Konco-konco ku

Monday, October 29, 2012

ISU SELANGOR: PENIAGA MELAYU DIHALAU SECARA SENYAP DI KOMPLEKS PKNS.

DULU masa belajar kat UiTM, Shah Alam, Kompleks PKNS adalah salah satu shopping complex yang agak popular di kalangan pelajar. Asalkan hari minggu maka berduyunlah pelajar dari UiTM, Unisel, Poli datang kesini untuk mencari barang keperluan atau bershopping sakan.

Apa lagi yang ada kat Shah Alam dulu, SACC pun baru nak naik zaman aku belajar. Nak harapkan Plaza Alam Sentral, harga semua cekik darah, tak mampu nak beli. Setakat nak main bowling dua tiga round boleh lah. Tapi tu semua dulu...

Sekarang sejak pakatan ambil alih Selangor dari kerajaan sebelumnya, pelbagai masalah yang timbul di Kompleks PKNS. Peniaga mogok, merungut sewa kedai naik. Secara tak langsung harga barangan juga naik sebab peniaga nak bayar sewa yang berlipat kali ganda kepada pengurusan kompleks.

Aku tak reti nak cerita pasal teknikal sangat ni. Tapi kalau korang nak baca apa sebabnya, klik SINI.

Senang cerita, Si Khalid Gagap ni nak jual bangunan PKNS dan semua aset kerajaan negeri yang sedia ada kepada syarikat baru yang aku percaya dipunyai oleh kroni mereka sendiri dan kemungkinan besar milik kroni DAP. Ye la.. Cina kan kaya.. Kaya dunia, akhirat belum tentu...

Sebab apa nak jual? Sebab pilihanraya dah dekat sangat, duit dah habis buat jelajah merdeka Anwar seluruh negara. Jadi, Khalid Gagap terpaksa cari dana lain untuk menanggung kos pilihanraya untuk PKR dengan apa cara sekalipun, kalau tak si gagap ni tak akan bertanding lagi PRU akan datang.

Terpaksalah dikorbankan bangunan PKNS yang menjadi sejarah kebangkitan Bandar Shah Alam. Dia nak re-finance balik bangunan tu (lebih kurang macam re-finance kereta la, bila dah tak duit, re-finance balik guna nama anak janji dapat cash..)

Aku bukan risau apa. Kalau pakatan nak ambil duit haram tu ambil lah. Tak akan pernah berkat apa yang dorang buat. Percayalah.

Aku cuma risau kan apa nasib peniaga-peniaga Melayu yang tertindas yang berniaga kat dalam Kompleks PKNS tu. Barang kat sana memang murah. Sebab aku adalah salah seorang pengunjung setia jika berkesempatan ke Shah Alam. Lepas ni barang mesti akan naik harga punya. Dan kemungkinan yang lebih besar orang tak akan datang dan beli kat sana lagi.

Maka, ramailah peniaga Melayu yang akan gulung tikar. Dan agenda DAP berjaya untuk menakluk kedai-kedai di PKNS untuk diberikan kepada kaum mereka. Dan lepas tu memang aku tak akan masuk lagi Kompleks PKNS. Say Good Bye.....

Fikirkan......

3 comments:

  1. sbb tu anwar cakap khalid gagap mb terbaik! terbaik dari segi buat silap mata nak wujudkan dana utk pru 13..ni lah yang dikatakan cekap menipu!

    ReplyDelete
  2. itulah jasa pemerintahan PR terhadap peniaga melayu,jadi para peniaga janganlah risau/marah terhadap kerajaan,setelah rakyat selangor berjaya menukar kerajaan terdahulu yg dilebel dengan bermacam keburukan maka terdirilah sekarang kerajaan yg tiada cacat celanya pilihan rakyat selangor,MINGKIN INILAH SATU KEBANGAAN RAKYAT SELANGOR KERANA BERANI BERUBAH.

    ReplyDelete
  3. t kasih jawa bernam atas info ... memang mak enon xfaham kenapa rakyat melayu masih x sedar dan ego dengan pendirian masing2 ... sedangkan yang utamanya adalah utk menang ... sejarah singapura jelas tercatat.... itupun melayu masih x nak buka mata lagi ... macam Datuk Dr Hassan Ali la ... dah bagi jawatan MB pun xnampak ..BN dah lama nampak semua ni sebab PAP pernah begitu ... tp org2 Melayu PR semua xpernah faham sejarah ... dema tau belajar engineering , doctoring, accounting dan xsedar plak yg kesiankan mereka tu kerajaan UMNO dulu .. serupa macam anakku sazali .. derhaka mereka pd ibu bapa yang tleah lama berkorban ... pulanglah wahai melayu yang telah lupa ....

    ReplyDelete

comment please.....