Konco-konco ku

Monday, May 28, 2012

WOW! RAJA MUDA JOHOR MURKA PADA NIZAR LILIN!! NIZAR MOHON CELAKA!!!

Punya lah kurang ajar Nizar Lilin ni kepada Kesultanan Johor. Jangan ingat semua benda boleh dipolitikkan yop. Beringat la sikit dengan siapa kome ngumpat tu. Ate bukan dengan adik kome yang nak complain dan persoalkan semua benda. 

WWW 1. Plat kenderaan yang dapat di bida oleh Tengku Mahkota Johor telah menjadi isu hangat yang sedang digembar-gemburkan oleh puak pembangkang sejak petang tadi. Katanya Sultan Johor ni guna duit rakyat untuk beli nombor plat ni yang berharga RM520,000. Nizar mempersoalkan tentang itu di dalam twitternya dan mengaitkan tentang penggunaan duit rakyat Johor.

Ni Tengku Mahkota Johor jawab:
(Boleh besarkan gambo kalau tak terang) CrownPrinceofJohor memberitahu Nizar yang Baginda tidak sedikit pun menggunakan duit rakyat Johor seperti mana yang difitnahnya. Baginda menggunakan duit sendiri dengan hasil titik peluh sendiri untuk membeli sebab mungkin Nizar ni bodoh tak tahu sala-silah keluarga Kesultanan Johor yang sejak dari dahulu merupakan antara Sultan Melayu terkaya di dunia.

Kesultanan Johor juga merupakan keluarga business yang berjaya. Please do your research and homework la nizar. Buat malu orang Perak la deme ni. 

KERAJAAN PAPAN TANDA!! SELANGOR TUNAI JANJI MELALUI PAPAN TANDA!!




Kerajaan papan tanda! Itulah yang selayaknya diberi gelaran kepada kerajaan Selangor di bawah pakatan selama 4 tahun memerintah. Negeri yang dahulunya amat dipuja kerana penyumbang terbesar ekonomi negara kini hanya tinggal sisa yang akan dihabiskan dan diratah oleh dajal-dajal perosak.

Oleh kerana mahukan publisiti yang meluas namun tidak dapat, jadi mereka terus-terusan membina papan tanda besar disepanjang jalan utama di Selangor dengan memaparkan muka pemimpin tempatan pakatan dan mempromosikan janji yang tidak dapat ditunaikan tapi berlagak seperti sudah tertunai semua.

Contoh yang dapat dilihat kita boleh ambil adalah di Sekinchan #celengsekinchan atau Ng Suwey Lim telah membina beberapa papan tanda gergasi disekitar Sekinchan dengan memaparkan muka BABI nya dan mewar-warkan segala janji yang dibuat dahulu namun sebenarnya hanyalah omong kosong. 

Tiada pembangunan pun yang dibuat dibawah kerajaan Selangor yang ada di Sekinchan. Yang kini hebat diwar-warkan hanyalah projek kondo mewah bersebelahan Balai Polis Sekinchan yang mana harga bagi setiap unit rumah adalah RM300,000 dan ke atas. Inilah yang mungkin dibanggakan dan boleh diklasifikasikan sebagai membantu rakyat.

Papan tanda yang memaklumkan kepada umum tentang wujudnya Pusat Khidmat Masyarakat di Hulu Bernam. Ada seorang rakan memberitahu, beliau hendak membuat aduan tentang masalah jalan yang berlubang namun kecewa akibat panggilan yang dibuat kepada pejabat tersebut tidak pernah berangkat. Bukan sekali tetapi hampir setiap hari pada pukul 10pagi dan 3petang memang tidak ada sesiapa yang akan jawab. 

Jadi apa rasionalnya pembaziran wang rakyat Selangor bagi pembinaan setiap papan tanda yang semata-mata hanya mempromosikan muka sendiri. Rakyat Selangor semakin cerdik. Jangan sia-siakan masa depan negara hanya kerana ada yang pandai berjanji tapi hakikatnya tidak akan ditepati.

RAKYAT PERLU TAHU KEBENARAN SKANDAL LIM GUAN ENG!!!



Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang.

Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guam Eng. 

Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi.

Mengikut kisahnya lagi, Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan 'kecil' itu turut melibatkan tangan dan kaki, betulkah? 

Kalau dah tangan dan kaki turut 'berbicara' itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam 'hubungan istimewa' Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu.

Jarang benar seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa.

Di masa lebih kurang sama, agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Andaikata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul, apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut. Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu.

Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng.

Apapun, sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai

BELIA SELANGOR BENCI PAKATAN HARAM!!






Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan.

Jika selama ini mereka gah mendakwa perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.

Mengikut perancangan asal, sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir.

Malah Anwar Ibrahim yang pada mulanya dijadulkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau sedikit. Malu & segan agaknya.

Sedari awal penganjuran Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat.

Kegagalan Konvensyen Belia anjuran kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.

BIAR BETUL!! SHUIB SEPAHTU ADA SKANDAL DENGAN JULIA ZIEGLER??



Tak habis-habis dunia artis ni dengan konflik rumahtangga. Kali ini Shuib (Sepah) pula sudah menunjukkan sikap yang mungkin akan dimaki oleh para peminatnya. Tapi pelik sebab Siti Sarah tak bagi apa-apa komen pun tentang skandal terbaru Shuib dan Julia ni? ------->>>

Filem Man Sewel Datang KL dihasilkan bukan untuk menghina manusia yang kurang siuman atau sewel sebaliknya bertujuan memberikan pengajaran ke arah kebaikan.

Menurut Penerbit Eksekutif, Work Move Production Sdn Bhd, Hamizi Mat Juah, filem arahan Rahman Adam itu memaparkan tentang lelaki yang berperangai “gila-gila” tetapi berfikiran bijak.

“Saya dapat rasakan perkataan ‘sewel’ akan menimbulkan konotasi yang negatif. Tetapi sewel yang ingin kami ingin tonjolkan dalam filem ini adalah sesuatu yang boleh diterima masyarakat.

“Shuib (Sepah) yang memegang watak Man Sewel dalam filem ini sebenarnya seorang yang bijak. Misalnya, dia memberikan idea untuk menukarkan nama perniagaan nasi ayam dara kepada nasi ayam janda. Selepas itu, terus perniagaan itu laris,” katanya mengenai filem yang telah selesai penggambaran pada awal April lalu.

Filem genre komedi itu turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim.

Jika filem ini mendapat sambutan, pihak produksi mahu menjenamakan nama sewel pada jangka masa panjang.

“Kami ingin menjadikan sewel sebagai suatu jenama dan membuat komik seperti jenama Doraemon di Jepun sekiranya filem ini berjaya di pawagam.-mStar Online


SELANGOR BAKAL DIGEGARKAN DENGAN KEHADIRAN RIBUAN PENGAMAL MEDIA SOSIAL!!!


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera Sahabat2...

Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia akan menganjurkan Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2012 seperti butiran berikut;

Tarikh : 5hb Jun 2012
Hari : Selasa
Masa : bermula jam 7.30 pagi
Tempat : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Program anjuran Sekretariat Konvensyen dengan kerjasama BN Negeri Selangor. Segala maklumat dan keterangan lanjut boleh didapati di laman FB Fan Page Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia.

Sepertimana siri jelajah dinegeri2 lain, sesiapa yang berminat untuk join boleh daftar awal untuk seats booking dan baju size reserve (baju diberikan percuma, untuk elakkan baju tak cukup).

Sila buat pre-registration butiran seperti berikut via email;
Nama penuh:
No K/P:
No Telefon:
Nama FB:
Nama Twitter:
Nama Blog:
Size baju:

Hantarkan ke email berikut : daftarkms1m.selangor@gmail.com

Boleh daftarkan bagi pihak kawan anda... atau untuk daftar berkumpulan...

Bagi pihak team sekretariat menjemput semua sahabat2 media sosial kelahiran Selangor atau yang bermastautin di Selangor... bagaimanapun, sahabat media sosial dari negeri lain yang ingin menyokong juga dialu-alukan....

Terima kasih...

Terkini : 500 pendaftaran online terawal akan mendapat hadiah cenderahati misteri dan begitu juga pendaftar 500 terawal pada hari konvensyen.

Jumpa anda semua, sahabat2 Media Sosial yang hebat disana..

PAS DIGELAR PARTI MENYESATKAN AKIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA!


Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.

Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat? Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr. Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.

Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka. Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya.

Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat. Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan.

Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman. Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah. Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan.

Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.

Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.

Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah. Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.

Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama. Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini.

Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.

Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya. Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar. Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta.

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan. Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T. Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.

Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia. Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal.

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama. Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya. Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya?

Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab. Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah.

Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan.

Sunday, May 27, 2012

PENDEDAHAN PAKATAN: LAGI DRAMA PAKATAN RAIH SIMPATI RAKYAT!!


Sebelum JB mengulas panjang dan buat pendedahan mai tengok sat video ni...

OK. Dah puas tengok rakaman eksklusif dari penerbit pakatan? Tiba-tiba ada orang yang cedera parah katanya akibat balingan hebat dari kawasan ceramah Ummi Hafilda dan di makinya pula Pemuda UMNO.

Cuba kita perhati betul-betul darah yang melimpah ruah di baju pakcik pelakon hebat ni. Logik ke kalau kena baling batu darah keluar macam lembu kena sembelih? Ish3x...Jangan la kome tertipu yop. Malu kalau percaya yang pakcik ni dibaling batu di kepala hingga darah meleleh-leleh bak kena sembelih.

JB dulu berpengalaman lah ikut produksi drama. Kalau pasal buat darah tipu ni memang dah tau sangat taktik Prop Master ni. SIRAP. Ya! Sirap yang pekat macam darah sesuai digunakan untuk penggambaran filem terutama kalau nak nampak real. 

JB perhati video ni luka kat kepala pakcik ni kecik je jika hendak dibandingkan dengan darah yang terpancut di bajunya. Nak bagi tau, JB pun pernah luka kat kepala tapi tak ada keluar darah macam darah yang kena kelar kat dahi. INI DRAMA. SERIUS. Sikit pun JB tak caya dengan lakonan pakcik ni.

Logik ke yang nampak dibaling dari kawasan ceramah Ummi Hafilda hanyalah botol, tapi yang cedera teruk nak mati kat pakcik ni katanya di baling batu. BULLSHIT! Agak-agak lah kalau nak berlakon pun. Jangan lah bagi nampak bodoh sangat letak SIRAP banyak sangat kat baju pakcik ni.

Ini nama nya politik simpati. 

HEBAT FITNAH PAKATAN: BETUL KE NAJIB PAKAI RANTAI EMAS??

Hebat gila fitnah pakatan haram ni sampai percaya semua rakyat Malaysia yang PM Najib pakai rantai leher. Tapi betul ke PM Najib ni pakai rantai masa ucapan perasmian Hari Belia Negara 2012 semalam? 

Meh nak bagitau kebenaran tentang gambar yang digembar-gemburkan oleh blog-blog dan facebook pembangkang dari semalam hinggalah hari ini. Semasa PM Najib bagi ucapan perasmian semalam kelihatan beliau SEPERTI MEMAKAI RANTAI LEHER! Ia bukan rantai leher seperti yang difitnah pembangkang. Ia adalah sejenis alat komunikasi yang dinamakan "EAR-PIECE".

Seperti gambar di atas, EARPIECE dipakai oleh PM supaya ada orang yang akan memberitahu bila beliau patut menamatkan ucapannya supaya tidak terlalu lama untuk upacara perasmian dan alat komunikasi jika ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Tapi PM tak pakai EARPIECE semasa beliau berucap. PM hanya pakai alat itu semasa turun untuk bersalam dengan para belia. Ada saksi yang melihat PM pakai EARPIECE tersebut semasa hendak turun dari spentas. Dan jika alat ini tidak digunakan PM, maka beliau akan disangkut disebelah kiri dan nampak seperti rantai. Alat ini memang amat berguna semasa upacara formal seperti yang dihadiri PM dalam Hari Belia Negara 2012 semalam. 

Oleh kerana semua pengamal media diletakkan di sebelah kanan PM, maka gulungan wayar yang nampak dileher adalah seperti rantai. Tapi cuba perhati betul-betul gambar di bawah ni, ada macam rantai ke? Rantai emas ke silver?

Bertaubatlah wahai pencacai pakatan. Jangan dipolitikkan semua benda. Orang dah naik meluat tengok korang buat dosa berdozen-dozen. Fitnah memang dah jadi makanan pakatan.

"PEMUDA UMNO SIAL! PEMUDA UMNO CELAKA!" KATA-KATA ANWAR AKAN MAKAN DIRI!!!

Insiden cemas yang berlaku semasa ceramah pakatan yang menampilkan Anwar Jubri sebagai penceramah dan ceramah Barisan Nasional yang menampilkan Ummi Hafilda sebagai pembongkar cerita dongeng Anwar Jubri dan Azmin Derhaka hanya 50 meter antara mereka dan dipisahkan oleh pagar sahaja.

Polis sudah bersiap sedia menjaga kedua-dua ceramah supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini. Tapi malang, Anwar Jubri tetap melakukan provokasi terhadap ceramah BN dan penyokongnya mula melempar batu ke arah kawasan ceramah BN. Malah ada juga saksi yang menyatakan penyokong Anwar juga membaling batu ke arah kawasan ceramah pakatan sendiri sehingga ada yang cedera di kedua-dua belah pihak.

Episod sedih drama pakatan akan terus berlangsung dengan berita penyokongnya cedera, dan apabila penyokong BN cedera mereka tidak akan hiraukan kerana pakatan memang dari dulu hanya boleh dapat undi kesian dari rakyat Malaysia. Ini strategi Yahudi Zionis! Tapi PAS tidak pernah sedar yang ketua mereka adalah seorang yang boleh dikatakan murtad kerana menyokong pembunuh rakyat Palestin.

Itu semua halal bagi mereka dan dosa Anwar hanyalah bak debu yang jika ditiup boleh terhapus dan layak masuk syurga binaan PAS. 

"Pemuda UMNO SIAL! Pemuda UMNO CELAKA!" Adalah satu perkataan makian yang terang-terang menaikkan darah orang Melayu terutama Pemuda UMNO. Sentimen politik kotor Anwar terus berlarutan sehingga kini. Jika PM DS Najib Tun Razak hanya berkata "PAKATAN HARAM JADAH!", jenuh lah dicanangnya hingga kiamat tentang perkataan yang menyakitkan hati mereka itu. Tapi mereka tak sedar yang ayat yang terpacul keluar dari mulut Anwar lebih dahsyat impaknya kepada hati orang Melayu.

Mari kita buat perbandingan yang mana perkataan paling hina antara kedua-dua pemimpin ini. HARAM JADAH? atau SIAL DAN CELAKA? JB perlukan jawapan dari kalian. Jawapan yang Ikhlas.

AZLAN AND THE TYPEWRITER TUNJUK BELANG DI PENTAS UTAMA #HBN2012



Sekarang sedang berlangsungnya konsert "Clash of Century" yang menampilkan otai-otai rocker seperti Wing, Search, Azlan & the Typewriter dan ramai lagi. Konsert terbabit menandakan yang Himpunan Jutaan Belia 2012 akan menutup tirainya malam ini.

Jutaan belia membanjiri pentas utama HBN2012. Jangan risau jika tak dapat nak datang tahun ini, tahun depan ada lagi. Kita akan pertahankan Putrajaya dengan semangat belia.

GERMPAR!! LAGI ARTIS MASUK UMNO DI #HBN2012


Pembaca kenal tak artis popular ini?? GR terserempak dengan beliau ketika sedang berjalan-jalan di sekitar both yang ada di Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya.

Artis ini memang sempoi abis...bermesra dengan semua pengunjung yang datang ke HBN ini. Artis yang GR maksudkan Radhi OAG. Tengah-tengah bersembang, GR berseloroh pada beliau "Isilah borang keahlian masuk UMNO"....Radhi jawab: "OK, saya setuju meh sini borang saya isi form sendiri dan submit cepat tau"...

Tabik GR pada Radhi OAG, tanpa paksaan beliau rela hati ingin menjadi ahli (orang) UMNO. Pada golongan-golongan artis yang menyokong Kerajaan, amatlah GR ucapkan terima kasih kerana mereka ini sedar Kerajaan yang ada sekarang sudah semestinya yang terbaik demi membela nasib rakyat Malaysia.

APA YANG TAK ADA PENGISIAN KEROHANIAN DI #HBN2012

Gila tak ada modal dah puak pencacai pakatan ni. Hari Belia Negara 2012 dikatakannya tiada pengisian kerohanian sepanjang program berlangsung selama 5 hari di Putrajaya. Apa dah habis idea nak fitnah benda lain ke? Ya! memang HBN2012 untuk belia yang kebanyakannya suka akan hiburan tetapi Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan aspek kerohanian yang perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda Melayu yang hadir.

Jangan cakap tanpa bukti beb! Datang sini tengok segala program yang berlangsung sepanjang hari. JB ada di sini sejak 2-3 hari lepas, bermacam-macam aktiviti kerohanian yang JB lihat. Sebagai contoh, malam Jumaat yang lepas di tapak Bee Ant Blues Port mereka mengadakan aktiviti bacaan Yassin secara berjamaah di surau yang disediakan. Di pentas utama pula berlangsungnya persembahan dari kumpulan nasyid yang berdakwah melalui muzik.

Apa lagi yang kurang dipandangan pakatan ni? Tak kan nak panggil Azhar Idrus buat ceramah maki hamun baru boleh dipanggil ada pengisian agama? Lagi rasa berdosa ada la bila dengar Azhar Idrus menipu dan memaki hamun yang bukan-bukan kepada kerajaan Islam Malaysia.

Kalau tak caya jugak, korang boleh tanya dekat Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli yang sempat meluangkan masa hadir di Hari Belia Negara. Tanya sendiri pengalaman beliau ke sini.

Lagi berita di SINI

EKSKLUSIF: KES LANGGAR PENONTON DI #HBN2012!

Sebentar tadi, DS Ahmad Shabery Cheek berkesempatan melawat mangsa insiden Drag Race malam tadi di Hospital Putrajaya. Ami bin Nakim, 27 tahun, kini berada di wad pembedahan dan kedua-dua kakinya retak akibat rempuhan dari kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang dipandu oleh peserta Drag Race.

Menurut saksi kejadian, marshal yang bertugas telah mengarahkan para penonton untuk menjauhi jalan ketika perlumbaan berlangsung namun arahan mereka tidak dihiraukan oleh penonton malah terus menyebarangi jalan utama untuk menyaksikan perlumbaan dengan lebih dekat lagi.

Lebih 10,000 orang datang untuk menyaksikan perlumbaan drag yang julung-julung kali diadakan di Putrajaya pada hari ke-4 penganjuran Hari Belia Negara 2012. Dalam insiden terbabit, seramai 17 orang mangsa terlibat dan tiga orang dikejarkan ke ICU Hospital Putrajaya manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

Tiga orang yang parah kini telah mendapat rawatan, seorang dalam wad pembedahan, seorang masih dalam bilik pembedahan dan seorang lagi masih dalam ICU tetapi stabil. Bapa kepada salah seorang mangsa menyatakan yang mereka tidak menyalahkan KBS kerana anak mereka memang peminat sukan lumba drag dan sanggup kemana sahaja jika ada perlumbaan yang dianjurkan.

Menteri Belia dan Sukan menambah, kos untuk ketiga-tiga mangsa yang masih mendapat rawatan akan ditanggung oleh KBS dan pihaknya masih menunggu laporan dari pengurus acara lumba drag untuk dibentangkan di Parlimen.

DS Shabery juga berkata yang sukan lumba drag ini akan dimansuhkan pada penganjuran akan datang kerana tidak mahu insiden yang sama berulang.

ALAHAI TOK GURU!! TAK KAN TAK CUKUP LAGI MASJID KAT KELANTAN YANG DIBINA BN???

Sedih lah tengok Tok Guru ni solat kat atas tanah sorang-sorang. Tak cukup lagi ke masjid kat Kelantan wahai Tok Guru? Kalau tak cukup nanti JB akan minta tolong DS Najib supaya perbanyakkan lagi masjid di Kelantan ye...

Janganlah nampak teruk sangat nak berlakon pun. JB tak kata tak sah solat Tok Guru tu. Nak nasihat banyak pun tak pandai sebab tengah belajar lagi ilmu agama dari Ustaz-ustaz di kawasan JB ni. Tapi kalau ikut pemahaman JB lah kan Tok Guru, kalau masjid dah siap ada tapi tak gunakan bukan ke tu namanya KUFUR NIKMAT? 

Ke Tok Guru nak keluar fatwa terbaru lagi...

BONGKAR FITNAH PAKATAN!! GADIS GENIT DI #HBN2012!!!

Tak habis lagilah fitnah pakatan haram ni terhadap program di dalam HBN2012. Heboh dekat facebook dan beberapa blog pembangkang tentang kehadiran artis yang seksi membuat persembahan yang agak mengghairahkan kepada pengunjung Himpunan Jutaan Belia yang kebanyakannya adalah dari bangsa Melayu.

Untuk makluman semua, gambar di atas adalah shot dari pentas kebudayaan Jepun. HBN2012 ini bukan hanya dibuka untuk rakyat Malaysia sahaja, acara ini adalah INTERNATIONAL yang melibatkan pelbagai bangsa dari pelbagai negara yang turut serta. Ada wakil dari negara ASEAN, termasuk Jepun.

Pentas di atas adalah PERSEMBAHAN JEPUN, jadi sebenarnya tiada isu yang patut timbul sebab HBN2012 terbuka kepada semua. Jadi kepada pihak pakatan haram jangan nak buat cerita lebih. Datang sendiri ke HBN2012 kalau tak caya. Berbagai aktiviti dari pelbagai etnik dan negara ada.

INSIDEN HBN2012: TIADA NYAWA YANG MELAYANG MALAM TADI!!




PANAS!! Malam tadi satu insiden berdarah telah berlaku di kawasan Drag Racing. 2 orang penonton dilaporkan cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan akibat kereta milik peserta jenis Mitsubishi Lancer Turbo hilang kawalan dan telah terkeluar dari petak perlumbaan dan merempuh penonton yang berdekatan.

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut. 2 orang penonton yang cedera parah masih dirawat di hospital dan dikhabarkan dalam keadaan stabil buat masa ini.

Perlumbaan yang sepatutnya akan disaksikan oleh beberapa tetamu kehormat dan ribuan penonton yang lain akan dibatalkan kerana insiden terbabit. 

Rakan blogger lain cuba mendapatkan maklumat yang tepat tentang insiden terbabit. Lagi berita akan menyusul kemudian di JawaBernam.

KUCING TERBAKAR ANTARA YANG AKAN BERTANDING PETANG NI!! HANYA DI #HBN2012

Cantik kalau dapat tengok kucing terbakar ni. Tapi sayang itu hanyalah imaginasi pereka grafik di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Petang ini akan berlangsungnya pertandingan kucing di sini pada pukul 4.00 petang di Hari Belia Negara 2012.

Sebanyak 150 ekor kucing akan berentap bagi memburu gelaran kucing paling comel di HBN2012. Kepada sesiapa yang berminat nak tengok boleh lah datang ke sini, lokasi pertandingan adalah berdekatan bangunan Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

JOM PUTRAJAYA
HARI BELIA NEGARA 2012

PANAS!! MP HULU LANGAT DATANG HBN2012!! INI KONSPIRASI UMNO!!!


Semalam satu tamparan buat pakatan Pembangkang yang sebelum ini menyatakan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya adalah satu pekara yang terkutuk dan tidak bagus untuk para belia. Malah jentera Cybertroopers pembangkang mengeluarkan pelbagai kisah bahawa HBN2012 di Putrajaya ini dengan pelbagai cerita yang tidak enak bagi menghasut rakyat membenci kerajaan BN yang mengadakan HBN 2012 ini.

Hakikatnya pemimpin Pembangkang sendiri yang memuji akan program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya ini. Meh layan video dibawah:

Kenapalah pemimpin pembangkang tak macam ahli Perlimen Hulu Langat ni yang bersikap rasional dengan kerajaan yang sedia ada? Kenapa ?

Juak PAS,PKR,DAP nak kata apa lagi? Oh depa pastinya akan kata Ahli Parlimen PAS yang menyokong Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya ini telah dibayar UMNO. Biasalah puak pakatan depa lain karja takda semuanya nak dikaitkan dengan Konspirasi. BINGAI!!!

Apa pun Hari ini YAB Perdana Menteri akan turun dan akan bersama Belia negara menyertai pelbagai acara di Himpunan Jutaan Belia Negara ini.


SUMBER

ADUN DAP BETTY CHEW MAHU POTONG KEPALA WANITA INI!!!


Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali.  Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang.  Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita tersebut.  Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.

Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut.  Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya.  Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.

Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini.  Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.    

Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar.  Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai.   Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang.  

Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.

Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum.  Betulkah dia ada ‘mengacau’ perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas.  Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.

Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini.  Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.  Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.

Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?

Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini.  Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri.  Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula.  Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.

Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?

VIDEO NAJIB AJAK BERDEMO-CRAZY DI HIMPUNAN BELIA!!!


Saturday, May 26, 2012

WOW!! HARI BELIA SELANGOR LAGI MERIAH DARI HARI BELIA NEGARA 2012?? BIAR BETUL!!!!



WOW! Itu reaksi pertama yang terpacul dari mulut JB setelah melihat gambar yang menarik ini. Dengan kedatangan ribuan malah jutaan BUNIAN membanjiri dewan di mana berlangsungnya debat belia yang mana belia nya diwakili oleh ikon terkenal keBODOHan, Adam Adli Jambu.

PENUH gila kerusi yang berjumlah 150 buah itu. Sampai tak nampak kerusi. Eh! ORANG! Yang kelihatan hanya sekitar 10-15 orang belia sahaja. Eh! Silap lagi..ada dalam 5 orang dah lebih umur 45tahun tu tengah khusyu' mendengar kelentong dari moderator dan panel yang BIJAKSANA!

Last sekali kata JB...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA!!!

p/s: esok hari terakhir sambutan belia di Putrajaya, HARI BELIA NEGARA 2012, jom kita bandingkan dengan kehadiran yang datang esok. Macam-macam aktiviti ada. Atau mungkin Adam Adli boleh datang tengok sendiri di mana belia Selangor berhimpun...HAHAHAHA...

KARPAL WAJIB DIBUNUH KERANA ISU PERKAUMAN MELAMPAU!!!


Suatu ketika dulu dalam tahun 1990, pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam.

Kira-kira 20 tahun berlalu, akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.

Sepanjang awal tahun 1990-an, PAS gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan negeri dan negara, namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS.

Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang kerana mengutamakan Buku Jingga.

Beberapa ketika yang lalu, kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian menuntut hak penggunaan kalimah tersebut, sebagaimana biasa respon PAS ialah tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP.

Untuk entah kali ke berapa, PAS mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP.

Beberapa hari yang lepas, Karpal Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja. Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain yang lahir pada atau selepas negara merdeka.

Seperti biasa penyokong dan pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama samarata dan keadilan. 

Kini, Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".

Respon awal dari PAS khususnya Nik Aziz, agak mengecewakan. Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah kata-kata dari seorang yang sudah tua. Dengan kata lain, bagi Nik Aziz kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu sahaja. 

Sedangkan sejarah menunjukkan tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap isu negara Islam, hukum hudud, isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera dan lain-lain.

Justeru itu, melihat pada respon Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu.

Untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai.

Bayangkan jika benar tampuk pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pembangkang, tika itu mahukah Nik Aziz berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan angan-angan orang tua sahaja?

GEMPAR!! ANWAR ACCIDENT DI JOHOR, NYAWA MELAYANG DI ISRAEL!!!


Anwar ditimpa kemalangan?
Berita yang baru diterima, malang sungguh nasib Anwar Ibrahim, kerana kereta yang dinaiki beliau terbabit didalam kemalangan di KM 56.2 Lebuhraya Senai-Desaru yang nyaris meragut nyawanya sendiri.

Sebelum kejadian , Anwar mengamuk di majlis ceramahnya sendiri, akibat yang mendengar ceramahnya hanyalah kerusi yang dibiarkan kosong akibat penduduk berpakat beramai-ramai meninggalkan majlis.

Ceramah yang sepatutnya berakhir jam 12 malam setelah mendapat permit kebenaran berceramah hanya berlalu hanya kira-kira lebih kurang sejam sahaja. Ternyata Anwar semakin binggung kerana niatnya untuk mengucar kacir kubu kuat UMNO di Johor semakin tipis.

Kehadiran tidak sampai 80 orang semakin menyakitkan kepala Anwar,itu pun yang mengikut ceramahnya terdiri dari orang luar dari rombongannya sendiri. Alahai Anwar semakin pandir kerana rakyat kian menolaknya.

Ramainya…..5 ribu cecah.. divided by 100

Ternyata ceramahnya di Kg Ghani Othman, Johor meninggalkan luka yang mendalam dan semakin serik Anwar ingin berceramah disana.

pedih..pedih..pedih

Sikap Anwar hanya membiarkan pemandunya yang cedera ringan terlantar beberapa jam di tepi lebuhraya kerana beliau ingin bergegas balik ke Kuala Lumpur semula menunjukan Anwar seorang yang tiada hati perut.

BIADAP!! MASJID DI BALING NAJIS SELEPAS TUNAI SOLAT JUMAAT!!!


BATU UBAN - Jemaah Masjid Batu Uban gempar apabila dibaling dengan tiga plastik berisi air selepas selesai menunaikan solat Jumaat semalam.

Kejadian berlaku ketika puluhan jemaah melangkah keluar dari pintu masjid kira-kira jam 2 petang.

Pengerusi Kariahnya, Sk Abdul Aziz Sk Mohamed berkata, semua jemaah terkejut setelah plastik berisi air pecah di hadapan mereka yang dipercayai dicampak dari salah sebuah rumah flat berdekatan.

Beliau berkata, kira-kira 10 minit kemudian, satu lagi plastik berisi air dicampak ke arah jemaah dan sekali lagi selang beberapa minit.

“Kejadian ini sememangnya menaikkan kemarahan kami yang baru selesai menunaikan solat Jumaat, Ini jelas menunjukkan mereka yang melakukan perkara itu tidak ada rasa hormat terhadap penganut Islam.

“Ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku kerana sebelum ini masjid kami dibaling atau dicampakkan dengan bermacam-macam benda,”katanya.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Batu Uban, Jamal Yahya berkata, kejadian berkenaan sememangnya menaikkan kemarahan jemaah serta penduduk kampung kerana sebelum ini penghuni flat terbabit mencampak pelbagai objek kepada jemaah dan masjid.

“Sebulan lalu, kami kena baling dengan buah kelapa muda. Sebelum ini, masjid ini juga adalah satu-satunya masjid di Batu Uban yang dibaling dengan botol dan najis.

“Kami memang marah namun apa yang kami boleh buat?, hanya buat laporan polis,” katanya.

 Berang dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut, hampir 30 anak kariah berkumpul di perumahan mewah yang dikatakan menjadi lokasi pembaling air berkenaan.

Kesemua berkumpul setelah selesai solat Jumaat untuk berjumpa dengan kakitangan pengurus perumahan berkenaan.

Setelah hampir empat jam menunggu, wakil daripada perumahan masih enggan berjumpa dengan kesemua anak kariah.

Seorang jemaah, Rashid Said berkata, mereka hanya berkumpul untuk berbincang dengan pihak perumahan bukannya untuk mencari gaduh. Mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan perkara sama apabila pelbagai jenis objek dibaling ke arah masjid berkenaan, terutama setiap kali azan , menyerlahkan sikap penduduk sekitar yang tidak mempunyai toleransi agama.-SH

p/s: Nampaknya bangsa lain sudah tidak menghormati orang Islam di Malaysia ni. Ini mungkin kerana sudah mendapat restu dari Nik Aziz dan Anwar yang berani mempertikaikan tentang kekuatan Islam di Malaysia. Adakah kita masih mahu berdiam diri lagi? Sudah hilangkah maruah umat Islam di Malaysia?

PM RASMI HARI BELIA NEGARA 2012 #HBN2012



Baru sebentar tadi hampir 2juta belia seluruh Malaysia membanjiri pentas utama Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Dengan kedatangan idola seluruh belia Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan diiringi beberapa menteri kabinet yang lain berjalan ke atas pentas utama untuk majlis persamian Hari Belia Negara 2012.

Dato' Seri Najib Tun Razak berpesan kepada semua belia di seluruh Malaysia supaya mengekalkan keamanan negara dan bertindak mengikut akal fikiran yang waras. Cintailah negara dengan sepenuh hati dan tolak segala keganasan yang dilakukan oleh pihak yang iri hati dengan keamanan negara yang sedia ada.

Belia adalah pewaris negara merdeka. Jagalah dan pertahankanlah negara selagi hayat dikandung badan.

Rakaman ucapan perasmian akan menyusul...

ANAK MUDA BERSAMA SIAPA?? HIMPUNAN BELIA SELANGOR SEPI!!!

Sedih! Itulah perkataan yang dapat diungkap oleh JB melihat dari sambutan anak muda belia Selangor kepada Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor yang berlangsung sama tarikh dengan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya.

Inilah sifat dengki yang ditunjukkan oleh pemimpin pakatan rakyat yang mana tidak senang duduk melihat jutaan anak muda bergerak ke Putrajaya berbekalkan semangat untuk mempertahankan negara dari anasir-anasir liar pakatan haram.

Anwar juga nampaknya telah diketepikan dengan meletakkan mukanya di bawah sekali yang membawa maksud beliau tidak mendapat tempat di Selangor lagi walaupun menjadi penasihat negeri Selangor. Beza dengan gambar pemimpin no.1 Malaysia yang mana identitinya dihormati dan diletakkan di atas sekali walaupun bukan majlis nya.

Rasa hormat pada Anwar sudah kian luntur dan pudar dikaca mata pemimpin Selangor. Inikah PM ke-7 Malaysia?

Sambutan yang 'hangat' di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor begitu ketara dengan bukti bergambar yang didedahkan oleh blogger Akar Umbi yang berjaya menyusup masuk ke sana.


Lagi berita di SINI
Related Posts with Thumbnails