Konco-konco ku

Thursday, January 26, 2012

TEMPE PANAS!!! SIAPA SEBELAH HASAN ALI TUUU???

Macam pernah ku lihat muka ini tapi di mana ya?? Adakah Ketua Pemuda ku yang dahulu?? Mungkin juga pengikut setia Hasan Ali?? Sungguh musykil gue ni dong..

Insan itu bernama Norman Toha iaitu mantan Ketua Pemuda PAS Selangor (sudah gue bilangin) yang akan bersama-sama dengan para pejuang Islam seperti Hasan Ali membuat RoadShow diseluruh pelusuk negara. Memang tidak dinafikan yang beliau adalah penyokong tegar PAS yang sanggup mati untuk PAS. Namun itu adalah cerita dahulu.

Kini Norman Toha membuat keputusan untuk bersama-sama dengan Hasan Ali. Beliau pernah menegaskan yang "PAS BUKAN AGAMA, TETAPI SEBUAH PARTI POLITIK YANG BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN IDEALISMENYA SENDIRI". Kita nantikan kemunculan lebih ramai tokoh-tokoh PAS yang akan bersama-sama dengan Hasan Ali bagi membongkar PARASIT DALAM PAS!

1 comment:

  1. Aku sekarang tiada rumah untuk didiami. Seperti musim raya yang lalu, rumah yang diidamkan sudah ada berhala ditumpangkan. Bagaimana harus aku terus diami sedangkan hidup dan mati ku kerana Allah. Itu yang aku ikrarkan disetiap rakaat pertama dalam solat 5 waktu sehari. Bila aku tiada pilihan maka aku berserah segalanya pada allah.

    ReplyDelete

comment please.....