Konco-konco ku

Friday, November 20, 2015

PENGUKUHAN PARTI UMNO TANGGUNGJAWAB BERSAMA – PENDIRIAN PEMUDA UMNO SEPANG


1. Pemuda UMNO Sepang ingin menegaskan bahawa UMNO sekarang berada pada peringkat pengukuhan yang memerlukan komitmen kepimpinan semua peringkat dan seluruh ahli UMNO. Langkah ini penting bagi membolehkan UMNO melaksanakan langkah seterusnya bagi mengembalikan keyakinan rakyat menerima UMNO sebagai sebuah parti yang wajib diberikan mandat untuk menunjangi pemerintahan dan pentadbiran negara.

2. Kini, masa yang berbaki hanya tidak lebih daripada 30 bulan sebelum menjelangnya PRU 14, maka segala gerak kerja mestilah ditumpukan kepada memenangi hati dan jiwa rakyat supaya mereka terus memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk terus menerajui pemerintahan negara demi perpaduan, kestabilan dan kemakmuran bumi bertuah Malaysia ini.

3. Oleh yang demikian, untuk mencapai matlamat ini, adalah menjadi tanggungjawab ahli UMNO semua peringkat untuk bersolidariti dan memberikan sokongan kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan barisan kepemimpinannya dalam usaha menangani dan memulihkan keadaan politik demi keutuhan UMNO dan BN.

4. Pemuda UMNO Bahagian Sepang juga mengalu-alukan dan meraikan perbezaan pendapat namun biarlah melalui saluran yang disediakan di dalam parti agar gelora di dalam cawan tidak tumpah ke meja.

5. Justeru itu, Pemuda UMNO Sepang ingin menyeru semua ahli UMNO khususnya ahli UMNO Sepang agar terus bersatu hati dan kekal setia berjuang untuk mempertahankan maruah dan kredibiliti UMNO daripada dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Noorazli Said
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang 

19 November 2015

No comments:

Post a Comment

comment please.....