Konco-konco ku

Friday, November 27, 2015

BIRO TATA NEGARA WAJIB DIBUBARKAN - NIK NAZMI

Ucapan dasar Ketua AMK, Nik Nazmi dalam Perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK pagi tadi di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya menuntut agar Barisan Nasional menghentikan propaganda politik usang.

Bercakap dihadapan perwakilan AMK seluruh negara pagi tadi, Nik Nazmi menggesa supaya Biro Tata Negara (BTN) dibubarkan sebagai sebuah agensi kerana agensi kerajaan ini hanyalah untuk membantu Barisan Nasional agar terus berkuasa.

Permainan sentimen perkauman kuat digunakan oleh agensi ini untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tentang kesamarataan dan kesaksamaan dalam semua hak.

Mengulas lanjut, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga turut menjadi agensi Barisan Nasional dengan memainkan peranan yang seumpama dengan BTN.

Namun gerak kerja JASA lebih bahaya kerana mereka terus menyusur ke akar umbi tanpa kita (PKR) sendiri sedari. Semua ahli parti diseru agar lebih berhati-hati dengan mereka.

Mengakhiri ucapan dasar Nik Nazmi, beliau berjanji akan menghapuskan dua agensi ini iaitu BTN dan JASA jika mereka berkuasa. Malah, bagi membersihkan sisa-sisa penyokong UMNO dalam kerajaan akan datang, mungkin ramai orang UMNO yang akan ditamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....