Konco-konco ku

Friday, March 31, 2017

SPRM SERBU PEJABAT TERESA KOK EKORAN PENYELEWENGAN DANA YAWAS!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dekat Kuchai Lama di sini. 

Difahamkan, mereka tiba kira-kira jam 11 pagi. 

Tindakan itu dipercayai susulan laporan dibuat Pengerusi Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (YAWAS). 

Sumber SPRM ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. 

Pada 16 Mac lalu, Jamal hadir ke pejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS Shah Alam untuk membuat laporan selepas mendakwa Kok menyeleweng dana YAWAS. 

Jamal turut membawa dokumen berkaitan yang didakwanya bukti penyelewengan terbabit.

Thursday, March 30, 2017

KERAJAAN SELANGOR ROBOH LAGI GERAI MILIK ORANG MELAYU DI SUBANG!

SEMALAM bertempat di jalan utama Kampung Melayu Subang Tambahan dalam Parlimen Subang, segerombolan penguatkuasa MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) telah merobohkan kira-kira 30 gerai milik penduduk tempatan yang dibina sejak 2006.

Pada 2006, Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo telah memberikan kelulusan kepada peniaga-peniaga ini untuk menjalankan aktiviti perniagaan dengan mendirikan premis kerana tanah ini adalah tanah rizab kerajaan negeri Selangor.

Namun atas nama pembangunan, 2017 adalah tahun yang paling malang kepada peniaga kecil-kecilan orang Melayu apabila gerai yang dibina telah dirobohkan. Azmin Ali terus menekan orang Melayu Selangor dengan melumpuhkan terus ekonomi mereka.

Makluman Secara Kronologi OPERASI ROBOH DAN RUNTUH PREMIS PERNIAGAAN DI JALAN UTAMA KG MELAYU SUBANG TAMBAHAN:

19 JAN 2017 :
Notis peringatan terakhir pengosongan dan tindakan perobohan telah ditampal atau diserahkan oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Tanah & Daerah Petaling yang datang bersama pegawai syarikat pemaju.

3 FEB 2017 : 
JawatanKuasa Bertindak Pemilik, Peniaga dan Penyewa ditubuhkan. Objektif adalah untuk menjalankan gerak kerja berkumpulan bagi menuntut imbuhan perpindahan yang setimpal dan munasabah kepada pihak pemaju Prolintas. En.Nasarudin Bin Sulong telah dilantik sebagai pengerusi.

13 FEB 2017 : 
Surat memohon penangguhan selama 14 hari bertarikh 12 Feb 2017 dihantar oleh JK Bertindak kepada Tn Pen Pegawai Daerah (penguatkuasa), pejabat daerah/tanah petaling selepas notis peringatan bertarikh 19 Jan 2017 tamat. Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

20 Feb 2017 : 
Surat permohonan penangguhan bertarikh 13 Feb 2017 dan dokumen-dokumen tuntutan untuk mendapatkan imbuhan perpindahan telah dihantar oleh JK Bertindak kepada tuan Latiff Rasul, Pengarah Prolintas. (s.k. YBhg Dato' Hj Misri, Tn Pegawai Daerah Petaling). Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

27 Feb 2017 : 
Surat memohon penangguhan selama 14 hari lagi bertarikh 26 Feb 2017 dihantar oleh JK Bertindak kepada Tn Pen Pegawai Daerah (penguatkuasa), pejabat daerah/tanah Petaling selasa tempoh selama 14 hari daripada surat penangguhan bertarikh 12 Feb 2017 berakhir. Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

1 Mac 2017 :
Surat makluman permohonan mendapatkan imbuhan perpindahan daripada syarikat Prolintas bertarikh 28 Feb 2017 telah dihantar kepada YBhg Datuk Ir Hj Ismail Bin Mat Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (s.k. Tuan Latiff Rasul, Pengarah Prolintas). Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

13 Mac 2017 : 
Surat memohon penangguhan selama 14 hari lagi bertarikh 13 Mac 2017 telah dihantar oleh JK Bertindak kepada Tn Pen Pegawai Daerah (penguatkuasa), pejabat daerah/tanah Petaling selepas tempoh selama 14 hari daripada surat penangguhan bertarikh 26 Feb 2017 berakhir. (s.k. Tuan Latiff Rasul, Pengarah Prolintas). Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

16 Mac 2017 : 
Surat mohon bantuan Tuan KP LLM bertarikh 16 Mac 2017 mendesak syarikat Prolintas segera menjawab permohonan tuntutan pihak JK Bertindak. Disebabkan pihak Prolintas tidak memberi sebarang maklumbalas hampir sebulan dari tempoh surat permohonan dihantar. (s.k. Tuan Latiff Rasul, Pengarah Prolintas). Kami diberi kebenaran berjumpa dengan Pen Pengarah Bahagian Tanah LLM untuk membuat pertanyaan.

20 Mac 2017 :
Surat kepada Tuan Latiff Rasul, Pengarah Prolintas bertarikh 20 Mac 2017 memaklumkan rasa kecewa daripada pengurusan JK Bertindak terhadap syarikat Prolintas kerana tidak memberi sebarang maklumbalas menghampiri masa sebulan, seterusnya tidak berani berbincang dengan pihak JK Bertindak secara berdepan. Sebaliknya menghantar 2 orang konsultan secara mengejut tanpa sebarang temujanji pada petang 16 Mac 2017. Mereka mengajak pihak pengurusan JK Bertindak berbincang di gerai makan dan memberi tawaran bayaran saguhati daripada pihak Prolintas dengan nilai yang terlalu kecil dan tidak munasabah tanpa menunjukkan sebarang dokumen tawaran secara rasmi daripada pihak Prolintas.
(s.k. Tuan KP LLM YBhg Datuk Ir Hj Ismail Bin MD Salleh). Tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

20 Mac 2017 :
Surat mohon sokongan daripada YB Tan Sri Noh Bin Omar selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor bertarikh 20 Mac 2017 melalui ketua UMNO Bahagian Subang, Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail bertujuan untuk mendapatkan imbuhan perpindahan daripada syarikat Prolintas.

27 Mac 2017 :
Surat bertarikh 27 Mac 2017, memohon tambahan masa penangguhan selama 3 bulan lagi dari tarikh 27 Mac 2017 telah dihantar oleh JK Bertindak kepada Tn Pen Pegawai Daerah (penguatkuasa), pejabat daerah/tanah Petaling selepas tempoh selama 14 hari dari tarikh surat penangguhan 13 Mac 2017 ini berakhir. Ini disebabkan pihak JK Bertindak memerlukan lebih masa untuk berbincang dan mendapat khidmat nasihat daripada peguam kami. (s.k. Pengarah Prolintas, Ketua Pengarah LLM, Tetuan Adzly & Co).

29 Mac 2017 : 
Pada lebih kurang jam 8.00 pagi sekumpulan pegawai penguatkuasa pejabat daerah/tanah Petaling serta penguatkuasaan MBSA dan juga beberapa orang anggota polis dibantu oleh kakitangan pemaju Prolintas DASH dan Panzana telah menjalankan operasi roboh dan runtuh terhadap semua premis perniagaan di tepi jalan utama Kg Melayu Subang Tambahan secara serang hendap tanpa sebarang notis amaran. Operasi ini berakhir lebih kurang jam 12 tengahari. Sebahagian daripada ahli ahli peniaga dalam kumpulan JK Bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Subang bermula jam 1750.


Tuesday, March 28, 2017

ADUN DAP SEKINCHAN SELEWENG DANA YAWAS - JAMAL YUNOS

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat laporan polis berhubung salah guna kuasa berhubung penyelewengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) yang didakwa dilakukan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim di Balai Polis Sekinchan, di sini, pagi ini.

Jamal bersama Penasihat Undang-Undangnya, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Besar, Ng Boon Kiong, membuat laporan itu kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Jamal yang hadir kira-kira jam 10 pagi di hadapan balai polis itu sempat berucap di atas kereta pacuan empat roda selama kira-kira 15 minit di hadapan kira-kira 200 penyokongnya.


Dalam ucapannya itu, Jamal mendakwa Suee Lim telah mengeluarkan wang peruntukan Yawas puluhan ribu ringgit yang digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Saya ingin bertanya kepada Suee Lim mengapa mengeluarkan duit daripada ATM (mesin pengeluaran automatik) bank lebih daripada sepatutnya yang diberikan kepada waris-waris yang meninggal dunia di bawah Skim (Mesra Usia Emas (SMUE).

"Wakil rakyat Ng Suee Lim daripada DAP ini adalah seorang yang tidak amanah dan jujur... saya berani berkata demikian dan saya sedia menunggu surat saman daripada Suee Lim jika saya berbohong," katanya.

Jamal yang mengakhiri ucapannya itu kemudiannya dilihat masuk ke balai polis dan dijangka sidang media akan diadakan selepas laporan polis dibuat.

Wednesday, March 15, 2017

DASAR BUKU NEGARA (DBN) PERLU DIPERBAHARUI AGAR KEKAL RELEVAN - BUDIMAN


1. Ketika berbahas dalam Titah Ucapan Tuanku di sesi sidang Parlimen kali ini, saya menggesa pihak kerajaan agar memperbaharui Dasar Buku Negara (DBN) yang telah diguna pakai sejak era 1980-an, dan memberi perhatian khusus terhadap misi tersebut kerana impaknya penting dalam membantu negara menjayakan wawasan TN50.

2. DBN ini mesti diberi perhatian khusus kerana negara menuju wawasan TN50. Asas sebuah negara maju ialah ilmu. Pencarian ilmu mesti digali menerusi buku, dan buku pula wujud dalam penzahiran kovensional dan digital. Malah, buku adalah rakaman ilmu yang paling asasi serta organik, mengkhazanahkan kecerdasan lokal (local wisdom) mewakili nilai-nilai Malaysiana. Buku mewakili sisi penting yang lebih awla dan huluan (upstream) di dalam rantaian industri kandungan. DBN mesti diperbaharui sejajar dengan perkembangan zaman ini.

3. Dalam menyemarakkan industri buku, saya mencadangkan agar Kad Debit Siswa (dahulunya Baucer Buku 1Malaysia) kembali kepada pembelian buku sahaja dan bukan kepada perkara-perkara lain.

4. Ekonomi Perbukuan perlu mempunyai indeks-indeks khusus yang menilai kualiti kandungan, kesan terhadap kecerdasan di samping petunjuk-petunjuk ekonomi yang menggambarkan keberadaan (healthcheck) perbukuan negara. Ini termasuklah petunjuk kebolehupayaan pengguna membeli buku.
5. Susulan itu, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) disaran mengaplikasikan kaedah Strategi Lautan Biru (BOS) dan melaksanakan inisiatif merentas sempadan kebiasaan, sekali gus melihat industri buku dalam kerangka lebih menyeluruh.

6. Industri buku negara mesti dilindungi. Konsep 'Kedaulatan Kandungan' mesti diambil perhatian supaya karya buku Malaysia didaftar, disimpan dan diarkibkan dalam negara secara bersungguh-sungguh agar kita kelak tidak perlu meminta-minta kandungan kita yang berkemungkinan di simpan dalam repositori digital milik negara asing.

YB Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar / Adun Sungai Panjang
9.00 pagi / 15 Mac 2017

Tuesday, March 14, 2017

TERESA KOK MENGAKU BELIAU ROMPAK WANG RAKYAT SELANGOR UNTUK PARLIMEN SEPUTEH

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok perlu memulangkan semula kad mesin juruwang automatik (ATM) Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) kerana beliau bukan lagi ahli EXCO kerajaan Selangor. 

Kok juga bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor bagi membolehkannya menyertai Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) anjuran kerajaan negeri. 

Sebelum ini, dia menafikan ada menerima wang daripada kerajaan negeri, namun apabila didesak oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos, dia menukar kenyataannya dengan mengaku menerima dana di bawah SMUE yang disalurkan melalui YAWAS. 

Jika dia seorang wakil rakyat yang jujur, ikhlas dan menjaga kepentingan rakyat, mengapa dia harus berbohong? Wakil rakyat sebeginikah yang rakyat mahukan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...