Konco-konco ku

Friday, November 27, 2015

BIRO TATA NEGARA WAJIB DIBUBARKAN - NIK NAZMI

Ucapan dasar Ketua AMK, Nik Nazmi dalam Perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK pagi tadi di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya menuntut agar Barisan Nasional menghentikan propaganda politik usang.

Bercakap dihadapan perwakilan AMK seluruh negara pagi tadi, Nik Nazmi menggesa supaya Biro Tata Negara (BTN) dibubarkan sebagai sebuah agensi kerana agensi kerajaan ini hanyalah untuk membantu Barisan Nasional agar terus berkuasa.

Permainan sentimen perkauman kuat digunakan oleh agensi ini untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tentang kesamarataan dan kesaksamaan dalam semua hak.

Mengulas lanjut, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga turut menjadi agensi Barisan Nasional dengan memainkan peranan yang seumpama dengan BTN.

Namun gerak kerja JASA lebih bahaya kerana mereka terus menyusur ke akar umbi tanpa kita (PKR) sendiri sedari. Semua ahli parti diseru agar lebih berhati-hati dengan mereka.

Mengakhiri ucapan dasar Nik Nazmi, beliau berjanji akan menghapuskan dua agensi ini iaitu BTN dan JASA jika mereka berkuasa. Malah, bagi membersihkan sisa-sisa penyokong UMNO dalam kerajaan akan datang, mungkin ramai orang UMNO yang akan ditamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan.

KETUA AMK PKR SUNGAI BESAR LETAK JAWATAN!!!

PANAS! Berita yang baru disampaikan sebentar tadi oleh seorang sahabat di Sungai Besar. Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Sungai Besar rupanya telah letak jawatan pada awal bulan November ini.

Punca dengar ceritanya tak sebulu dengan Ketua Cabang, Fauzi Bagok yang tidak kosisten dan tiada gerak kerja untuk menawan Sungai Besar daripada UMNO. Malah mengikut cerita yang disampaikan oleh rakan AJK AMK Sungai Besar sendiri, Fauzi Bagok lebih mengutamakan projek yang diperolehi melalui Majlis Daerah Sabak Bernam berbanding menyumbang untuk parti.

Abd Mutalib turut menghilangkan diri sejak awal tahun ini kerana dikatakan tidak ada bajet untuk mengadakan program-program bersama anak muda Sungai Besar.

Terlingkup terus PKR Sungai Besar ni.


Friday, November 20, 2015

20 ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAWAH MBI RUGI 90%


Agak memeranjatkan apabila hanya 8 daripada 28 buah syarikat 'Government Link Agency (GLC)' di Selangor mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan 2014. Daripada syarikat-syarikat GLC yang mengalami kerugian berkenaan, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), yang merupakan syarikat induk utama di bawah 'Menteri Besar Incorporated (MBI)', mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mengalami kerugian besar sebanyak RM235 juta selepas cukai walapun memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM31.5 juta. Lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) adalah syarikat yang tidak aktif (dormant) yang tidak mendaftar satu sen pun pendapatan dalam tahun kewangan 2014 telah mencatatkan kerugian selepas cukai daripada RM4,000 bagi PNSB Construction hinggalah kepada RM16.8 juta untuk PNSB Development.

Manakala kesemua aset 'leisure and hospitality' milik MBI mengalami kerugian selepas cukai di antara RM294,000 bagi Bukit Beruntung Golf & Country Resort hinggalah kepada RM1.95 juta bagi Brisdale International Hotels dan kepada RM7.01 juta bagi Perangsang Hotel and Properties. 

Hebat betul pengurusan GLC di bawah Kerajaan PKR dan DAP Selangor. Itupun Dato Menteri Besar Selangor ada hati lagi untuk membiarkan syarikat GLC di bawah MBI ditadbir urus di bawah syarikat RM2 yang dikendalikan oleh 2 orang pemegang saham yang dikenali sebagai Darul Ehsan Investment Group (DEIG)!

FAHAMILAH : mereka mengaut keuntungan dan menggunakan wang dari selangor sebagai modal untuk kegiatan politik bagi merampas MALAYSIA dari BN. Tidak merasa berdosakah pemimpin UMNO SELANGOR membiarkan ini berterusan dan tidak mampu mengambil alih selangor dari DAP DAN PKR?

PENGUKUHAN PARTI UMNO TANGGUNGJAWAB BERSAMA – PENDIRIAN PEMUDA UMNO SEPANG


1. Pemuda UMNO Sepang ingin menegaskan bahawa UMNO sekarang berada pada peringkat pengukuhan yang memerlukan komitmen kepimpinan semua peringkat dan seluruh ahli UMNO. Langkah ini penting bagi membolehkan UMNO melaksanakan langkah seterusnya bagi mengembalikan keyakinan rakyat menerima UMNO sebagai sebuah parti yang wajib diberikan mandat untuk menunjangi pemerintahan dan pentadbiran negara.

2. Kini, masa yang berbaki hanya tidak lebih daripada 30 bulan sebelum menjelangnya PRU 14, maka segala gerak kerja mestilah ditumpukan kepada memenangi hati dan jiwa rakyat supaya mereka terus memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk terus menerajui pemerintahan negara demi perpaduan, kestabilan dan kemakmuran bumi bertuah Malaysia ini.

3. Oleh yang demikian, untuk mencapai matlamat ini, adalah menjadi tanggungjawab ahli UMNO semua peringkat untuk bersolidariti dan memberikan sokongan kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan barisan kepemimpinannya dalam usaha menangani dan memulihkan keadaan politik demi keutuhan UMNO dan BN.

4. Pemuda UMNO Bahagian Sepang juga mengalu-alukan dan meraikan perbezaan pendapat namun biarlah melalui saluran yang disediakan di dalam parti agar gelora di dalam cawan tidak tumpah ke meja.

5. Justeru itu, Pemuda UMNO Sepang ingin menyeru semua ahli UMNO khususnya ahli UMNO Sepang agar terus bersatu hati dan kekal setia berjuang untuk mempertahankan maruah dan kredibiliti UMNO daripada dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Noorazli Said
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang 

19 November 2015

Thursday, November 19, 2015

DAP MARAH PAS TAK SOKONG USUL, JKKK AHLI PAS PULAU PINANG JADI MANGSA

SELEPAS beberapa Ahli Parlimen PAS yang tidak menyokong usul bantahan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri minggu lalu, JKKK dari PAS di Pulau Pinang menjadi mangsa penindasan seterusnya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

SEMUA JKKK PAS telah dipecat daripada memegang jawatan tersebut kerana alasan PAS bukan lagi bersama DAP dan tidak LAYAK memikul jawatan tersebut.

Nampaknya DAP sudah berani untuk memecat pengerusi JKKK PAS yang pernah dilantiknya dahulu.

Bayangkan jika DAP memerintah Malaysia apa yang akan terjadi?

Adakah penjawat awam Melayu akan dipecat secara besar-besaran?

Fikir dan bertindak.

Wednesday, November 11, 2015

KERAJAAN DAP SELANGOR HARUS HENTIKAN PENINDASAN TERHADAP MAAHAD HAMIDIAH KAJANG!

Sekolah Maahad Hamidiah Kajang telah wujud sejak 1963 dan merupakan sekolah kluster kecemerlangan yg telah byk melahirkan para cendiakawan, professional dan agamawan.

Projek "The Louvre" iaitu projek bangunan komersial 'service apartment' 36 tingkat yg akan dibina di atas tanah 3.25 ekar di hadapan Sekolah mengandungi 30 unit kedai & 498 unit apartment oleh Tetuan Paris Dynasty Land Sdn Bhd.

Apa yang didapati apabila meneliti segala dokumen pembangunan iaitu:

1. Pelan Infrastruktur yg diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) amat berbeza dgn kelulusan pelan jalan keluar masuk oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan YB Menteri Kerja Raya.. Kelulusan LLM mensyaratkan pembinaan flyover dan viaduct TETAPI kelulusan MPKJ adalah penyambungan terus (T-Junction).

Garis panduan Permohonan Pembangunan di tepi Lebuhraya dan Seksyen 11(3)(b) Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 menetapkan LLM adalah pihak paling berkuasa dan berotoriti bagi kelulusan berkaitan jalan keluar masuk dari pembangunan ke lebuhraya..

Kelulusan MPKJ adalah bercanggah dgn kelulusan LLM dan ini menjadikan kelulusan pelan infratruktur, kebenaran merancang dan apa jua kelulusan yg berkaitan adalah tidak sah dan terbatal.

2. Wujudnya percanggahan yang sangat ketara antara Pelan Pembangunan yang diluluskan MPKJ dengan Rancangan Tempatan (RT) yang telah diwartakan. RT menunjukkan cadangan pembangunan adalah pembangunan komersial rumah kedai dan bukannya bangunan service apartment 36 tingkat.

3. Persiaran Hamidiah adalah Jalan Mati/Buntu (Cul De Sac). Berdasarkan garispanduan Perancangan Kawasan Perdagangan, Jab Perancang Bandar dan Desa (2011) pembangunan komersial tidak boleh dibina di jalan mati.

4. Terdapat beberapa lagi pelanggaran dan percanggahan undang-undang yang dikenalpasti.
Asas-asas lain bantahan projek tersebut:

i. Projek tersebut sekiranya diteruskan ianya akan menyebabkan kesesakan yang sangat teruk di lebuhraya silk dan jalan menuju bdr baru bangi selepas tol kajang. Sudah semestinya tempat letak kereta bagi bangunan 36 tingkat tidak mencukupi. Penghuni atau pelawat pasti akan meletakkan kenderaan di tepi lebuhraya dan dihadapan sekolah. Kesesakan lebuhraya silk dan jalanraya di hadapan sekolah dan sekitar tol kajang pasti menyusahkan penduduk2 kajang dan bandar baru bangi.

ii. Tapak sekolah adalah seluas 30ekar dan berada di dalam kawasan pembangunan yang sangat strategik.. Ketika inipun sudah ada ura2 sekolah ini perlu dipindahkan. Projek 36 tingkat jika diteruskan akan menjadi sebab kepada usaha golongan kapitalis ini mendapatkan tapak sekolah ini utk kepentingan mereka..

iii. SMKA Maahad Hamidiah adalah cukup simbolik dan iconic kepada penduduk Kajang dan Bandar Baru Bangi.. Maka kita wajib menghalang sebarang usaha atau perkara2 yang boleh membawa kepada pemindahan sekolah tersebut ke kawasan lain.

iv. Projek ini juga tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada penduduk Kajang dan Bandar Baru Bangi baik dari aspek sosio-ekonomi kerana harga unit di projek tersebut sgt tinggi dan turut dilancarkan di Singapura utk menarik pembeli2 daripada Singapura membeli unit2 di Projek tersebut..

Kami menyeru semua rakan2 dan penduduk sekitar Kajang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dan Seluruh Selangor utk sama2 menyokong usaha bantahan projek ini dan like page fb "Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang"..

Sumber fb: Adnan Seman

Jom berikan sokongan dengan tandatangan petisyen bantahan di http://missurvey.com/pibg/petisyen.php

Friday, November 6, 2015

BAGAN NAKHODA OMAR : STRATEGI DAP MENGKUCAR-KACIRKAN KAWASAN UMNO

BAGAN Nakhoda Omar kepada Bagan Nakhoda Chong?

Sekali lagi DAP menggunakan ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim sebagai modal untuk bersikap RASIS. Strategi DAP ini nampaknya berjaya apabila ramai orang Melayu khususnya yang berasal daripada kawasan ini termakan dengan cadangan tersebut.

DAP tahu, kalau perkara ini dibangkitkan sudah pasti orang Melayu akan bangkit dan menentang mereka dan seterusnya akan terus bermusuh dengan kaum Cina di BNO.

Sabar dan teliti perancangan mereka.

DAP tidak mungkin meletakkan calonnya di DUN Sungai Air Tawar yang di dalamnya ada kawasan Bagan Nakhoda Omar. Kerana majoriti penduduk DUN ini adalah Melayu.

Kenapa Ng Suee Lim memainkan isu perkauman di sini?

Kerana kawasan ini adalah antara kawasan selamat kepada BN. Majoriti undi yang tinggi antara DUN yang dimenangi oleh BN di Selangor. Boleh lah dikatakan 'kubu kuat UMNO'.

Penduduk kaum Cina yang berada dalam PDM Kg. Bagan Nakhoda Omar hanyalah 30%. Selebihnya adalah kaum Melayu. Malah, hanya di kawasan persisiran laut sahaja kawasan penempatan kaum Cina bukanlah di kampung-kampung tradisi.

Lebih memilukan ialah kawasan yang didiami oleh kaum Cina ini adalah kawasan TANAH RIZAB MELAYU yang diberikan kelulusan menduduki semasa zaman pemerintahan BN.

Betul, TANAH RIZAB MELAYU! Pemimpin UMNO kawasan tersebut terutamanya YB Kamarul Zaki (ADUN Sungai Air Tawar) dan YB Dato' Fasiah Fakeh (Ahli Parlimen Sabak Bernam) bermurah hati untuk tidak mengganggu kaum Cina yang tinggal menumpang di kawasan ini sejak sekian lama.

Jadi apa motif Ng Suee Lim yang tidak tahu selok belok di Bagan Nakhoda Omar ingin menukar nama kepada Bagan Nakhoda Chong? Tiada MOTIF.

Nakhoda Omar adalah orang yang mula-mula membuka kawasan tersebut. Bukanlah seperti yang dinyatakan ada kena mengena dengan Dato' Seri Noh Omar (Ahli Parlimen Tanjong Karang).

Adalah lebih baik jika Ng Suee Lim mengusulkan di Dewan Undangan Negeri supaya SEKINCHAN ditukar kepada nama lain kerana Sekinchan tidak melambangkan kaum Cina.

Untuk mengetahui asal usul nama SEKINCHAN boleh rujuk SINI.

FITNAH SEORANG PENYAMBUNG NYAWA SEMAKIN DAHSYAT!!

Semua orang tahu lobi kepada PM sebelum itu telah minit kepda Tan Sri KPPA dua tahun lalu. Tetapi surat sambung kontrak yang dikeluarkan oleh KPPA / JPA hanya setahun sehingga 31 Disember 2015. Bermakna surat dan minit demikian telah tamat selepas surat pelantikan JPA itu keluar untuk setahun sahaja. 

Kini semasa hendak melobi sambung semula, surat yang lama diminitkan itu dihantar semula kepada KPPA untuk merayu kepada Tan Sri KPPA untuk penyambungan kontrak dan mengatakan dia masih ada setahun lagi menuntut baki itu. Soalnya bagaimana surat rayuan boleh sampai ke pejabat KPPA sedangkan tuan punya badan berada di Luar negara ketika itu? seseorang telah menyiapkannnya? Mengapa tidak diambil minit sokongan YAB PM baru sahaja?

Sedangkan dalam masa sama surat terbaru Menteri yang sedang berkuasa kepada agensi telah memperakukan dan YAB PM telah meminitkan bersetuju kepada KSN/ KPPA untuk pelantikan KP yang baru. Ini bermakna surat yang terbaru lebih valid dan sah berbanding surat tahun lalu. 

Kenapa tidak ditemui sahaja menteri yang berkuasa itu. Lobi dan minta bantu dengannya. Itu prosesnya. Menyebar video rakaman dalam satu pertemuan bersama Menteri atas contoh kononnya Menteri berkenaan menghina penjawat awam bukan satu cara yang baik. Itu Character Assasination yang tidak Cekap! kerana meninggalkan jejak siapa yang berkuasa pada bahagian yang menjaganya yang akses kepada video itu. 

Tidak begitu? .kikihkih

Thursday, November 5, 2015

AZMIN PERGUNAKAN #DEIG UNTUK BAYAR HUTANG

1) Isu kegagalan anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membayar hutang RM413.2juta kepada kerajaan negeri seperti yang dibangkitkan dalam sidang negeri Selangor oleh YAB Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali semalam amat mencurigakan dan mengundang pelbagai persoalan. 

2) Menurut Menteri Besar, KDEB hanya membayar balik RM5 juta daripada jumlah keseluruhan terkini menjangkau RM429.728 juta setelah diambilkira caj pembiayaan pada kadar empat peratus setahun. Ini menjadikan baki pinjaman tidak berbayar bernilai RM424.728 juta. 

3) Hutang tersebut diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor kepada KDEB pada bulan Jun 2013 untuk membiayai pengambilalihan sepenuhnya 100 peratus pegangan saham Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) yang telah gagal menguruskan dengan sempurna lebih 7,000 ekar tanah di Selangor, dianggarkan bernilai lebih RM6 billion. 

4) Menteri Besar juga mendakwa bahawa KDEB juga gagal memiliki 100 peratus pegangan saham dalam KHSB berikutan keengganan pemegang saham minoriti menjual saham mereka kepada KDEB.

5) Kami difahamkan bahawa proses penyahsenaraian KHSB daripada senarai Bursa Malaysia hanya selesai lewat tahun lepas manakala kaedah pengurangan modal dan pembayaran balik baru sahaja mendapat persetujuan pemegang saham KDEB menerusi satu EGM. Buat masa ini, KDEB masih menunggu perintah mahkamah untuk memiliki KHSB sepenuhnya. 

6) Seperti kenyataan MB Selangor semalam, ia menggambarkan seolah-olah KDEB tidak mampu menyelesaikan hutang tersebut, sedangkan proses mengambilalih pegangan saham dalam KHSB masih berjalan (ongoing).

7) Kenyataan MB tersebut seolah-olah mempunyai maksud tersirat dan sekaligus memberi “credence” kepada maklumat yang diterima bahawa syarikat sarat kontroversi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bakal mengambil alih hutang tersebut daripada KDEB. Dipercayai keputusan ini dibuat dengan niat memindahkan kepada DEIG Land Sdn Bhd (DEIG Land), sebuah anak syarikat DEIG, terhadap kuasa dan kawalan ke atas bank tanah milik KHSB yang amat bernilai tersebut.

8) Kami juga dimaklumkan bahawa pada 22 Julai 2015, DEIG Land telah menerima daripada sebuah kumpulan perbankan utama di Malaysia tawaran pinjaman berjumlah RM500 juta untuk mengambilalih dan melunaskan hutang KDEB tersebut. Pinjaman tersebut dilaporkan melibatkan aset negeri sebagai cagaran termasuk tanah. Semasa permohonan pinjaman bank tersebut dibuat dan diluluskan, DEIG Land hanya mempunyai dua (2) orang ahli Lembaga Pengarah dan dua (2) orang pemegang saham dengan nilai pegangan satu ringgit tiap seorang. Pada masa yang sama juga, YAB Menteri Besar memaklumkan Dewan Negeri Selangor bahawa DEIG dan anak-anak syarikatnya masih belum beroperasi. 

9) Kami juga difahamkan program penyelesaian asal menjadualkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membeli sebahagian daripada bank tanah KHSB dari KDEB. Hasil transaksi tersebut kemudiannya akan digunakan oleh KDEB untuk melunaskan pinjamannya dengan Kerajaan Negeri.

10) Penyelesaian ini dilihat menang-menang kerana PKNS akan memiliki bank tanah yang dapat dimanfaatkan selama 20-30 tahun lagi manakala KDEB pula dapat dana untuk melangsaikan pinjaman.

11) Maka, saya menuntut Dato' Menteri Besar memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:

11.1 Tentunya tawaran sebuah bank komersil menimbulkan persoalan kerana Menteri Besar Selangor kerapkali menyebut DEIG belum lagi beroperasi. Bagaimana sebuah syarikat yang dikatakan belum beroperasi boleh menerima tawaran pinjaman bank? Apakah asas sebuah syarikat baru didaftarkan boleh menerima tawaran pinjaman sebanyak RM 500 juta.

11.2 Mengapa kerajaan negeri tidak meneruskan pelan penyelesaian asal menerusi PKNS tetapi sanggup membiarkan DEIG berhutang dan menanggung beban faedah yang tinggi? 

11.3 Bentangkan secara telus, lengkap dan komprehensif kesemua aset milik negeri yang telah dicagarkan kepada bank untuk menerima tawaran pinjaman tersebut?

11.4 Bukankan semua pihak berdepan dengan risiko amat tinggi sekiranya aset bernilai RM1.02 billion dicagarkan apatah lagi oleh sebuah syarikat Sendirian Berhad yang hanya bernilai RM2?

11.5 Mengapakah sebahagian bank tanah milik KHSB tidak dijual kepada PKNS mengikut pelan penyelesaian asal atau KDEB menjalin hubungan usahasama dengan PKNS memandangkan PKNS kekurangan tanah untuk dimajukan sedangkan PKNS mempunyai kepakaran dan tenaga kerja melebihi 3,000 orang?

11.6 Adakah wujud desakan supaya PKNS tidak menunjukkan minat untuk memajukan tanah tersebut?

Kebimbangan kami pada sidang DUN lepas berasas, ternyata prinsip ketelusan menjadi mainan bibir semata-mata. Saya menggesa agar YAB Menteri Besar memberi perhatian serius terhadap semua isu yang saya bangkitkan kerana ianya sangat kritikal, melibatkan soal ketelusan, kebertanggungjawaban, kejujuran dan integriti sebuah kerajaan yang diberi amanah untuk mempertahankan hak dan harta rakyat. Saya menyeru agar beliau tidak akan mencemari kesucian Dewan dengan memberi jawapan-jawapan yang penuh kesangsian. 

YB BUDIMAN MOHD ZOHDI
SETIAUSAHA ADUN BN SELANGOR
ADUN SUNGAI PANJANG

Tuesday, November 3, 2015

GEMPAR!! MANTAN AJK UMNO BAHAGIAN DILANTIK KETUA WANITA PAN!!

PANAS! PAN terus menimbulkan isu dari hari ke hari apabila menarik dan mencuri ahli daripada parti PAS dan UMNO untuk bersama-sama mereka menjadi balaci DAP.

Berita yang baru diterima ke meja JB sebentar tadi, rupanya PAN terus mencari jalan untuk melengkapkan kuota keahlian mereka agar PAN Bahagian Sungai Besar dapat bergerak dan seterusnya memperolehi dana daripada DAP.

Mantan AJK UMNO Bahagian Sungai Besar dikatakan telah menghantar borang keahlian PAN dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN).

JB cuma menyelidik dan bertanya kepada rakan-rakan di Sungai Besar. Maklumat yang diperolehi amat mengejutkan. Rupanya AJK UMNO tersebut telah diperangkap untuk menghadiri majlis jamuan minum petang.

AJK UMNO terbabit juga telah menafikan berita tersebut dan beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan masuk PAN walaupun dibuang daripada UMNO.

"Ingat nak berehat daripada politik. Tapi ada pulak cerita lain yang timbul," kata AJK UMNO terbabit.

Lihat betapa terdesaknya PAN mencari ahli dengan menggunakan nama ahli parti lain.


Monday, November 2, 2015

DAP UGUT AZMIN!! PILIH ANTARA DAP ATAU PAS JADI RAKAN DI SELANGOR!!

SERANGAN demi serangan telah dilancarkan kepada Azmin Ali selaku MB Selangor oleh DAP. Nampaknya kali ini kelihatan lebih dahsyat dengan solusi yang dibuat sebulat suara oleh semua ahli DAP.

Semalam, DAP Selangor telah mengadakan satu konvensyen biasa 2015 yang turut memilih AJK DAP Selangor.

Dalam masa yang sama, resolusi berkenaan isu penubuhan Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG) turut diutarakan bagi mendesak Azmin memberi penjelasa yang sewajarnya kepada pimpinan DAP Selangor kerana didakwa tidak membentangkan terlebih dahulu rancangan penubuhan DEIG ini kepada DAP Pusat.

Sementara itu, DAP juga mahu pimpinan tertinggi parti memberi kata dua kepada MB Selangor, Azmin Ali sama ada memecat Exco daripada PAS atau DAP keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ugutan itu memberi tamparan yang hebat kepada Tony Pua selaku Pengerusi DAP Selangor yang tidak berjaya mendesak Azmin agar mengikut arahan daripada DAP.

Oleh kerana kelembutan yang dipamerkan oleh Tony selama memegang jawatan Pengerusi DAP Selangor, undi yang diperolehi oleh Tony bukanlah dalam lingkungan Top 5.

Maka, besar kemungkinan Pengerusi DAP Selangor bakal bertukar samada kepada Ronnie Liu atau Gobind Singh.