Konco-konco ku

Thursday, December 21, 2017

SKANDAL TANAH PKPS – MASA SUDAH TIBA UNTUK RAKYAT SELANGOR BUKA MATA

Pada 27 Ogos 2017, Ketua Aktivis SAMM, Chegu Bard telah membuat laporan kepada SPRM berhubung skandal tanah PKPS seluas 2,000 ekar di Ijok yang bernilai RM1.181billion. Skandal ini dikatakan melibatkan   Azmin Ali dan Khairuddin A.Hassan, penulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM yang juga penyokong kuat Dr. Mahathir.


Menurut Chegu Bard, tanah-tanah tersebut pada asalnya telah diserahkan kepada dua buah syarikat (Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd.) yang mempunyai kaitan dengan Khairuddin sekitar tahun 2008 untuk dibangunkan dengan projek perumahan rakyat sebelum Selangor dikuasai PKR dan DAP.


Walau bagaimanapun, akibat beberapa isu yang tidak diselesaikan termasuk kegagalan menjelaskan bayaran-bayaran pampasan yang sepatutnya, projek ini mula berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga memaksa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan drastik untuk mendapatkan semula tanah-tanah tersebut melalui satu notis rampasan.


Tidak lama selepas itu, pihak syarikat telah mencabar notis tersebut di Mahkamah Tinggi yang menyaksikan keputusannya (dibuat pada 22 Okt. 2013) memihak kepada kerajaan negeri. Oleh kerana tidak dapat menerima keputusan tersebut, pihak syarikat telah mengemukakan kes ini di peringkat yang lebih tinggi iaitu di Mahkamah Rayuan dan sekali lagi, keputusannya tetap berpihak kepada kerajaan negeri (keputusan dibacakan pada 17 Feb. 2014).


Ketika pertikaian ini dilihat seakan-akan sudah selesai, pihak syarikat memilih untuk melanjutkan rayuan mereka ke tahap tertinggi dengan mengemukakannya di Mahkamah Persekutuan. Namun, apabila Azmin Ali mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Tan Sri Khalid, kes ini telah ditarik balik dan diselesaikan di luar mahkamah atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Kerajaan negeri direkodkan menandatangai perjanjian penyelesaian ini pada 17 Mei 2016.


Menurut Chegu Bard, perjanjian penyelesaian di luar mahkamah ini dibuat dalam situasi yang mencurigakan serta berat sebelah sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan yang sehingga kini masih gagal dijawab oleh Azmin Ali.


Antara perkara penting yang dibangkitkan oleh Chegu Bard ialah tindakan kerajaan negeri beralah sekaligus menyerahkan pemilikan tanah-tanah berkenaan kepada syarikat-syarikat tersebut sedangkan berdasarkan dua keputusan mahkamah sebelum ini kerajaan negeri sudah pun mendapat hak dan pemilikannya semula.


Lebih mengejutkan, sebaik sahaja keputusan settle out of the court ini dibuat, pihak syarikat telah menjual keseluruhan tanah tersebut kepada Paragon Pinnacle Sdn. Bhd., anak syarikat pemaju hartanah gergasi, Ecoworld dengan nilai RM1.181 bilion sekaligus meranapkan segala impian dan harapan rakyat Selangor untuk mendapatkan rumah-rumah mampu milik yang sepatutnya dibina di atas tanah-tanah tersebut.


Selain pendedahan-pendedahan ini, Azmin Ali juga gagal menjelaskan dua lagi keraguan yang besar. Pertama, kenapa, berdasarkan perjanjian penyelesaian itu, kesemua tanah tersebut hanya boleh dijual kepada syarikat Paragon Pinnacle sahaja, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak atau syarikat lain? Rujukan lanjut, klik SINI.


Kedua, kenapa kedua-dua syarikat (Mujur Zaman dan LBCN) hanya boleh melantik firma guaman Daim and Garmany sahaja bagi membantu dalam urusan penjualan tanah-tanah tersebut? Siapakah peguam-peguam yang berkerja dengan firma ini? Berdasarkan pendedahan yang dibuat pada 24 November 2017 oleh penganalisa politik dan ekonomi, Lim Sian See, SINI antara peguam yang berkhidmat dengan Daim and Garmany ialah Latheefa Koya, Eric Paulsen dan Sivarasa Rasiah yang kesemuanya merupakan pemimpin PKR baik di peringkat pusat mahupun negeri.


Silang hubung semua perkaitan ini secara langsung memberikan gambaran, atau setidak-tidaknya bayangan bahawa wujud kepincangan, helah dan muslihat yang melingkari isu ini sejak dari awal  dan dilakukan dalam pengetahuan Azmin Ali sendiri sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.


Justeru secara keseluruhan, bagi memahami isu ini, berikut ialah intipati-intipati yang perlu diberikan perhatian:-


Jumlah keseluruhan tanah yang terlibat ialah sebanyak 2,000 ekar.

Tanah-tanah ini diserahkan kepada syarikat Mujur Zaman dan LBCN sekitar tahun 2008 untuk dibangunkan dengan projek perumahan.

Kedua-dua syarikat mempunyai kaitan dengan Khairuddin A. Hassan (rapat dengan Azmin)Kedua-dua syarikat gagal menyelesaikan beberapa perkara termasuk pembayaran pampasan kepada pihak-pihak yang terlibat.

Kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar notis rampasan tanah susulan kegagalan kedua-dua syarikat mematuhi syarat pembangunan projek yang diberikan.

Pihak syarikat mencabar notis ini di Mahkamah Tinggi tetapi kalah (22 Okt. 2013) lalu membawanya ke Mahkamah Rayuan, juga kalah (17 Feb. 2014)Pihak syarikat mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Berlaku perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri. Azmin Ali mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Selangor yang baharu pada 23 Sept. 2014menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui Kajang Move.

17 Mei 2016, kerajaan negeri menandatangani perjanjian penyelesaian kes di luar mahkamah di Mahkamah Persekutuan. Kes ditarik balik.

Antara isi kandungan perjanjian ialah, kedua-dua syarikat hanya boleh menjual tanah-tanah tersebut kepada Paragon Pinnacle (anak syarikat Ecoworld yang rapat dengan DAP) dan hanya boleh melantik firma guaman Daim and Garmany yang mempunyai kaitan rapat dengan PKR sebagai peguam perantara jual beli.

Sehingga kini Azmin Ali gagal memberi penjelasan berhubung isu ini.

So, bersihkah pentadbiran Azmin? Anda nilaikanlah sendiri.

Darul Ehsan Leaks


No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...