Konco-konco ku

Wednesday, January 4, 2012

GERAKAN 901: ADAM DAN ANWAR TIADA PERSAMAAN


Hari keADILan telah hampir tiba. Dua orang Melayu tak sedar diri akan menerima hukuman yang lebih kurang sama cuma oleh kerana yang si protege hanyalah askar upahan murahan maka hukuman mungkin sedikit ringan jika hendak dibandingkan dengan si mentor.

Si mentor akan ke Jalan Duta bagi meraih simpati dengan berbekalkan 100,000 peminat-peminat nya yang tegar dan lupa daratan. Si protege pula akan kembali ke Tanjung Malim menghadap barisan pendidik kepada para guru. Dua-dua akan dikenakan tindakan yang sama tetapi tidak serupa.

Apalah nasib si protege tanpa sokongan 100,000 penyokongnya kerana mereka semua akan berkumpul di Jalan Duta untuk memeriahkan suasana. Mungkinkah keldai bodoh ciptaan si mentor ini akan menangis keseorangan tanpa teman? Kita tunggu dan saksikan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....