Konco-konco ku

Wednesday, October 31, 2012

PARANG TERBANG MENYAMBUT ANWAR DI BNO, SABAK BERNAM

(Lihat benda apa yang tersisip di pinggang lelaki berbaju hitam)

PARANG?? Woooo.... Ganas orang Sabak Bernam... Orang lain sambut Anwar siap standby bunga manggar dengan kompang, pemuda ini ingin membuat sedikit kelainan bersempena kedatangan Anwar dan rombongan basnya ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam pada Ahad yang lalu.

Tapi harap orang ramai jangan salah sangka. Pemuda ini bukanlah nak serang atau menakut-nakutkan orang ramai terutama tetamu kehormat datang ke kawasan dia. Pemuda ini sebenarnya baru pulang dari kebun miliknya yang berhampiran tapak ceramah Anwar.

Jadi, akibat salah faham, pemuda ini ditahan oleh bodyguard Anwar (nasib tak keluar pistol bro...) untuk tidak melakukan provokasi melampau. Provokasi mende beb? Standard la orang kampung bawak parang, sabit ke hulur ke hilir.. Nak ke kebun pun masalah ke? Ish....



Seperti biasalah dipanggilnya Unit Anjing PAS untuk menghalau pemuda ini dari dengar fitnah bodoh yang disampaikan oleh Anwar dan beberapa kerat pemimpin pakatan yang hadir. Macam manalah orang tak menyampah dengan Unit Anjing PAS ni... Orang nak dengar ceramah dihalaunya....

Diulang suara ye... Pemuda ini bukan buat provokasi bawa parang.. Dia hanya nak lalu je pulang ke rumah namun sambil-sambil tu berhenti sekejap nak dengar ceramah sebelum dikerumuni penyokong pakatan taik yang ada... Konon hero la dapat tangkap pemuda ini... Parang pun dirampasnya...

Samseng pakatan memang kurang ajar beb... Tak ada apa-apa hal tiba-tiba main rampas barang orang... Memang lepas ni selamba jugak lah pakatan nak rampas tanah orang Melayu kalau terus berkuasa kat Selangor.....Ish...

TERKINI!! KLANG BANJIR KILAT, WAKIL RAKYAT SEDAP TIDUR!!


Banjir lagi !! Hujan lebat beberapa jam tadi di kawan sekitar Klang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Klang di naiki air. Selepas menerima panggilan daripada sahabat dari Taman Sentosa, saya terus kesana dan melihat keadaan kawasan yang di naiki air. 

Dalam masa sebulan ni jer sudah 3 kali kawasan ini di naiki air. Ini semua berpunca daripada masalah perparitan dan pengaliran yang belum ada penyelesaian. Sila rujuk pada artikel saya yang lepas pada tarikh 19 Oktober 2012.

"Lebih baik semua wakil rakyat Kota Raja letak jawatan !! bagi sahaja wakil rakyat Barisan Nasional yang menjaga kami" - Ini pesanan daripada seorang penduduk Taman Sentosan pada 19 Oktober 2012

Sambung berita terkini di SINI.

BUKTI VIDEO ROZITA CHE WAN BOGEL?? ZUBIR KE YANG BOGELKAN??


WAH! Makin hangat kes Rozita Che Wan ni bogel kat webcam.. Kata siap ada video tapi JB cari sampai laa ni tak jumpa... Ada ke tak video ni?? Nak tengok gak!! hahaha

Malah Zubir (ala..wartawan hiburan gosip artis tu...) pun mengukuhkan tanggapan JB yang benar memang muka kat atas tu muka Kak Ita. Apa nak nafi lagi Kak Ita. Zubir dah cakap macam tu....

Dunia artis..Selagi boleh sorok, sorok la walau ke lubang cacing sekalipun...

Dunia...Dunia...

ISU SELANGOR: DEDAH DOKUMEN PENJUALAN ASET PKNS!!



Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.

Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli .

Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual. Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ? 

Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ? Dari pemerhatian, kami melihat Menteri Besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka. Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor.

PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di Selangor. Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat Selangor sendiri.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu. Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar.

Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ? Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ?

Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di Selangor ?

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh Selangor.

Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan. Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat Selangor. 

Kenyataan Akhbar Isu Penjualan Aset Milik PKNS
Pengerusi Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

GEMPAR!! RATUSAN 'AHLI PAS' MENYOKONG KEPIMPINAN UMNO

MUNGKIN ada yang bertanggapan ahli PAS telah menyokong UMNO berdasarkan sekeping gambar ini. Tapi yang nyata gambar ini tidak pernah disunting walau dengan software apa sekalipun. Ini REAL!!

*Terkejut!

Bertenang, JB baru je balik dari program Mesyuarat Agong Veteran UMNO di kawasan. Hampir 300 lebih veteran-veteran UMNO yang hadir untuk bersidang. Anggaran umur lebih kurang 50 tahun dan ke atas jadi memang sudah menjadi kebiasaanlah mereka semua berkopiah putih umpama ahli PAS.

Satu persepsi yang orang ramai lihat sekarang, asal orang PAS mesti berkopiah putih, macam kopiah putih itu sudah menjadi trademark bagi mereka. Orang UMNO hanya pakai songkok tinggi malah dulu ada jugak yang melarang orang UMNO pakai kopiah putih kerana tak dapat membezakan siapa penyokong PAS.

See their perception yang kolot! Kopiah putih for PAS, Songkok tinggi for UMNO!

Malah masih ada juga ahli UMNO yang berjawatan imam dan siak namun sejak pakatan memerintah digugurkan jawatan mereka dan diberikan kepada yang tak layak. Kononnya UMNO kurang Islam nya jadi terpaksa ditukar kepada imam dan siak PAS.

Kat sini JB cuma nak bagitau yang pakai kopiah putih ni semua orang veteran. Jadi? Paham apa maksud JB?

Ya! Kalau nak berdasarkan pemakaian kopiah putih ni, ORANG PAS RAMAI YANG VETERAN!!!

Ada setuju???

BILA ANGGOTA POLIS DITEMBAK TAK SIAPA PUN HIRAU

R. Subramaniam, 52, yang cedera ditembak sekumpulan penjenayah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) . - Foto Bernama
Nor Azlan Abu Bakar, 41, yang cedera ditembak sekumpulan penjenayah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini - Foto Bernama

Dua anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dilaporkan parah ditembak sekumpulan penjenayah semalam berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua anggota berpangkat Koperal itu yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersemangat untuk kembali bertugas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kedua-dua anggota polis itu di PPUM di sini hari ini.

Khalid yang diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa yang ditempatkan di Tingkat 6 dan 7 pusat perubatan itu.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang semalam itu, dua anggota berkenaan ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini.

Tembakan tersebut menyebabkan Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher.

Khalid berkata, dua anggotanya turut melepaskan tembakan ke arah suspek sebagai mempertahankan diri namun tidak dapat dipastikan sama ada mengenai sasaran dengan penjenayah berjaya melarikan diri.

Sementara itu, Ku berkata tiga das tembakan telah dilepaskan anggota berkenaan ke arah suspek dan dipercayai telah terkena tangki minyak kereta Proton Saga yang dinaiki penjenayah.

Tembakan itu menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan telah memaksa mereka meninggalkan kereta yang dinaiki kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki, katanya.

Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti empat penjenayah terbabit, manakala siasatan mendapati kereta yang digunakan bukan kereta yang dicuri sebaliknya telah dijual oleh pemilik asal kepada orang lain.

"Setakat ini lima saksi yang berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama menuju ke Lebuhraya Maju telah diambil keterangan dan usaha mengesan dan memburu suspek giat dijalankan," katanya.

Bagi Subramaniam, kejadian itu merupakan pengalaman pahit pertama yang dilaluinya sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lepas.

"Semasa saya dan Azlan menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba saya lihat seorang daripada empat suspek di dalam kereta mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kami.

"Kejadian berlaku sangat cepat. Kami sempat membalas tembakan sebelum rebah di tempat kejadian," katanya yang mempunyai seorang isteri dan dua anak berumur 23 dan 28 tahun. – Bernama


INDONESIAN MAIDS ON SALE NOW!! CEPAT SEMENTARA STOK MASIH ADA!!


GILA!! Udah terdesak sangat gamaknya tukang simpan pembantu rumah Indon ni. Nak sangat habiskan stok pembantu rumah yang disimpan terlalu lama tapi tak mendatangkan untung bagi mereka. Jadi, terpaksa buat jualan lelong siap ada diskaun lagi. Dahsyat!!

Ada juga terbaca petikan berita dari Indonesia berkenaan cerita ini. Dipersalahkannya kerajaan Malaysia tentang kes ini walhal yang buat iklan ni pun kita tak tahu. Dan kita pun tak dapat pastikan kenapa pembuat iklan ni tulis macam ni. Dah jadi macam bahan lawak la pulak.

Apa-apa pun harap kerajaan Indonesia jangan cepat melenting tentang isu ini. Ini adalah kerja tangan-tangan gatal pihak yang terdesak. Bukan salah Malaysia. Harap faham.

p/s: Pssstttt!!! Kalau maid macam gambar kat atas tu, bayar RM10,000 pun aku sanggup...hahaha

Tuesday, October 30, 2012

MUSA HASAN MERAYU MELUTUT MINTA MAAF PADA ANWAR


Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.

Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.

Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.

Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar.

Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya.

Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'. 

Berita lanjut di SINI.

@ABBY_ABADI112 SOUND DIRECT BINI @HAIRIEOTHMAN SEBAB TAK TUTUP AURAT!!

PEDAS!! Nasihat Ostazah Abby kepada bakal isteri Ostad Hairie, "Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat."

Macam cakap kat cermin pun ada kalau Abby cakap cam tu kan? hehe... Tapi OK lah sekurang-kurangnya Abby sekarang dah BERUBAH!! Betul tak?? Dah pakai tudung, baju labuh, siap boleh keluarkan fatwa hukum lagi. Mungkin nak jadi glamour macam Azhar Derus.

Si Hairie ni pun satu, kalau tak nak kena sound dengan Ostazah Abby cari lah bini yang elok sikit. Bagilah nampak muslimah sikit. Ini tak, pakai baju macam tak cukup kain siap nampak lurah lagi. Nauzubillah.


PENGARAH PILIHANRAYA PAS MULA ANGKAT BENDERA PUTIH!!

SIAPA yang tak kenal dengan Dr. Hatta Ramli yang bermulut longkang ini. Pengarah Pilihanraya PAS yang saban hari membuat komen-komen bodoh agar dirinya dapat dilihat oleh pucuk pimpinan PAS pusat supaya dirinya dapat dinobatkan menjadi orang terpenting disisi Tok Guru.

Katanya, satu lagi perhimpunan besar akan diadakan sepertimana bersih sebelum ini untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Bersih? Adil?

Ni aku nak bagitau kalau pilihanraya tak bersih dan adil macam mana pakatan boleh dapat 5 negeri PRU yang lepas? Kalau betul lah BN nak main jahat sekalipun, dah tentu kelima-lima negeri yang kini ditunjangi pakatan, korang tak dapat rasa. Fikir guna akal sikit....

Klik SINI untuk baca sendiri kenyataan hamlau beliau.

ISU SELANGOR: RAMPASAN TANAH SECARA TERANG OLEH KERAJAAN PKR SELANGOR!!

SEBELUM ini JB ada mendedahkan berkenaan isu penjualan tanah Orang Asal Mah Meri di Pulau Carey, Selangor di SINI.

JB juga ada mempersoalkan apa kaitan Eli Wong dengan penjualan tanah tersebut yang turut mendapat tandatangan persetujuan oleh Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim. Perampasan tanah oleh pihak kerajaan PKR Selangor secara tergesa-gesa menampakkan kejanggalan semua pihak.

Apakah perkara yang berlaku disebalik penjualan tanah tersebut? Kenapa Eli Wong beriya-iya benar hendakkan tanah yang Yayasan Selangor beli di Pulau Carey tersebut?

Persoalan demi persoalan yang timbul membuatkan JB dan rakan-rakan yang lain tertanya-tanya apakah permainan yang cuba dirancang untuk mengikis harta kerajaan negeri Selangor? 

Pendedahan Siri Ke-2 Harta YS di fara'idkan ada di SINI.

Teruskan bersama JB untuk mengetahui apa perancangan halus yang cuba dilakukan oleh kroni Khalid untuk merampas tanah milik pribumi Selangor di Pulau Carey.

SANTAI PAGI: KOLEKSI KENDERAAN MEWAH PAKATAN RAKYAT!!


PUAK pakatan nampaknya semakin maju ke depan dengan koleksi kenderaan mewah masing-masing yang akan digunakan untuk persediaan menghadapi PRU akan datang. Dahsyat puak-puak perompak harta rakyat ni beb!

Mungkin ada yang mempersoalkan, DAP dengan trailernya, PKR dengan bas mewahnya, PAS ada ape???

Apa korang ingat PAS sengkek sangat ke tak mampu beli semua tu. Parti tu cuma tak nak menunjuk la..

Tapi sampai bila PAS nak sorokkan kenderaan mewah dia pada umumkan?

Takpe lah... Biar aku yang revealkan..........

Hah! KAU MAMPU???

APA TUJUAN MAT SABU JUMPA BASYAR (SYIAH)??

RASANYA ramai yang dah kenal siapa Bashaar Assaat ni. Bashaar Assaat ni adalah Presiden Syria dan juga Pemimpin Syria Lubnan yang diagongkan oleh Muslim Syiah di sana. 

Tengok rakaman pertemuan Bashaar Assaat dan Mat Sabu di SINI.

Tak perlu rasanya nak ulas panjang pasal kenapa Mat Sabu bertemu Presiden Syria ini. Ada perancangan untuk mengembangkan fahaman Syiah di Malaysia. Dan mungkin juga mengatur strategi bagaimana hendak menghapuskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori oleh Muslim Malaysia sejak dulu lagi.

Apa-apa pun kita dengar penjelasan Ustaz Fathul Bari tentang siapa Bashaar Assaat.


BLOGGER SEKS ALVIN & VIVIAN PERNAH BERTUKAR-TUKAR PASANGAN


KUALA LUMPUR, (MLP) – Blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee mengaku bahawa mereka pernah berhubungan intim dengan pasangan-pasangan yang lain, seperti yang dilaporkan di ‘Kwong Wah Yit Poh’.

Tan pernah membuat jemputan kepada ‘pasangan yang berminat’ di dalam blognya. Kemudian, kedua-dua Tan dan Lee akan membuat penilaian menerusi gambar yang dikirim oleh pasangan-pasangan yang lain. 

Selepas menilai gambar-gambar tersebut, pasangan yang dipilih akan diajak untuk bertemu agar masing-masing berkenalan. Seramai 100 telah memberi respon kepada jemputan mereka.

Di dalam suatu temu bual, Tan turut berkata bahawa kali terakhir mereka mempunyai hubungan intim bersama pasangan lain adalah pada awal bulan ini. 

Tetapi,  apabila ditanya berapa ramai pasangan yang telah ‘layak’ bertemu dengan mereka, Tan tidak memberi komen seterusnya.

Menurut ‘Daily Chilli’, Tan amat menghargai sokongan yang diberi oleh ibu bapa dan adik lelakinya. Tidak seperti Tan, Lee, yang bapanya meninggal ketika dia berumur 11 tahun, rasa tertekan akibat kekurangan sokongan daripada ahli keluarganya.

Semakin lama melihat pasangan ini, Tan dengan topinya, kelihatan seperti Edison Chen ketika Edison baru sahaja menjadi bintang popular di Hong Kong. Vivian Lee, mirip artis Hong Kong, Gillian Chung?

p/s: Uish! Siap boleh bertukar-tukar pasangan lagi. Binatang haram jadah apa ni buat malu Malaysia? 

Monday, October 29, 2012

ISU SELANGOR: CELENG SEKINCHAN BAKAR LINE PETANI TANJONG KARANG!!

PAGI tadi bertempat di Kilang Pembenihan Padi, Parit 2, Sungai Burong, Tanjong Karang, sekumpulan petani yang diketuai oleh YB Celeng Sekinchan, Ng Suee Lim mengadakan demonstrasi membantah pengeluaran benih padi yang dikatakan tidak berkualiti oleh MOA.

Kumpulan seramai lebih kurang 50orang itu diimport khas dari Sekinchan dan bukannya penduduk tempatan Tanjong Karang. 

Dikatakannya semua padi yang hendak dijadikan benih dihantar ke kilang syarikat HMN dan syarikat Seri Merbok yang dikatakan oleh Ng Suee sebagai syarikat kroni Noh Omar. 

Untuk makluman Ng Suee sebenarnya nak suruh para petani dan syarikat BERNAS supaya menghantar padi kepada syarikat kroninya iaitu syarikat Beras Jati di Sekinchan. 

Sebab apa dia betul-betul mendesak supaya menghalang petani menghantar benih padi kepada dua syarikat yang dikatakan kroni Noh Omar tersebut? Sebab dua syarikat itu adalah syarikat Bumiputra. Manakala syarikat Beras Jati adalah milik rakan karibnya.

Fikirkan dengan teliti permainan puak DAP ini untuk menjatuhkan perusahaan Melayu. Dan yang lebih hairan ada juga beberapa orang Melayu yang suka melihat perniagaan Melayu sendiri jatuh demi untuk menyokong perniagaan bangsa lain yang belum tentu membantu mereka ketika susah. Renungkan...

AZIZ BARI BERTANDING DI PARLIMEN SABAK BERNAM?? ANTARAPOS SILAP!!

AZIZ Bari nak bertanding kat Parlimen Sabak Bernam? Biar betul!! Langkah mayat Badrul Amin (Ustaz 3 pagi) dulu... Aziz Bari nak bertanding atas tiket apa? PKR?

Lawak la bila tengok artikel kat AntaraPos ni... Sah-sah tak buat homework sebelum menerjah ke kawasan Parlimen Sabak Bernam yang konon Aziz Bari akan bertanding pada pilihanraya akan datang.

Meh aku nak betulkan sikit. Parlimen Sabak Bernam ada 2 DUN je; Dun Sabak (Warno Dogol) dan Dun Sg. Air Tawar (Raja Ideris). Bukanlah 4 DUN seperti pada artikel terbaru portal tersebut. 

Dun Sg. Panjang (Khir Toyo) dan Dun Sekinchan (Ng Suee Lim) adalah di bawah Parlimen Sungai Besar (Noriah Kasnon). Jadi jangan suka-suka hati nak buat artikel yang nampak sangat tak ada research. Awak tu portal femes, jadi jangan buat malu...

Jadi kalau mengikut percentage pada pengundi serta keputusan pilihanraya yang lepas-lepas, aku yakin yang Aziz Bari tak akan menang dengan mudah kerana pengaruh Rahman Bakri, Warno Dogol dan Raja Ideris masih kuat kat Parlimen Sabak Bernam. Minta Aziz Bari jangan bermimpi dahulu.

Satu lagi maklumat yang aku dapat dan dari sumber yang kukuh. Aziz Bari telah ditolak oleh ahli-ahli PKR sendiri di Sabak Bernam. Hanya janji Anwar yang meletakkan profesor kangkung ini di Sabak Bernam yang menjadi modal untuk beliau terus berkempen di sana.

Sebelum Aziz Bari layak untuk bertanding calon, beliau perlu berhadapan degan Badrul Amin terlebih dahulu kerana kerusi Parlimen Sabak Bernam sudah jelas dan mendapat sokongan penuh dari ahli-ahli PKR kawasan untuk memilih Badrul Amin menjadi mereka....

PANAS!! ANWAR MENGAKU DIA MELIWAT DIHADAPAN PENDUDUK SUNGAI BESAR!!

28 OKTOBER 2012, iaitu pada Ahad semalam penduduk Sungai Besar telah dikejutkan dengan kehadiran Bas Jelajah Merdeka PKR yang berhenti di hadapan Restoran Kuala Kurau, Pekan Sungai Besar.

Kehadiran Anwar serta rombongan yang dijangka tiba pada pukul 1.00 petang rupanya hanyalah omong kosong. Penduduk yang juga kebanyakannya penyokong parti pakatan Sungai Besar dan kawasan sekitar telah berkumpul seawal jam 12.00 tengahari namun kelibat bas langsung tak kelihatan.

Rupanya Anwar terkandas di Tanjong Karang kerana berceramah memberikan janji-janji palsu dan fitnah kepada penduduk di sana terlebih dahulu.

Tepat jam 2.00 petang barulah rombongan mereka sampai dengan membawa bas yang disimbah cat dan masih berbekas. Kata Anwar supaya menjadi bukti yang kerajaan Barisan Nasional ni zalim dan tak berperikemanusiaan.

Seperti biasa kata-kata kesat, caci maki, fitnah menjadi isi kandungan ceramah kotor Anwar, Khalid, dan Ng Suee Lim (Celeng Sekinchan). Tapi bukan isi ceramah yang aku nak cerita kat sini tapi tentang kehadiran penyokong Anwar dan pakatan haram.

BARISAN NASIONAL HARUS BERWASAPADA DENGAN SOKONGAN RAKYAT!!!

Kehadiran lebih kurang 300 orang yang menunggu Ketua Pembangang ini di Sungai Besar sebenarnya sedikit merisaukan aku sebagai penduduk asal sini. Dahulu sebelum keproaktifan pakatan dalam menyebarkan dakyah, penyokong mereka hanya sekitar 100 - 150 orang kerana mereka memang tidak ramai ahli di sini.

Tetapi sejak dua menjak mereka melancarkan siri jelajah dan menurunkan pemimpin tertinggi mereka ke akar umbi, golongan yang menyokong mereka meningkat walaupun tidak ramai. Aku dapat tengok kebanyakan yang hadir semalam dan mengikut bontot bas Anwar adalah dari golongan muda remaja.

Perkara ini memang aku tak boleh nak sorok lagi sebab ini membabitkan sokongan pengundi muda. Aku pun tak akan nafikan apa yang aku lihat sendiri. Dan memang benar ORANG MUDA BERSAMA PAKATAN!

Jadi, apa solusi yang Barisan Nasional harus lakukan kepada golongan muda ini? 





HEBAT!! USTAZ @HAIRIEOTHMAN DISERU SUPAYA TARBIAH ISTERINYA TERLEBIH DAHULU!!

Hebatnya ustaz express Hairie Othman keluaran PAS ni cari calon isteri kan? Walaupun berceramah mengutuk DS Rosmah tak pakai tudung dan segala bagai fitnah yang dilemparkan, ustas segera PAS ini masih ingin beristerikan wanita yang tidak menutup aurat.

Tapi tak pe lah.. Mungkin dah jodoh dia beristerikan wanita terbabit. Tahniah lah pada ustaz segera Hairie yang dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun depan.

Ni dah kawin nanti harap berubahlah. Dah kaya hasil ceramah ke hulur hilir boleh lah kawen kan....

ISU SELANGOR: PENIAGA MELAYU DIHALAU SECARA SENYAP DI KOMPLEKS PKNS.

DULU masa belajar kat UiTM, Shah Alam, Kompleks PKNS adalah salah satu shopping complex yang agak popular di kalangan pelajar. Asalkan hari minggu maka berduyunlah pelajar dari UiTM, Unisel, Poli datang kesini untuk mencari barang keperluan atau bershopping sakan.

Apa lagi yang ada kat Shah Alam dulu, SACC pun baru nak naik zaman aku belajar. Nak harapkan Plaza Alam Sentral, harga semua cekik darah, tak mampu nak beli. Setakat nak main bowling dua tiga round boleh lah. Tapi tu semua dulu...

Sekarang sejak pakatan ambil alih Selangor dari kerajaan sebelumnya, pelbagai masalah yang timbul di Kompleks PKNS. Peniaga mogok, merungut sewa kedai naik. Secara tak langsung harga barangan juga naik sebab peniaga nak bayar sewa yang berlipat kali ganda kepada pengurusan kompleks.

Aku tak reti nak cerita pasal teknikal sangat ni. Tapi kalau korang nak baca apa sebabnya, klik SINI.

Senang cerita, Si Khalid Gagap ni nak jual bangunan PKNS dan semua aset kerajaan negeri yang sedia ada kepada syarikat baru yang aku percaya dipunyai oleh kroni mereka sendiri dan kemungkinan besar milik kroni DAP. Ye la.. Cina kan kaya.. Kaya dunia, akhirat belum tentu...

Sebab apa nak jual? Sebab pilihanraya dah dekat sangat, duit dah habis buat jelajah merdeka Anwar seluruh negara. Jadi, Khalid Gagap terpaksa cari dana lain untuk menanggung kos pilihanraya untuk PKR dengan apa cara sekalipun, kalau tak si gagap ni tak akan bertanding lagi PRU akan datang.

Terpaksalah dikorbankan bangunan PKNS yang menjadi sejarah kebangkitan Bandar Shah Alam. Dia nak re-finance balik bangunan tu (lebih kurang macam re-finance kereta la, bila dah tak duit, re-finance balik guna nama anak janji dapat cash..)

Aku bukan risau apa. Kalau pakatan nak ambil duit haram tu ambil lah. Tak akan pernah berkat apa yang dorang buat. Percayalah.

Aku cuma risau kan apa nasib peniaga-peniaga Melayu yang tertindas yang berniaga kat dalam Kompleks PKNS tu. Barang kat sana memang murah. Sebab aku adalah salah seorang pengunjung setia jika berkesempatan ke Shah Alam. Lepas ni barang mesti akan naik harga punya. Dan kemungkinan yang lebih besar orang tak akan datang dan beli kat sana lagi.

Maka, ramailah peniaga Melayu yang akan gulung tikar. Dan agenda DAP berjaya untuk menakluk kedai-kedai di PKNS untuk diberikan kepada kaum mereka. Dan lepas tu memang aku tak akan masuk lagi Kompleks PKNS. Say Good Bye.....

Fikirkan......

PENANGAN DURIAN RUNTUH FELDA!! JANDA, ISTERI BEREBUT MAHU RM5,000!!


Noor, seorang janda, pada mulanya teruja mendengar pengumuman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menyatakan janda akan turut menerima bahagian mereka apabila durian runtuh diagihkan kelak.

Dia agak kecewa kerana perkara itu tidak berlaku. Pengalaman pahit dilalui.

Pun begitu, Noor dari Felda Jengka 14, Pahang reda dengan keengganan bekas suaminya menyerahkan sebahagian duit durian runtuh yang sepatutnya diterima isteri peneroka Julai lalu.

Noor, 43, berkata, sebelum bercerai, dia dan suami tinggal di Felda Bukit Sagu.

Menurutnya, dia sudah membuat tuntutan kepada bekas suaminya itu, namun tidak diendahkan.

“Saya juga telah meminta bantuan pihak pengurusan Felda di sana (Bukit Sagu) supaya membantu saya mendapatkan bahagian saya, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia bergantung sepenuhnya atas budi bicara bekas suami,” katanya kepada Sinar Harian.

“Sepatutnya janda dan isteri baru masing-masing akan menerima RM2,500 tetapi lain pula yang terjadi kepada saya.

"Lebih 20 tahun saya hidup sebagai isteri peneroka, malah pernah hidup susah ketika mula-mula masuk ke kawasan Felda dahulu, namun ia tidak dihargai," katanya.

Noor berkata, dia kini menyewa di rumah saudaranya dan tinggal bersama dua anak yang masih bersekolah.

“Sudahlah bekas suami tidak pernah memberikan nafkah untuk menyara anak-anak, kini durian runtuh pun saya tidak dapat,” katanya.

Seorang peneroka, Rashid (bukan nama sebenar) pula mengeluh kerana gagal mendapatkan sebahagian durian runtuh untuk isteri keduanya kerana isteri pertamanya enggan berkongsi wang terbabit.

Rashid, 63, berkata, isteri pertamanya yang merupakan penama cek, enggan memberikan sebahagian RM5,000 yang diterima kepada isteri keduanya.

“Dia enggan menyerahkannya atas alasan wang itu haknya kerana cek ditulis atas namanya.

“Disebabkan isteri pertama saya enggan berkongsi durian runtuh fasa kedua, saya akan serahkan durian runtuh fasa ketiga nanti kepada anak bersama isteri kedua,” katanya.

Dia mencadangkan supaya Felda mengkaji semula cara pengagihan durian runtuh yang disifatkan sekarang kurang tepat. 

Bersambung di SINI...

Sunday, October 28, 2012

KHALID GAGAP BANGGA JALAN BERLUBANG!!


Antara kejayaan Khalid dalam memberikan sumbangannya di Selangor buat rakyat adalah kemudahan jalan-jalan yang berlubang dan rosak merata-rata tempat.

Antara sebab lubang-lubang berkenaan dibuat atas jalan adalah untuk menyediakan kolam mini memancing untuk rakyat seperti gambar diatas. Sila KLIK SINI.

Saturday, October 27, 2012

USTAZ KASANOVA KAHWIN 11 KALI KERANA GAGAL CARI ISTERI TERBAIK

USTAZ Kasanova yang juga seorang Imam dan Pemuda PAS memberikan alasan kenapa beliau berkahwin sehingga 11 isteri baru-baru ini kepada wartawan Metro.

Alasan yang mudah dan selamat adalah tidak pernah berjumpa isteri yang betul-betul layak bagi dia. 

*Nak tanya, apa jadahnya dah kahwin sampai 11 kali (menurut beliau baru 9kali) tapi tak pernah jumpa yang betul-betul baik dan sesuai dengan kau? Kau memang kemaruk seks!! Terus terang jelah....


MASYARAKAT INDIA HINDU BERANG KONDO MEWAH BAKAL CEMAR KESUCIAN KUIL BATU CAVES!!

MASYARAKAT India penganut agama Hindu berkumpul di perkarangan kuil Batu Caves, Gombak beberapa hari lalu untuk membantah pembinaan kondominium mewah setinggi 29 tingkat di hadapan kuil Batu Caves tersebut.

Nampaknya kerajaan PKR-DAP Selangor semakin rakus untuk mengejar pembangunan di Selangor hingga melupakan sensitiviti agama di satu-satu tempat. Kali ini penganut Hindu menjadi mangsa. 

Siapa yang memberi kelulusan pembinaan kondo mewah ini? BN? ikuti jawapannya di SINI.

TERKINI!! BANNER BUDIMAN DI SIMBAH CAT!!

Tika kita sedang menyambut raya Aidiladha, ada manusia yang busuk hati sedangkan masih dalam bulan yang mulia.

Aktiviti simbah cat memang sudah menjadi kelaziman puak pakatan yang begitu sakit hati dengan pemimpin-pemimoin UMNO yang terus menerus menjaga rakyat.

Banner ucapan hari raya Aidiladha yang digantung di Sekinchan dipercayai telah disimbah cat pada malam tadi oleh individu yang tidak berpuashati dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar ini.

Mungkin perkara ini ada kena mengena dengan kes pembongkaran penyelewengan penjualan unit rumah di Pangsapuri Damai Sekinchan yang dibongkarkan oleh Pengerusi SERANG ini awal bulan Ogos yang lepas.

Apa punya perangai la puak pakatan ni. Kalau setakat nak buat provokasi murahan ni baik lupakan saja. UMNO tak akan lemah kerana ini.

Apa-apa pun semoga tangan yang membuat onar ini di balas dengan selayak balasan.

INI LAH YANG DINAMAKN AGAMA DIPOLITIKKAN!! LEMBU SOKONG R!!

Inilah akibatnya kalau dah diri diselubungi politik tiap masa. Pergi masjid ingat politik, pergi kedai kopi ingat politik sampai nak sembelih lembu korban pun masih politik.

Lihatlah mereka. Bangga menyembelih lembu korban beralaskan bendera R. Politik apa yang mereka mainkan ni? Dah tak tau bezakan antara ibadah korban dengan politik ke?

Rosaknya Melayu itu kerana terlalu fanatik dengan politik kepartian. Tolonglah sedar wahai manusia lupa daratan. Kaji semula tentang tuntutan yang diminta sebab kamu semua telah dibodohkan oleh Tuan Guru kamu sendiri.

Sedih bila tiba hari raya Aidiladha ini juga mereka berpolitik. Kali ini lebih melampau. Niat korban ni ntah btol ntah tidak. Sedarlah.

Friday, October 26, 2012

TAHNIAH ANTHONY LOKE!! PAS AKAN TERUS TERHUTANG BUDI DENGAN DAP!!

Anthony Loke berjaya membuatkan Nik Aziz terhutang budi sekali lagi dengan DAP atas kes mengatakan Nik Aziz menggalakkan supaya orang ramai merogol wanita yang tidak menutup aurat.

Hebat....

Tapi mari kita dengar apa yang Ust. Fathul Bari tegaskan berkenaan fatwa terbaru keluaran Nik Aziz ini.


SKANDAL TERBARU @ANWARIBRAHIM! BIAR BETUL NI GAMBAR ANWAR?

MANGSA TERBARU ANWAR IBRAHIM KE NI??

SAJA NAK TANYA TUAN PUNYA BADAN....

DENGAR-DENGAR PAPAGOMO NAK BUAT SATU LAGI PENDEDAHAN DAHSYAT PASAL NURUL IZZAH ANAK PEREMPUAN ANWAR NI..

SABAR MENUNGGU....

@REALDRMAZA BANTAI @ABBY_ABADI112 CUKUP-CUKUP!!

FATWA terbaru yang dikeluarkan oleh bekas anggota kumpulan Elite era 90-an, Abby Abadi telah menjadi buat mulut hampir seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang begitu terkesan dengan kenyataan Abby dalam salah satu tweet nya.

Dr. Asri juga tidak terkecuali untuk membetulkan apa yang disampaikan oleh artis itu adalah bertentangan dengan niat asal korban itu. Panas betul Abby ni buat perangai.

Portal SGB di SINI melaporkan tentang kenyataan balas Dr. Asri berkenaan kenyataan fatwa terbaru Abby berkenaan.

 “(kenyataan Abby) tak benar, kalau kenyataan itu benar, kita telah membatalkan ratusan, ribuan korban orang, (kerana) kita menganggap binatang yang di sembelih besok kebanyakkannya bangkai. Tak sembelih sama dengan bangkai.

“Kenyataan tak betul, akibat (kenyataan tersebut) boleh membatalkan korban jutaan orang islam dalam dunia. Siapa pun yang keluarkan kenyataan itu tak betul”, tegas beliau.

Parah betul statement Abby sekarang ni. Sampai boleh berikan hukum menyembelih/membunuh lembu korban. Ish3x....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI @NAJIBRAZAK


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat menyambut Aidilhadha kepada semua umat Islam yang merayakannya esok.

"Semoga Aidiladha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan Aidiladha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini," katanya dalam perutusan yang dimuatnaik dalam blog 1Malaysia hari ini.

Beliau berharap agar Aidiladha diraikan dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan sambil mengajak umat Islam menghayati konsep pengorbanan yang dituntut Islam, yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga dan dan kepentingan diri bagi memperoleh keredhaan Allah.

Beliau berkata, konsep itu terkandung dalam Surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya ALLAH benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.”

Malaysia sendiri turut mendukung konsep pengorbanan dengan bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan Bangsamoro, katanya.

"Ini pastinya satu pengorbanan yang amat membanggakan," katanya dalam perutusan itu.

Najib berkata, kerajaan Malaysia mengambil pendekatan Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, untuk memainkan peranan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina baru-baru ini.

Melalui Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Makkah, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya.

"Iktibarnya, kita telah mengambil pendekatan yang sama dengan berperanan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina baru-baru ini," katanya.

Kerajaan Filipina dan MILF telah memeterai perjanjian damai bersejarah pada 15 Oktober, dengan Malaysia sebagai pengantara, untuk menamatkan konflik yang berlarutan selama empat dekad di selatan Filipina.

Najib berkata, komitmen jitu dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah negara membolehkan Malaysia diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam yang progresif dan dinamik.

"Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini," katanya.

Perdana menteri turut mengajak umat Islam di negara ini berdoa agar jemaah haji di Makkah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji mabrur serta kembali ke tanah air dengan selamat.

"Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat," katanya. - Bernama

Thursday, October 25, 2012

ISU SELANGOR: PENEROKA FELDA SG. BUAYA MOHON IHSAN KHALID PULANGKAN TANAH MEREKA!!

Seramai 50 orang bekas peneroka yang rata-ratanya berumur lewat 50-an telah hadir ke SUK untuk menyerahkan memorandum supaya kerajaan negeri memulangkan semula tanah yang telah ditipu oleh satu syarikat yang kononnya mahu membantu menyelesaikan masalah peneroka tersebut.

Sebelum PRU-12, pakatan haram telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tanah mereka namun sehingga ke hari ini tiada sebarang penyelesaian yang diambil oleh kerajaan Khalid ini.

Maknanya, bekas penenoka ni kena tipu dengan manifesto bukan janji pakatan la. Ada juga rupanya yang percaya dengan manifesto pakatan. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur.

Aku percaya yang tanah pakcik makcik ni semua dah tukar hak milik kepada pemimpin dan kroni DAP. Pakcik makcik jangan haraplah nak dapat balik tanah tu. Khalid tak akan tolong sebab dia sendiri tak tau nak tolong macam mana. Diluah mati pakcik makcik peneroka, ditelan mati DAP.

RAKYAT MUAK DENGAN KAMERA AES!! HABIS GAJI BAYAR DUIT SAMAN YANG TAK LOGIK!!

KAMERA AES yang dipasang disekitar jalan di Malaysia telah mendapat kecaman yang cukup hebat sehingga perkara ini dibawa ke parlimen. Tetapi sayang, 'benda' ini akan diteruskan juga untuk mengajar rakyat Malaysia supaya memandu secara berhemah.

Berkesan ke pemasangan kamera AES untuk mendidik pemandu supaya lebih berhemah?

Jawapan yang diterima dari orang ramai adalah tidak berkesan. Kamera AES menimbulkan kemarahan orang ramai. Tak percaya? Tanya sendiri pada rakyat. Jangan salahkan rakyat kalau kerajaan sedia ada dibenci. Jangan salahkan rakyat kalau hilang kerusi empuk. Fahami jiwa dan hasrat rakyat.

Kalau betul-betul nak mendidik dan mengajar pemandu supaya mematuhi peraturan had laju jalan raya bukan begini caranya. Janganlah sambil menyelam minum air. Diswastakan kamera AES ini dan kerajaan menerima tempiasnya.

Di negara-negara luar yang membangun, mereka juga menggunakan kamera AES untuk menangkap pesalah had laju. Tetapi, sebelum tiba dikawasan kamera akan tersedia papan tanda yang memberitahu 'KAMERA AES 100 METER DI HADAPAN'. Di Malaysia ada? Kalau tak ada ia tak akan mendidik pemandu untuk lebih berhemah. Sepertinya kerajaan hanya mahu mencari kesalahan pemandu tanpa niat untuk mendidik.

Seorang sahabat ada juga mengadu berkenaan penggunaan kamera AES ini. Habis duit gaji yang tidak seberapa untuk membayar saman. Kamera automatik yang dipasang tak akan sensitif pada persekitaran yang lengang atau padat ketika itu. Jika lebih 1 kilometer pun akan terkena juga. Adakah jika pemandu mahu memandu secara kecemasan dan jalan lengang, pemandu harus memandu 80km/jam? Apakah ini? Didikan atau kemudaratan?

Fikirkan...

KELANTAN PEMBEKAL AIR KARAT TERMAJU DI DUNIA


Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidil Adha. Begitu sayu di hati bila saya sebagai anak rantau di negeri orang tidak dapat pulang menyambut Hari raya bersama keluarga tercinta hanya sebatangkara di negeri orang. Namun, saya redha kerana demi tugas untuk bangsa dan tanah air saya ikhlaskan.

Ini juga dinamakan Qurban bagi saya kerana saya bekorban masa saya demi tugas. Masih ingat pada Hari Raya Puasa yang lepas saya bercuti sakan menyambut Raya, hampir 2 minggu saya di kampung di Negeri Serendah Sekebun Bunga Kelantan darul Naim. Mungkin itu sebagai galang ganti untuk saya yang tidak dapat pulang pada kali ini dan saya harus memberi peluang kepada rakan yang lain bercuti. Sila klik di SINI.

FATWA @ABBY_ABADI112 : SEMBELIH LEMBU TIDAK DIKIRA QURBAN.

KULIAH MAGHRIB cara PAS! Qurban untuk memperjuangkan agama tetapi korban untuk lembu dikira membunuh binatang. 

Nampaknya Ustazah Abby Abadi ini dah menyamai Mursyidul Am Nik Aziz dalam mengeluarkan fatwa yang agak menyesatkan. Ajaran siapalah yang Abby ni ikut. Agak hairan dengan kenyataan dan segala posting yang dikeluarkan oleh Abby sejak terjerumus dalam lembah kesesatan PAS.

Kira lembu yang yang diqurbankan umat Islam itu membunuh binatang dan hukum membunuh binatang adalah berdosa dan dagingnya tidak boleh dimakan kerana boleh dikira menyaniaya binatang.

Apa kata Nik Aziz dan Hadi Awang??

KORBAN RAYA: DUA PERAGUT DISEMBELIH DI SABAK BERNAM


Sabak Bernam - Begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung sungai tengar utara, menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu...tapi sempat dihalang oleh jirannya...

Namun ketika peragut itu ditangkap,pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu,Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat

...dengan takbir yang bergema...dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan...darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu, kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban...

SALAM AIDIL ADHA :)

Wednesday, October 24, 2012

MAAF KHIR TOYO TAK BERMAKNA RONNIE LIU BOLEH TERLEPAS

MAAF Dr. Khir Toyo tidak bermakna yang Ronnie Liu akan terlepas. Ini mengikut pandangan JB sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun termasuk ADUN Sungai Panjang ini.

Bercerita mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh Bekas Menteri Besar Selangor ini, pelbagai kesimpulan dan tanggapan telah dibuat sama ada dari ahli UMNO atau puak pakatan. Ada yang marah, tidak puas hati, keliru dan bermacam-macam lagi respon yang diterima dalam blog Dr. Khir Toyo.

Seorang rakan yang agak rapat dengan Dr. Khir Toyo telah menceritakan sebab mengapa ADUN Sungai Panjang ini meminta maaf kepada Ronnie Liu tanpa bersyarat. Ini bermakna jika Dr. Khir sanggup meminta maaf kepada Ronnie Liu maka kes kononnya memfitnah beliau berkenaan kes rumah urut tersebut selesai dan Ronnie Liu tidak meminta apa-apa syarat pun walaupun untuk membayar kos guaman beliau.

Dr. Khir bersetuju dengan cadangan yang DIUTARAKAN SENDIRI OLEH RONNIE LIU untuk menyelesaikan kes ini diluar mahkamah bukan kerana takut kalah tapi kerana tidak mahu membazirkan masa selama 10tahun turun naik mahkamah semata-mata mahu memenangi kes rumah urut tersebut yang dianggap kes kecil dan tidak memberi kesan kepada beliau sebagai pemimpin UMNO.

Dr. Khir sendiri berpendapat adalah lebih elok untuk meminta maaf dan selesai kes kecil ini dan terus menumpukan sepenuhnya terhadap kes rumah beliau yang difitnah ADUN Sekinchan. Sehingga kini kes rumah Dr. Khir tidak selesai dan kerap turun naik mahkamah dan beliau berkata adalah tidak berbaloi jika beliau turun naik mahkamah sehingga 10-20 tahun semata-mata mahu memenangkan kes terpencil tersebut.

Hormat dengan keputusan Dr. Khir yang meminta maaf. Lagi pun kita umat Islam amat dituntut untuk memohon maaf dan jika Ronnie Liu telah menawarkan permohonan maaf tersebut kepada Dr. Khir adakah beliau tidak mahu meminta maaf kepada pemimpin DAP tersebut? Sedangkan sahabat Nabi suatu masa dahulu pun meminta maaf kepada hamba sahayanya ini kan pula umat Islam biasa.

Walaupun kes ini telah selesai, namun ini tidak bermakna yang Ronnie Liu tidak bersalah. Laporan polis telah dibuat pada tahun 2007 berkenaan kes menghalang penjawat awam menyerbu dan menyita rumah urut di Subang Jaya.

Tuduhan Dr. Khir berasas dan bukan beliau yang membuat laporan polis tersebut tetapi oleh seorang Pegawai Penguatkuasa MPSJ pada 02 November 2007. Kes mahkamah masih boleh berjalan untuk mendakwa Ronnie Liu jika Pegawai Penguatkuasa tersebut meminta untuk dibicarakan dan dibuka fail kes siasatan tersebut.

Jadi jangan ingat pemimpin DAP Ronnie Liu tidak bersalah totally. Dr. Khir hanya mahu berundur untuk menumpukan perhatian pada kes fitnah Ng Suee Lim. Biarlah apa orang nak kata. Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Berapa orang sangat pemimpin kita yang berani meminta maaf selain Perdana Menteri yang sanggup menurunkan sedikit ego mereka untuk meminta maaf kepada orang lain.

Jangan terus menuduh jika tidak tahu hujung pangkal.

HOT!! RIBUAN RAKYAT THAILAND TELAH LIHAT VIDEO ANWAR DIURUT OLEH CHINADOLL!!


Aku tak nak ulas panjang panjang tentang MASALAH MORAL pemimpin ni yang sudah cukup rakyat malaysia kenali siapa dia ni dan cukup di agung agungkan oleh penyokong penyokong pakatan rakyatnya sendiri.. motif posting ni adalah cuma nak korang nilaikan sendiri apa yang tersurat di dalam video ini, agar rakyat malaysia tidak lupa siapa anwar ibrahim selama lamanya, maklumlah bak kata Tun Mahathir Melayu Mudah Lupa..

Video anwar urut ini sebenarnya daripada mereka sendiri, mereka tersalah muat turun lalu menyebabkan video ini tersebar luas dan secara tak langsung membuktikan tabiat pemimpin mereka ni.. 

Ulasan lanjut di SINI.