Konco-konco ku

Monday, May 25, 2015

SPEAKER DUN SELANGOR LEBIH RISAU PASAL SAIZ TIKUS, BUKAN JUMLAHNYA!!!

SEJAK semalam viral gambar seekor tikus gergasi yang dikatakan ditangkap di USJ11 iaitu kawasan DUN Subang Jaya yang di wakili oleh Hannah Yeoh sebagai Adun Subang Jaya.

Mungkin benar seperti yang digembar-gemburkan oleh media sosial bahawa adanya tikus sebesar bayi ditemui di Selangor namun sudah semestinya MUNGKIN bukan di Subang Jaya.

Namun, tidak mustahil juga mungkin ada tikus sebesar Master Splinter ini ditemui dikawasan-kawasan bandar yang semakin tidak teratur semenjak pemerintahan PR di Selangor.

Kawasan tumpuan tikus ini seperti di Shah Alam, Subang Jaya, Puchong, Kelana Jaya, PJU dan beberapa kawasan yang tidak diselenggara dengan betul adalah penyumbang kepada pembiakan habitat jijik ini.

Jika benar kerajaan negeri prihatin dengan kesihatan rakyat Selangor, seharusnya perkara ini ditangani dengan cekap, bukan sekadar menjadikan berita ini sebagai mileage politik untuk popular dengan hanya bercakap tentang TIKUS GERGASI.

Apa tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh pihak PBT Selangor bagi membanteras ancaman tikus ini yang bakal membawa mudarat kepada penduduk Selangor.

Fikirkan dan bertindak! 

Jangan sekadar bercakap dan menipu rakyat!

Monday, May 18, 2015

SELANGOR BUKAN RUMAH PAS UNTUK LAKSANAKAN HUDUD!!

SELEPAS kenyataan yang dibuat oleh Lim Kit Siang di Kota Bharu minggu lalu berkenaan dengan penolakan DAP terhadap undang-undang hudud Kelantan yang dilaksanakan oleh Pas, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Kim mempersoalkan kehadiran Pas ke Selangor yang berkempen untuk menegakkan hudud sedangkan Selangor tidak bersetuju dengan hudud Pas.

Adun Sungai Pinang ini  berkata melalui akaun facebooknya yang Pas seolah-olah tidak menghormati DAP Selangor dengan membawa fahaman hudud di Selangor walhal Pas Selangor juga telah bersetuju untuk menolak hukum hudud yang dibawa oleh Pas.

Malah, Chang Kim juga menegaskan supaya Pas membawa Muktamar yang dijangkan diadakan pada bulan hadapan keluar dari Selangor kerana Selangor adalah rumah DAP bukan rumah Pas.

Thursday, May 14, 2015

MANA BOT NELAYAN YANG DIJANJIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR??!

DAPAT satu pesanan ringkas melalui WhatsApp oleh salah seorang penduduk Sekinchan yang kecewa dengan pentadbiran negeri Selangor. Katanya PR hanya pandai berjanji sedangkan satu habuk pun tak nampak!

Ini berikutan janji Kerajaan Negeri Selangor satu masa dahulu ketika membuat lawatan ke Sekinchan yang dihadiri oleh Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Exco Selangor, Zaidy Talib untuk memberi peruntukan khas kepada nelayan di Sekinchan dengan sebuah bot.

Dikhabarkan juga bahawa kelulusan tersebut telah dipersetujui dengan bantuan berupa Sampan 21 kaki kepada nelayan kawasan Sekinchan yang berdaftar dibawah Persatuan Nelayan Sekinchan.

Namun janji tinggal janji. Harapan terbang melayang. Peruntukan sampan nelayan hanya diberikan kepada satu kaum sahaja sedangkan ada juga kaum lain yang memohon bantuan tersebut.

Jadi, siapa yang cakap tidak serupa bikin?

Wednesday, May 13, 2015

NIK ABDUH BERANG, KIT SIANG HINA HUDUD DI KELANTAN!!

BEGITU marah anak kepada arwah Nik Aziz apabila YDP Pas Kota Bharu, Kelantan membawa pemimpin utama DAP ke Kelantan di atas pentas ceramah menghina dan mempertikaikan undang-undang hudud yang dibentangkan oleh DUN Kelantan.

Riak kecewa Nik Abduh dapat dirasai apabila beliau mengeluarkan sendiri status yang menggambarkan sakit hatinya kepada kepimpinan Pas Kelantan yang tidak menghormati perjuangan Nik Aziz.

Di atas pentas ceramah yang turut dihadiri oleh Mat Sabu dan Rafizi, Kit Siang mempertikaikan undang-undang hudud yang dibawa oleh Pas. Pelik! Apabila hadirin yang hadir yang kebanyakannya adalah penyokong Pas bersorak dan bertepuk tangan menyokong ucapan Kit Siang.

Ternyata, Pas golongan ulama' sudah semakin diketepikan oleh ahli mereka sendiri. Sekarang, Pas golongan liberal mula menguasai dengan kewujudan PasMa yang lebih mesra dengan kafir DAP yang terang-terang menolak Hudud di Kelantan.

Jadi, adakah Pas sekarang boleh menjadikan negara Malaysia ini sebuah negara Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini?

Mohon ada jawapan daripada ahli Pas.

NIZAR CADANG GANTI HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN PAS!!!

NIZAR Jamaludin, bekas MB Perak dan juga bekas YDP Pas kawasan Kampar mencadangkan kepada semua ahli Pas agar perlunya Presiden PAS baharu kerana Hadi Awang dilihat lebih mesra UMNO berbanding DAP.

Menurut Nizar lagi, perubahan kepimpinan tertinggi parti harus dilakukan pada muktamar kali ini. Ini sekali gus menguatkan lagi dakwaan sesetengah ahli Pas yang juga ahli PASMA agar Presiden Pas, Hadi Awang digugurkan daripada jawatannya.

Nampaknya Pas gagal mentarbiah ahli-ahli mereka agar wala' dengan kepimpinan ulama'. Nampaknya Pas gagal menerangkan kepada ahli-ahlinya tentang peri pentingnya setia dan patuh dengan arahan Presiden. Nampaknya Hadi Awang gagal memahamkan DAP tentang Islam.

Nizar yang kalah dalam pemilihan YDP Pas Kampar baru-baru ini dikatakan akan membawa Ust. Ahmad Awang sebagai calon Presiden menggantikan Hadi Awang.

Ahmad Awang, bekas ahli Majlis Ulama' Pas dikatakan telah bersetuju dengan pencalonan tersebut. Kumpulan PasMa yang diketuai oleh Pahrolrazi dikatakan memberi sokongan sebulat suara kepada mana-mana calon yang menetang Hadi Awang, asalkan Hadi Awang tidak lagi menjadi Presiden.

Selepas ini pasti kenyataan demi kenyataan akan dikeluarkan oleh ahli Pas dan kumpulan PasMa yang lain seperti Mat Sabu, Khalid Gereja, dan beberapa ahli yang mesra DAP.

Monday, May 11, 2015

PAS SABAK BERNAM SARAN PIMPINAN NEGERI BERI KERUSI MENTERI BESAR SELANGOR KEPADA PAS!!

MUKTAMAR Dewan Pemuda Pas Selangor yang berlangsung pada Ahad lepas menyaksikan beberapa saranan dan luahan perasaan beberapa perwakilan daripada 22 kawasan di Selangor tentang gelodak dalam PR yang semakin meresahkan ahli Pas akar umbi.

Pemuda Pas Sabak Bernam menyarankan kepada kepimpinan Pas Pusat supaya lebih berani dan tidak takut dengan kecaman DAP agar Islam boleh diterima oleh rakan sekutu mereka.

Mereka juga menggesa agar kepimpinan Pas negeri harus bersuara supaya pada PRU akan datang Menteri Besar daripada Pas harus dipilih. Ini kerana Pas merupakan penyumbang terbesar kemenangan PR di Selangor berdasarkan kerusi Dun yang ditandingi pada PRU13.

Nampaknya Pas benar-benar yakin yang mereka akan menang lagi pada penggal akan datang hingga berani untuk berebut kerusi Menteri Besar dengan PKR.

Namun inilah hakikat Pas yang rakyat perlu lihat. Sesama mereka juga berebut kuasa apabila sudah berkuasa. Tak ada lagi erti kata syukur dan berserah kepada Allah.

Thursday, May 7, 2015

#PRKPERMATANGPAUH | PETUGAS MEDIA DIPUKUL ANGGOTA PKR

PROVOKASI murahan yang ditimbulkan oleh petugas pilihanraya PKR di hadapan Pusat Mengundi SK Tanah Liat, Permatang Pauh baru sebentar tadi.

Salah seorang petugas media daripada KLXpress (klxpress.com.my) didakwa telah dibaling dengan besi dan batu oleh pihak PKR yang sedang merusuh kerana dikatakan tidak berpuashati dengan pihak polis yang menjaga pusat pembuangan undi tersebut.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan sudah dihantar ke hospital.

Keep Strong Bro.....

Tuesday, May 5, 2015

#PRKROMPIN | TERKINI! BN DIJANGKA MENGEKALKAN KERUSI PARLIMEN

HUJAN lebat di Rompin sekarang ini umpama satu petanda bahawa Barisan Nasional melalui calonnya Dato' Hasan Arifin dijangka mengekalkan kerusi Rompin kepada BN.

Lebih kurang 32 daripada 38 peti undi telah dimenangi oleh BN setakat ini. Satu 1 peti undi di Keratong 2 dimenangi oleh calon Pas dengan saingan sengit daripada pengundi BN.

73% jumlah keluar mengundi berdasarkan kiraan secara kasar dan tidak rasmi.

Namun majoriti mungkin menyusut berbanding PRU13 kerana ramai pengundi luar tidak pulang mengundi kerana cuti panjang.

Didakwa ada juga unsur sabotaj daripada ahli PKR dan DAP yang tidak hadir mengundi di Rompin kerana krisis yang berlaku di Permatang Pauh sekarang ini.

Walaubagaimanapun, Barisan Nasional boleh menarik nafas lega atas kejayaan ini.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat oleh SPR pada jam 10.00 malam ini.

Monday, May 4, 2015

#PRKROMPIN : PAS RANCANG HALANG RAKYAT ROMPIN KELUAR MENGUNDI

RISIKAN yang diterima daripada salah seorang informer dari kem Pemuda Pas Rompin, Pas akan mengatur strategi terakhir mereka dengan beberapa kerja jahat supaya BN tidak dapat mengekalkan kemenangannya di Rompin.

Antara yang diberitahu oleh informer daripada dalam Pas adalah mereka merancang untuk menggunakan bas-bas yang membawa petugas Pas dari luar Rompin supaya dihalang setiap jalan-jalan keluar untuk ke tempat pembuangan undi pada esok hari.

Esok, 5 Mei merupakan hari pembuangan undi bagi PRK Parlimen Rompin. Maka, sudah pasti ada 1001 perancangan jahat daripada Pas yang bakal dilakukan untuk memastikan majoriti undi calon BN merosot walaupun mereka tahu Pas akan kalah teruk.

Pas nampaknya terdesak mahu menang di Rompin. Mungkin kerana untuk membuktikan kepada PKR, DAP yang Pas boleh bergerak sendiri tanpa kedua-dua rakan sekutu mereka dalam pakatan.

Sunday, May 3, 2015

#PRKROMPIN | SUDAH TAHU KALAH, PAS SEBAR SMS FITNAH KEPADA PENGUNDI

GARA-gara sudah merasa gerun dengan sokongan daripada penduduk Rompin akan calon dari Barisan Nasional, Dato' Hasan Arifin, pelbagai cara terpaksa dilakukan oleh puak pemfitnah Pas ini untuk menang.

Setelah dilihat taktik menghasut pengundi dengan flashmob bantah gst tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, puak pemfitnah Pas terpaksa mencari strategi lain untuk mengalahkan BN.

Salah satu caranya adalah dengan melaga-lagakan orang Umno dengan melemparkan fitnah yang terang-terangan tiada kesan kepada ahli Umno untuk terus bersama jentera mengundi BN.

Satu SMS telah diterima oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Rompin awal pagi tadi yang mendakwa 'group' JJ (arwah Tan Sri Jamaludin Jarijis) dapat duit untuk undi...nape yang lain tak dapat..tak dok duit tak dak undi..

Begitu berat tuduhan yang dilakukan oleh puak pemfitnah Pas ke atas Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Demi undi orang sudah tiada pun sanggup difitnah.

#PRKROMPIN | JENTERA PKR,DAP PAHANG BOIKOT CALON PAS

ARAHAN daripada pimpinan tertinggi DAP,PKR telah diperolehi melalui jentera mereka di Permatang Pauh. Jentera Pas yang hadir di Permatang Pauh untuk berkempen Nek Jah dihalang kerana masih tetap mahu meneruskan pembentangan hudud.

Begitu juga di Rompin. Mengikut sumber, jentera daripada PKR,DAP daripada Pahang dilarang untuk berkempen bagi calon Pas kerana dikhuatiri bakal menghilangkan undi mereka.

Dalam ceramah-ceramah mereka juga tidak disebut tentang hudud kerana dikatakan takut hilang undi daripada kaum Cina yang menyokong mereka dan sebilangan Orang Asli di Rompin.

Kempen calon Pas Rompin terus berkisar tentang GST dan kenaikan harga barang hinggakan orang kampung menyampah kerana mengganggu laluan perjalanan mereka dengan membuat flashmob dipersimpangan jalan-jalan utama.

Menghampiri hari pembuangan undi, mereka nampak semakin agresif dengan menimbulkan isu-isu SPR yang dikatakan tidak telus dan menjadi macai kepada Barisan Nasional.

Ternyata mereka terdesak meraih undi simpati daripada penduduk Rompin.

Saturday, May 2, 2015

#PRKROMPIN | PM LULUS PERUMAHAN GENERASI BARU FELDA PADA HARGA RM90,000

Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Najib Razak Mengenai Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin

1. Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya generasi baru.

2. Komitmen kerajaan terhadap perkara ini telah dizahirkan dengan pembinaan 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.

3. Menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah tersebut dikaji semula, saya telah mengarahkan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada untuk menawarkan harga baru rumah-rumah tersebut pada harga RM90,000 untuk pembelian secara jual-beli.

4. Untuk segelintir generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian rumah-rumah tersebut, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli di mana generasi baru ini akan dapat menduduki rumah tersebut selama 5 tahun secara sewaan dengan kadar yang munasabah serta tawaran pembelian dibuat selepas itu tertakluk kepada syarat-syarat dan perjanjian kedua-dua pihak.

5. Kerajaan akan terus menjulang agenda pemilikan rumah oleh rakyat khususnya di tanah-tanah rancangan FELDA dan perkara ini akan terus disemarakkan. Adalah diharapkan jua, pengumuman ini dapat merealisasikan impian generasi baru FELDA khususnya di Parlimen Rompin untuk memiliki rumah idaman mereka.

#PRKROMPIN | CALON 'RECYCLE', BN BAKAL BUAT KEJUTAN BESAR

TINGGAL 3 hari lagi tiba pembuangan undi bagi pengundi Parlimen Rompin untuk menentukan siapakah wakil rakyat yang mereka pilih untuk menyampaikan suara rakyat di Dewan Rakyat.

5 Mei 2015, Selasa minggu hadapan bakal mencipta sejarah SEKALI LAGI apabila calon yang dikatakan 'recycle' oleh pembangkang akan menang dengan bergaya.

Mengambil contoh bagi PRK Parlimen Teluk Intan yang mana calon BN yang juga calon 'recycle' juga Presiden Parti GERAKAN berjaya menewaskan calon muda daripada DAP.

Sebelum ini kerusi Parlimen Teluk Intan dimenangi oleh DAP dengan majoriti yang selesa namun pada PRK yang lepas Datuk Mah Siew Keong berjaya merampas kembali kerusi tersebut daripada pembangkang walau dengan majoriti sedikit.

Walau majoriti tidak seperti yang diharapkan, menang satu undi pun masih lagi dikatakan pemenang.

JAGA-JAGA AURA SENIOR

Tidak mustahil jika Dato' Hasan akan menang bergaya di Rompin. Sebagai mantan Timbalan Menteri Besar Pahang dan pernah menjadi Adun dikawasan ini, dijangka kemenangan pasti berpihak kepada Dato' Hasan.

Jasa dan sumbangan beliau dalam mendekati serta menyelami hasrat dan harapan penduduk Rompin amat ditagih kerana hanya beliau yang layak sebagai wakil mereka bagi menyuarakan hasrat kepada kerajaan negeri dan pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Kepada penduduk Rompin. Buatlah pilhan yang bijak.

Undi BN penentu kesinambungan kemajuan Rompin.

Friday, May 1, 2015

#PRKROMPIN | CALON BN AKAN MEMPERJUANGKAN HASRAT GENERASI KEDUA FELDA

DATO' Hasan Arifin, calon BN bagi PRK Rompin memahami rintihan, keluhan dan keperluan anak-anak Felda Parlimen Rompin khususnya yang masih lagi tidak mampu memiliki rumah pada kadar yang berpatutan.

"Dalam konteks ini, saya akan memperjuangkan hasrat generasi kedua Felda agar nasib mereka terus terbela," katanya ketika ditanya oleh media.

Seperti sedia maklum perkara-perkara yang berhubung kait dengan dasar Felda memerlukan pertimbangan dan keputusan pucuk pimpinan khususnya YAB Perdana Menteri.

"Saya yakin YAB Perdana Menteri sentiasa peka dan prihatin mengenai kebajikan dan masa depan Felda. Bagi pihak generasi muda Felda di Rompin ini, saya merayu agar pucuk pimpinan dapat mencari penyelesaian terbaik berkenaan isu perumahan generasi kedua.

"Sesungguhnya tidak ada parti lain selain UMNO dan Barisan Nasional yang memperjuangkan nasib masyarakat Felda dari dahulu lagi dan tidak ada sebab kita tidak meneruskan agenda ini lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri adalah waris kepada Tun Abdul Razak yang telah mencetuskan agenda untuk membela orang Melayu melalui Felda sejak 59 tahun dahulu," kata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin petang tadi.

Dato' Hasan dijangka akan menang dengan selesa di Rompin kerana jasa dan bakti UMNO kepada penduduk setempat khususnya kepada peneroka Felda dan Orang Asli.

Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon daripada parti BN dan PAS.

#BANTAHGST | PAS TOLAK DAP! DAP, PKR TOLAK HUDUD!

PANAS cuaca di Malaysia hari ini. Bukan sahaja kerana cuti 1 Mei sebagai cuti Hari Pekerja tetapi ada dua insiden besar berlaku hari ini.

Di Permatang Pauh, sekumpulan penduduk Permatang Pauh mengadakan himpunan aman membantah PKR,DAP Pulau Pinang yang secara konsisten menghina Hudud yang dicadangkan oleh Pas.

Dengan laungan 'TOLAK DAP' , 'HIDUP ISLAM' para jemaah berkumpul di luar Masjid Permatang Pauh bagi menyatakan bantahan kepada DAP dan seterusnya menolak calon PKR di PRK Permatang Pauh.

Sedangkan di Kuala Lumpur ribuan penyokong PKR, DAP dan sebahagian ahli PasMa serta Pas Liberal turut hadir bagi memberi sokongan kepada para peniaga Cina yang membantah GST.

Namun hakikatnya himpunan #BantahGST bertukar dengan himpunan Bantah HUDUD.

Pelik apabila ada pemimpin tertinggi Pas turut hadir seperti Khalid Samad, Mat Sabu, dan Suhaizan Kayat tetapi tidak melakukan apa-apa terhadap kempen tolak hudud. Umpamanya mereka ini setuju supaya Hadi Awang dan geng ulamak menarik balik pembentengan hukum Hudud di Parlimen dan di Kelantan.

Apa nak dikata. Sekarang Pas pun dalam konflik identiti. Sama ada Pas hendak meneruskan hudud tetapi tidak akan dapat undi daripada kaum bukan Islam atau membantah hudud dan seterusnya membelakangi keputusan MSU dan Presiden Parti.

#PRKROMPIN | PENGUNDI CINA BIJAK MENIPU BARISAN NASIONAL - TUAN IBRAHIM

KAMPUNG JAWA - Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas dalam ceramahnya baru-baru ini di Jalan Pantai 4, Kampung Jawan, Rompin memuji sikap masyarakat Cina yang berjaya memperdayakan Barisan Nasional dalam PRU 13 yang lalu. Tambah Tuan Ibrahim, kaum Cina memang otak penipu hinggakan apa yang diminta pasti ditunaikan oleh BN demi undi.

Namun hakikatnya otak penipu Cina ini tidak dizahirkan ke atas kertas undi untuk menyokong BN namun mengundi pakatan bagi menjatuhkan BN.

Itulah antara isi ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man dihadapan sekitar 50 orang penyokong Pas seluruh Malaysia yang berkumpul di Rompin.

Depan cakap lain, belakang kaw-kaw belasah Cina DAP ni.

*Sunyi je Parlimen Rompin hari ini. Jentera Pas ramai dah tarik diri dari berkempen ke? Ke Pas Pusat tak turun peruntukan berkempen.

#PRKROMPIN | PEMUDA PAS ROMPIN MELUAT PERANGAI ULAMAK PAS DALAM PRK

PANAS Parlimen Rompin belum berakhir. Walaupun sudah puluhan kenderaan yang dipercayai jentera pilihanraya Pas dari seluruh negara mula meninggalkan Rompin, namun cerita-cerita mereka masih lagi berlegar dikalangan ahli Pas kawasan Rompin.

Pertelagahan antara Pemuda Pas Rompin dengan barisan penceramah jemputan yang terdiri daripada Geng Ulamak mula menjadi buah mulut sesama mereka sejak mula tempoh berkempen.

Dikatakan oleh sumber daripada Pemuda Pas Rompin bahawa penceramah daripada Pas Pusat terlalu 'high class' hinggakan tempat tidur mereka perlu disediakan dengan sempurna. Penceramah jemputan Pas Pusat tidak mahu tinggal di rumah sewa yang disediakan, mereka mahukan privacy dengan bilik sendiri tanpa gangguan dari orang lain.

Mengikut dari sumber yang diperolehi juga mengatakan para penceramah Pas Pusat mahukan segala-galanya lengkap tersedia oleh tuan rumah sedangkan Pas peringkat Pusat tidak menyalurkan peruntukan kepada mereka.

Sedangkan penceramah yang hadir tidak beri walau sesen pun sumbangan kepada Pas Rompin untuk membuat persediaan kempen PRK Rompin.

Perkara ini yang kerap dibangkitkan dalam mesyuarat UPU Pas antara PDM.