Konco-konco ku

Monday, May 18, 2015

SELANGOR BUKAN RUMAH PAS UNTUK LAKSANAKAN HUDUD!!

SELEPAS kenyataan yang dibuat oleh Lim Kit Siang di Kota Bharu minggu lalu berkenaan dengan penolakan DAP terhadap undang-undang hudud Kelantan yang dilaksanakan oleh Pas, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Kim mempersoalkan kehadiran Pas ke Selangor yang berkempen untuk menegakkan hudud sedangkan Selangor tidak bersetuju dengan hudud Pas.

Adun Sungai Pinang ini  berkata melalui akaun facebooknya yang Pas seolah-olah tidak menghormati DAP Selangor dengan membawa fahaman hudud di Selangor walhal Pas Selangor juga telah bersetuju untuk menolak hukum hudud yang dibawa oleh Pas.

Malah, Chang Kim juga menegaskan supaya Pas membawa Muktamar yang dijangkan diadakan pada bulan hadapan keluar dari Selangor kerana Selangor adalah rumah DAP bukan rumah Pas.

8 comments:

  1. Kihkihkihkihkihkih...sampai macam tu sekali hinanya PAS dimata DAP....Tapi PAS dah lama BUTA...hish...hish...hish..KESIANNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas x hina...tetapi pas menjadi mulia krn dibenci krn islam ug dibawanya...cuma allah dh kaburkan mata hati kita...

      Delete
  2. X ambik hati pun. Asal bukan Umno....

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. bukkan lah hati org pas supaya tk dihina oleh al kafirun. bukan kah menghina org pas bermakna menghinna agama Mu? No? so pas tak sama/tal bawa islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya allah nabi muhammad dihina krn membawa islam...adakaj nabi kami hina?

      Delete
  4. Tak ambil hati pun, asal bukan UMNO yg terhina sebegitu.

    ReplyDelete
  5. Tak apa DAP hina dan keji.... dayusnya pendokong Islam....

    ReplyDelete
  6. Ada pemimpin PAS kata DAP lebih baik daripada UMNO. kafir lebih baik daripada Islam?. sebab itu PAS berkerjasama politik bagi jatuhkan UMNO. Ini pakai rujukan kitab mana ni?

    ReplyDelete

comment please.....