Azmin terus meniti populariti apabila bersetuju untuk membenarkan pesta arak ini di adakan di Selangor dengan memilih beberapa tempat untuk cadangan program.

Hanya dengan penganjur mematuhi beberapa syarat PBT kawasan tersebut, Azmin Ali dikatakan telah memberi persetujuan secara lisan kepada pihak penganjur dengan bantuan daripada pemimpin DAP.

Nampak terdesak kali ini apabila ada campur tangan daripada pemimpin DAP yang tetap mahukan pesta ini diteruskan demi untuk meraih sokongan daripada kaum bukan Melayu.

Nampaknya Azmin tersepak apabila PAS Selangor menerusi Pemuda PAS nya membantah penganjuran pesta arak ini di Selangor sepertimana yang dinyatakan dalam sidang media beliau baru-baru ini.

Mari kita lihat adakah Azmin akan teruskan mengikut telunjuk DAP atau membatalkannya mengikut telunjuk PAS.

Tuesday, March 28, 2017

ADUN DAP SEKINCHAN SELEWENG DANA YAWAS - JAMAL YUNOS

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat laporan polis berhubung salah guna kuasa berhubung penyelewengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) yang didakwa dilakukan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim di Balai Polis Sekinchan, di sini, pagi ini.

Jamal bersama Penasihat Undang-Undangnya, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Besar, Ng Boon Kiong, membuat laporan itu kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Jamal yang hadir kira-kira jam 10 pagi di hadapan balai polis itu sempat berucap di atas kereta pacuan empat roda selama kira-kira 15 minit di hadapan kira-kira 200 penyokongnya.


Dalam ucapannya itu, Jamal mendakwa Suee Lim telah mengeluarkan wang peruntukan Yawas puluhan ribu ringgit yang digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Saya ingin bertanya kepada Suee Lim mengapa mengeluarkan duit daripada ATM (mesin pengeluaran automatik) bank lebih daripada sepatutnya yang diberikan kepada waris-waris yang meninggal dunia di bawah Skim (Mesra Usia Emas (SMUE).

"Wakil rakyat Ng Suee Lim daripada DAP ini adalah seorang yang tidak amanah dan jujur... saya berani berkata demikian dan saya sedia menunggu surat saman daripada Suee Lim jika saya berbohong," katanya.

Jamal yang mengakhiri ucapannya itu kemudiannya dilihat masuk ke balai polis dan dijangka sidang media akan diadakan selepas laporan polis dibuat.

Friday, November 25, 2016

AHLI PARLIMEN PKR SUBANG KUTIP KOMISEN DARIPADA RUMAH RAKYAT SELANGORKU!

Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.

Bagi GLC Selangor seperti PKNS mereka membina "Rumah Selangorku Idaman PKNS".

Berdasarkan set dokumen yang diperolehi jelas terdapat Benarkah terdapat sindiket melibatkan watak tertentu dalam PKR Selangor dalam menetukan projek perumahan di Selangor bagi mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang berkos RM200juta ke RM300 juta. Maklumat yang terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:

terma projek Rumah Selangorku yang 'diarahkan' kepada PKNS untuk guna pakai
Antara dokumen yang diperolehi ialah perjanjian (undang - undang) melibatkan syarikat kontraktor yang ingin mendapatkan projek Rumah Selangorku dengan seorang penama iaitu Naveen Kularasa Rasiah yang mana jika syarikat tersebut memperolehi projek tersebut maka 1.5% (dari nilai projek) harus dibayar kepada Naveen.

Maka satu siasatan dilakukan maka ditemui bahawa YB Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli Parlimen Subang yang merupakan pendokong kuat kartel Azmin Ali juga mempunya saudara bernama Naveen Kularasa Rasiah. Adakah watak yang membuat perjanjian bagi meraih komisyen projek dibawah kerajaan Selangor ini ialah adik beradik kepada Sivarasa Rasiah yang juga menduduki beberapa kerusi penting dalam GLC Selangor. Baca lagi di SINI.

BUDIMAN PERSOAL PENGANJURAN SEMINAR PEMIKIRAN BANDUAN OLEH JAIS!

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menyambut baik penegasan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penglibatan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, penegasan MAIS itu menjelaskan kepentingan institusi umat Islam di Selangor supaya tidak diperalatkan untuk kepentingan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengetuai pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini.

“Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi Selangor sepatutnya tidak ‘rabun’ membezakan di antara program kerajaan negeri dengan program politik. Penganjuran Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar itu jelas sekali merupakan program politik dan mungkin menggunakan wang rakyat.

“Malah penganjuran seminar itu seolah-olah menunjukkan pihak penganjur cuba mencabar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini menitahkan supaya institusi-insititusi agama Islam di Selangor tidak terlibat dalam program yang berunsurkan politik.

“Apakah pihak penganjur sanggup mengenepikan titah Sultan Selangor demi kerana mahu menjaga kedudukan serta imej Anwar yang merupakan Penasihat Umum PKR dan sedang menjalani hukuman penjara diatas kesalahan meliwat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan MAIS kesal dengan tindakan JAIS mengeluarkan surat jemputan kepada guru sekolah rendah agama (SRA) untuk menyertai Seminar Pamikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan berpendapat JAIS telah melakukan kesilapan dengan menjemput guru-guru SRA di daerah Petaling dan Klang untuk menghadiri seminar itu.

Menurut Mohamad Adzib, pembabitan pegawai-pegawai JAIS dalam seminar tersebut adalah bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak mahu JAIS terlibat dengan program berunsur politik.

Mynewshub semalam melaporkan Budiman mempertikai tindakan kerajaan kerajaan Selangor seolah-olah memperalatkan JAIS untuk kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepentingan politik PKR. .

JAIS mengarahkan guru Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor menghadiri Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Budiman menyifatkan seminar itu tidak wajar kerana kelihatan cuba mengangkat darjat Anwar yang dihukum penjara kerana kesalahan meliwat kononnya seorang tokoh pemikir pendidikan Islam.

“Kita menuntut supaya JAIS mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat berdasarkan syarat-syarat perkhidmatan awam kerana menandatangani surat jemputan kepada para guru-guru agama supaya menghadiri seminar tersebut yang difahamkan dibuat tanpa kelulusan pihak pengurusan dan makluman kepada Pengarah JAIS,” katanya hari ini. – MYNEWSHUB

Wednesday, November 9, 2016

AHLI MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK) SEBAR VIDEO 'BLUE' DALAM GROUP WHATSAPP!

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tan Heng Kim didakwa kerana memuatnaik klip video lucah dalam ‘group’ applikasi WhatsApp.

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, beliau terkejut dengan tindakan tidak bermoral Heng Kim sambil menyifatkan ia sebagai keterlaluan dan melampau.

“Kejadian berlaku pada minggu lepas dan kami amat kesal dengan tindakan Heng Kim yang memuatnak klip video lucah tersebut dalam group ‘WhatsApp MPK’.

“Kalau ia untuk tatapan peribadi beliau sahaja mungkin kami boleh faham tapi ‘group WhatsApp AM MPK 43B JKP’ itu bertujuan untuk menyalurkan aduan dan permasalahan rakyat dan bukan untuk perkara seperti ini ,” ujar sumber itu yang enggan mendedahkan identitinya.

Menurutnya di dalam ‘group WhatsApp’ tersebut terdapat hampir 50 orang ahli MPK yang lain termasuk beberapa orang wanita.

“Mungkin dia rasa tindakan itu hanya sebagai gurauan, namun kami merasakan tindakan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan harus dihentikan kerana ini bukan kali pertama dia berkongsi klip-klip video seperti itu.

“Bukan saya seorang malah majoriti ahli kumpulan tersebut turut mengecam tindakan tersebut, mungkin kamu boleh call dia untuk minta penjelasan, sebab saya tak nak nanti orang kata kami cuba untuk memfitnahnya.

“Walaupun ada yang cuba menasihatinya namun dia masih meneruskan tindakan seperti itu jadi kami harap selepas isu ini dibangkitkan dia akan berubah dan berhenti melakukan perkara seumpama itu,” katanya lagi,

Sumber tersebut turut mengirimkan beberapa ‘screenshot’ untuk membuktikan dakwaannya itu. - SuaraTV

Wednesday, September 30, 2015

#DEIG SAMAN FAEKAH ATAS PERSOALAN YANG GAGAL DIJAWAB AZMIN

Mantan CEO MBI yang juga bekas Setiausaha Politik kepada mantan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini bertugas sebagai Penyelaras parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang Cik Puan Faekah Husin telah menerima surat notis bertarikh 25hb September 2015 dari Tetuan Abu Bakar & Yong peguam dikatakan mewakili Menteri Besar Selangor (MBI), Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan COO DEIG Soffan Affendi Aminuddin mengenai suatu artikel yang disiarkan oleh NST bertajuk " WHY NO STATE OFFICIALS IN DEIG" pada pandangan anak guam mereka sebagai kenyataan fitnah yang merosakkan reputasi dan nama baik yang terlibat.

Antara lain Faekah dituduh mencemarkan nama DEIG mengamalkan rasuah dan tidak amanah ... DEIG dituduh akan menyalahgunakan aset Kerajaan Negeri Selangor .. DEIG dituduh terlibat dalam urus niaga dan transaksi yang meragui ... COO Soffan Affendi Aminuddin  sebagai tidak amanah, jujur dan mengamalkan rasuah dan akan gunakan kedudukkannya untuk menyalah guna aset Kerajaan Negeri Selangor dengan amalan transaksi mencurigai dan amalan rasuah .....

Apakah benar sepertimana yang diperkatakan oleh peguam DEIG tersebut? ... Bukankah Faekah Husin hanya meminta Azmin dan DEIG memberikan jawapan dari pelbagai soalan yang di bangkitkan pada hemat beliau amat perlu diberikan penjelasan agar rakyat mendapatkan pencerahan demi kebenaran.





PAS PERTIMBANG KELUAR DARI KERAJAAN SELANGOR

PANAS! PAS menerusi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr. Hj. Mahfodz Mohamed akan membawa usul untuk PAS keluar daripada kerajaan Selangor pimpinan Azmin (PKR) ke dalam mesyuarat jawatankuasa politik PAS tidak lama lagi.

Ini berikutan penubuhan Pakatan Harapan yang tiada PAS di dalam jawatankuasa tersebut. Memetik laporan daripada KLXPress (rujuk SINI) mendakwa PKR terus mengenepikan PAS dalam segala hal dan PAS tidak akan bertahaluf siyasi lagi dengan DAP dan AMANAH kerana didakwa mengkhianati perjuangan PR sebelum ini.

Sementara ini Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Sungai Besar (rujuk SINI) pada Ahad lepas menggesa usul supaya PAS berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor memandangkan PAS tidak mahu melibatkan diri dalam Pakatan Harapan yang turut disertai oleh DAP dan AMANAH.

MAKA, secara tidak langsung PAS akan terus mendesak agar PAS Selangor menuruti keputusan yang bakal dikemukakan dalam mesyuarat politik PAS pusat akan datang.

Oleh itu, kita dapat lihat bagaimana PKR bergerak tanpa bantuan PAS.


Tuesday, September 29, 2015

CATATAN DARI BELAKANG TIRAI BESI - DR. KHIR TOYO

Catatan Di Belakang Tirai Besi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup?

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya.

The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor.

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.

Dr Mohamad Khir Toyo