Konco-konco ku

Thursday, November 30, 2017

PROKSI AZMIN ALI DITAHAN SPRM

Anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid  dan 2 lagi  ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari tadi  bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.

Dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta ditemui dan beberapa akaun dibekukan. Dijangka esok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuat penahanan reman di mahkamah mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Nuzul Fadli 34 tahun tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.


Wednesday, November 29, 2017

AZMIN BERTANDING DI SHAH ALAM PRU14 SELEPAS DICABAR JAMAL

KENYATAAN Dato' Sri Jamal, Pengerusi NGO Malaysia yang mahu bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa nampaknya menggusarkan Menteri Besar Selangor itu apabila sudah terdengar-dengar yang Azmin akan berpindah bertanding ke Shah Alam iaitu kerusi selamat bagi beliau.

Sebelum ini Jamal menyatakan hasrat beliau untuk bertanding menentang Azmin di kawasan Bukit Antarabangsa selepas mendapat restu daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Namun kemungkinan besar hasrat Jamal untuk bertanding melawan Timbalan Presiden PKR itu mungkin tidak menjadi kenyataan apabila Azmin dikatakan sudah tidak berminat lagi dengan DUN Bukit Antarabangsa.

Dalam kenyataan lain Jamal memaklumkan beliau memilih Bukit Antarabangsa untuk ditandingi kerana beliau merasakan hanya beliau yang layak menentang Azmin.


Thursday, November 23, 2017

RUGI KALAU PERGI KL TAK SINGGAH KE #EXPONEGARAKU #S14

Hanya tinggal satu hari, cuti sekolah akan bermula. Ibu bapa sudah pasti mahu merancang aktiviti menarik untuk anak-anak.

Bagi mereka yang berkemampuan boleh memilih pergi melancong ke luar negara tetapi jika tidak, anda masih boleh berkunjung ke tempat menarik atau bercuti dalam negara. 

Sempena cuti sekolah, orang ramai khususnya rakyat Malaysia tidak seharusnya melepaskan peluang berkunjung ke Expo Negaraku 2017 yang mula diadakan sejak 15 November lalu sehingga 15 Disember ini.

Mungkin anda pernah berkunjung ke Muzium Negara atau pelbagai pameran lain sebelum ini tetapi percayalah, ekspo kali ini suatu yang berbeza untuk anda saksikan dan paling penting, ia cukup menyeronokkan buat pengunjung kanak-kanak.

Program yang dianjurkan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri ini dijangka memberi tarikan pada ramai pengunjung termasuk pelancong asing dengan konsep pameran yang lebih menghiburkan dengan lima kubah besar berwarna putih.

Pengunjung bukan saja diberi pendedahan mengenai sejarah pembangunan Malaysia tetapi menyelami inspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan paling penting menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.

PAKATAN HARAPAN BEREBUT KERUSI PAS DI SELANGOR

Pertandingan tiga penjuru di Selangor dalam PRU14 semakin pasti berlaku apabila Pakatan Harapan mengumumkan persetujuan untuk membahagikan sejumlah 21 kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PAS selepas parti itu meninggalkan blok pembangkang bagi menubuhkan Gagasan Sejahtera.

Menurut laporan Oriental Daily, daripada 21 kerusi itu, DAP diberikan enam kerusi, iaitu Taman Templer, Paya Jaras, Dusun Tua dan Lembah Jaya, manakala dua lagi kerusi iaitu Meru dan Tanjong Sepat kemungkinan akan bertukar dengan PAN di saat akhir.

Selain itu, DAP juga hampir pasti meletakkan calon-calon Melayu di kesemua enam kerusi tersebut sekaligus bakal mencetus pertembungan sengit dengan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera.

PAN pula diberikan tugas merampas DUN   Chempaka, Seri Serdang, Morib dan Bangi sementara parti bermasalah, PPBM akan mengambil alih kerusi-kerusi di DUN Sabak Bernam, Batang Kali, Sungai Burung, Sungai Air Tawar dan Hulu Bernam.

Berdasarkan keputusan pembahagian kerusi ini, jelas dilihat kesungguhan DAP untuk menawan negeri Selangor secara mutlak melalui PRU14 dengan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti orang Melayu meskipun parti itu sendiri bersikap dingin terhadap kaum Melayu di negara ini.

Dalam sesi pemilihan semula CEC DAP misalnya, tiada seorang pun calon Melayu berjaya melepasi senarai 20 orang anggota jawatankuasa pusat tersebut melalui undian yang dilakukan pada 12 November yang lalu. Dalam bahasa yang lebih lunak, Melayu tiada tempat langsung dalam parti cauvanist ultrakiasu itu.

Tidak dapat disahkan adakah keputusan pembahagian kerusi ini turut dipersetujui oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar. Sumber terdekat bagaimanapun membayangkan Azmin masih berminat meneruskan rundingan dengan PAS bagi membentuk kerjasama berasingan dalam usaha beliau mengekalkan kedudukannya.

Azmin berulang kali meluahkan kerisauannya semasa mesyuarat dalaman PKR negeri berhubung situasi semasa Pakatan Harapan di Selangor yang dilihat semakin goyah. Beliau juga tanpa berselindung turut meragui kemampuan parti serpihan seperti PAN dan PPBM untuk mendapatkan sokongan orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Bagi pemerhati politik, sekiranya pertandingan tiga penjuru menjadi kenyataan, peluang untuk Azmin Ali mengekalkan kerajaannya semakin tipis lebih-lebih tanpa PAS yang diketahui menjadi faktor utama kemenangan pakatan pembangkang di Selangor dalam dua siri pilihan raya umum sebelum ini.

Adakah Azmin Ali hanya akan berdiam diri sahaja selepas ini?

TANPA PAS, PAKATAN TIADA HARAPAN


Monday, November 20, 2017

LEBIH SERIBU HADIR CERAMAH PAKATAN HARAPAN DI KAPAR, SELANGOR

MALAM tadi, bertempat di Dewan MPK Meru, Klang seramai lebih '1000' orang hadir bagi mendengar ceramah yang julung-julung kali diadakan di Parlimen Kapar serta DUN Meru ini. 

Beruntung rakyat Meru dihidangkan dengan ceramah merapu dan tidak mendapat sambutan yang dianjurkan oleh PH Parlimen Kapar ini. Mungkin mereka akan kenyang dengan cerita-cerita bohong dan fitnah yang diucapkan oleh barisan kepimpinan teragung dari PH ini.

Pelawak-pelawak politik yang dibarisi malam tadi boleh kata agak hebat dengan penampilan daripada Dato' Rashid Ashaari (Pengerusi PPBM Selangor), Ir Izham Hashim (Pengerusi PAN Selangor), Manivanan (AP Kapar), Khalid Samad (AP Shah Alam) serta Saifuddin Nasution (Penasihat LGE).


Kerusi yang disediakan adalah 1000 namun yang hadir hanya tidak sampai 200 orang. Jangkaan mereka PAS Meru akan turut serta namun jangkaan mereka meleset teruk kerana bukan sahaja ADUN Meru tidak hadir namun pengikut PAS juga turut memboikot program tersebut.

Orang ramai yang hadir mendengar cerita fitnah mereka pula bukanlah dari rakyat setempat malah dimaklumkan mereka yang hadir adalah dari luar parlimen dan turut diberikan duit minyak RM50 satu kereta untuk hadir.

Mukhriz yang dicanang akan hadir membatalkan kehadirannya kerana sudah dimaklumkan lebih awal tentang kehadiran yang amat amat mendukacitakan.


Tuesday, November 14, 2017

PPBM Bahagian Batu Gajah bubar

Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah, Mohd Shirin Adenan, hari ini mengumumkan keluar parti bersama 18 Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu, sekali gus membubarkan bahagian berkenaan.

Tindakan beliau yang disertai lebih 1,000 ahli PPBM bahagian terbabit, menyusul selepas tiga lagi ketua penaja bahagian PPBM di Perak, iaitu Gopeng, Parit dan Kuala Kangsar berbuat demikian sebelum ini.

Mohd Shirin berkata, mereka sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap arah tuju perjuangan PPBM, khususnya di peringkat negeri yang diterajui Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja sebagai Pengerusi PPBM Perak.

"Dia dilantik hanya kerana dia orang (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir). Ia benar-benar membuka mata kami PPBM sebenarnya tidak seperti kami harapkan. Faizal tiada pengalaman untuk menerajui parti baharu, hubungannya juga sangat terbatas.

"Ia membuatkan PPBM Perak tidak ubah seperti sekumpulan anak ayam kehilangan ibu. Kami tidak yakin Faizal mampu menerajui pakatan pembangkang di Perak dan bingung mengapa pemimpin lebih berpengalaman tidak dipilih," katanya.

Mohd Shirin berkata, selain soal kepemimpinan negeri, isu terbaru membabitkan status pendaftaran Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) sebagai sayap PPBM juga turut mengecewakan ahli akar umbi.

"Ini membabitkan perlembagaan parti. Isu ini juga tidak dijelaskan dengan baik oleh pimpinan atasan dan ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa cemas dalam kalangan ahli.

"Kami berharap dengan keluar parti dan letak jawatan secara beramai-ramai ini, akan memberikan kesedaran dan keinsafan terhadap pemimpin atasan supaya lebih peka terhadap masalah dalaman parti pada masa hadapan," katanya.

Mohd Shirin yakin akan ada beberapa ketua penaja bahagian lain yang akan mengikut jejak langkah sama dan sudah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan PPBM negeri.

Katanya, rata-rata ketua penaja bahagian tidak berpuas hati dengan kepemimpinan tertinggi PPBM negeri yang dilihat lemah, tidak pandai menjaga kebajikan ketua penaja bahagian serta orang bawahan.

"Jika PPBM mahu menang pilihan raya dan memberikan impak besar, mereka perlu lipat gandakan usaha, jaga semua jentera, bukan sahaja ARMADA dan Srikandi, tetapi juga semua ketua penaja bahagian," katanya. - BH

Monday, November 13, 2017

TANPA KITA SEDAR: HIMPUNAN KRISTIAN TERBESAR TELAH DI ADAKAN DI SHAH ALAM


Apa yang telah berlaku di Shah Alam, yang orang Shah Alam sendiri tak sedar?

Selama 3 malam berturut-turut, Stadium Melawati, Shah Alam menganjurkan ceramah dan konsert Kristian J316 yang membawakan khas paderi terkenal iaitu Rev. Nathan Morris.

Persoalannya, mengapa acara keagamaan Kristian dianjurkan di Shah Alam? Sedangkan majoriti 92% dari 578,000 penduduknya adalah orang Melayu dan beragama Islam?

Di mana Menteri Besar Selangor? Apa ahli Parlimen Shah Alam buat?

Siapa Paderi Nathan Morris?

Beliau merupakan seorang Evangelist yang terkenal dengan gerakan 'J316: The Bay of The Holly Spirit Revival'.

Dalam ceramah dan jelajahnya di seluruh dunia, beliau terkenal dengan kehebatan menyembuhkan penyakit seperti buta, kanser, lumpuh dan dipercayai boleh menghidupkan orang yang telah mati. Oleh itu beliau digelar sebagai 'The Son of Jesus' oleh pengikut fanatik beliau.

Mengapa Shah Alam menjadi pilihan penganjuran Ceramah Kristian Terbesar ini?

Mengapa Shah Alam menjadi pilihan untuk penganjuran ceramah dan konsert Kristian terbesar tahun ini? Sedangkan gereja terbesar di Asia Tenggara iaitu Gereja Calvary terletak di kawasan Bukit Jalil hanya 15 minit perjalanan dari Shah Alam.

Jawapannya ada di 'Subang Jaya'; iaitu jiran bersebelahan Shah Alam.

Ingatkah anda pada YB Hannah Yeoh? Speaker DUN Selangor yang juga merupakan Evangelist DAP. Di dalam bukunya 'Becoming Hannah', beliau menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia.

*Hikayat Bandaraya Kebanggaan Orang Islam dan Melayu

Shah Alam yang dulu-dulu bukan seperti Shah Alam yang sekarang...

Shah Alam sekarang dinodai dengan pusat urut, pusat judi, kelab malam dan wayang gambar, kini menjadi tuan rumah acara Kristian terbesar 2017...

Shah Alam membangun dengan begitu pesat hingga hilang serinya sebagai bandaraya Islam dan Melayu termoden...

Tidak mustahil dalam masa 10 tahun lagi, Shah Alam akan hilang majoriti penduduk Melayunya dan calon DAP menjadi wakil rakyatnya...

Kroni Azmin Ali Dapat Tanah Percuma di Sungai Yu, Kuala Selangor


SEJARAH LATARBELAKANG ISU

1. Tanah yang terlibat adalah sebidang tanah kerajaan negeri seluas 40 ekar yang terletak di Kg Sg Yu, DUN Permatang, Parlimen Tanjong Karang, Daerah Kuala Selangor

2. Tanah ini telah di “Gazetkan” kepada kaum India pada masa Tan Sri Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar

3. Pengisytiharan penggezetan ini belum dibuat secara bertulis, tetapi hanya secara verbal, dan tiada sebarang dokumen bertulis mengenai penggazetannya kepada kaum India...

4. Dari 40 ekar tersebut,
i. 4 ekar telah diperuntukan untuk kuil, Dewan dan Sekolah Tamil
ii. 36 ekar lagi untuk penempatan penduduk kaum India yang di syaratkan mestilah
a. Penduduk tempatan
b. Pendapatan dibawah RM3 ribu.
c. Mestilah bekeluarga atau sudah berkahwin

5. Selain Kaum India, Kaum Melayu dan Kaum Cina juga telah diperuntukan tanah seperti tersebut di Sg Yu dan setiap kaum menerima pembahagian tersebut dengan gembira

6. Oleh kerana beberapa masalah, pembahagian tanah tersebut menjadi sedikit masalah dan tertunda beberapa lama sehingga tahun 2008 dimana BN kalah dinegeri Selangor.


ISU YANG BERLAKU KINI

1. Baru-baru ini timbul kekecohan kerana pembahagian yang tidak adil dan tidak telus oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala selangor dibawah pentadbiran PKR

2. Pihak penduduk India Kg Sg Yu telah membentuk Badan Bertindak Tanah Sg Yu bagi membantah beberapa penyelewengan yang terjadi.

3. Mereka sudah membuat 2 kali demontrasi dihadapan Pejabat Tanah Daerah Kuala selangor.

4. Kekecohan ini bermula bila Menteri Besar turun ke Kg Bukit Belimbing dan menyampaikan borang 5A, surat tawaran pemilikan tanah untuk tanah di Kg Sg Yu tersebut

5. Tanah 36 ekar telah di pecah lot dan menjadi 175 lot untuk tapak rumah

6. Dari 175 lot tersebut, berikut adalah pecahan penerima borang 5A, Tawaran pemilikan tapak rumah tersebut

i. 2 orang Cina
ii. 20 orang Melayu
iii. 153 orang India

7. Setiap penerima borang 5A dikenakan membayar RM42 ribu sebagai bayaran premium dan perlu menjelaskan RM14ribu untuk membuat rumah dan tingal diatas tanah lot tersebut.

8. Dikhabarkan tidak boleh dipindah milik. Jika ingin pindah milik atau dijual, pembeli kena membayar tambahan RM25ribu bagi penukaran nama dalam geran tanah tersebut.

9. Pihak Jawatan Kuasa bertindak juga menyebutkan bahawa YB Ganapathy Rao sebagai EXCO yang memainkan peranan penting dalam kes ini dan dikawasan, YB Ganabathy Rao dibantu oleh Narayanasamy a/l Ponniah, orang kuat PKR dan merupakan seorang peniaga sawit yang menjadi yang menjadi penghubung dengan EXCO.

10. Narayanasamy dan seorang lagi orang kuat PKR yang bernama Tanggarasu Maniam dikenalpasti sebagai orang yang mendapat 15 lot setiap seorang dimana lot mereka dinamakan atas nama proksi mereka seperti isteri, anak, anak saudara, adik beradik dan suku sakat mereka. Jumlah lot untuk dua inidividu ini sahaja 30 Lot.

11. Jawatankuasa juga mempersoalkan kenapa beberapa orang yang tidak menepati kreteria dan kaya mendapat tanah tersebut, seperti
a. 2 orang cina yang kaya, mempunyai banyak tanah dan kilang juga menerima surat 5A..
b. 2 orang Doktor dari kawasan lembah kKelang
c. 60 orang luar yang langsung tiada kaitan dengan Sg Yu malah Sg Yu pun mereka tak tahu dimana letaknya.

12. Pejabat tanah juga menegaskan mereka memilih tanpa ada temuduga dan hanya mengikut arahan YB EXCO Ganapathy Rao

13. Jawatankuasa juga telah membuat laporan kepada SPRM Selangor tetapi mereka kecewa bila aduan mereka tidak dilayan sebaik mungkin..

14. Kali ini jawatankuasa akan mengadakan sekali lagi demo bantahan dengan mengeluarkan 200 orang dan akan membuat aduan kepada SPRM Putrajaya.

15. Perkara ini nyata satu penyelewengan yang terancang dan bertujuan memungut duit untuk kerajaan negeri dengan mengfenakan premium yang tinggi kepada penerima.

16. Dengan premium yang tinggi, ramai orang miskin di Kg Sg Yu tidak akan dapat membayar premium dan ini akan membuka ruang kepada orang yang berkepentingan membeli tanah tersbut dari penerima

17.    Tiada langsung ciri Negeri berkebajikan yang mahu membantu rakyat kerana premium yang dikenakan terlalu tinggi dan tidak mengambilkira pendapatan rakyat, terutama perlu membayar RM14ribu jika mahu masuk ketapak dan membina rumah..

Salahguna Dana MARRIS RM2.95 Billion Melanggar Kod Tadbir Urus Baik (Good Governance)

(1) Menteri Besar Selangor YAB DS Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Bajet Selangor 2018 pada petang Jumaat 03/11/2017 minggu lalu menyebut perkataan good governance atau tadbir urus baik kononnya menjadi teras pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR/PH.

(2) Adakah kod tadbir urus baik membenarkan penyorokkan dana RM2.95 Billion Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) Kerajaan Persekutuan yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Selangor sejak 2012 hingga 2017 tidak ada penyata kewangan yang jelas? Perkara ini dibangkitkan ADUN BN Batang Kali YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dalam Sidang DUN Selangor pada 06/11/2017 Isnin.

(3) Dalam kod tadbir urus baik, antaranya ialah transparency and efficiency (ketelusan dan kecekapan). Tetapi dalam soal dana MARRIS RM2.95 billion ini, pentadbiran PR/PH di Selangor langsung tidak mempraktikkan ketelusan dan kecekapan mengurus wang rakyat untuk rakyat.

(4) Secara tidak sengaja EXCO Perumahan Selangor YB Datuk Iskandar Abdul Samad pada 01 Ogos 2016 mendedahkan bahawa Selangor terpaksa guna peruntukkan MARRIS untuk penyelenggaraan pangsapuri kos rendah kerana tidak cukup dana untuk tujuan itu dalam kantung Kerajaan Negeri Selangor.

(5) Dalam konteks tadbir urus baik yang seringkali dilaungkan oleh Azmin Ali, menyalahguna dana khas MARRIS untuk tujuan selain daripadanya, itu sudah melanggar kod etika tadbir urus. Jika dalam korporat, pelanggaran kod tadbir urus korporat oleh CEO, Pengarah Urusan atau mana-mana pemegang jawatan utama syarikat akan menyebabkan mereka hilang jawatan. Itu dalam korporat.


Apakah pula tindakkan rakyat untuk menghukum PR/PH dan Menteri Besar Selangor dalam soal pelanggaran kod tadbir urus kerajaan yang beliau sendiri sering laungkan?

Wednesday, November 8, 2017

Teguran kepada Surat Terbuka Sdra Syed Saddiq kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor


1. Saya ingin menyentuh mengenai Surat Terbuka Sdra Syed Saddiq , ketua Armada Bersatu kepada Sultan saya , DYMM Tuanku Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah.

2. Saya kurang pasti dari negeri mana dan salasilah usul Sdra Saddiq , tetapi secara ringkas , surat yang ditulis kepada DYMM Tuanku Selangor biadap dan kurang hormat , terutamanya , dengan nada yang seolah-olah mahu mengajar DYMM Sultan Selangor untuk memahami isu berkenaan. 

3. Menurut Sdra Syed , DYMM Sultan Selangor 'salah faham' mengenai isu pernyataan Pengerusi Parti Bersatu terhadap keturunan Bugis.

4. Atok dan bapa kepada ayahanda saya adalah dari keturunan Bugis .
Kami berasal dari Kuala Selangor - Negeri Selangor .
Ini bermakna , saya juga mempunyai darah Bugis yang mengalir dalam tubuh. Namun , penulisan ini bukan berkenaan dengan saya.

5. Perkara ini amat asas dan mudah , dimana , pendengar jelas boleh tahu di mana betul dan di mana salah. Tiada gunanya Sdra Saddiq cuba mempertahankan perkara yang salah , di mana secara nyata , umum tahu , sehingga ke seluruh pelusuk Nusantara juga tahu , pernyataan itu ada mengkaitkan dan merujuk kepada bangsa Bugis itu sebagai Perompak dan Lanun. Kalau tiada angin , masakan pohon bergoyang.

6. Sekarang , sudah terlambat jika seolah-olah pernyataan itu hanya dirujuk kepada Perdana Menteri Malaysia sahaja , tetapi ianya telah menyinggung terutamanya mereka dari keturunan Bugis.

7. Sebagai seorang yang boleh dianggap waras dan berpendidikan , saya berharap agar Sdra Saddiq dapat membezakan diantara perkara yang salah dan yang benar. Yang salah tetap salah , yang benar tetap benar.

8. Saya juga amat berharap , pemimpin parti Bersatu memberhentikan segala nada politik yang membawa kepada kebencian puak dan kaum , yang boleh mengundang perpecahan rakyat dan mengugat kestabilan Negara.

9. Perkara Ke-Dua didalam Rukun Negara adalah KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Ini perkara asas.

10. Dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia yang mendukung Rukun Negara , tingkah laku Syed Saddiq terhadap DYMM Sultan Selangor ini, seolah-olah memperlekehkan kenyataan DYMM Tuanku, keterlaluan dan biadap , terutamanya kerana beliau menulis secara 'terbuka' kepada DYMM Sultan Selangor , dan kandungannya di saji diruang umum , dengan nada seolah-olah ingin mengajar DYMM Sultan Selangor yang dikatakan 'tidak faham' dengan mencuba menegakkan benang yang basah.

11. Dalam surat terbuka yang sama , Sdra Saddiq mengambil kesempatan untuk memesongkan banyak perkara-perkara lain yang tiada langsung ada kaitan dengan Kenyataan Akhbar DYMM Sultan Selangor mengenai kemurkaan dan kekecewaan DYMM Tuanku mengenai pernyataan Pengerusi Parti Bersatu.

12. Saya berharap agar anak-anak muda Malaysia hari ini dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari tingkah laku Sdra Saddiq dalam isu ini , dengan tidak mengulangi , dan mencemari institusi Kesultanan di Negara ini.

13. Kita perlu menjauhi perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang boleh memurkakan dan menderhakai Raja-Raja dan Sultan-Sultan di Malaysia.

14. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mendokong prinsip Rukun Negara , sebagai seorang yang berketurunan Bugis dari Kuala Selangor , sebagai seorang ahli politik muda yang berasal dan membesar di Negeri Selangor , sebagai seorang yang sentiasa taat dan setia kepada Raja dan Negara , saya anggap surat terbuka dengan nada yang sedemikian oleh Sdra Syed Saddiq kepada Sultan saya , DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan , adalah keterlaluan dan amat biadap.

'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'

Sekian
Terima Kasih

*Mohamed Hazali Abu Hassan*
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Biro Antarabangsa PPUM Malaysia
AJK UMNO Kuala Selangor

8 November 2017


Tuesday, October 31, 2017

Hadi perlu failkan pembelaan jawab dakwaan Clare, kata peguam

Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus memfailkan pembelaan bagi membersihkan perdana menteri daripada tuduhan, sebagai jawapan kepada dakwaan Clare Rewcastle Brown bahawa presiden PAS itu berkomplot dengan Datuk Seri Najib Razak atau ejen beliau untuk mengekploitasi satu kes mahkamah di London, kata seorang peguam.

S.N Nair berkata perkara itu mesti dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan peraturan mahkamah British.

“Kegagalan berbuat demikian akan membantu Clare mendapatkan keputusan yang memihak kepadanya,” kata peguam itu kepada FMT.

Nair percaya peguam Hadi di London akan menjawab tuntutan balas itu.

Beliau berkata demikian selepas editor Sarawak Report itu memfailkan tuntutan balas dan pembelaan terhadap saman Hadi yang dibuat pada April.

Dalam tuntutan balas itu, editor portal itu berkata mereka mahu mecemarkan nama baik beliau dan Sarawak Report yang berkempen untuk menyingkir dan membawa Najib ke mahkamah untuk menjawab dakwaan rasuah dan kelakuan jenayah.

Dalam kertas mahkamah yang diliihat FMT, Clare berkata Hadi, sama ada secara sendiri atau ejen, terbabit dengan penerbitan beberapa siri artikel, yang mempunyai unsur perkauman, memfitnah dan mengganggu beliau di laman sesawang Third Force dan Malaysia Today.

Dalam tuntutan balas yang difailkan 11 Oktober itu, Clare berkata penerbitan berkenaan sama seperti gangguan.

Dalam tuntutan balas itu, beliau mengaitkan Najib kepada skandal kewangan 1MDB, urusjanji kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pendakwaan liwat Anwar Ibrahim, rasuah dan politik wang pada pilihan raya umum 2013.

Claire juga menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang yang disumberkan daripada 1MDB.

Hadi memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London susulan artikel yang ditulis pada 6 Ogos tahun lepas.

Sarawak Report menaikkan artikel 8 perenggan yang mendakwa RM90 juta “dikatakan” memasuki akaun pimpinan tinggi PAS bagi memikat mereka menyokong Umno dan BN.

Clare dalam pembelaannya terhadap saman Hadi itu berkata Hadi tidak dinamakan atau dikenalpasti dalam mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan.

Beliau berkata saman Hadi melanggar haknya dan kebebasan bersuara orang ramai, terutamanya dalam perbincangan tentang perkara politik.

Clare berkata Hadi memfailkan dakwaan itu bukan untuk mempertahankan imejnya tetapi untuk tujuan salah iaitu melindungi nama baik dan meneruskan tujuan politik PAS dan sekutunya, Najib.
Beliau berkata kenyataan dalam artikel itu adalah berkepentingan awam.

Nair berkata Hadi dan Clare boleh memilih untuk membatalkan tuntutan masing-masing selepas mereka memfailkan pembelaan.

“Tetapi mesti difailkan sebelum perbicaraan bermula,” katanya, dan menambah pasti menarik untuk melihat siapakah antara mereka yang akan mengemukakan bukti.

Friday, October 27, 2017

Bajet BN Lebih Menyeluruh Untuk Rakyat Malaysia #Bajet2018


Berbeza dari belanjawan pembangkang yang hanya mementingkan syarikat luar negara, barangan import dan golongan tertentu sahaja, Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah yang paling menyeluruh untuk segenap lapisan rakyat di Malaysia.

Daripada pegawai tinggi kerajaan, GLC sehingga ke Tok Siak menjaga masjid pun menerima habuan dalam bajet kali ini bukan sedikit tapi bayaran lebih RM1,000 buat pertama kali berbanding hanya RM500 sahaja sebelum ini.

Ini menunjukkan status ekonomi negara dalam keadaan baik. Oleh kerana itulah, Najib menggelarkan bajet tahun depan itu sebagai "ibu segala bajet".

Ini adalah antara 10 kelompok golongan rakyat yang menerima manfaat daripada Bajet 2018 yang dibentangkan hari ini.

1. Anak Dalam Kandungan

Paling istimewa ialah ialah bayi yang masih dalam kandungan juga bakal menerima faedah melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) iaitu akan diberikan dana tabungan permulaan bernilai RM200 dalam bentuk unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk anak dilahirkan 1 Januari 2018 hingga 2022.

2. Ibu Mengandung

Ini juga adalah golongan yang diberikan perhatian dalam Bajet 2018 ini kerana tahun depan adalah Tahun Memperkasakan Wanita yang memberikan keutamaan kepada wanita yang sedang mengandung.

Bagi, wanita yang mengandung dan bekerja dengan kerajaan, mereka yang mengandung lima bulan ke atas akan dibenarkan balik awal sejam termasuk suami yang bekerja berdekatan.

Untuk mereka yang mengandung dan bekerja swasta cuti bersalin mandatori swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari.

3. OKU Dan Warga Emas

Bagi kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU), dalam Bajet 2018 kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan elaun warga emas kepada RM350 sebulan yang menyediakan peruntukan RM603 juta.

Kemudian, kerajaan juga menaikkan elaun OKU bekerja, tidak bekerja dan penjaga OKU sebanyak RM50 sebulan melibatkan jumlah keseluruhan RM100 juta.

4. Pesawah Padi

Sebanyak RM2.3 bilion diperuntukan dalam bentuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah dan juga diberikan bantuan RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi, dengan peruntukan hampir RM150 juta ringgit kepada semua golongan pesawah.

5. Tok Imam, Tok Siak & Tok Batin

Tok Batin dan Ketua Kampung menerima bantuan khas sekali sejumlah RM1,500, termasuk bantuan khas kepada guru KAFA, Takmir Imam, Bilal dan Tok Siak sementara elaun warga emas kepada RM350.

6.  Usahawan Food Truck & Motosikal Tiga Roda

Perdana Menteri mengumumkan pemberian kemudahan pinjaman mudah kepada pengusaha Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4 peratus dengan peruntukan RM120 juta.

Manakala program motosikal tiga roda, mobilepreneur dan program MyAgrosis diberikan peruntukan RM25 juta.

7. Penoreh Getah

Bagi penoreh getah, mereka turut menerima peruntukan paling besar pernah diumumkan iaitu RM2.3 bilion dan daripada jumlah itu diperuntukan untuk program penanaman semula getah dan kemudahan infrastruktur pengeluaran latex.

8. Suri Rumah dan Ibu Tunggal

Golongan wanita disifatkan oleh Najib sebagai pembayar hutang yang baik dan kebanyakan dari mereka ialah sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Untuk memberikan mereka ruang untuk berusaha lebih gigih, mengubah nasib dan memajukan diri serta keluarga masing-masing.

Diperuntukkan pembiayaan Amanah Ikthiar Malaysia, AIM sejumlah RM2.7 bilion bagi memanfaatkan hampir 400,000 orang peminjam.

Dalam Bajet 2018, Najib mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit.

9. Pelajar Tingkatan 6

Untuk mereka, kerajaan akan memberikan Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, memanfaatkan seramai 1.2 juta pelajar.

10. Pemandu Teksi

Untuk menjana pendapatan rakyat, dalam hal ini kepada pemandu teksi berdaftar sedia ada, mereka akan diberikan geran RM5,000 untuk mereka membeli kereta baru bagi menceburkan diri dalam perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan Uber.

Bajet ini tidak akan terhasil jika dakwaan kerajaan Malaysia akan muflis benar seperti yang diperkatakan selalu oleh para pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pembangkang terus terkedu melihat Bajet 2018 ini. Bajet Alternatif mereka yang dibuat beberapa hari lalu sudah boleh dibuang dalam tong sampah dah.

Rakyat lebih berkeyakinan dengan Bajet BN berbanding cakap cakap kosong pembangkang.


Tulisan :
Beruang Biru
BB636, Jumaat
27 Oktober 2017


Thursday, October 26, 2017

10 PERKARA YANG DIJANGKA BERLAKU JIKA PAKATAN BERJAYA HAPUS GST

Apa guna hapus GST, kembalikan SST jika Pakatan tak berani jamin harga barang boleh turun?

1. Dalam Bajet Alternatif 2018 yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan, mereka berhasrat untuk memansuhkan GST, tetapi mengekalkan kadar sifar (0%) GST dan melaksana semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar lama.

2. Sukar memahami bagaimana Pakatan mahu melaksana sifar GST dan melaksanakan SST pada waktu yang sama. Apapun kita tahu sebelum ini SST mempunyai beberapa kadar, iaitu kadar standard 10% dan kadar-kadar lain adalah 5%, 20% dan kadar spesifik seperti 58 sen bagi setiap liter petrol dan diesel.

3. Apakah kesan yang boleh dijangka jika Pakatan berjaya melaksanakan GST 0% dan SST 10%, 5%, 20% dan 58 sen bagi setiap liter petrol, diesel? Berikut adalah perkara-perkara yang berkemungkinan besar berlaku:-

I. Sistem percukaian yang huru hara kerana terdapat dua sistem,  iaitu GST 0% dan SST pada empat kadar

II. Pengguna dicukai dua kali,  misalnya di kedai tayar. Kali pertama, Cukai Jualan 20% untuk harga tayar, kali kedua dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% pula.

III. Cukai Jualan di'mark-up' bersama harga barangan kerana tiada kaedah 'tuntutan cukai input'. Jika Cukai Jualan di peringkat pembekal adalah 5%, selepas pengambilan margin 25% oleh pemborong dan 50% oleh peruncit, kadar 5% tadi boleh meningkat menjadi 10% apabila sampai ke tangan pengguna.

IV. Di bawah SST, petrol dan diesel mempunyai Cukai Jualan 58 sen seliter

V. Berlaku ketirisan dan pengelakan Cukai Jualan di peringkat pembekal, pengilang dan pengeksport.

VI. Shadow Economy dan Black Economy akan hidup subur kembali.

VII. Peniaga membuat perisytiharan palsu Cukai Pendapatan dengan lebih mudah kerana kerajaan sukar menganggar margin keuntungan menerusi sistem SST

VIII. Peniaga boleh menaikkan harga barangan secara melampau dengan lebih mudah kerana apabila cukai input tidak dituntut dan tiada cukai dikutip semasa barangan dijual kepada pengguna, agak susah untuk membuat anggaran margin yang diambil oleh peniaga untuk dikenakan tindakan.

IX. Perbelanjaan mengurus akan meningkat kerana Bajet Pakatan tidak mengambil kira impak 0% GST, di mana bagi barangan dengan kadar sifar GST, cukai inputnya boleh dituntut.

X. Tiada pemimpin Pakatan yang berani menjamin bahawa HARGA BARANG AKAN TURUN selepas menghapuskan GST dan kembali kepada kadar lama SST

4. Kalau TIADA PEMIMPIN PAKATAN YANG BERANI MENJAMIN BAHAWA HARGA BARANG AKAN TURUN selepas PEMANSUHAN GST dan MENGEMBALIKAN SST, maka apa gunanya Pakatan beriya-iya mahu memansuhkan GST dan kembali melaksanakan SST?

Oleh:
TUN FAISAL ISMAIL AZIZ


Pembangkang Tiada Pendirian, Bajet Alternatif Hanyalah Madah Politik


1) Pembangkang semalam telah melancarkan bajet alternatif mereka. Seperti sebelum ini, bajet alternatif yang menjanjikan bulan bintang ini digarapkan dengan penulisan bermadah yang cuba memukau rakyat Malaysia. Tetapi persoalan utamanya, kenapa pendirian pembangkang sentiasa berubah?

2) Kalau dilihat pada rekod bajet alternatif pembangkang beberapa tahun kebelakang, kita dapat saksikan bagaimana mereka secara tidak bertanggungjawab menjanjikan bulan bintang kepada rakyat. Pada masa yang sama juga, setiap tahun pendirian mereka berubah-ubah. Contoh mudah adalah GST. Pada suatu ketika mereka berjanji untuk menghapuskan GST, pada suatu ketika pula mereka akan kekalkan GST.

3) Begitu juga janji mereka tentang PTPTN. Dahulu mereka janji akan menghapuskan PTPTN, pada tahun ini pula mereka hanya berjanji untuk menangguhkan pembayaran PTPTN kepada graduan baru bergaji kurang RM4,000.

4)  Tun Dr. Mahathir berulang kali menyatakan sebelum ini pemberian BR1M adalah suatu bentuk rasuah oleh pihak kerajaan. Tetapi dalam bajet alternatif pembangkang ini mereka telah menyatakan kepentingan BR1M kepada rakyat terutamanya golongan yang memerlukan bantuan. Mereka mengakui keberkesanan BR1M dalam mengurangkan tekanan kos sara hidup dan mereka akhirnya berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M.

5) Sebelum ini juga pemimpin pembangkang menggunakan penarikan subsidi gula utk menghentam kerajaan, tetapi dalam bajet alternatif mereka ini, mereka telah menyatakan tidak akan mengembalikan subsidi gula dan  pada sama mengulang gesaan kerajaan agar rakyat mengambil gula pada kadar yang perlu sahaja demi kebaikan kesihatan.

6) Kalau dibaca sehingga habis bajet alternatif pembangkang ini, dalam mukasurat 76 tentang naratif keluarga di Malaysia pada tahun 2030, pembangkang secara jelas menyatakan kerajaan BN berdekad-dekad gagal membina Lebuhraya Pan-Borneo. Adakah secara tidak langsung mereka memperleceh Pengerusi mereka, Tun Dr. Mahathir yg lebih dua dekad menjadi PM tetapi gagal membawa perubahan besar untuk Sabah dan Sarawak? Mengikut rekod, Perdana Menteri Najib Razak belum sampai sedekad pun menjadi Perdana Menteri, tetapi kita boleh lihat Lebuhraya Pan-Borneo sedang rancak dijalankan.

7) Saya sebagai rakyat Malaysia berasa sangat bersyukur mereka ini tidak menjadi kerajaan. Sudahlah pakatan lama mereka musnah, ditubuhkan pula pakatan baru yang tidak jelas arahan dan siapa ketuanya. Dasar dan janji mereka juga berubah-ubah yang menunjukkan mereka ini langsung tiada pendirian dan tidak layak menjadi kerajaan.

Jika mereka ini menjadi kerajaan, kita tidak pasti bagaimana mereka mampu mengemudi bahtera negara ini.

8) Rakyat Malaysia seharusnya melihat dengan sudut pandang yang lebih luas tentang kredibiliti pihak pembangkang ini. Apa yang pasti, bajet alternatif mereka ini hanyalah sekadar madah politik untuk mengaburi mata rakyat! Bertahun-tahun mereka melakonkan peranan yang sama.

*Budiman Mohd Zohdi*
Ahli Parlimen Sungai Besar / ADUN Sungai Panjang
26 Oktober 2017 / 10 pagi
25/17 v1


Tuesday, October 24, 2017

SETELAH 4 TAHUN MENGHILANG, AKHIRNYA AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI BERI ROTI KEPADA PENGUNDI

SETELAH 4 tahun menghilangkan diri dari kawasan yang dimenanginya di Lembah Pantai, akhirnya baru Nurul Izzah tersedar tentang tanggungjawabnya memberi ROTI dan BUAH kepada pengundi beliau yang disayangi.

Begitu besar pengorbanan seorang Ahli Parlimen PKR ini terhadap pengundi-pengundi beliau yang masih setia dan menyokong segala tindak tanduk beliau walaupun tidak pernah melawat mereka.

Pengundi di Lembah Pantai ternyata faham akan tugas Nurul Izzah anak kepada Anwar yang sibuk memberikan ceramah-ceramah penerangan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui jalan raya.

Pengundi Lembah Pantai juga mungkin sudah terbiasa tanpa kehadiran Ahli Parlimen mereka, mereka juga masih mampu menjalankan hidup mereka dengan sempurna.

Pengundi Lembah Pantai juga sedar tanpa Ahli Parlimen yang mereka pilih segala aduan dan kebajikan pengundi boleh diletakkan ke tepi dahulu asalkan Nurul Izzah anak perempuan Anwar ini berjaya menjadi Menteri satu hari nanti.

Inilah erti sebuah perjuangan oleh PKR. Rakyat Lembah Pantai perlu meredhai segala gerak kerja Ahli Parlimen mereka untuk menawan Putrajaya dan seterusnya membolehkan bapanya Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri.

Tahniah pengundi Lembah Pantai kerana mempunyai Ahli Parlimen yang sungguh berdedikasi.

GUAN ENG SALAHKAN BN LULUSKAN KUARI DAHULU SEBELUM BINA RUMAH LERENG BUKIT!

LGE cuba lari daripada tanggungjawab Tokong Pulau Pinang Lim Guan Eng cuba elak tanggungjawab kepada tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Tanjung Bungah yang telah mengorbankan 11 nyawa. 

Guan Eng, di akaun media sosialnya, berdalih kononnya projek itu belum lagi diserah milik kepada kerajaan negeri. Jelas dia tidak mahu menjawab persoalan besar iaitu mengapa kerajaan negeri memberi kelulusan membina walaupun tidak mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

JAS sudah pun mengeluarkan kenyataan telah pun menolak rayuan pembinaan pada 2015 kerana tapak projek hanya beberapa ratus meter dari kuari batu granit yang melakukan letupan dua kali seminggu. Sebenarnya rakyat P Pinang sudah lama memberontak pentadbiran DAP yang pro-syarikat perumahan. 

Tokong sudah tidak boleh lari dari tanggungjawab. Tapi ada kemungkinan DAP akan cuba salahkan kerajaan BN yang telah meluluskan kuari tersebut pada 1960an. Sungguh lawak. 

#PakatanproDAP #TolakPakatanPRU14 #KekalBN

Monday, October 23, 2017

Ramasamy dikecam netizen kerana berbohong


Netizen mengecam Timbalan Ketua Menteri P. Pinang, P Ramasamy yang cuba berdalih kononnya tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah bukanlah tanah lereng bukit.

Satu Malaysia sudah mengikut laporan media yang menggunakan “drone” untuk menunjukkan bahawa projek itu memang di kawasan  lereng bukit yang telah ditarah untuk diratakan. Mengikut saintis Kam Suan Pheng kejadian tanah runtuh memang boleh berlaku di pembangunan lereng bukit yang curam dan telah ditarah.

Komen orang ramai di laman media sosial kebanyakannya kesal dengan kenyataan Ramasamy yang cuba “cover” ketuanya Lim Guan Eng yang telah mengeluarkan kebenaran  kerja walaupun projek itu telah ditolak oleh Jabatan Alam Sekitar atas sebab keselamatan.

Bantahan bertali arus telah dibuat oleh persatuan penduduk, NGO alam sekitar dan ADUN DAP sendiri tentang permasalahan setempat dan isu alam sekitar sejak 2015,  Tetapi aduan telah dibakul sampah oleh Guan Eng dan Ramasamy.

Inilah bukti kesombongan dan ego kerajaan negeri yang menamakan diri mereka Democratic Action Party. Tiada demokrasi dalam DAP. Mungkin DAP perlu menukar nama kepada “Dictator Action Party”.

#PakatanproDAP #TolakPakatanPRU14 #KekalBN


GELEDAH RUMAH SHAFIE APDAL DI SOLARIS DUTAMAS, SUBANG JAYA, LONDON. BARU SPRM TERBUKTI BERINTEGRITI.

1. Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang terletak di Taman Golf View dekat Penampang selepas keluar dari Hospital Queen Elizabeth.

2. Shafie Apdal yang ditahan SPRM 19 Oktober lalu mengadu tekanan darah tinggi selepas kurang 4 jam disiasat SPRM. Rekod perubatan mengesahkan Shafie Apdal sihat. Shafie hanya berlakon sakit dan mengelak untuk memakai pakaian 'baju lokap' oren SPRM serta digari. 

3. Serbuan ke rumah Shafie Apdal adalah perkara biasa bagi SOP SPRM. Memandangkan puak-puak pembangkang Sabah berbangga menunjukkan rumah Shafie Apdal di Taman Golf View Penampang itu. Kita mohon SPRM geledah juga rumah Shafie Apdal di beberapa tempat yang SPRM sudah sedia maklum iaitu;

i. Banglo Mewah Solaris Dutamas berharga  lebih RM10 juta  itu. Rumah baru Shafie atas lot tanah dibeli. 
ii. Rumah 2 tingkat di Subang Jaya
ii. Banglo Shafie Apdal di London.

4. Elok SPRM dedahkan supaya rakyat Sabah terutama penyokong Warisan sedar bahawa betapa tertipunya mereka dengan lakonan Shafie Apdal yang berpura-pura marhaen tetapi kaya-raya hasil komisen rasuah ketika menjadi Menteri KKLW dulu.

5. Cuba fikir mengapa Adik Shafie Apdal yang dulu tak kerja tapi kaya-raya kini ditahan SPRM? Haji Hamid Apdal dan juga Yusof Apdal. Mereka hanya berlindung dibalik nama-nama syarikat yang memberikan komisen.  Hanya Yusof Apdal bernasib baik menjadi calon Dun Lahad Datu menggunakan kekayaannya hasil projek KKLW untuk bertanding. Menantu Hamid Apdal, Manzur Hussien pun berlindung dibalik kekayaan mentuanya ditahan SPRM.

6. Tengok rumah mewah adik-adik Shafie Apdal. Dilaporkan ubahsuai rumah Hamid Apdal tandas pun seperti tandas hotel JW Marriot Kuala Lumpur. Dari mana semua kekayaan ini? Jika Shafie memberi projek kepada ahli keluarganya ia adalah satu salah guna kuasa.

7. Seorang lagi adik Shafie iaitu Hj Zul Apdal yang juga mendapat Projek Jalan Pokas - Kuala Bibang Semporna (Syarikat Ultimate Reserves Group) dan Projek Jalan Balung Tawau kos lebih RM50 juta nampaknya masih belum ditahan SPRM.

8. Lihat saja penahanan Azis Jamman Ketua Wira Warisan yang dulu adalah Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara dan Norhartaty Rahmat Bekas TSUB KKLW pasti membuka ruang kepada siasatan penyelewengan RM1.5 bilion itu. 

9. Begitu juga proksi rapat Shafie Apdal Datuk Peter Anthony dari Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd yang kini adalah Naib Presiden Warisan. 

10. Terbaru penahanan bekas Setiausaha Sulit Kanan Shafie Apdal iaitu Izhar Idrus dan Datu Zamri Maulana Pegawai Khas Menteri KKLW. Pastinya selepas ini akan lebih ramai bekas pegawai Menteri KKLW ditahan membantu siasatan.

11. Memandangkan kes pengubahan wang haram Zahida Rafik masih terbuka, bagus juga SPRM siasat dakwaan rumah pemberian Shafie Apdal kepada Zahida di alamat 18, The Valley Jalan TTDI 3, Taman Bukit Indah. 

Sumber: Captain M

WAN AZIZAH MENANGIS TERKENANG FITNAH YANG DILEMPARKAN KEPADA ANWAR IBRAHIM!

Semalam Wan Azizah menangis dalam forum  "3-cornered fight: a win for Pakatan". Beliau menangis mengenangkan bagaimana dia dan suaminya, Anwar Ibrahim menjadi mangsa Mahathir Mohamad.

Walaupun tak menyebut nama Mahathir disebabkan Mahathir dah jadi rakan cium mulut Pakatan Harapan, namun Wan Azizah memberitahu dia ditarik masuk ke dalam arena politik selepas suaminya, Anwar dipenjarakan pada 1999.

Wan Azizah cuba kata ada beberapa perkara yang dia boleh tanggung tetapi ada yang dia tak boleh. Secara tersirat Wan Azizah nak kata bahawa Mahathir lah penyebab kepada kesengsaraan yang dialami oleh dia dan anak-anaknya selepas Anwar dipenjarakan oleh Mahathir.

Dari sini kita boleh tahu, Wan Azizah sebenarnya tak ikhlas pun terima Mahathir tetapi terpaksa.

KENYATAAN MEDIA PETER BELLEW TENTANG PERLETAKAN JAWATAN BELIAU SEBAGAI CEO MAS


Thank you for joining me on a Sunday.  I just wanted to clear up a few issues that have arisen over the last few days. This is a personal response and not on behalf of Malaysia Airlines corporately.  I hope to answer some questions I was asked overnight.  

I am incredibly grateful to my colleagues in the Malaysia Airlines family who have worked so hard with me over the last 2 ½ years.  Wonderful people.  Able to deal with the most difficult situations with strength and faith.  Not one person I have asked over these years to give the extra effort has refused.  

My family and I are thankful for the welcome and hospitality we have received in our time in Malaysia.  This is a wonderful country.  It is with sadness that I will leave but with great hope for the future of this very special airline.  

I apologize for not being able to fulfill my contract.  For education and family reasons my wife and kids went Balik Kampung in July.  I thought I could manage it for a year or two but I need to be with my family.  I am sorry. 

I resigned this day two weeks ago.  It was a very difficult thing to do.  Really.   At that time I had not signed for a new job.  Khazanah and our Chairman did everything possible to get me to stay.  They could not understand why I would leave.   

I got an offer to return to Ryanair who have some well publicized challenges right now.  This is my old family in Ireland.  It is Ireland’s greatest company. I will move from being CEO to COO.  They need me to help.  Negaraku.  That is your special word.  That is how I feel.  Negaraku.  I have a duty to do it. When I was asked on 27th Sept would I go to Ryanair I said no.  But a week later the call came and in life we can really never say never.  I am looking forward to being close again to my family and friends 14 hours away in Ireland.

The news broke about Ryanair last Sunday in the UK Sunday Times.  Ryanair waited until Tuesday to make a stock exchange announcement.  

There have been news reports about Khazanah interference. Let me be clear. Khazanah is a Malaysian investment company linked to the Government.   They have been incredibly supportive to me personally and corporately.   There has been no interference.   I cannot thank them enough for accelerating our transformation. Tan Sri Azman could not have been more supportive.  Terima kasih Khazanah.

There have been reports that I am leaving due to political interference.  That is completely untrue.  The Dept of Transport have been more than helpful and Minister Liow has been extremely fair in the treatment of all airlines in Malaysia.  The Dept of Tourism and Tourism Malaysia could not have done more for Malaysia Airlines in the past year and do a tremendous job globally.  Minister Mustapaha from MITI is maybe the most effective Minister I have met in my lifetime.  The Prime Minister has not interfered in any way.  He has encouraged me at every step.  

There are reports that I am leaving because of aircraft orders.  That is completely untrue.  100% incorrect.  Not a shred of truth in that statement.   There was no political interference in MAB decision to buy Boeing or Airbus.    MAB needs more widebody planes and less narrow bodies.  Simple.  The Chairman and I brought the MOU to the Prime Minister in Washington and he witnessed the MOU signing.  It all came from MAB.

Malaysia is an amazing country.  60 years of peace.  Incredible economic growth.  Unique racial and religious harmony.  Turn on a tap and there is clean water.  Superb education.  I have never seen anyone hungry. Abundant natural resources.  A vibrant culture.  There was some great vision from Government over the last 40 years to build Malaysia.  And a leader in 1981 did some great things for his country. 

But Tun Mahahtir is completely wrong.  100% wrong.  No one connected with him has ever been in any contact to check. I have had no interference from anyone on anything. NO interference.   I just want to Balai Kampung.  Simple I am Balik Kampung.  Negaraku.  Back to the people I love.  Simple.  

I have read every book I could find on MAS.  Tan Sri Aziz did a particularly good one. I have read Tun Mahatir’s biography and his  books of letters.    

Tun Mahatir highlights in his own book his failures on MAS that led to its downfall.  In fact across 200 pages in his own book he completely contradicts himself. 

On page 711 he states “The company had been doing well when it was sold to Tajuddin in 1994 and his acquisition of Malaysia Airlines had been seen as a coup.

On page 533 he states “Tajuddin was elated over his purchase.  He wanted to swap his Malaysian Helicopter shares for MAS shares. The Government rejected his plan and asked that he pay in cash instead, which forced him to borrow RM 1.8 billion. I do remember wondering how Tajuddin would be able to buy the airline. “

But Tun Mahatir contradicts himself on page 711 of his own book saying:- 
“He had attempted to to buy his stake in MAS through Celcom shares and he would not have had to spend a sen. In the end, however, he had to borrow a lot of money to buy the shares.  Had I known this I would have put a stop to the acquisition.” 
In his own book on page 533 he states that he knew it was debt that was unsustainable. 

Page 796 he highlights his bitterness when Tun Badawi did not appoint him as advisor to MAS.  The damage goes back to 1994 and debt. 

Malaysia Airlines is special.  Not just an airline but one of the earliest symbols of the vibrancy of this amazing country.   People who have never flown in their life love it.  Most of the country hopes it will thrive and be the Pride of the Nation again.  I wish Captain Izham and the Malaysia Airlines family all the best for the future.

Peter Bellew 22 Oct 17
Ex CEO MAS

EXCO PULAU PINANG MENGAKU LIM GUAN ENG TERUSKAN PROJEK WALAU TIADA KELULUSAN!

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakui Jabatan Alam Sekitar negeri tidak menyokong projek "Granito @ Permai" di mana berlakunya kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 11 pekerja binaan. 

Exco Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow berkata Majlis Bandaraya Pulau Pinang bagaimanapun meluluskan projek berkenaan berdasarkan ulasan dari jabatan teknikal lain yang terbabit. 

Semalam, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan kesal dengan kelulusan itu kerana Jabatan Alam Sekitar memutuskan untuk tidak menyokong atas alasan tapak pembinaan terletak berhampiran kuari di atas bukit.

KERAJAAN NEGERI SELANGOR GAGAL TUNAIKAN JANJI, ROBOH RUMAH PENGUNDI KAJANG!

Terdapat 8 keluarga bekas kakitangan hospital Kajang yang menetap disini sejak 1930 apabila kuarters kakitangan dirobohkan. Tanah yang mereka duduki sekarang adalah tanah rezab Sg. Jelok dan selama ini JPS tidak pernah beri notis. Pada 26 April 2016, mereka diberi notis satu bulan oleh oleh Pejabat Tanah untuk pembinaan hospital bersalin .

Pihak penduduk bersedia untuk berpindah jika ada perjanjian bertulis tentang tawaran tanah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dalam perjumpaan terakhir dengan ADUN kajang pada 4hb. Oktober 2017, Datin Wan Azizah memberi jaminan akan menghentikan perobohan ini. Sehingga sekarang  masih tiada maklumbalas daripada Datin Wan Azizah sama ada perobohan akan dihentikan atau diteruskan.

*************************************

Projek yang akan datang ke kawasan mereka adalah Projek Hospital Kajang dan mereka sejak dari awal bersetuju untuk berpindah setelah diberikan tempat alternatif kerana mereka difahamkan bahawa ini merupakan projek kepentingan awam. 

Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Tanah telah menawarkan  mereka 6 lot tanah gantian tetapi ianya masih belum ditawarkan secara bertulis (Surat Hitam Putih). Tuntutan mereka adalah setelah mereka menerima surat itu, mereka akan keluar. Mereka risau untuk keluar dengan tangan kosong kerana ADO hanya memberi syor 80% akan diluluskan.

Dalam perjumpaan terakhir bersama ADUN Kajang pada 4hb Oktober 2017, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail dan YB Manivannan (MP Kapar), mereka prihatin dan memberi jaminan rumah mereka tidak akan dirobohkan 4 hari selepas Hari Deepavali. Mereka juga menjanjikan akan menghubungi Pejabat DO dan MB untuk memastikan tawaran tersebut segera dikeluarkan.

Selepas dari itu, penduduk telah pergi beberapa kali ke pejabat ADUN tetapi tiada sebarang maklum balas di terima, manakala YB Manivannan (MP Kapar) memberi syor bahawa rumah mereka tidak akan dirobohkan sekali lagi pada 23hb Oktober 2017 dan beliau akan memastikan perkara ini. 

Adalah menjadi polisi Kerajaan Pakatan Rakyat/Harapan bahawa mereka hanya akan lakukan pengusiran paksa setelah memberikan penempatan alternatif. Walaupun ini adalah tanah Kerajaan Persekutuan tetapi penguatkuasaan masih di pihak Kerajaan Negeri Selangor. 

Sunday, October 22, 2017

MAT SABU TAK SANGGUP KE SHAH ALAM


Saya yakin sahabat-sahabat di Shah Alam kecewa membaca berita dari Konvensyen Pan di Alor Star hari ini.

Sebelum itu rasa saya tidak pernah kita dengar mana-mana parti politik membawa usul menetapkan di negeri atau kerusi mana Presiden parti mereka bertanding.

Tetapi Konvensyen Pan tadi telah luluskan usul agar Presiden mereka Muhamnad Sabu bertanding di Pulau Pinang dalam PRU ke 14 nanti.

Mengapa Pulau Pinang?

Bukankah sebelum ini Mat disebutkan akan bertanding di Shah Alam.

PAS tidak ada kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Bukankah Pan dilahirkan oleh Dap untuk melawan PAS?

Jadi mengapa Presiden kamu diletak bertanding di Pulau Pinang? Tak boleh berpisahkah dari bawah ketiak Guan Eng?

Rakyat Shah Alam rindu dan menantikan Bang Mat, adalah peluang kami talkinkan Pan dan Abang Mat di sana. Rupanya lari dan cari tempat selamat.

Patutnya lahir untuk cabar PAS, maka sewajarnya Presiden lawan Presiden. Turunlah ke Parlimen Marang barulah kita lihat siapa ganti siapa.

Lucu pun ada melihatkan Konvensyen dan usul Pan ini. Tanda-tanda akan pupus barangkali.


SYED SADIQ MENGAKU SILAP TUDUH TERIMA RASUAH BN

Itulah namanya mangkuk ayun. Apabila fitnah dah jadi umpana makanan mangkuk ni bagi menghalalkan cara dan parti mereka supaya kono terlihat bersih walhal mangkuk tak lebih sekadar menjadi penjilat tegar Tun M yang kemaruk nak pegang kuasa SEMULA!

Bila hati tu dah hitam. Memang akan hitam sahaja sampaikan nak buat penilaian sendiri tanpa rujukan atau sumber yang sahih.

Kan tak pasal-pasal dah jatuh dosa memfitnah.

***********************************

Ketua Armada PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui dirinya tersilap dengan menuduh ahli partinya menerima ‘dedak’ (rasuah) daripada Barisan Nasional (BN) kerana berterusan mengkritik kepimpinan tertinggi parti.

Memetik laporan Mole.my, Syed Saddiq mengakui tuduhannya sebelum ini disebabkan salah faham dan menerima maklumat tidak tepat daripada sumbernya.

Beliau sebelum ini mendakwa ditawarkan rasuah bernilai RM5 juta ringgit daripada individu bernama ‘H’ yang bertugas sebagai pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri.

Tambahnya, beliau juga ditawarkan geran untuk menggerakkan bengkel debat di seluruh Malaysia sekiranya bersetuju untuk meninggalkan PPBM dan mula menyerang Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Saturday, October 21, 2017

INISIATIF DIBERIKAN KEPADA PENJAWAT AWAM ADALAH MEMBAZIR - TUN M

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan segala manfaat dan inisiatif yang di­salurkan kepada rakyat serta penjawat awam sebagai pembaziran terhadap kewangan negara.

Antara inisiatif yang diperlekehkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), elaun sara hidup kepada nelayan serta elaun bulanan kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara.


Malah, Dr. Mahathir turut mempertikaikan bantuan ribuan ringgit yang diagihkan kepada jemaah haji selain berpendapat golongan yang telah bersara tidak layak menerima wang pencen.

“BR1M misalnya telah membebankan wang kerajaan sebanyak RM7 bilion atau lebih pada setiap tahun, termasuk bantuan RM300 kepada para nelayan.

“Pemberian RM800 kepada pengerusi JKKK, ribuan ringgit kepada jemaah haji serta bayaran pencen kepada golongan bersara yang tidak layak menerimanya dan lain-lain,” katanya dalam blognya di http://chedet.cc/?p=2640 di sini semalam.

Selain itu, Dr. Mahathir yang kini bersekongkol dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP turut mempertikaikan langkah kerajaan menyemak beberapa kali emolumen penjawat awam.

“Emolumen telah disemak beberapa kali, kadang kala sehingga 25 peratus. Dalam masa yang sama, tambahan kakitangan awam meningkat kepada 1.6 juta berbanding 1 juta orang pada tahun 1980-an.

“Ini akan menyebabkan bayaran gaji meningkat dua kali ganda atau lebih,” katanya.

Dalam nada yang sama, Dr. Mahathir turut melahirkan rasa tidak setuju terhadap kerajaan kerana melaksanakan gaji minimum yang berkuat kuasa 1 Julai tahun lalu.

Katanya, semua pihak yang mendapat untung daripada pemberian kerajaan itu mungkin berasa gembira namun sebenarnya peningkatan pendapatan tersebut tidak begitu menguntungkan mereka.

“Peningkatan kadar gaji minimum kepada semua pekerja dalam pelbagai bidang di sektor kerajaan dan swasta. Daripada RM700 kepada RM1,200 - hampir dua kali ganda.

“Apabila gaji minimum me­ningkat, mereka yang menerima lebih daripada kadar tersebut juga akan meningkat. Semua itu bagi mengekalkan keseimbangan antara pelbagai tahap dan pangkat para pekerja,” katanya. - UTUSAN

Saturday, October 14, 2017

HIMPUNAN KLEPTOKRASI GAGAL! TIDAK CAPAI TARGET 100,000 ORANG! #HAPUSKLEPTOKRASI

GAGAL! Itulah yang nak disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya para penyokong pembangkang. Malah untuk memenuhkan lagi padang, kelihatan beberapa buah bas dipercayai digunakan untuk mengangkut peserta himpunan baru tiba maghrib tadi yang terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan juga Perlis.

Tidak meriah seperti sebelum ini yang mana sebelum berpisah dengan PAS himpunan seperti ini amat jarang kelihatan bas-bas digunakan oleh pembangkang. Mengikut dari perkiraan sumber dalaman PH sendiri, kehadiran yang memenuhi padang setakat jam 8.00 malam tadi hanyalah sekitar 9,000 orang berbanding target asal mereka 100,000 orang yang mana kononnya akan melimpah hingga ke Federal Highway.

FB Pages DAP yang membuat Live FB juga terpaksa menghentikan laporan live mereka kerana turut dikecam oleh penyokong PAS yang memberikan komen-komen negatif hinggakan tidak kelihatan langsung komen positif daripada PH dan DAP.

Trending di twitter menggunakan #HapusKleptokrasi & #SayangiMalaysia juga bukan berada di Top Trending Malaysia malahan langsung tidak kelihatan trending hashtag yang digunakan oleh pengikut twitter Malaysia.

Ini telah menunjukkan bahawa PH tidak mampu untuk mengumpulkan malah tidak mampu untuk menjadi fenomena bagi menaikkan nama Tun Mahathir dan Lim Kit Siang dalam himpunan kali ini.

Ini merupakan himpunan paling GAGAL yang MEMALUKAN Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang kononya paling berpengaruh di Malaysia dan Lim Kit Siang yang kononnya De Facto PH.

Ternyata sambutan yang amat amat hambar daripada rakyat Malaysia amat mengecewakan pemimpin PH yang konon akan mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia.

HIMPUNAN KLEPTOKRASI HAMBAR, LEMAN GUNA GAMBAR HIMPUNAN BAJU MERAH! #SAYANGIMALAYSIA

KELAKAR! Apabila pelawak, Leman Raja tak Lawak update dalam twitter miliknya tentang kehadiran peserta himpunan pada petang ini. Mungkin kerana malu kehadiran peserta tidak seperti yang diharapkan. maka gambar Hmpunan Baju Merah anjuran Dato' Sri Jamal telah diambil.


KIT SIANG SENYAP! MAHATHIR BAPA KLEPTOKRASI MALAYSIA SEBENAR! #HapuskanKleptokrasi

HIMPUNAN anti kleptokrasi yang kononnya nak selamatkan Malaysia berlaku di Padang MBPJ petang ini sebenarnya adalah untuk menutup malu dan menolak isu yang melanda sama ada kepada Mahathir sendiri dan keluarga Kit siang.

Pemimpin tua ini merupakan bapa kleptorasi sebenar berdasarkan harta-harta rakyat yang telah diwariskan kepada anak-anak mereka sendiri.

Gambar diatas hanya sebaagai contoh. Malah berbillion lagi harta rakyat Malaysia telah hilang semasa pemerintahan Mahathir serta kroni-kroninya.

Konon nak nampak bersih dengan bekerjasama dengan DAP. namun hakikatnya adalah, Mahathir adalah bapa perompak sebenar!



#Negaraku
#KleptokrasiAbahKau
#TolakPH
#HapuskanKleptokrasi
#KekalNajib

Sunday, October 8, 2017

KUASA TANAH SELANGOR PADA AZMIN, TAPI DISALAHKAN NOH OMAR? #TolakAzmin

OLEH kerana gagal menghalang perobohan rumah bekas siak Masjid Subang Airport, Azmin Ali terus menuding jari kepada kerajaan persekutuan kerana tidak bertindak. Pelik apabila seorang Menteri Besar yang mempunyai kuasa untuk meroboh atau membina rumah di atas tanah kerajaan negeri tidak dapat memberikan arahan untuk memberhentikan perobohan.

Setelah semua telah berlaku dan rumah juga telah ranap menyembah bumi, barulah Azmin mengeluarkan kenyataan konon akan memberikan rumah PPR kepada keluarga mangsa yang terlibat dan masih juga menuding jari kepada orang lain untuk menutup kesalahan sendiri.

Tolong lah fahamkan aku tentang logik Azmin Ali dan geng mata satu ni:

1. Tanah itu di Selangor. MB ialah Azmin.
2. Kuasa mutlak isu tanah di bawah kerajaan negeri. MB ialah Azmin.
3. Yang jalankan kerja robohkan ialah MBSA Majlis Bandaraya dan Pejabat Tanah Daerah Petaling, di bawah MB Azmin.
4. Yang PSM panggil untuk menghentikan robohan selama berbulan-bulan ialah MB Azmin.

Yang salah pula ialah Noh Omar. ?????

CALON PSM PELABUHAN KLANG SUDAH SEDIA MELAWAN PKR! #TolakAzmin

PAGI ini bertempat di sekitar Pelabuhan Klang, rombongan PSM (Parti Sosialis Malaysia) telah bergerak berjumpa dengan pengundi sekitar bagi mempromosikan calon mereka yang akan bertanding bagi kawasan itu untuk mengalahkan calon daripada PKR yang kini BEBAS.

Shanmugan, calon PSM bagi DUN Pelabuhan Klang yang berasal daripada Taman Sentosa dalam Parlimen Kota Raja berkata, beliau menyeru agar rakyat Pelabuhan Klang memilih mereka sebagai wakil rakyat kerana wakil rakyat sedia ada sudah pun keluar parti dan tidak lagi berkhidmat untuk rakyat Pelabuhan Klang.

Turut diedarkan risalah dan akhbar PSM.



Monday, October 2, 2017

Rafizi Digesa Perjelas Dakwaan Guna Wang Derma RM1.5 Juta Untuk Bayar Gaji Dua Syarikat Miliknya #RafiziBayarRafizi #s14

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail mendesak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli agar segera memberikan penjelasan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang derma serbanyak RM 1.5 juta yang bukan digunakan untuk membayar saman Perbadanan Fidlot Nasiona (NFC), sebaliknya wang derma tersebut digunakan untuk pembayaran urusan perniagaan dan gaji pekerja untuk dua syarikat yang dimiliki oleh beliau.

Menurut Zein, tindakan Rafizi yang mengutip derma daripada orang ramai dengan alasan untuk membayar denda saman NFC berikutan mahkamah mendapati beliau bersalah memfitnah NFC, dan kemudiannya menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang ahli parlimen.

“Saya minta agar Rafizi Ramli segera menjawab isu penyelewengan wang derma sebanyak RM 1.5 juta yang beliau perolehi dari orang ramai atas alasan untuk membayar saman NFC. Ini merupakan satu dakwaan yang serius di mana dakwaan tersebut memperlihatkan bahaw Rafizi telah menggunakan wang hasil derma itu untuk kegunaan dua syarikat yang dimiliki beliau sendiri.

“Jika benarlah dakwaan tersebut, maka boleh saya katakan ini merupakan satu penipuan yang dilakukan oleh ahli parlimen pandan. Nampaknya, Rafizi bukan sahaja bijak menipu dengan fitnah dan tohmahannya, tetapi juga bijak menipu rakyat dengan meminta derma kononnya untuk membayar saman tersebut, sebaliknya secara diam-diam menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya.

“Sekiranya perkara ini benar, maka penipuan Rafizi hari  ini bukan sekadar penipuan lisan seperti fitnah dan sebagainya yang selama ini dilontarkan kepada pihak kerajaan, UMNO dan juga Datuk Seri Najib, malah beliau maju setapak ke hadapan dengan penipuan yang melibatkan jutaan wang ringgit rakyat yang terpedaya dengan alasan beliau untuk membayar saman tersebut,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut tentang perkara ini, Zein yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang berkata, sekiranya Rafizi terus berdiam diri tanpa memberikan sebarang penjelasan yang kukuh berhubung isu ini, maka sudah terang lagi bersuluh beliau hanya mempergunakan  dan mengambil kesempatan di atas sentimen simpati rakyat kepada dirinya.

“Sekiranya Rafizi berdiam diri, maka jelaslah bahawa beliau secara terang-terang menipu rakyat dengan mempergunakan wang derma itu untuk kepentingan dan keuntungan peribadinya. Jika benar wang itu untuk membayar saman, mengapa pula beliau menerima notis kebankrapan sepertimana yang telah viral di media sosial baru-baru ini.

“Saya yakin rakyat di Selangor, khususnya pengundi di parlimen Pandan tertunggu-tunggu apa penjelasan daripada Rafizi berhubung wang derma tersebut. Kita mahu lihat, apa lagi yang Rafizi cuba putar belit dalam isu ini memandangkan beberapa dokumen telah didedahkan sebagai bukti di mana beliau telah menggunakan wang derma sebanyak RM 1.5 juta itu untuk membayar gaji pekerja dua syarikatnya, termasuk gajinya sendiri,” tegasnya.

Baru-baru ini, pegawai khas Datin Rosmah, Dato Rizal Mansor membuat pendedahan dengan mendakwa Ahli Parlimen Pandan itu telah menggunakan wang derma sebanyak RM 1.5 juta tersebut untuk membayar urusan perniagaan dan gaji kakitangan dua syarikat, di mana kedua-dua syarikat tersebut adalah miliknya.

Menurut Datuk Rizal Mansor melalui status facebooknya, syarikat milik Rafizi, Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP sehingga bulan Julai dan hanya membuat bayaran kepada KEIP sebanyak dua kali dalam bulan Ogos pada iaitu pembayaran pertama sebanyak RM 160’349.95 dan pembayaran kedua pula  RM 156,132.10, iaitu bulan yang sama selepas beliau menerima derma orang ramai sebanyak RM 1.5 juta.-MediaUMNO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...