Konco-konco ku

Tuesday, March 28, 2017

ADUN DAP SEKINCHAN SELEWENG DANA YAWAS - JAMAL YUNOS

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat laporan polis berhubung salah guna kuasa berhubung penyelewengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) yang didakwa dilakukan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim di Balai Polis Sekinchan, di sini, pagi ini.

Jamal bersama Penasihat Undang-Undangnya, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Besar, Ng Boon Kiong, membuat laporan itu kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Jamal yang hadir kira-kira jam 10 pagi di hadapan balai polis itu sempat berucap di atas kereta pacuan empat roda selama kira-kira 15 minit di hadapan kira-kira 200 penyokongnya.


Dalam ucapannya itu, Jamal mendakwa Suee Lim telah mengeluarkan wang peruntukan Yawas puluhan ribu ringgit yang digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Saya ingin bertanya kepada Suee Lim mengapa mengeluarkan duit daripada ATM (mesin pengeluaran automatik) bank lebih daripada sepatutnya yang diberikan kepada waris-waris yang meninggal dunia di bawah Skim (Mesra Usia Emas (SMUE).

"Wakil rakyat Ng Suee Lim daripada DAP ini adalah seorang yang tidak amanah dan jujur... saya berani berkata demikian dan saya sedia menunggu surat saman daripada Suee Lim jika saya berbohong," katanya.

Jamal yang mengakhiri ucapannya itu kemudiannya dilihat masuk ke balai polis dan dijangka sidang media akan diadakan selepas laporan polis dibuat.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...