Konco-konco ku

Tuesday, October 30, 2012

BLOGGER SEKS ALVIN & VIVIAN PERNAH BERTUKAR-TUKAR PASANGAN


KUALA LUMPUR, (MLP) – Blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee mengaku bahawa mereka pernah berhubungan intim dengan pasangan-pasangan yang lain, seperti yang dilaporkan di ‘Kwong Wah Yit Poh’.

Tan pernah membuat jemputan kepada ‘pasangan yang berminat’ di dalam blognya. Kemudian, kedua-dua Tan dan Lee akan membuat penilaian menerusi gambar yang dikirim oleh pasangan-pasangan yang lain. 

Selepas menilai gambar-gambar tersebut, pasangan yang dipilih akan diajak untuk bertemu agar masing-masing berkenalan. Seramai 100 telah memberi respon kepada jemputan mereka.

Di dalam suatu temu bual, Tan turut berkata bahawa kali terakhir mereka mempunyai hubungan intim bersama pasangan lain adalah pada awal bulan ini. 

Tetapi,  apabila ditanya berapa ramai pasangan yang telah ‘layak’ bertemu dengan mereka, Tan tidak memberi komen seterusnya.

Menurut ‘Daily Chilli’, Tan amat menghargai sokongan yang diberi oleh ibu bapa dan adik lelakinya. Tidak seperti Tan, Lee, yang bapanya meninggal ketika dia berumur 11 tahun, rasa tertekan akibat kekurangan sokongan daripada ahli keluarganya.

Semakin lama melihat pasangan ini, Tan dengan topinya, kelihatan seperti Edison Chen ketika Edison baru sahaja menjadi bintang popular di Hong Kong. Vivian Lee, mirip artis Hong Kong, Gillian Chung?

p/s: Uish! Siap boleh bertukar-tukar pasangan lagi. Binatang haram jadah apa ni buat malu Malaysia? 

1 comment:

  1. anwar berahim minat la tu. agak2 dia ada try hantar gambar tak?

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...