Konco-konco ku

Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Monday, September 18, 2017

PEMIMPIN KELUAR PARTI, PEMBANGKANG RETAK MENANTI BELAH - BUDIMAN



1) Presiden UMNO, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak semalam telah membuat pengumuman tentang penyertaan semula Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib ke dalam UMNO.

2) Tan Sri Muhammad sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan Naib Presiden UMNO. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO dan menyertai Pas pada tahun 2013 dan akhirnya menyertai PKR pada tahun 2015.

3) Tempoh 24 jam sebelum pengumuman ini dibuat bukan sahaja menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli UMNO malah menimbulkan keluh kesah pihak pembangkang.

4) Penyertaan semula Tan Sri Muhammad sememangnya memberi tamparan hebat buat pihak pembangkang yang sehari sebelum itu dikejutkan dengan keluarnya pengasas PPBM dari parti tersebut iaitu Anina Saadudin dan diikuti pula oleh Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman.

5) Pengalaman luas Tan Sri Muhammad di dalam UMNO sebelum ini sudah tentu mampu membantu UMNO dalam menghadapi PRU-14 terutamanya bagi negeri Selangor disamping pengetahuannya tentang keburukan pembangkang akan memberi kelebihan buat UMNO.

6) Kenyataan Tan Sri Muhammad sejurus selepas pengumuman penyertaan semula beliau dibuat oleh Presiden UMNO yang menyatakan perjuangan parti pembangkang adalah sesuatu yang sia-sia kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama mereka haruslah tidak harus dipandang sepi oleh rakyat. Ternyata slogan rakyat yang dibawakan pembangkang hanyalah helah semata-mata.

7) Keluarnya Tan Sri Muhammad, Anina Saadudin dan Datuk Hamidah dari kapal pembangkang yang dikemudi tiga nakhoda memberi gambaran jelas adanya masalah dalaman serius umpama retak menanti belah dan tidak mungkin akan bertahan lama.



Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar / Adun Sungai Panjang
9 pagi / 18 September 2017.

IMPAK PELOMPATAN MAT TAIB KE DALAM UMNO SEMULA

PETANG semalam, Presiden UMNO, DS Najib membuat kejutan dengan ingin mengadakan sidang media khas yang mana turut menjemput Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia bersama semua Ketua-ketua Bahagian di Selangor.

Pada awalnya ramai yang berteka-teki sama ada pengumuman tarikh PRU-14, pengumuman kerajaan perpaduan dengan PAS mahupun ura-ura kemasukan kembali pemimpin PPBM (Parti Bunga) ke dalam UMNO semula.

Akhirnya, selepas bermesyuarat bersama barisan MT UMNO... DS Najib mengumumkan bahawa TAN SRI MUHAMAD BIN MUHD TAIB (MAT TAIB) KEMBALI KE UMNO!!!!

Salute PSYWAR yang dikendalikan oleh DS Najib. Bijak untuk membuatkan orang ramai terutama pembangkang untuk berkira-kira dan mentafsir apa yang berada di dalam pemikiran DS Najib.

NAMUN, impak yang diperolehi setakat malam tadi berkenaan berita kemasukan kembali Mat Taib ke dalam UMNO ternyata dingin dan kurang mendapat sambutan. Ini kerana Mat Taib bukanlah HARDCORE dalam pembangkang.

Walaupun beliau kerap melompat daripada UMNO ke PAS ke PKR dan ke UMNO semula, namun beliau tidak memegang jawatan kukuh dalam parti PAS mahupun PKR yang boleh beliau bawa pulang ke dalam UMNO. 

Mat Taib sama juga seperti bekas-bekas pembangkang lain yang masuk ke dalam UMNO. Hanya akan berguna di atas pentas ceramah sahaja tidak lebih dari itu. Dan percayalah satu masa nanti apabila beliau sudah bosan, beliau juga AKAN KELUAR UMNO lagi sekali.

Walaupun Dato' Satim Diman (Ketua UMNO Puchong) akan membawa Mat Taib untuk Jelajah Kasih Negeriku yang bermula pada 24 September ini di DUN Selat Klang, percayalah hanya itu sahajalah tempat Mat Taib membuktikan bahawa beliau benar-benar ikhlas bersama UMNO semula.

Mohon ahli UMNO jangan terlalu gembira mahupun terlalu memprotes tentang kemasukan kembali Mat Taib ke dalam UMNO. Kita kena beri Mat Taib masa untuk membuktikan yang kata-kata beliau bukanlah hanya retorik semata.

Jadi, selamat menonton drama bersiri terbaru ini.

Tuesday, September 29, 2015

CATATAN DARI BELAKANG TIRAI BESI - DR. KHIR TOYO

Catatan Di Belakang Tirai Besi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup?

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya.

The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor.

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.

Dr Mohamad Khir Toyo

Monday, September 28, 2015

MATC PKR: USUL DESAK AHLI PAS LETAK JAWATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!

USUL Parti Kencing Rakyat (PKR) Cabang Sungai Besar semalam:

1) Sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan tanpa PAS menang PRU14.

2) Mendesak pimpinan Pakatan Harapan supaya kerusi P093 Sungai Besar diserahkan kepada PKR untuk bertanding dengan alasan PAS tidak pernah menang di Parlimen Sungai Besar.

3) Kerusi N03 Sungai Panjang juga harus diserahkan kepada PKR kerana PAS bukan lagi komponen dalam Pakatan Harapan.

4) Semua Pengerusi JKKK ahli PAS harus digugurkan dan digantikan dengan ahli PKR, DAP atau AMANAH.

Dewan Simpang Lima, Sungai Besar 
27 September 2015

MAHU JADI BANGSA MALAYSIA?? JOM SOKONG SEKOLAH SATU ALIRAN!!! #Sekolah1Aliran

Sekolah 1 Aliran | Orang banyak bercakap tentang sekolah satu aliran (Sekolah Kebangsaan). Ramai juga yang membantah terutamanya kaum Cina dan India kerana takut hilang bahasa dan budaya asal mereka. Kenapa perlu takut?

Di SRJK Cina & SRJK T juga turut diajar Pendidikan Agama Islam walaupun bukanlah semua pelajar Cina atau India yang mengambilnya. Dikhaskan kepada pelajar Melayu yang belajar di SRJK.

Sekolah Kebangsaan boleh memasukkan subjek Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam pengajaran khas untuk pelajar kaum Cina & India. Apa yang hilang?

Jangan gopoh. Sistem pendidikan negara adalah yang terbaik. Manusia yang buat sistem ini dan boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian.

‪#‎SokongSekolah1Aliran‬

Monday, September 21, 2015

JANGAN JADI BODOH!! KENAPA HANYA PUTUS HUBUNGAN DENGAN NAJIB? KELUAR DARI MCA!!!

TIDAK rasa terkilan secalit pun dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang yang menempelak DS Najib dan seterusnya memutuskan hubungan dengan Presiden UMNO tersebut hanya kerana sokongan DS Najib terhadap Himpunan Merah yang diadakan baru-baru ini.

Mungkin aku sendiri sudah rasa ketidakbersamaan MCA dalam BN untuk meraih sokongan rakyat khususnya kaum Cina untuk terus menyokong Barisan Nasional.

Lihat sahaja tindakan-tindakan MCA kebelakangan ini yang sudah tidak senada dengan UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional dalam pelbagai isu. Yang terbaru berkenaan isu Bersih 4.0 yang mana Presiden MCA sendiri tiada halangan untuk ahlinya menghadiri.

Namun kenapa Presiden MCA tidak membuat kenyataan yang sama semasa Himpunan Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu yang sudah pasti mendapat permit daripada PDRM dan DBKL untuk mengadakan himpunan secara aman?

Adakah MCA juga sudah menjadi RASIS seperti DAP yang sememangnya sakit mata apabila melihat orang Melayu bersatu dan berhimpunan dalam satu kawasan? Adakah MCA merasakan yang Melayu tidak punya hak untuk berhimpun dan menyatakan sokongan kepada pentadbiran Najib Razak sekarang?

Perlu diingat bahawa sokongan kaum Cina semakin merosot dan MCA tidak pernah berbuat apa-apa atau merangka strategi berkesan untuk terus menarik lebih ramai kaum Cina menyokong kerajaan BN sedia ada.

Menyelusuri PRU13, sokongan kaum Cina terhadap calon-calon BN terlalu ketara tidak menyokong. Sedangkan orang Melayu masih lagi memberi sokongan tertinggi terhadap calon MCA yang mana mereka bertanding di kawasan majoriti orang Melayu.

Adakah MCA yakin bahawa mereka akan menang di kawasan majoriti kaum Cina seperti di bandar-bandar besar?

Jangan terlalu angkuh dan berlagak dengan kenyataan yang dibuat. Jika Presiden MCA masih diam membisu, ternyata bahawa MCA sememangnya sudah terjerumus ke lembah RASIS ciptaan DAP.

Thursday, September 17, 2015

HIMPUNAN MELAYU BERSATU BERJAYA!! #GENGMERAH #NADIRAKYAT

BUAT pertama kali Himpunan Melayu Bersatu berjaya dengan cemerlang dengan penyertaan peserta himpunan melebihi 150,000 orang dari seluruh negara.

Kita mahu rakyat Malaysia khususnya kaum Cina yang selama ini menghina dan mencaci pemimpin-pemimpin Melayu buka mata dan telinga.

Ini hanyalah satu permulaan untuk orang Melayu. Selepas ini mungkin akan ada lebih banyak himpunan-himpunan yang menyokong orang Melayu di seluruh negara.

Dengan termeterainya 14 resolusi kepada kerajaan Malaysia. Himpunan berlangsung dengan aman.

14 RESOLUSI HIMPUNAN RAKYAT BERSATU (MERAH 169)

1. Mempertahankan demokrasi yang luhur.

2. Memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia.

3. Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan agama.

4. Rakyat bersatu menolak cauvinism ala DAP.

5. Menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara.

6. Rakyat Bersatu menolak Bersih 1 hingga 4.

7. Rakyat bersatu menolak penghinaan terhadap Islam iaitu agama rasmi kerajaan persekutuan.

8. Mendukung kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi.

9. Mempertahankan hak Bumiputera dan rakyat Malaysia serta hak semua kaum di Malaysia.

10. Mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

11. Mempertahankan prinsip Rukun Negara.

12. Rakyat bersatu menolak politik fitnah terancang terhadap kepimpinan negara.

13. Menolak usaha gulingkan kerajaan.

14. Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)


Namun, akibat provokasi yang dilemparkan oleh geng Melayu penjaga Cina Petaling Street, himpunan ini dilihat sedikit cacat.

Dan ternyata, masih ada sikitol yang terus menyokong Cina kerana takut hilang rezeki.

HIDUP MELAYU!!!

Friday, September 27, 2013

#TESTEDTEAM4UMNO BUKTI UMNO BUKAN SEMAKIN LEMAH PADA PRU13!!!

KEPUTUSAN pada PRU13 yang lalu membuktikan yang parti Melayu UMNO ini bukanlah sebuah parti yang lemah. Berdasarkan kiraan kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO pada PRU12 pada 2008 yang lalu sebanyak 79 kerusi, manakala pada PRU13 kali ini UMNO menunjukkan yang parti ini masih lagi mendapat kepercayaan rakyat Malaysia terutama orang Melayu dengan 88 kerusi parlimen.

Jumlah 88 kerusi parlimen yang dimenangi UMNO sebagai sebuah parti tunggal, hampir menyamai dengan 89 kerusi parlimen yang dimenangi oleh pakatan dalam gabungan tiga buah parti (DAP, PKR, PAS).

Jadi dimanakah yang memperlihatkan yang UMNO itu dilihat semakin lemah dan dikatakan semakin ditolak rakyat? PAS sendiri dalam akhbar mereka mengakui yang parti konon Islam mereka itu tidak mendapat sokongan orang muda Melayu. Malah, bilangan kerusi mereka juga merosot dengan amat teruk dari 73 (PRU12) kepada hanya 52 kerusi parlimen sahaja pada PRU13 Mei yang lalu.

#TestedTeam4UMNO

Selepas selesai PRU12 pada 2008, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah meletakkan calon-calon yang memang dilihat punyai aura untuk membantu rakyat atas kemenangan mereka dalam pilihanraya malah dalam pemilihan agong UMNO. Dengan meletakkan Timbalan Presiden parti beserta dengan 3 orang Naib Presiden parti dilihat semakin mengukuhkan keadaan yang masa itu berlaku tsunami dimana BN telah kehilangan 5 buah negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan) dan merupakan keadaan paling kritikal dan genting saat itu. Mujurlah 3 orang pemimpin pakatan dari Perak keluar parti dan menyokong kerajaan, maka tertubuhlah kerajaan BN negeri Perak selepas 11 bulan dibawah pemerintahan PAS.

Najib, Muhyiddin, Zahid, Shafie, Hisham - Mereka inilah 'tested team' dalam UMNO yang cuba dirangka oleh Perdana Menteri. Bayangkan dalam saat genting 2008, mereka masih lagi boleh berdiri teguh membina semula empayar kekuasaan Melayu dengan hanya berlandaskan majoriti bukan 2/3 semasa zaman Tun Mahathir. Lagipun Najib hanya sekadar menyambung tugas Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009 dengan keadaan parti dan negara yang sedikit kucar-kacir selepas pembebasan Anwar Ibrahim.

Kenapa harus dipersalahkan DS Najib dalam kekecohan negara sehingga hari ini? Adakah team transformasi yang digubal DS Najib tidak meninggalkan apa-apa kesan?

Cuba dilihat dan direnung dari sudut pandang positif. Apa yang telah 'tested team' ini lakukan sejak dari tahun 2009 lagi. DS Dr. Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri, DS Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menunjukkan kerja mereka dengan cukup tersusun. Walaupun ada beberapa perkara yang masih menjadi perbualan sehingga menjadi sejarah hitam kepada Naib-naib Presiden ini, namun itulah onak dan ranjau dalam perjuangan.

Masing-masing punya kelebihan, masing-masing punya kekurangan. Manusia tidak pernah dilahirkan sesempurna ciptaan. Kerana itulah dalam kerja sepasukan harus punyai ramai orang yang punyai pelbagai kemahiran agar setiap lompang dapat ditampung tanpa meniggalkan kesan.

Cuba renungkan. Cuba fikirkan.

RTM TAK KENAL MENTERI SENDIRI!!! #TESTEDTEAM4UMNO

GILA BETUL!!! Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang juga merupakan sebuah jabatan penyiaran di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kesilapan berturut-turut.

Jika sebelum ini kes ubah logo Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kepada Polis Raja Di Malaysia yang mengakibatkan pereka grafik RTM dibuang kerja, kali ini lebih teruk apabila Menteri sendiri tidak kenal.

Sepatutnya kesilapan seperti ini tidak berlaku. Hairan dengan pengurusan RTM sekarang ini. Umpamanya dalam RTM sendiri ada dalang pakatan yang cuba memburukkan kerajaan. Salah siapa??

Sungguh berbeza rupa DS Ismail Sabri Yaakob dengan DS Ahmad Shabery Cheek.

Apa motif RTM berbuat demikian?????????