Konco-konco ku

Wednesday, October 31, 2012

BILA ANGGOTA POLIS DITEMBAK TAK SIAPA PUN HIRAU

R. Subramaniam, 52, yang cedera ditembak sekumpulan penjenayah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) . - Foto Bernama
Nor Azlan Abu Bakar, 41, yang cedera ditembak sekumpulan penjenayah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini - Foto Bernama

Dua anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dilaporkan parah ditembak sekumpulan penjenayah semalam berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua anggota berpangkat Koperal itu yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersemangat untuk kembali bertugas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kedua-dua anggota polis itu di PPUM di sini hari ini.

Khalid yang diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa yang ditempatkan di Tingkat 6 dan 7 pusat perubatan itu.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang semalam itu, dua anggota berkenaan ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini.

Tembakan tersebut menyebabkan Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher.

Khalid berkata, dua anggotanya turut melepaskan tembakan ke arah suspek sebagai mempertahankan diri namun tidak dapat dipastikan sama ada mengenai sasaran dengan penjenayah berjaya melarikan diri.

Sementara itu, Ku berkata tiga das tembakan telah dilepaskan anggota berkenaan ke arah suspek dan dipercayai telah terkena tangki minyak kereta Proton Saga yang dinaiki penjenayah.

Tembakan itu menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan telah memaksa mereka meninggalkan kereta yang dinaiki kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki, katanya.

Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti empat penjenayah terbabit, manakala siasatan mendapati kereta yang digunakan bukan kereta yang dicuri sebaliknya telah dijual oleh pemilik asal kepada orang lain.

"Setakat ini lima saksi yang berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama menuju ke Lebuhraya Maju telah diambil keterangan dan usaha mengesan dan memburu suspek giat dijalankan," katanya.

Bagi Subramaniam, kejadian itu merupakan pengalaman pahit pertama yang dilaluinya sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lepas.

"Semasa saya dan Azlan menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba saya lihat seorang daripada empat suspek di dalam kereta mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kami.

"Kejadian berlaku sangat cepat. Kami sempat membalas tembakan sebelum rebah di tempat kejadian," katanya yang mempunyai seorang isteri dan dua anak berumur 23 dan 28 tahun. – Bernama


6 comments:

  1. bayangkan pula kalau yg menembak tu polis & mangsanya cina or india DAPgs....he..he..he..

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas keberanian Anggota PDRM berkenaan. Pastinya ada kaedah yang lebih sepadu dan selamat namun berkesan.

    ReplyDelete
  3. Polis jadi penjahat dan zalim. Penjenayah adalah hero. kau memang bangsat la DAP/PKR hamPAS. Klau begini la cara kau orang terutama orang hamPAS. Setiap doa korang menghancurkan UMNO kan terj=[kena kat batang hudung korang sendiri. Bayangkan sudah lebih 50 tahun merdeka hamPAS tak pernah menang kerusi persekutaun. Itu maknya apa. Mereka tak ada berkat kerana menipu , memki hamun dan terbaru menjadikan Polis sebagai musuh mereka..Mampos kau la hamPAS

    ReplyDelete
  4. mana babi2 tu tak menyalak ke.... dasar anjing... kalau polis yang tembak.. satu dunia kecoh.... bila polis kena tembak.. diam babi terus... itu pun si lebai2 dungu dalam pas tak sedor diri lagi... bodoh piang!!!!

    ReplyDelete
  5. Apa yng dapat aku caka kpd SUHAKAM ...korang semua adalah babi!

    ReplyDelete
  6. Semoga semua anggota dan pegawai penguatkuasa kita yang manjalankan tugas dengan amanah sentiasa dilindungi dan diberkati Allah. Amin.

    Nasib baik mereka ni sudah sembuh. Kesian keluarga diaorang.

    ReplyDelete

comment please.....