Konco-konco ku

Wednesday, December 20, 2017

PROJEK KEBUDAYAAN SELANGOR SYOK SENDIRI DAN GAGAL - BUDIMAN


Kerajaan negeri Selangor telah menganjurkan Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau pada 7 hingga 10 Disember lalu dengan jumlah peruntukan RM1 juta. Walaupun sebanyak 30 program diatur sepanjang penganjuran festival, namun hanya beberapa program sahaja yang mendapat sambutan. Hal ini telah melihatkan bagaimana penganjuran festival ini dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh.

Kerajaan negeri menyatakan kontrak penganjuran festival telah dianugerahkan secara langsung kepada sebuah NGO kebudayaan yang dikenali sebagai PUSAKA yang mana bagi festival ini, kurator utamanya dikenali sebagai Eddin Khoo.

Terdapat juga dakwaan bahawa NGO PUSAKA tersebut bukanlah sebuah persatuan sebaliknya adalah sebuah syarikat sendirian berhad iaitu Seni Pusaka Sdn Bhd. Yang lebih menarik perhatian, nama Pengarah dan pemegang saham syarikat yang mempunyai modal berbayar RM2 ini sahaja adalah milik kurator utama bagi Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau ini iaitu Eddin Khoo.

Adakah ini suatu kebetulan atau sesuatu yang dirancang? Selanjutnya, adakah wang penganjuran festival ini dibayar kepada NGO PUSAKA atau syarikat sendirian berhad? Kemusykilan yang memeningkan inilah yang mesti diberi penjelasan oleh Kerajaan negeri.

Jika dakwaan ini benar, adakah pemilihan entiti ini benar-benar memenuhi kriteria yang memenuhi objektif festival ini? Pada masa yang sama, adakah pemberian kontrak secara langsung ini adalah amalan baru bagi kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali yang selama ini melaungkan urus tadbir yang sangat telus dan baik?

Semua perkara ini perlu diperjelaskan secara terperinci oleh kerajaan negeri yang selama ini mendabik dada sebagai sebuah kerajaan yang telus dan berintegriti memandangkan wang rakyat telah digunakan untuk pelaksanaan program yang dilihat gagal mencapai sasaran dan objektif.

1 comment:


  1. شركة تنظيف منازل بالجبيل افضل شركة خدمات منزلية بالجبيل نظافة شاملة مع التعقيم والتلميع وابادة الحشرات شركة تنظيف بالجبيل شركة المثالية هي افضل شركة نظافة بالجبيل والمنطقة الشرقية تقدم لعملائها افضل جودة وارخص الاسعار بالاضافة الي تقديم الخدمات من خلال عمالة مدربة وذات خبرة كبيرة بمجالات التنظيف ومكافحة الحشرات , فلا تتردد في الاتصال بشركة تنظيف بالجبيل للحصول علي كل ما هو مميز ولضمان الحصول علي منزل امن نظيف راقي خالي من المواد الضارة والميكروبات

    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة تنظيف بالجبيل

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...