Konco-konco ku

Wednesday, January 18, 2012

EXCO AGAMA BUKAN LAGI MILIK PAS!

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau sendiri mengambil alih tugas-tugas Exco Hal Ehwal Agama Selangor dan bukannya ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi daripada PAS yang dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.

Pengumumkan mengejutkan itu bermakna PAS tidak lagi mengemudi kerajaan negeri dari segi pelaksanaan enakmen syariah di Selangor tetapi tanggungjawab itu diambil alih oleh Khalid daripada Parti Keadilan Rakyat. Ia juga menguatkan hujah bahawa Khalid tunduk kepada desakan DAP tidak mahukan seorang Exco Agama "mirip Hasan" dalam menguatkuasakan undang-undang Islam. 

Walaupun mengambil tempat Hasan sebagai Exco, Yunus hanya diberikan tanggungjawab untuk menjaga Adat Resam Melayu dan Hal Ehwal Belia dan Sukan. Selain Hal Ehwal Islam, Khalid juga akan menggalas tugas Exco untuk Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Hasan menjadi Exco Agama, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam sejak 2008 sebelum di pecat dari Pas dan digugurkan sebagai Exco minggu lalu. Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Rani Osman yang diuar-uarkan akan mengganti tempat Hasan, diberikn “saguhati” apabila dilantik Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL).

ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT). Kedua-dua jawatan ini sebelumnya di sandang oleh Hasan. Rombalan Exco dan jawatan kanan kerajaan negeri itu oleh Khalid pasti mengejutkan, khususnya tindakan beliau menggugurkan pemimpin Pas untuk Exco Agama.

Hasan sebelum ini menjadi sasaran pemimpin negeri DAP dan PKR kerana dilihat terIampau ghairah menguatkuasakan undang-undang syariah sehingga dikata mencemaskan pengundi bukan Melayu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memberi sokongan kepada isu-isu murtad yang dibawah oleh Himpun selain berusaha mengekang jualan arak kepada masyarakat Islam di negeri ini. - Juragan Melawati

3 comments:

  1. kalo si gagap ni jadi exco agama,punah ranap la selangor ni..

    ReplyDelete
  2. Tahniah mat gagap Lepas ni isu2 murtad kena tutup terus. Bermaaf-maafanlah dgn gereja..PAS watper??? Memang tak wat aper-aper pun!! apa-apa pun..apa-apa pun..syabassssssss!!

    ReplyDelete
  3. ni sama aja macam singapura, dr ibrahim yaacob jaga orang Islam, tapi anak bini orang america...tak buat apa2...

    ReplyDelete

comment please.....