Konco-konco ku

Tuesday, March 31, 2015

FORUM PKR DIHADIRI 'RIBUAN' PENGUNDI HANTU!!!

Forum mengenai isu-isu semasa yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Subang di Kota Damansara disini malam semalam nyata mengecewakan apabila dihadiri kira-kira 60 orang hadirin sahaja.

Walaupun ahli panel forum terbabit dihadir orang kuat pakatan pembangkang antaranya Ahli Parlimen Subang, S. Sivarasa; Ahli Parlimen Ampng, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan Bendahari Pas Pusat, Mohd. Fakhrul Razi termasuk anak Penasihat PKR, Nurul Ilham Anwar ia nyatanya gagal menarik minat orang ramai.

Seperti yang dijangka, forum terbabit menjadi medan pemimpin pakatan pembangkang melemparkan tohmahan serta menyerang kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) melibatkan isu pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaksanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pelaksanaan hukum hudud dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun perkara-perkara tersebut telah dijelaskan oleh kerajaan pusat sebelum ini.

Dalam forum tersebut, Sivarasa cuba mempengaruhi orang ramai dengan membuat dakwaan kononnya hukuman penjara Anwar oleh Mahkamah Persekutuan adalah bermotifkan politik. - SelangorPost -

Lawak dan kelakar pun ada. Rupanya inilah 'sebilangan kecil' penyokong PKR yang mahu menumbangkan kerajaan dan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat. 

Jelas dan terang bahawa PKR sekarang sudah ketandusan sokongan. Mereka sudah hilang arah apabila dajal peliwat sudah meringkuk dalam penjara.

Apakah kesudahannya? Adakah mereka ini akan terus berdemo dan buat kerja bodoh selama 5 tahun Anwar dalam penjara kerana meliwat?

Fikirkan....

Friday, March 27, 2015

MAT SABU MULA HANTAR PROKSINYA KE MESYUARAT PAS KAWASAN SELURUH MALAYSIA!!

GAME Mat Sabu telah bermula. Hasratnya untuk bertanding sebagai Presiden PAS semakin rancak nampaknya apabila beliau telah mengarahkan ahli PasMa yang berada dalam kepimpinan Pas pusat untuk turun ke kawasan-kawasan yang boleh mendapat sokongan untuknya bertanding.

Maklumat yang diterima pagi tadi bahawa, Exco Pemuda Pas Pusat akan hadir merasmikan Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar esok (Sabtu). Bukan hanya sekadar merasmikan mesyuarat namun niat sebenarnya Exco Pemuda Pas ini yang juga merupakan proksi Mat Sabu adalah untuk turun berkempen bagi pemilihan akan datang.

Mat Sabu telah mengarahkan beberapa orang ahli PasMa yang tidak menyokong Presiden Hadi Awang supaya mempengaruhi mana-mana kawasan sasaran untuk beliau diangkat menjadi Presiden seterusnya menenggelamkan kumpulan ulama' yang sudah tidak sehaluan dengan DAP.

Ini adalah strategi Mat Sabu untuk mengkuburkan dan menyisihkan mana-mana pemimpin dalam Pas yang masih lagi pro kepada Hadi Awang.

Retak menanti belah. Bukannya DAP yang semakin berpecah, tetapi Pas yang nampaknya lebih gila kuasa untuk menguasai Pakatan Rakyat dan sanggup mengkhianati Presiden sendiri demi untuk kerjasama lebih erat dengan DAP.


Tuesday, March 24, 2015

BERSATULAH MELAYU! DAP, PKR MULA MENCARI NYAWA BARU!!

TIADA yang lebih menarik perhatian seluruh para pemain dan pemerhati politik, penjawat awam dan rakyat  di pelbagai lapisan dan kedudukan serta latar belakang agama  melainkan isu hudud atau lebih tepat Pindaan Enakmen Kanun Syariah II 1993 merangkumi Hudud,Kisas dan Takzir yang pembentangannya di DUN Kelantan telah diluluskan dengan mendapat sokongan sebulat suara termasuklah sokongan daripada 12 ADUN BN/UMNO.  

Satu keputusan yang  telah menyebabkan para cyber trooper RBA dan rakan-rakan sekutu dengannya hilang kata-kata dan telah terkunci papan keyboard masing-masing untuk terus merekayasa fitnah dan cerita  tentang 1MDB, jet baru kerajaan,GST dan juga perkahwinan Puteri  PM Najib.  

Malah yang lebih menarik, peristiwa yang BACA LAGI DI SINI

Friday, March 20, 2015

ADUN PKR MINTA PEMBINAAN MASJID DIBATALKAN!!

ADUN PKR Moyog, Terence Siambun telah mengeluarkan satu kenyataan membantah keperluan umat Islam di Penampang untuk sebuah masjid. Beliau membantah pembinaan masjid Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang itu untuk diteruskan dan dibatalkan. Beliau mendakwa, pembinaan masjid tersebut adalah tidak perlu kerana majoriti penduduk di Penampang adalah beragama Kristian.

Thursday, March 19, 2015

PKR KESAL PAS LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR)  melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati oleh PAS sekali gus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai dalam tahun 2011 mengenai pelaksanaan hudud.

Dalam sebuah kenyataan media oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali hari ini, menyatakan bahawa kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2011 telah mencapai keputusan bersama mengenai pelaksanaan hudud itu ia bukanlah agenda bersama PR.


Tuesday, March 17, 2015

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA KAWASAN BATU BUBAR!!

DOA KO Umno nampaknya telah berbalik kepada parti PAS sekarang ini apabila satu demi satu kerosakan dalam Pas telah berlaku dengan teruk.

Jika sebelum ini dengan kemunculan PasMa yang dikatakan bakal menggantikan Pas jika Hadi Awang keluar daripada PR, kini permulaan kehancuran Pas di Malaysia bakal menjadi semakin parah dan melarat.

Semalam, 17 AJK Pas kawasan Batu, KL telah meletak jawatan serta merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada Presiden, Hadi Awang akibat gagal menangani krisis dalam PR.

Hadi Awang dan team MSU tidak patuh dengan arahan DAP supaya membatalkan niat untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Oleh kerana itu, atas Tahaluf Siyasi Pas Batu dengan DAP, PKR kawasan Batu maka semua ahli jawatankuasa Pas Batu meletak jawatan dengan sukarela dan secara automatiknya Pas Batu terbubar dengan sendirinya.

Tahniah DAP kerana berjaya memecahbelahkan Pas.

Tidak perlu Umno buat kerja lebih sangat.....

Monday, March 16, 2015

RAFIZI FITNAH!! PESAWAT BARU GANTI PESAWAT BERUSIA 20 TAHUN!!

PEROLEHAN pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.

Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agung layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.

Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat Kerajaan ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit.

Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.

Pembelian Satu Pembaziran?

Ia jadi membazir kalau setiap tahun kerajaan tukar pesawat VVIP. Kalau ikut rekod, sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri, inilah kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib menukar pesawat VVIP, itupun untuk tujuan mengurangkan kos disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja.

Menurut sumber yang sama lagi, pesawat lama (BBJ 737-700NG) sedang dalam proses untuk dijual – tak semestinya untuk digunakan, tapi sebagai sumber alat ganti, jadi sekali lagi, tunjukkan di mana berlaku pembaziran?

Cakap pasal rundingan terus, DAP Pulau Pinang pun tak menggunakan proses tender terbuka dalam penganugerahan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai lebih RM 4 billion. Kenapa Rafizi tak menyerang disitu?

Tapi bila difikirkan semula, Rafizi memang selalu ada masalah macam ini. Dengan tukang gunting rambut pun kena tipu (rambut tak berapa ada tapi gunting kena RM10), apa lagi cerita hal-hal beli pesawat macam ini.

-Jgn Ikut Spining Puak2 Pakatan Yg Hanya Berikan Presepsi Dan Cam Biasa Kita Pun Terikut Awal2-

PANAS!! PAS BATU TOLAK KEPIMPINAN HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN!!

Kecewa dan kesal terhadap sikap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS Batu hari ini mengistiharkan untuk bermufarakah dari kepimpinan pusat parti serta meletakkan jawatan mereka.

Perkara ini adalah kerana sikap Presiden PAS, Hadi Awang yang mengenepikan kerjasama dalam Pakatan Rakyat terutama kepada DAP.

"Sebagai parti Islam yang telah lama dalam arena politik tanahair, kami mengisytiharkan bahawa kami bermufarakah daripada kepimpin PAS yang sekarang dan kepimpinan PAS kawasan Batu sehingga PAS kembali bersatu bersama DAP & PKR," kata Ishak Surin, YDP PAS Kawasan Batu.

PAS Batu juga mengambil ketetapan bahawa tidak akan mengadakan mesyuarat PAS samada di peringkat cawangan mahupun bahagian sehingga Hadi Awang tunduk kepada DAP.


Thursday, March 12, 2015

MASYUK!!! AHLI MAJLIS MBPJ BAKAL TERIMA BONUS 3 BULAN GAJI RM11 JUTA!!

DAHSYAT! Walaupun Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengalami defisit sebanyak RM45 juta, MBPJ bakal memberikan bonus 3 bulan gaji kepada semua Ahli Majlis MBPJ serta kakitangannya berjumlah RM11 juta.

Walaupun ura-ura mengatakan yang MBPJ mengalami defisit sebanyak RM45 juta namun nampaknya PBT ini masih mampu memperuntukkan bonus sebanyak itu.

Jika dikira-kira memang PBT ini mampu kerana setiap jenis cukai dikutip al-maklum kawasan bandar yang mempunyai rakyat golongan mewah yang agak ramai berbanding PBT luar bandar, namun alangkah eloknya jika bonus yang bakal diberikan itu digunakan untuk kemudahan rakyat Selangor.

Bila duit PBT dah kurang, mulalah kata kerajaan persekutuan tak bantu PBT. Mulalah kata kerajaan persekutuan gunaka GST untuk kaut untung rakyat.

Hakikatnya MBPJ sendiri menyalahgunakan kepentingan rakyat dengan membayar bonus bernilai RM11 juta kepada Ahli Majlis dan kakitangan tanpa memikirkan hal rakyat!

Tolong jangan jadi hipokrit wahai kerajaan negeri Selangor!

Monday, March 9, 2015

PENCEN 62 TAHUN: CUEPACS JANGAN TERLALU FIKIR TEMBOLOK SENDIRI!!

[Gambar hiasan]
GESAAN Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar melanjutkan usia persaraan kepada 62 tahun sangat-sangat tak relevan. Hanya dengan alasan negara sedang menuju negara maju, maka Cuepacs yang hanya memikirkan perut sendiri hanya mementingkan diri sendiri.

Sejak dari dulu alasan menuju negara maju dihujahkan untuk menaikkan umur persaraan penjawat awam. Dari umur bersara wajib 55, 56, 56, 60 kini nak dilanjutkan pula ke 62. Apa ke hal nya??

Ya! Mungkin mereka banyak pengalaman, mungkin mereka banyak kemahiran tapi SAMPAI BILA??

Banyak lagi perkara yang Cuepacs boleh salurkan cadangan kepada PM dan JPA. Umpamanya pekerja dalam perkhidmatan awam yang masih bertaraf kontrak. Kenapa tak dibawa ke atas?

Tidak kasihan ke dengan rakan-rakan sepenjawat yang bertaraf kontrak selama berpuluh-puluh tahun?

Atau Cuepacs hanya mementingkan rakan-rakan yang berjawatan besar untuk menampung mereka-mereka ini ke jawatan lebih tinggi seperti Gred JUSA???

Ada juga Pakcik kerja Gomen nasihat kepada anak-anak muda lepasan universiti. "Kamu budak universiti pandai-pandai, bijak-bijak pergilah berniaga sendiri."

Jawapan aku senang, APAKATA PAKCIK GOMEN BERHENTI PERGI BERNIAGA PULAK!

Ini hakikat, cakap memang senang. Aku pulak cadangkan kepada Pakcik Makcik Gomen supaya berhenti kerja dan beri peluang kepada graduan-graduan yang lama menunggu peluang untuk serve the country ambil alih.

Pakcik Makcik Gomen berhentilah, pergi berniaga... Kerja puluh tahun takkan tak cukup lagi kumpul harta nak start the bussiness.

Tak pun duduk rumah, jaga cucu yang semakin membesar. Nikmatilah hidup sebelum masuk ke alam lain.

Cakap memang senang. Cuba buat dulu.

Sunday, March 8, 2015

LUAHAN TENAGA PENGGERAK (TP) TENTANG.............

SEKADAR BERKONGSI RASA DAN CERITA DARI KAMI TP2 BIASA, BIRO TATANEGARA.

Tidak ada siapa yg boleh mendabik dada mengatakan dia adalah pemenang dalam polemik yg dibiarkan berpanjangan serangan demi serangan yg pada mulanya ke atas batang tubuh KP BTN kini Dato Raja Arif Raja Ali, tetapi akhirnya memaksa pihak yg menyerang dan bertahan menyeret sama maruah dan kesucian agensi penting yg namanya BTN. Konflik yg sepatutnya diselesaikan dari awal, kini menjadi semakin parah kerana tidak diurus dgn bijaksana bahkan kini mula melibatkan para pegawai, kakitangan dan TP/sahabat2 BTN.

Sesama kita lebih tahu bahawa kekuatan BTN adalah kepada program latihan spt kursus dan seminar juga sekali sekala kpd gerak kerja politik di akar umbi. Kekuatan ini didokong oleh kekuatan para TP/sahabat yg bertebaran seluruh negara. Tanpa TP dan Sahabat yg terlatih, sebenarnya BTN tidak akan kemana. Asas inilah yg diguna pakai oleh pengurusan sejak berzaman ia wujud dan beroperasi. Para pegawai latihan tidak lebih hanyalah seorang "manager" kpd program2 latihan yg kadang kala tidak mampu pun utk mengendalikan LDK atau menyampaikan ceramah. Kita lah operator terlatih yg datang dari pelbagai pengalaman dan latar belakang yg bertanggung jawab sama ada menjadikan BTN menjadi hebat atau sebaliknya berasaskan direction yg dibekalkan. Betul direction, berkesanlah program, hancur direction, hancurlah program..

Menjadi malang kepada kita dalam situasi polemik yg sedang berlaku, sbg TP yg lebih matang dan bijak menganalisa dan punya kemahiran, kita turut terperangkap dgn situasi ini. Penyebaran mesej dalam WA group TP dan Sahabat seluruh negara yg saya yakin ada yg mengikut negeri, semakin mendedahkan rupa wajah kita, yg nilai2 murni dan ilmu yg kita ajar pada org lain dalam LDK hanyalah sekadar penyedap rasa kita merumuskan dan memberi falsafah dlm setiap aktiviti. Penggunaan bahasa yg amat kesat, membangkitkan sentimen kenegerian, pembinaan akaun FB palsu malah macam2 lagi sekadar memberi petunjuk emosi dan manifestasi tindak balas kita yg akhirnya kita perlu tanya diri sendiri, Apa natijah dan kesannya???? apakah bukan sekadar sekali lagi nak tunjukkan kpd peg BTN dan Pengurusan tertinggi BTN bhw kita juga tak lepas dari budaya ampu sana waampu sini dan menjadi jaguh dan tonjolkan diri sendiri disemua zaman ?? Para pengampu inilah juga yg mencium tangan dan pemuja Pak Din anggap sbg Tok Guru, memuja dan rela mati di belakang Pak Gol, kini tangan dan mulut yg sama jugalah menjadi benteng mempertahankan batang tubuh Raja Arif.Tidak salah tetapi biarlah bersandarkan ilmu yg kita ajar pada org lain dlm LDK kita. Kita ajar peserta tentang penyelesaian masaalah, nilai2 murni,nilai diri, fokus dan keutamaan, penyatuan dalam kumpulan malah macam2 rasional drpd tool yg kita guna, tapi akhirnya kita sendiri menolak utk beramal sesuatu yg keluar dari mulut kita..

Kalau kita selusuri jalan ceritanya, masaalah yg berlaku kini bukan di timbulkan oleh TP BTN pun, juga bukan sahabat BTN bahkan mungkin dari org yg tak pernah hadir kursus BTN pun. bermula dari para Blogger spt sanggah tok janggut, parpukari, apa sengeh2, apa nama, jawa bernam, medan info kita,aku peduli apa bahkan banyak lagi yg kemudiannya bercambah melalui FB2 yg berkisar ttg persoalan peribadi antara mereka. Yg kemudianya hilang, kecuali yg berterusan hanya satu blog yg namanya sanggah tok janggut dan FB Rafi Awang Kechik sehinggalah membogelkan habis seluruh operasi BTN dan kemuncaknya melalui laporan SPRM. apa lagi yg tinggal??? mungkin inilah harga termahal yg perlu dibayar oleh pengurusan BTN sekarang krn membiarkan kudis menjadi barah dan tidak menjawab dgn tepat persoalan2 yg dibangkitkan drpd awal lagi...Kita para TP dan sahabat sememangnya menunggu2 jawapan balas atas setiap isu yg dibangkitkan tetapi dgn mudah Dato Raja Arif dalam setiap perjumpaan mengatakan "tidak perlu layan blogger ni, dia gila" " menulis tidak ada kredebeliti, fakta pun salah" " ada dia tulis ayah aku nak rampas tahta sultan Tganu". tetapi langkah utk menjawab isu dasar yg dibangkitkan tak pernah dibuat.sedangkan para Blogger yg dimaksudkan sentiasa kelihatan rapat dgn pimpinan negara, dgn menteri2, selalu ulang alik ke JPM Parcel A dan Perdana Putera sendiri??

Kenapa kini barulah gerakan kononnya utk penjelasan kebenaran hendak dibuat dan disusun malah para TP dan sahabat mula nak digunakan?? Kenapa sejak lama TP dan sahabat minta penjelasan, semua pegawai terkunci mulut malah sebahagiannya memberi signal seakan benar perkara yg ditimbulkan??? Malah lebih dasyat ada yg bangkit menyeru para TP dan Sahabat supaya bertindak dgn mencadangkan supaya mencipta serangan maya dgn akaun2 palsu. Kebenaran apa yg kita nak tunjukkan jika asasnya kita bina dgn KEPALSUAN?? sedangkan FB Rafi Awang Kechik dan Blog Sanggah Tok Janggut berani menggunakan identiti yg sebenar, gambar juga benar walaupin rupa paras dia kita kutuk??

Sebab itulah sbg TP dan sahabat yg terlatih, kita perlu melihat kepada perjuangan yg lebih besar sbg mana kita selalu laungkan diakhir kursus bhw manusia tidak penting, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi perjuangan utk agama, bangsa dan negara perlu kpd medium dan ruang yg betul serta dimulai dgn niat yg betul. Janganlah komitmen perjuangan kita mulakan dgn "berapa slot LDK", "siapa lagi geng kita terlibat" dan bila tahu program percuma tidak berbayar suara perjuangan kita terus letak di bucu dapor rumah kita

Kita anggaplah apa yg sedang berlaku suatu titik ke arah perubahan yg lebih baik yg selau kita bualkan dan kita doakan sesama kita. Jurang utk kita turut beremosi dgn kemelut ini amat2 jauh. Apatah lagi diakhir2 ini muncul pula pelbagai watak yg pada saya hanyalah menunjukan tuntutan kepada perubahan BTN perlu berlaku. Jika tidak kepada pemimpin BTN, ianya perlu kpd pengisian dan pendekatan yg lebih baik. Saya melihat watak yg digambarkan sbg aziz muda kononnya pegawai BTN hanyalah perlambangan dan pemusatan kepada arus penentangan dalaman BTN semata2 ekoran sekali lagi kegagalan mengurus dari kalangan pihak pengurusan BTN sendiri dari segi emosi, harga diri dan kebajikan para pegawai. Sekali lagi mungkin inilah harga yg perlu dibayar apabila pihak pengurusan mengambil sikap merasakan BTN sekarang jauh lebih baik drpd yg sebelum2 ini. Sedangkan hakikatnya kita para TP dan Sahabat tidak harus menipu diri yg kita juga kecewa dan tidak berpuas hati dgn program sekarang yg kita sendiri kendalikan. Malah dikalangan pegawai pula dgn mudah meletakan inilah modul 1Malaysia. apakah dasar dan gagasan PM itu salah?? Kita para TP dan Sahabat menjadi takut utk bercakap pasal perjuangan Melayu??? APAKAH PM SALAH??? atau salah pengurusan yg tidak membina modul, menyediakan tool dan kandungan pengisian yg betul sbg mana yg PM inginkan??? yg akhirnya menjadikan kita para TP saolah2 sepakat mengatakan yg lama lagi baik dan berkesan dan tiada lagi gema suara "satu malaysia" dan nyanyian lagu 1Malaysia dlm kem2 BTN sebaliknya menggunakan bahan2 lama dan pendekatan yg lama dan ini tak pernah diambil peduli pun oleh pihak pengurusan BTN. 

Jadi role model apa yg boleh kita pakai dan kita jenamakan dibawah pimpinan Dato Raja Arif dan TKPL yg menggubal modul latihan Dr Haji Hanafi?? seharusnya bila kita ingin mengatakan yg org lain tidak baik, kita harus membuktikan bhw kita mampu membina modul dan latihan yg lebih menarik, baik dan lebih berkesan, bukan hanya mengutuk yg org lain buruk tapi dlm masa yg sama yg kita gagal...samalah apabila kita selalu dinyatakan " apa yg pak gol tahu psl latihan, dia hanya penyanyi"dlm masa yg sama kitalah yg menyediakan karoake utk pegawai dan TP menyanyi sedangkan pada masa penyanyi jadi KP dia tak pernah sediakan alat karoake...begitu juga ketika kita dakwa kita lebih islamik drpd Pak Gol, sedangkan kita tidak berbuat apa2. sedangkan berapa buah masjid tempat peserta kursus BTN menunaikan sembahyang jumaat, ada sentuhan dan amal jariah drpd Pak Gol atas nama KP BTN malah para imam di sebahagian masjid masih menyebut2 nama beliau berbanding dgn KP kita sekarang.

Malah jika kita ingin bercakap juga atas nama kebajikan para TP dan Sahabat yg dianggap aset kpd BTN ini siapa yg lebih baik menjaganya berbanding kebajikan kita seka rang..apakah ada org ambil peduli khususnya KP?? berapa ramai TP dan Sahabat yg ditimpa musibah khususnya sakit dan kematian mendapat sedikit saguhati sbg mana dulu paling2 kurang wang utk urusan jenazah?? sampai skrg bila berlaku kecelakaan pasti yg sampai dulu memberi sumbangan kalau bukan Pak Din, mesti Pak Gol yg kemudiannya mengurus pula soal tuntutan insuran?? sekalung tahniah kpd 2 org bekas KP ini dan inilah sepatutnya di contohi oleh KP sekarang bukannya saolah2 ingin bersaing siapa lebih baik. 

Dengan apa yg berlaku sekarang sepatutnya menginsafkan semua, memperbetulkan apa yg silap. Jika Dato Raja Arif terus menerajui BTN kerosakan besar yg telah berlaku betul2 memerlukan kekuatan dan jiwa yg besar utk memulihkannya. Atas pentas apa pun Dato Raja berdiri, topik apa pun yg ingin di ulas, stail dan pendekatan apa sekali pun yg nak diguna sama dale carnagie atau allan barbara,ronald carter, jeff davidson hatta ziz zagler sekali pun, Dato Raja Arif hanya akan jadi bahan ketawa org sahaja krn telah tertanda di dahinya seorang KP yg gagal. Mengurus agensi yg kecil berbanding satu kementerian, jadi tak usahlah berlagak nak mengajar org lain bagaimana mengurus, mentadbir apatah lagi nak mengurus soal politik. Maka terjadilah apa yg selalu di ulang sebut oleh beliau sendiri bhw " mung sendiri pun kalah, tak payah nak ngajor orang la"akan jadi pisau tajam yg menikam diri sendiri....jadi sama2lah muhasabah diri dan sedar diri kerana apa pun yg berlaku, siapa juga menjadi KP, kita hanyalah seorang TP yg waktu perlu dipanggil, bila tak perlu tak ada siapa pun peduli.

Tuesday, March 3, 2015

KERAJAAN, MENTERI JANGAN JADI PONDAN DAN APOLOGETIK!!

YB BANDUAN

Salam 2 all.

Saya agak pelik kenapa beberapa pemimpin Kerajaan kelihatan terlalu apologetik dan melatah dengan begitu cepat apabila ada suara sumbang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Parlimen yang dijadualkan bermula pada 09 Mac ini.

Pelbagai kenyataan dikeluarkan daripada termasuk daripada Timbalan Menteri KDN yang berjanji 'akan mempertimbangkan sebarang permohonan' sehingga kepada Menteri KDN sendiri dengan kenyataan 'akan merujuk kepada Peguam Negara'.

Jelas jawapan yang tidak seragam ini membuktikan tahap melatah yang kronik.

Pada saya desakan sumbang ini wajib ditong-sampahkan sahaja! Tanpa perlu dipertimbangkan langsung!

Adakah wajar seorang banduan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat?

Habis lepas ini CEO syarikat akan minta hadir mesyuarat Lembaga Pengarah, pengerusi PIBG akan minta hadir mesyuarat PIBG, presiden kelab bola akan minta hadir final bolasepak kelabnya...dan lagi...dan lagi...dan lagi!!!

HILANG KELAYAKAN & HAK HADIR SIDANG DUA PERKARA BERBEZA!

Desakan sumbang ini dibuat atas dasar konon proses rayuan pengampunan keatas Anwar yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula dengan penyerahan petisyen oleh isteri & anak-anak Anwar kepada wakil Istana Negara liwat petang Isnin 24 Feb.

Sejurus selepas media pro pembangkang memainkan isu ini, kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Tan Sri Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kedudukan kerusi Permatang Pauh kekal sehingga keputusan petisyen pengampunan itu diputuskan.

Atas dasar itu, timbul suara-suara sumbang dikalangan pembangkang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat konon kerana statusnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang masih kekal.

Untuk menjawab desakan bodoh ini, saya berikan satu perumpamaan.

Katalah seorang Presiden sebuah syarikat konglomerat disabit dengan kesalahan merogol setiausahanya dan dihukum 5 tahun penjara. Dan Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen itu. Lalu dia memfailkan petisyen rayuan pengampunan.

Namun sementara itu, mungkin kerana kehebatannya, pihak syarikat konglomerat itu masih mengekalkan beliau sebagai Presiden dan beliau dianggap masih sebagai Presiden syarikat!

Adakah pihak syarikat boleh memohon kepada pihak penjara supaya membenarkan dia keluar daripada tahanan dan menghantar dia bekerja dan menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah atas alasan proses rayuan pengampunan sedang berjalan; jadi sebagai Presiden syarikat dia berhak terus pergi ke pejabat tiap hari dan hadir mesyuarat Lembaga Pengarah sehingga proses pengampunan itu selesai?

Budak Tadika pun tahu jawapannya tidak boleh!

STATUS BANDUAN KEKAL

Kenapa? Kerana statusnya sebagai BANDUAN tetap kekal walaupun sedang menanti proses rayuan pengampunan.

Proses pendakwaan, perundangan dan kehakiman telah selesai dan muktamad apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 MENSABITKAN Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan dijatuhkan HUKUMAN penjara 5 tahun berkuatkuasa serta merta.

Berkuatkuasa mulai 10.02.2015, status Anwar ialah seorang BANDUAN yang telah DISABIT dengan kesalahan jenayah dan DIHUKUM dengan penjara 5 tahun. Tempat dia menjalani hukuman mulai 10.02.2015 ialah di Penjara Sg. Buloh!

Walaupun proses pengampunan dikatakan sudah bermula pada 24.02.2015 lalu, ini tidak membatalkan statusnya sebagai BANDUAN. Dan memandangkan dia belum hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana proses pengampunan itu, dia adalah YB BANDUAN!!!

PERKARA 48 HANYA MENYENTUH SOAL HILANG KELAYAKAN AHLI PARLIMEN

Perkara 48 (1) (e) bercakap tentang keadaan dimana seseorang Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen - bukan tentang hak kehadiran sidang Dewan sebagai Ahli Parlimen!

Antaranya, Perkara 48 (1) (e) memperuntukkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen jika dia telah
a. "disabit" dengan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah; dan
b. "dihukum" penjara selama tempoh tidak kurang daripada setahun atau denda tidak kurang RM2,000-00; dan
c. ia tidak mendapat ampun.

Dalam kes Anwar, dia telah:
a. Disabit dengan suatu kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan; dan
b. Dihukum penjara 5 tahun.

Jadi Anwar memenuhi 2 syarat untuk hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Namun isterinya Wan Azizah dikatakan telah memfailkan petisyen untuk pengampunan. Oleh itu syarat ketiga belum dipenuhi.

Apa maksudnya? Maksudnya Anwar kekal dengan status sebagai Ahli Parlimen! Kerusi P-044 Permatang Pauh tidak boleh diisytiharkan kosong! SPR tidak boleh mengadakan suatu Pilihanraya Kecil untuk kerusi Permatang Pauh!

Itu sahaja kesan pemfailan petisyen bagi pengampunan dibawah Perkara 48 (1) (c)!

KEAMPUNAN HANYA PADA HUKUMAN BUKAN SABITAN KESALAHAN

Jadi kita pergi ke syarat ketiga, "ia tidak mendapat ampun".

Apa maksud "mendapat ampun"?

Untuk mengetahuinya, kita kena baca Perkara 42 Perlembagaan.

Dibawah Perkara 42, "YDP Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan segala HUKUMAN mengenai segala kesalahan yang dilakukan...".

Ini bermakna kuasa dan bidangkuasa Tuanku YDP Agong untuk "memberi ampun" hanyalah berkaitan HUKUMAN bukan SABITAN KESALAHAN!

Ini kerana kuasa dan bidangkuasa mensabitkan seseorang dengan sesuatu kesalahan jenayah adalah dibawah MAHKAMAH yang disebut di Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan.

Maknanya, apa juga status rayuan pengampunan Anwar, kedudukan beliau sebagai seorang yang telah DISABITKAN DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH MELIWAT kekal, dan ini tiada kena mengena dengan proses rayuan.

Bermakna dalam apa keadaan pun, Anwar kekal SEORANG BANDUAN YANG TELAH DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN MELIWAT!

HAK BANDUAN ADALAH DIBAWAH UNDANG-UNDANG PEMENJARAAN

Dan sebagai Banduan, undang-undang yang tertakluk keatas Anwar ialah Akta Penjara dan segala peraturan yang dibuat dibawahnya.

Dan dibawah undang-undang penjara, seseorang Banduan hendaklah terus dikekalkan didalam tahanan penjara menjalani hukumannya melainkan dalam keadaan terhad dia boleh dibawa keluar dengan kawalan ketat dan tanpa dibebaskan, antaranya:

1. Jika dia perlu dibawa ke Hospital untuk menjalani rawatan yang tidak boleh disediakan oleh Penjara;
2. Menghadiri perbicaraan Mahkamah setelah Mahkamah yang berbidangkuasa mengeluarkan sapina kehadiran;
3. Lain-lain keadaan yang dibenarkan dibawah undang-undang Penjara.

Tapi ini tidak termasuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, menghadiri perkahwinan anak walaupun sebagai wali, menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat, apa lagi kalau sekadar nak keluar untuk menonton Final Piala Malaysia walaupun dia mungkin Presiden Kelab Bola Banduan!

HAK BANDUAN TIDAK TERMASUK MENGHADIRI SIDANG

Oleh itu, persoalan samada Anwar berhak hadir atau tidak dalam sidang Dewan Rakyat tidak sepatutnya timbul dan pihak Kementerian Dalam Negeri mahupun Parlimen sepatutnya tidak melayan pun desakan bodoh ini.

Apa yang terhak kepada Anwar selagi proses pengampunannya berjalan hanyalah hak menerima elaun wakil rakyat, dan hak kerusinya kekal dan tiada Piliharaya Kecil boleh diadakan.

Itu sahaja!

Saya berharap penjelasan ini memberi gambaran jelas kedudukan isu sebenar.

Hakikatnya walaupun Tuanku YDP Agong mempunyai kuasa dan bidangkuasa memberi pengampunan kepada Anwar, ia hanyalah berkaitan soal HUKUMAN penjara 5 tahun itu sahaja. Itupun hanya kuasa meremit, mengurang atau menggantung HUKUMAN!

Namun Tuanku YDP Agong tiada kuasa dan bidangkuasa membatalkan SABITAN KESALAHAN MELIWAT dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan!
Bermakna Anwar kekal sebagai seorang BANDUAN yang telah DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH di bawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!

Dan sebagai seorang BANDUAN yang telah DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH, Anwar wajib kekal menjalani hukuman penjara sehinggalah keputusan rayuannya diputuskan oleh Tuanku YDP Agong, dan dia hendaklah tetap dilayan sebagai seorang BANDUAN yang tertakluk kepada undang-undang penjara!

Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
08 Jamadil Awal 1436
27 Feb 2015

JELAS!! AZMIN BAKAL KETUM MERANGKAP KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA!!

BERMULA sudah kempen Azmin Ali untuk mengambil alih jawatan Ketua Umum PKR daripada Anwar yang sekarang sedang ber'honeymoon' di Sungai Buloh malah mungkin akan merebut jawatan Presiden parti daripada Wan Azizah. Azmin beberapa hari ini telah berada di Sarawak bagi merasmikan Bilik Gerakan PRN Sarawak yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam lawatan ke Sarawak, sambil itu Azmin meneruskan kempen beliau bagi melayakkan dirinya untuk menduduki jawatan kerusi Presiden PKR akan datang.

Bermula dengan Sarawak dan selepas ini akan ke seluruh negara bagi memujuk ahli PKR akar umbi agar memilih beliau sebagai Presiden menggantikan Wan Azizah yang tidak berfungsi langsung.

Walaubagaimanapun, asal Azmin berjaya jadi Presiden, aku masih berbangga sebab Azmin MB Selangor.....

Monday, March 2, 2015

KERAJAAN NEGERI SITA PROJEK JKR DALAM SEKOLAH

DALAM sejarah apabila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Sabak Bernam yang mendapat arahan daripada Kerajaan Negeri Selangor telah menyita projek pembinaan gelanggang futsal di salah sebuah sekolah di Sungai Besar.

Tidak pernah dalam sejarah pentadbiran PBT sebelum ini projek yang ingin dibina untuk kebaikan murid sekolah dinafikan haknya sekaligus membatalkan projek yang baru 10% dalam pembinaan.

Mengikut daripada satu sumber yang dipercayai, kemungkinan pihak MDSB tidak dimaklumkan tentang projek berkenaan.

Pihak sekolah dan PPD juga telah menghantar surat bagi meminta kelulusan namun setelah hampir sebulan MDSB tiada memberi sebarang surat balas kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Akibatnya, kawasan yang ingin dibangunkan dengan kemudahan sukan terpaksa dihentikan perlaksanaannya serta merta dan kawasan terbabit dihalang dengan tali kuning sebagai tanda disita.

Inilah namanya NEGERI BERKEBAJIKAN untuk rakyat.

Apabila ada pembangunan untuk rakyat terus dinafikan.....