Konco-konco ku

Saturday, September 4, 2021

Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara selari matlamat pembangunan Selangor: JPNS

 


Kerajaan negeri Selangor telah mengambil kira kesemua aspek dalam membuat keputusan yang terbaik berkaitan isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan tersebut adalah selaras dengan matlamat pembangunan Selangor ke arah kestabilan sosioekonomi, dinamik, mampan dan lestari.

JPNS memaklumkan kerajaan negeri masih mengekalkan kira-kira 46 peratus daripada kawasan HSKLU, mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat, dekat sini sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Menurut kenyataan tersebut secara keseluruhannya, cadangan penyahwartaan HSKLU telah melalui proses yang begitu teliti oleh Jawatankuasa Penyiasatan Awam selaras dengan Kaedah-Kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014.

“Proses penyiasatan awam ini telah berlangsung selama lebih satu tahun sejak keputusan cadangan penyahwartaan HSKLU diterima pada November 2019.

“Kesemua bantahan yang diterima telah dikumpulkan dan diangkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor untuk pertimbangan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan melalui MMKN Ke-17/2021 5 Mei lalu yang disahkan oleh MMKN Ke-18 pada 19 Mei lepas, hanya seluas lebih kurang 536.70 hektar daripada keseluruhan kawasan HSKLU ini diluluskan untuk dinyah warta di bawah Seksyen 11 dan 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

“Berdasarkan keputusan MMKN yang sama, seluas lebih kurang 581.48 hektar telah diluluskan sebagai kawasan gantian HSK iaitu melibatkan PT4182 mukim Sungai Panjang, daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 308.62 hektar; Ampang Pechah, mukim Buloh Telor, daerah Hulu Selangor seluas lebih kurang 208.98 hektar dan Bukit Broga, mukim Semenyih, daerah Hulu Langat seluas lebih kurang 63.88 hektar,” jelas kenyataan terbabit.

JPNS memaklumkan, hasil kajian pakar perunding yang dilantik kerajaan negeri iaitu UPM Consultancy & Services Sdn Bhd pada 2020 turut digunakan dalam pertimbangan penyahwartaan HSKLU dan berdasarkan kajian mereka, nilai biodiversiti hutan simpan itu dan kawasan gantian adalah hampir sama.

“Kawasan gantian HSKLU yang dinyah warta terdiri daripada jenis hutan paya gambut di mukim Sungai Panjang iaitu sama jenis hutan dengan HSKLU manakala, kawasan gantian di Ampang Pechah dan Bukit Broga adalah jenis hutan bukit

“Kawasan gantian Ampang Pechah mempunyai kepentingan koridor rangkaian ekologi hidupan liar dikenali sebagai central forest spine (CFS) sepertimana ditetapkan dalam Rancangan Fizikal Negara Ketiga manakala kawasan Bukit Broga mempunyai nilai-nilai ekopelancongan yang amat tinggi dan merupakan antara tarikan kawasan pendakian utama di Selangor,” maklum kenyataan itu.

JPNS memaklumkan kerajaan negeri turut mengenakan beberapa syarat kepada pemaju Gabungan Indah Sdn Bhd yang telah diluluskan pemberimilikan di kawasan nyah warta HSKLU pada tahun ini antaranya termasuklah pengekalan 20 peratus daripada kawasan pembangunannya sebagai kawasan hijau serta keperluan translokasi spesies-spesies flora dan fauna yang berkepentingan.

“Selain itu, MMKN juga telah meluluskan sebahagian kawasan untuk penggantian baki Rizab Orang Asli Busut Baru iaitu seluas lebih kurang 42.1 hektar di bawah Seksyen 7, Akta Orang Asli 1954.

“Justeru, isu tuntutan perizaban kawasan Orang Asli Busut Baru seluas lebih kurang 404.6 hektar sebagai penggantian kawasan disebabkan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejak 2006 dapat diselesaikan,” maklum kenyataan tersebut.

Menurut Jabatan itu lagi, HSKLU merupakan hutan yang telah terpisah daripada kompleks hutan utama dan mengalami tekanan pembangunan tanah tepu bina di sekelilingnya seperti Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Bandar Saujana Putra dan Gamuda Cove.

JPNS memaklumkan HSKLU juga telah diklasifikasikan sebagai kawasan yang berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan akibat beberapa kali terbakar pada tahun 2012, 2013, 2014, 2017 dan 2021.– Bernama

Thursday, July 1, 2021

JANGAN POLITIKKAN RUMAH PASANG BENDERA PUTIH

 


WAKTU genting dan gawat ini, semua terkesan. Bukan sahaja golongan peniaga jalanan dan B40 sahaja terasa bahang pandemik ekonomi, malah golongan M40 dan T20 juga terkesan sama. T20 sudah ada yang bertukar menjadi M40 malah lebih teruk sudah menjadi B40. M40 juga sudah bertukar menjadi B40. Malah B40 sudah bertukar menjadi golongan asnaf dan miskin. Sampai ke tahap ini sekali pandemik covid19 merubah landskap ekonomi negara kita.


Tetapi, janganlah pula kita politikkan bendera putih ini. Ada golongan PKR yang mendakwa, setiap rumah kena angkat bendera putih sebagai menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada ini gagal. Di Pulau Pinang, ada Ahli Parlimen yang membantu tuan rumah memasang bendera putih untuk memohon bantuan. Jangan!

Walaupun Ahli Parlimen tersebut mengatakan beliau dah membantu, tetapi janganlah ambil kesempatan atas kesesakan orang lain. Sepertinya memang sengaja nak mendapat publisiti murahan.

Sekarang adalah zaman susah. Kita bantulah mana yang boleh bantu. Jika tak mampu bantu dengan wang ringgit, bantulah sebarkan kempen ini. Bantulah sebar-sebarkan artikel ini kepada semua rakyat Malaysia.

InsyaAllah aku pun tengah cuba bantu untuk mendapatkan dana melalui aku punya NGO. Sesiapa yang nak menyumbang boleh lah berbuat demikian. Jangan lupa letakkan tujuan 'BENDERA PUTIH' agar kami tahu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan.


PERTUBUHAN IKATAN MUAFAKAT SERUMPUN MALAYSIA

No akaun: 11-085-100343-5

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank rakyat)

Tuesday, June 29, 2021

PEMULIH: KEPUTUSAN SEPARUH MASAK MORATORIUM

 


SEMALAM petang dah diumumkan Pelan Pemulihan Covid-19 atau PEMULIH yang diumumkan oleh PM. Alhamdulillah, bersyukur ada juga bantuan kepada yang betul-betul memerlukan. Walau nilai hanya RM100 sahaja bantuan yang diterima, masih lagi layak lah dapat dari kerajaan.

Tetapi antara banyak-banyak bantuan yang diumumkan semalam. Ada SATU perkara yang diumumkan itu buat aku tertanya-tanya.

MORATORIUM

Ya! Ini yang aku paling risaukan. Sebab aku dah terkena masa 1st moratorium dulu. Tak kisah kalau bulan ditambah atau dipanjangkan sebab memang patutlah. Tapi apabila bunga atau interest atau % dinaikkan sekali memang agak gila. memang tak membantu sebenarnya.

Bank memang takde hati perut. takde budi bicara langsung ke nak membantu kerajaan, nak bantu rakyat yang tengah susah sekarang ni?

Kita maklum memang bank akan lanjutkan lah bulan pembiayaan tu. tak kisah sebab kita faham dan memang logik pun. mana ada orang yang boleh bayar lumpsum sekali gus lepas habis covid pun.

Tapi bila sampai bab interest yang tak masuk akal dikenakan oleh pihak bank, aku rasa agak melampau sebenarnya. Kenapa tak bank kekalkan interest yang sedia ada je. confirm tak membebankan rakyat.

Percayalah, kesusahan rakyat bukan habis setelah covid berakhir. kesusahan rakyat yang sebenar apabila BANK sudah menjadi AH LONG berlesen yang memerah keringat rakyat selepas selesai covid akan datang.

Gila!

Wednesday, June 16, 2021

JABATAN PEGUAM NEGARA ARAH GUNA NAMA MAHIADDIN BIN MD YASIN

 

SETELAH berpuluh tahun menggunakan nama Muhyiddin Yassin di dalam semua acara rasmi negara, akhirnya Jabatan Peguam Negara memberi pandangan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menggunakan nama sebenarnya iaitu MAHIADDIN BIN MD YASIN.

Alhamdulillah, akhirnya beliau menggunakan nama sebenarnya sendiri setelah berpuluh tahun menggunakan nama TIPU di dalam urusan rasmi kerajaan.

Tetapi kenapa baru sekarang nak tukar nama? ada isu ke? bagaimana keabsahan nama tersebut dalam keputusan-keputusan penting kerajaan sebelum ini?

Dan yang paling penting dan mustahak, sahih ke perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menggunakan nama samaran?

Paling utama, sah ke kemenangan Perdana Menteri ini di Parlimen Pagoh apabila beliau menggunakan nama orang lain sebagai pengganti nama dirinya sendiri?

Memang kerajaan gagal. kerajaan bodoh. kerajaan buta kayu betul lahhhhhh!

Monday, May 31, 2021

BANTUAN PKP 3.0: SENARAI BANTUAN PEMERKASA+ (GRAFIK)

 


Berikut antara senarai bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+ yang diumumkan. Antaranya:

  • Peruntukan RM450 juta tingkat kapasiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19
  • RM550 tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
  • Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan
  • Percepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)
  • Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPV
  • RM2.1 bilion untuk BPR tambahan sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang hujung Jun
  • Moratorium 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan
  • Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi
  • Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran
  • Lanjutan Program Subsidi Upah selama sebulan
  • Geran Khas Prihatin ditambah RM500 kepada RM1,500 pertengahan bulan Jun dan baki pada Julai
  • Bantuan khas one-off RM500 kurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah
  • Bayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
  • Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas
  • Lanjutan duti setem HOC sehingga 31 Disember 2021
  • Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021
Bantuan PEMERKASA+

Antara yang menarik perhatian bantuan PEMERKASA+ semestinya BPR tambahan seperti berikut:

  • Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
  • Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
  • Tambahan RM100 : Bujang
  • Selain itu, GKP turut dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500 yang akan memanfaatkan hampir sejuta PKS.

Menteri juga tidak mengambil gaji selama 3 bulan.



































Wednesday, May 26, 2021

TAJUDDIN DI PECAT DARI PENGERUSI PRASARANA

 

TENGOK muka ni mula macam nak gelak pun ada bila ingatkan pasal pc semalam tentang kemalangan lrt. Inilah apabila buat kerja tak pernah nak serius. Orang tanya betul-betul boleh pulak gelak-gelak. 

Bagus jugak tu tukar pengerusi lain. Baru dia sedar kerajaan PN ni bukan kerajaan BN.

Presiden dah suruh semua MP UMNO yang diberi jawatan dalam kerajaan PN letak jawatan tak mau. Haaaa.. sekarang kena PECAT terus beb!



Saturday, May 22, 2021

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKP 4.0)


 25 MEI ini bermulalah PKP 4.0 yang diperketatkan seluruh negara. Bukannya macam PKP 1.0 seperti tahun lepas ye. 

PKP kali ini nampak lebih ketat. Tapi nampak jelah.

Kita tau PKP kena buat, ekonomi juga kena jalan. Kalau tak macam mana nak berkembang ekonomi rakyat Malaysia.

Sehingga masa ini masih ada lagi rakyat Malaysia yang terkesan dengan PKP 1.0. Masih ada lagi yang hilang pekerjaan, hilang tempat bergantung.

Buatlah pilihan yang bijak. 

Ternyatalah Kerajaan Perikatan Nasional ini adalah sebuah kerajaan yang gagal!

Friday, May 21, 2021

#SAVEGAZA PALESTINE PERLUKAN BANTUAN KALIAN

 
credit: nytimes.com

SEBENARNYA amat terkesan dengan berita yang sedang melanda Gaza sekarang ini. Kemusnahan yang tiada kesudahannya. Dulu sudah habis musnah bangunan kediaman mereka, kini setelah terbina indah dari kesan runtuhan LAKNAT ISRAEL kembali memusnahkan kediaman mereka lagi. Malah perkara ini akan terus berulang hingga ISRAEL dapat menguasai GAZA!

Tak nak mengulas panjang lebar tentang kemelut yang sedang melanda GAZA. Korang boleh baca berita-berita tentang keganasan LAKNAT ISRAEL di tempat lain.

Kat sini aku nak menyeru kepada semua bantulah saudara ISLAM kita di sana. Bantulah dari segi apa-apa pun. Sama ada dari segi kewangan, sokongan moral ataupun perang di media sosial.

Lebih elok daripada beri FACEMASK berjuta-juta kepada rakyat Palestin tapi penduduk di GAZA tak dapat apa!

Thursday, May 20, 2021

MB SELANGOR KAMBINGHITAMKAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

 

SEMALAM satu sidang media oleh Exco Kesihatan Selangor, Dr. Mariah menegaskan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan bersetuju dengan LOCKDOWN di seluruh Selangor kerana konon memikirkan ekonomi negeri yang terjejas.

Pada mula memang aku setuju memandangkan ekonomi rakyat khususnya di negeri Selangor yang aku nampak memang terkesan teruk.

Tapi lewat petang semalam, Menteri Besar Selangor keluar kenyataan lain pulak!

Tiba-tiba jadi bersetuju untuk LOCKDOWN jika beberapa perkara atau pertimbangan yang dicadangkan oleh MB Selangor ini ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Gila! Gila!

Sebab nak alihkan perhatian dan kesalahan kepada pusat agar kerajaan negeri dilihat membantu rakyat terus boleh pulak nak buat LOCKDOWN!

Ini semua bala tuan-tuan dan puan-puan. Inilah apabila kerajaan negeri yang hanya mementingkan tembolok sendiri tanpa berfikir nak berkorban atau membantu rakyatnya.

Apa salah sebagai sebuah negeri yang kaya raya, kerajaan Selangor bantu rakyat Selangor yang dah paras hidung ni. Dengan yang hilang pekerjaan, yang tutup perniagaan, yang hilang mata pencarian malah lebih tragis hilang tempat bergantung kerana pandemik Covid19 ini.

Nampak kerajaan negeri nak main tarik tali dengan kerajaan pusat sebab nak bagi PKR yang memerintah Selangor ini nampak CLEAN dan tidak membebankan rakyat.

Apabila kerajaan pusat atau Pak Long Mail umum PKP di Selangor maka kerajaan negeri boleh lah main tuding jari kepada kerajaan pusat walhal negeri Selangor ada Task Force Covid19 nya sendiri yang LANGSUNG TAK BERFUNGSI!

Ini yang orang kata PEMIMPIN BODOH! Siapa yang undi lagi puak Pakatan Haprak ni penggal depan tak tau nak kata apalah. 

Kerajaan negeri yang membahayakan nyawa rakyat sendiri!