Konco-konco ku

Saturday, May 2, 2015

#PRKROMPIN | PM LULUS PERUMAHAN GENERASI BARU FELDA PADA HARGA RM90,000

Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Najib Razak Mengenai Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin

1. Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya generasi baru.

2. Komitmen kerajaan terhadap perkara ini telah dizahirkan dengan pembinaan 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.

3. Menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah tersebut dikaji semula, saya telah mengarahkan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada untuk menawarkan harga baru rumah-rumah tersebut pada harga RM90,000 untuk pembelian secara jual-beli.

4. Untuk segelintir generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian rumah-rumah tersebut, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli di mana generasi baru ini akan dapat menduduki rumah tersebut selama 5 tahun secara sewaan dengan kadar yang munasabah serta tawaran pembelian dibuat selepas itu tertakluk kepada syarat-syarat dan perjanjian kedua-dua pihak.

5. Kerajaan akan terus menjulang agenda pemilikan rumah oleh rakyat khususnya di tanah-tanah rancangan FELDA dan perkara ini akan terus disemarakkan. Adalah diharapkan jua, pengumuman ini dapat merealisasikan impian generasi baru FELDA khususnya di Parlimen Rompin untuk memiliki rumah idaman mereka.

1 comment:

  1. Model macam ni satu tanah melayu pun bagus!!
    #jijahkatmana

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...