Konco-konco ku

Saturday, October 13, 2012

[OFF POLITICS] PANTAI KLEBANG, MELAKA DESTINASI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

Kesempatan merantau ke negeri orang sekali-sekala berjaya melapangkan minda yang semak dengan politik yang tidak pernah selesai. JB diberi peluang untuk melawat negeri Melaka Bandar Bersejarah yang terkenal dengan bangunan-bangunan sejarah yang masih utuh terbela sehingga sekarang.

Tahniah kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang begitu menjaga khazanah dan sejarah negara sehingga Melaka terpilih sebagai antara lokasi sejarah dunia. 

Salah satu yang sempat JB singgah petang tadi adalah Pantai Klebang. Kemasyhuran Pantai Klebang tiada tolok bandingnya lagi dengan pantai yang dijaga bersih dan peniaga yang peramah. Malah ada juga pengunjung yang datang ke Pantai Klebang semata-mata mahu menghabiskan masa bersama keluarga dan teman serta menenangkan fikiran.

Ada juga kumpulan-kumpulan permotoran seperti yang JB jumpa iaitu Team Subaru dari Kuala Lumpur singgah ke Pantai Klebang untuk bersantai bersama ahli kerana akan meneruskan perjalanan ke Port Dickson untuk aktiviti kumpulan mereka.

Pelancongan memang menjadi sumber pendapatan utama negeri ini. Maka tidak sia-sialah jerit perih Ketua Menteri dan pembesar-pembesar negeri selama ini jika melihat pencapaian yang telah mereka kecapi.

JOM KE MELAKA!!



No comments:

Post a Comment

comment please.....