Konco-konco ku

Thursday, October 25, 2012

ISU SELANGOR: PENEROKA FELDA SG. BUAYA MOHON IHSAN KHALID PULANGKAN TANAH MEREKA!!

Seramai 50 orang bekas peneroka yang rata-ratanya berumur lewat 50-an telah hadir ke SUK untuk menyerahkan memorandum supaya kerajaan negeri memulangkan semula tanah yang telah ditipu oleh satu syarikat yang kononnya mahu membantu menyelesaikan masalah peneroka tersebut.

Sebelum PRU-12, pakatan haram telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tanah mereka namun sehingga ke hari ini tiada sebarang penyelesaian yang diambil oleh kerajaan Khalid ini.

Maknanya, bekas penenoka ni kena tipu dengan manifesto bukan janji pakatan la. Ada juga rupanya yang percaya dengan manifesto pakatan. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur.

Aku percaya yang tanah pakcik makcik ni semua dah tukar hak milik kepada pemimpin dan kroni DAP. Pakcik makcik jangan haraplah nak dapat balik tanah tu. Khalid tak akan tolong sebab dia sendiri tak tau nak tolong macam mana. Diluah mati pakcik makcik peneroka, ditelan mati DAP.

No comments:

Post a Comment

comment please.....