Konco-konco ku

Friday, March 27, 2015

MAT SABU MULA HANTAR PROKSINYA KE MESYUARAT PAS KAWASAN SELURUH MALAYSIA!!

GAME Mat Sabu telah bermula. Hasratnya untuk bertanding sebagai Presiden PAS semakin rancak nampaknya apabila beliau telah mengarahkan ahli PasMa yang berada dalam kepimpinan Pas pusat untuk turun ke kawasan-kawasan yang boleh mendapat sokongan untuknya bertanding.

Maklumat yang diterima pagi tadi bahawa, Exco Pemuda Pas Pusat akan hadir merasmikan Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar esok (Sabtu). Bukan hanya sekadar merasmikan mesyuarat namun niat sebenarnya Exco Pemuda Pas ini yang juga merupakan proksi Mat Sabu adalah untuk turun berkempen bagi pemilihan akan datang.

Mat Sabu telah mengarahkan beberapa orang ahli PasMa yang tidak menyokong Presiden Hadi Awang supaya mempengaruhi mana-mana kawasan sasaran untuk beliau diangkat menjadi Presiden seterusnya menenggelamkan kumpulan ulama' yang sudah tidak sehaluan dengan DAP.

Ini adalah strategi Mat Sabu untuk mengkuburkan dan menyisihkan mana-mana pemimpin dalam Pas yang masih lagi pro kepada Hadi Awang.

Retak menanti belah. Bukannya DAP yang semakin berpecah, tetapi Pas yang nampaknya lebih gila kuasa untuk menguasai Pakatan Rakyat dan sanggup mengkhianati Presiden sendiri demi untuk kerjasama lebih erat dengan DAP.


7 comments:

  1. Doa KO dimakbulkan?

    ReplyDelete
  2. Yess doa ko dah makbul....pada ahli pas...presiden kamo dihina dap dan ahli sendiri..ahli parti yg bodoh angkuh ego mendakwa PAS parti syorga..org lain kafir..untuk nnpk cerdik elok la prmilihan parti pringkat bahagian nnti tewaskan prmimpin yg mrng KO kan parti sendiri...tewaskan mat sabu. .nizar..kalit samat...mahpos...nipah meedin..kamaruddin jaapa..mujahit seperti tewasnya bahlolrozi di kuala kedah hingga tinggal spender. ...kat sini baru lah nnpk cerdik diri kamo setelah dipijak pijak olrh DAP dan PKR....tepuk dada tanya la ego sombong bodoh kamo selama ini.....

    ReplyDelete
  3. Haji Hadi kena tangguhkan pemilihan PAS Jun ini dan buat sistem pemilihan baru ala UMNO. Susah sikit Mat Sabu nak rasuah guna duit Guan Eng sebab banyak pemilih yang terlibat. Bukan ditentukan oleh 2000 atau 3000 orang saja

    ReplyDelete
  4. Mat sabu wajib dijatuhkan. Aku sejak dulu mmg tidak suka dgn attitude proksi dap ni. Mat sabu dah byk memalukan Pas. Cukuplah beban tu ditanggung Pas selama ini. Aku memang suka dengan kepimpinan Pas yg traditional bukan group pasmaTi yg objektifnya hanya KUASA MENANG KUASA MENANG.

    Umno memang ada kelemahan duniawi itu tidak boleh disangkal. Kelemahan duniawi ni takde lain iaitu kuasa dan wang. Tapi akan lebih teruk lagilah kalau kelemahan duniawi diperingkat atasan ini terletak dibawah kuasa dap...jadilah mcm singapore...nampak mcm maju dan telus tapi hakikatnya tiada Nur Islam.

    Namun m.manakah logiknya dap nak memerintah yer dalam suasana Melayu lebih ramai?? sudah tentulah...”DEVIDE the malays into a few group then only we can RULE them”. pasmaTi adalah salah satu kejayaan baru bagi kaedah ini. Konon-kononnya pasmaTi itu adalah professional yg masuk membantu menguatkan Pas, tapi hakikatnya mereka tidak lain tidak bukan ialah professional "buta separa sedar" yg dibonekakan oleh pkr dan dap. Pas yg sejati ialah Pas yang berjuang kerana Allah dimana mereka boleh menerima kekalahan walaupun telah penat berjuang seperti TGHHA yg tetap bersyukur biarpun kalah. Sebab itu aku hormati mereka. Keyakinan mereka pada rukun iman yg ke-6 hanya bukan sekadar dibaca dimulut tapi dihayati. Mereka yakin Allah tetap akan berikan kemenangan jika waktunya sudah sampai. Kegagalan yg Allah takdirkan semestinya ada hikmah dan bersebab…tidak perlu blackout 505…Tidak perlu seperti pasmaTi yg TERLALU taksub hanya dengan bersekongkol dgn dap dan pkr sahajalah kemenangan akan dicapai. Tidak kiralah w.pun dap secara terang-terangan menolak hudud yg sememangnya dah berbuih diterangkan hanya untuk orang Islam…. Rasulullah tidak perlu bersatu dengan kafir pun untuk memperjuangkan Islam walaupun bertitik tolak daripada kumpulan yg minoriti. Tapi puak pasmaTi ni disebabkan terlalu gilakan kuasa sampai Majlis Syura Ulama yg mencorak dasar Pas pun hendak dilanggarnya.

    Aku tau mesti puak pasmaTi akan tanya balik habis tu kenapa Umno dan mca boleh bersama. Jawapan aku…Pas jangan disamakan dengan Umno. Pas perjuangan tulinnya menyambung perjuangan Rasulullah mempertahankan Islam (Agama). Umno berjuang mempertahankan Melayu (Bangsa) yg sememangnya perlu terlibat didalam kancah politik rumit akhir zaman yg penuh dengan tekanan yahudi. Umno walaupun berkomponen dgn mca tapi mereka tetap dominan. Kancah politik akhir zaman ini yg memerlukan Umno terpaksa bersilat dan berputar belit untuk mempertahankan hak itu. Namun ianya kurang nampak pelik. Tapi jika Pas juga bersilat dengan cara yg sama sudah pasti tidak molek sebab Pas adalah parti yang mempertahankan Agama. Jika cara tidak kena ianya boleh memburukkan Imej Islam itu sendiri. Bertahalluf dengan kafir yg menolak hukum Hudud walaupun telah dijelaskan hukum itu bukan untuk mereka, itu merupakan satu contoh yg tidak kena… Namun aku tahu apa yg aku tulis ini memang mudah untuk dibahas bagi mereka yg berilmu. Aku sendiri tahu ruang mana yang boleh dibahas itu. Tapi ruangan terhad untuk diulas intipatinya. Cukuplah sekadar surface shj untuk difikir2kan…

    Tapi kesimpulan aku satu. Semoga Pas boleh bersatu bersama Umno. Walaupun ada ketidaksefahaman didalam beberapa sudut asas namun itulah jalan terbaik bagi mengelakkan mudharat "samar" yg tidak nampak namun TERAMAT bahaya dan lebih besar...

    Amin...

    ReplyDelete
  5. Setuju 100%..untuk memartabatkan Islam di Malaysia PAS dan UMNO wajib bersatu mengembling tenaga..usaha2 pemimpin2 Islam hari ini mencorak generasi akan datang dan mengelakkan mereka berada dalam kancah mudharat yang lebih besar...

    ReplyDelete
  6. mungkinkah pas akan bersama ngan umno? rasanya tidak ....air sama minyak tak akan bersatu walaupun mereka sesama cecair

    ReplyDelete
    Replies
    1. MCM PERNAH DENGSR JE AYAT NI.
      APA PERLU SATUKAN MINYAK DGN AIR ?
      SEJARAH MEMBUKTIKAN MELAYU BOLEH BERDATU APABILA TERDESAK.
      SESUATU YG DITAKUTI DAP.

      Delete

comment please.....