Konco-konco ku

Friday, October 12, 2012

RAKYAT SELANGOR MARAH!! LAGI 1515 PENDUDUK TUNTUT HAK AIR MEREKA!!


Dalam tempoh 30 hari, 5,500 pengguna air di Selangor telah pun menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Peguambela, Kamarudin Ahmad berkata, hari ini seramai 1515 pengguna air Selangor lagi tampil menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi tujuan yang sama.

“Ini merupakan tuntutan yang keempat oleh kumpulan pengguna air dari kawasan Perumahan Flat Putra Perdana, Sepang, perumahan Flat SPNB Taman Medan Petaling Jaya dan perumahan Flat Seksyen 6 Shah Alam.

Jika sebelum ini, 5500 pengguna air dari Palimen Shah Alam, Kelana Jaya, Puchong, Hulu Langat dan Petaling Jaya Selatan telah pun memulakan langkah menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), namun gerakan ini tidak akan berakhir begitu sahaja,” ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Tambahnya, dijangka ada 30,000 lagi pengguna air yang akan menfailkan saman tuntutan sebagai menuntut hak mereka sebagaimana yang terkandung dalam manifesto parti pembangkang iaitu setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan.

“Lagi 30,000 yang bakal tampil membuat benda yang sama ialah dari kawasan Parlimen Subang, Ampang, Pandan, Gombak dan Serdang pada bulan-bulan yang akan datang. Proses saman tuntutan ini mengambil masa kerana pihak gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) memerlukan masa untuk mengumpul data dan maklumat dari pengguna air di kawasan parlimen berkenaan,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

comment please.....