Konco-konco ku

Friday, August 28, 2015

NAK MAMPOS AGAKNYA CINA-CINA KAT MALAYSIA NI!!!

TERNYATA, Cina di Malaysia langsung tak boleh dipercayai lagi.... Hakikatnya MCA, DAP juga GERAKAN adalah berpaksikan kepada satu matlamat yang sama.... PERKAUMAN....

Bagaikan jalan cerita sudah dirancang. Umpama suara sudah senada. Terbukti lagi hari ini apabila MCA melalui Ketua Pemudanya juga mahukan kerajaan Melayu Islam di Malaysia tumbang melalui jalan raya.

Apa lagi yang kita harapkan daripada kaum ini???

Jawatan sudah diberi... Kawal ekonomi apatah lagi... 

Namun, ini balasan yang PM dapat kerana terlalu memberi muka kepada pentaksub PERKAUMAN ini....

Sehati Sejiwa....


Thursday, August 27, 2015

AZMIN TERSEPIT KERANA NIAT MENYAMUN DIGANGGU!! #DEIG

PELIK! Sungguh pelik malam ini apabila Chegu Bard yang sebelum ini menjadi jurucakap pembangkang tegar di Malaysia seolah-olah menjadi penyokong kerajaan pimpinan Najib.

Waibi Budiman, mengulas dengan panjang lebar berkenaan niat Azmin yang mahu merompak harta rakyat Selangor namun mujur beliau pantas membongkar pengkhianatan amanah rakyat kepadanya sebagai MB Selangor.

Dari MBI sehinggalah wujudnya syarikat Sdn Bhd iaitu DEIG yang ditubuhkan semata-mata mahu mengaburi mata rakyat Selangor agar harta negeri dapat dirompak dengan terancang.

Manakala luahan Chegu Bard malam ini bagaikan bukan seorang ahli PKR. Mungkin sudah kecewa dengan PKR yang semakin meminggirkan SAMM pimpinannya, maka terpaksalah beliau berpaling kerana sudah hilang dahan untuk berpaut.

Chegu Bard mengulas tentang Tun M yang tidak ikhlas dalam membela nasib rakyat Malaysia apabila hanya membicarakan soal 1MDB bukannya soal rakyat seperti DEIG.

Malah, Chegu Bard malam ini mengumumkan bahawa ahli SAMM tidak akan turun ke demo Bersih 4 pada Sabtu ini kerana tujuan asal adalah untuk menjatuhkan DS Najib Razak, bukannya mahukan pilihan kerajaan yang benar-benar bersih.

Bagaikan sudah berpaling tadah, Chegu Bard nampaknya lebih UMNO dari UMNO.

Namun, respect kepada Waibi Budiman yang berani berdepan dengan kelantangan Chegu Bard yang terkenal dengan mulut puakanya.

Syabas kepada Suara.Tv kerana berjaya menganjurkan wacana seperti ini.

'JANGAN BUANG MASA ATAS JALAN RAYA' - KETUA UNIT AMAL PAS

SATU signal yang kuat daripada kepimpinan Pas untuk terus memboikot Bersih 4 yang dikatakan tidak ada faedah dan kebaikan kepada negara Malaysia.

Sebelum ini Hadi Awang menasihati para ahlinya untuk tidak menghalang atau mengarah mengikuti Bersih 4 namun diulas lanjut, Hadi Awang bagaikan berat mengatakan TIDAK SETUJU dengan perancangan DAP yang mahu terus menekan UMNO dan Pas melalui Bersih 4.

Kali ini, Ketua Unit Amal Pas, Juhari Osman menasihati semua ahli Pas agar 'jangan buang masa buang peluh atas jalan raya. Saya dah serik sertai himpunan haram. Alih alih yang senang pemimpin DAP sahaja, kami apa dapat?'

Selepas ini sudah pasti akan lebih ramai yang akan meluahkan ketidakpuasan hati ahli Pas yang pergi ke himpunan ganas tersebut.

#BOIKOT #BERSIH4

Wednesday, August 26, 2015

GEMPAR!! PEJABAT #DEIG DI BUKIT DAMANSARA TIDAK WUJUD!!!

PENIPUAN apa lagi yang cuba digunakan oleh Azmin Ali. Tinjauan rakan wartawan di alamat yang didaftarkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) di Tingkat 7, Menara Milenium, Bukit Damansara TIDAK WUJUD!! 

Sebaliknya premis itu menempatkan pejabat urusan Securities Services (Holdings) Sdn. Bhd.

Apa lagi yang cuba Azmin sorokkan daripada rakyat Selangor!!!

Kerani di Securities Services Holdings memberitahu bahawa memang Darul Ehsan Investment Group didaftarkan di situ namun segala operasi dan surat menyurat adalah di Shah Alam. Tingkat 7, Menara Milenium hanya menempatkan Securities Services Holdings dan Zaid Ibrahim & Co. SAHAJA!!

Jadi, di mana sebenarnya syarikat DEIG beroperasi???

Adakah sebuah syarikat berstatus SDN BHD boleh ditempatkan di Bangunan SUK Negeri Selangor di Shah Alam???

Apakah keistimewaan DEIG jika bukan hanya untuk merompak harta rakyat Selangor???

KHIR TOYO DIMASUKKAN KE HOSPITAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG!!

Kuala Lumpur – Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dimasukkan ke hospital setelah diserang penyakit jatung dalm satu kejadian pagi tadi.

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, bekas menteri besar itu terjatuh ketika berjogging sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Beliau kemudiannya di kejarkan ke hospital Selayang dengan ambulan yang tiba tidak lama kemudian bagi mendapatkan rawatan.

Khir Toyo kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan. – SuaraTV

SYARIKAT RM2 DAPAT PROJEK BERNILAI RM12.3 BILION UNTUK RAUDHAH CITY!! #DEIG

Tuan2 Puan2 tahu mengenai Raudhah City? 

Sebuah rancangan pembangunan hartanah seluas 500ekar di Taman Sains Selangor, Cyberjaya 2, bernilai RM12.3Bilion.

Saya Percaya, kerana projek inilah harta milik rakyat Selangor bernilai lebih rm30bilion akan dicagarkan, membolehkan mendapat 12 kali ganda nilainya (RM360bilion) untuk dijadikan modal. Dan lain2 projek kroni2 Azmin Ali.

Darul Ehsan Investment Group Sdn Bhd (DEIG) adalah batu loncatan yang akan dipergunakan untuk tujuan jahat ini.

Andaikata rancangan menggadaikan harta benda rakyat Selangor ini berjaya.. Mengalir Air Mata Darah sekali pun.. Rakyat dan Kerajaan Selangor tiada hak.. Hilang segalanya.... Tengok ajelah..

Tuesday, August 25, 2015

KENAPA DAP TIDAK SEPENDAPAT DENGAN AZMIN KALI INI?? #DEIG

KES Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG) yang ditimbulkan oleh YB Budiman, Adun Sungai Panjang tempoh hari semasa berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor telah mendedahkan yang Azmin cuba untuk menggelapkan harta dan aset kerajaan negeri Selangor melalui syarikat yang ditubuhkannya.

Yang menjadi kemusykilan adalah KENAPA DAP TIDAK SEPENDAPAT DENGAN AZMIN DALAM ISU DEIG??!

Kita dapat melihat yang rata-rata pemimpin DAP di Selangor mula tidak senang dengan tindakan Azmin yang cuba merompak seorang diri tanpa melibatkan rakan sekutu mereka sama ada DAP atau pun PAS.

Tanpa perbincangan antara mereka, Azmin secara tiba-tiba mengalihkan aset Kerajaan Negeri Selangor yang bernilai RM30 bilion kepada syarikat persendirian yang mana sebelum ini aset tersebut diurus oleh MBI.

DAP dapat menghidu perkara ini lalu mulalah mereka menghantar wakil DAP iaitu Yeo Bee Yin untuk mempersoalkan tentang intergriti Azmin dalam mengurus harta rakyat.

Teknik Yahudi DAP! Apabila dapat makan bersama SENYAP! Apabila tak dapat mula MELALAK!

Itu juga yang cuba digunakan ke atas Azmin. 

Nampaknya Azmin terperangkap dalam GAME sendiri. DAP sudah turut membuat perancangan untuk merehatkan Azmin daripada kerusi MB kerana didakwa tidak profesional dan suka membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan mereka.

Rakyat Selangor sedar atau tidak???!

Monday, August 24, 2015

KENAPA AZMIN TERUS MENIPU TENTANG DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP?? #DEIG

Rentetan daripada jawapan YAB Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, melalui sebuah akhbar harian bertarikh 22/8/2015, jawapan-jawapan YAB Dato’ Menteri Besar ternyatasemakin membimbangkan rakyat, akankelangsungan DEIG ini sekiranya terus dilaksanakan. 

Sehingga ke saat ini rakyat masih belum dapat menerima kewajaran penubuhan DEIG.Sejumlah 8 isu pokok yang diutarakan dari jawapan YAB Dato' Menteri Besar masih gagal dijawab dan memuaskan hati rakyat Negeri Selangor.

Rakyat tidak dapat menerima sebuah syarikat berperanan sebagai ‘orang tengah’ menguruskan pelaburan terhadap aset 12 anak syarikat di bawahnya. Sekiranya alasan kerajaan negeri mahu mengelak pertindihan, sepatutnya pertindihan itu boleh ditangani melalui penyusunan semula aktiviti 12 anak syarikat berkenaan bukannya mewujudkan DEIG yang berperanan sebagai perantara semata-mata.

Kecenderungan jawapan-jawapan Dato' Menteri Besar pula menjurus kepada peranan kerajaan negeri dan tidak menjawab akan keperluan dan kepentingan penubuhan syarikat DEIG berbanding MBI sedia ada.

1. Kenapa DEIG ditubuhkan?

MBI tidak pernah menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri melalui dividen.

MBI adalah Syarikat Pemegang atau Holding Company. Mana-mana Syarikat Pemegang adalah ‘Cost Centre’ bukannya ‘Profit Centre’.

Contoh Petronas Syarikat Pemegang tidak mengeluarkan dividen, sepertimana yang biasa dilakukan oleh anak syarikat seperti Petronas Gas dan Petronas Dagangan.

2. Dari segi operasi, DEIG akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Setiausaha Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI serta disokong oleh golongan profesional yang pakar dalam bidang pelaburan strategik.

Lembaga Pengarah yang sama telah lama wujud dalam MBI, kenapa menduplikasi birokrasi dan kakitangan dengan mewujudkan DEIG?

Kenapa baru dilantik dan tidak semasa penubuhan?

3. Ini disebabkan 12 kumpulan anak syarikat milik MBI menguruskan sendiri portfolio bisnes mereka serta dibebani dengan legasi masing-masing.

Proses rasionalisasi dan konsolidasi biasanya melibatkan penggabungan anak-anak syarikat dan organisasi mengecil bagi mengelakkan pertindihan, bukan dengan ditambah satu lagi organisasi sebagai orang tengah.

4. DEIG didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 169, Sub Seksyen 1 Akta berkenaan mewajibkan penyata kewangan DEIG diaudit dan dibentangkan kepada pemegang saham serta dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat setiap tahun. Orang awam boleh melihat perincian laporan kewangan berkenaan menerusi lama web SSM.

Semua syarikat tertakluk kepada syarat-syarat tersebut, namun adakah ia menjamin ketelusan?Yang menjadi isu pokok bukanlah "compliance" dengan Akta Syarikat 1965, tetapi "mandatory compliance" dengan ketelusan dalam perbentangan DEIG kepada rakyat sebelum membuat sebarang keputusan.  

5. Demi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban, segala keputusan komersil dan pelaburan DEIG akan ditentukan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemilihan, Tender, Audit dan Pelaburan.

Ini tidak menjawab kenapa perlu ditubuhkan DEIG berbanding MBI yang sedia ada.

Tidak dapat tidak untuk kita menafikan bahawa struktur MBI adalah jauh lebih telus dan tersusun serta teratur didalam membuat sebarang keputusan. MBI yang terikat dengan Enakmen Negeri adalah terikat disisi undang-undang Negeri jika mahu dibandingkan dengan DEIG yang sama tarafnya dengan syarikat "Sdn Bhd" yang biasa.

6. DEIG akan mempunyai struktur tata kelola dan “check and balance” yang menurut best practice industri korporat.

Ini tidak menjawab kenapa perlu ditubuhkan DEIG berbanding MBI yang sedia ada.

Umum sedia maklum bahawa MBI lebih "dituntut” untuk kelihatan "check and balance" jika dibandingkan dengan DEIG. Penubuhan MBI dibawah Enakmen Negeri lebih "justified and convinced" jika dibandingkan dengan penubuhan dan undang-undang yang mengikat DEIG. 

7. Kerajaan Negeri akan memastikan DEIG ditadbir menurut ketelusan, tata kelola korporat, akauntabiliti dan kawalan dalaman yang ketat. Pengurusan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor akan subscribe to the highest form of governance.

Yang menjadi persoalan ialah peranan DEIG bukan peranan kerajaan negeri.

8. Kerajaan Negeri akan fokus untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk bisnes.

Kerajaan Negeri juga akan memastikan keadilan dalam pengagihan menerusi program-program keadilan sosial seperti (perumahan, pendidikan dsb).

Kerajaan Negeri akan memastikan tiada lagi perjanjian yang berat sebelah dan tidak memberi keuntungan setimpal untuk anak syarikat milik Kerajaan Negeri.

Yang menjadi persoalan ialah peranan DEIG bukan peranan kerajaan negeri.


Berdasarkan PENYATA JAWATANKUASA PILIHAN MENGENAI AGENSI, BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI (JP-ABAS) BAGI DEWAN NEGERI SELANGOR BERKENAAN DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG) mereka membuat penemuan bahawa memandang serius perlantikan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) dan Ketua Pegawai Operasi MBI/DEIG(COO) yang tidak dilakukan melalui proses lantikan terbuka. Adakah CEO dan COO ini mempunyai track record terbaik seperti yang diwar-warkan oleh Dato' Menteri Besar?

Persoalan yang seterusnya ialah Dato’ Menteri Besar mengatakan dengan jelas dan terang bahawa DEIG masih “belum beroperasi” dan “hanya akan beroperasi pada suku tahun pertama 2016”. Isunya disini adakah benar syarikat ini sememangnya belum beroperasi?

Kita mengajak YB Rafizi, YB Tony Pua untuk sama-sama merungkai kebimbangan ini.Sehingga saat ini tiada kenyataan yang jelas berkaitan pendirian mereka terhadap isu DEIG.Mereka selalu benar bercakap soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Ketelusan sebenar perlu melangkaui sempadan politik kepartian.

Percakapan berdolak-dalik dan tidak menjawab persoalan sebenar, akan semakin membimbangkan kita!!!!

Sekian. Terima kasih.
____________________________________
Sidang Media DEIG - Kebimbangan Rakyat
YB Budiman Mohd Zohdi
ADUN Sungai Panjang
24 Ogos 2015 / Isnin

Friday, August 21, 2015

GEMPAR!! HARTA RAKYAT SELANGOR DIURUSKAN OLEH ORANG ASING!! #DEIG

Profil & Biodata Soffan Affendi Aminuddin

1. Bukan anak Selangor, anak kelahiran negeri Perak dan mengundi juga di Perak iaitu di DUN Manjoi dan Parlimen Tambun.

2. Isteri - Fadzlina Binti Ismail (No K/P: 760223144314)

3. Kenderaan - AGB9638, WDP1313, AJY1405 (Berdaftar atas nama Soffan)
- BFL9331, WNT5708 (Berdaftar atas nama Isteri Soffan)

4. Tidak ramai rakyat Malaysia hidup mewah sehingga mampu memiliki 5 buah kenderaan seperti keluarga Soffan.

5. FBI Malaysia masih memegang beberapa maklumat seperti identiti adik-beradik, jenis kenderaan dan lain-lain.

6. FBI Malaysia tidak teragak-agak untuk melepaskan maklumat penuh yang diperolehi jika Azmin Ali tidak menerangkan mengapa Soffan diberi banyak jawatan besar di Selangor.

7. Jawatan Soffan sebagai COO di MBI dan DEIG dan seterusnya Ahli Lembaga Pengarah di 4 buah GLC Selangor menunjukkan amalan favoritism yang diamalkan oleh Azmin Ali.

8. Adakah Selangor sudah ketandusan anak jati dan ahli korporatnya sendiri sehingga Soffan diberi keistimewaan untuk membolot jawatan di negeri Selangor?

9. Nantikan pendedahan #DedahDEIG untuk maklumat lanjut. Untuk Raja Shahreen Raja Othman, tunggu giliran anda!

--
Head
Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia

DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG) - KEBIMBANGAN KITA

Darul Ehsan Investment Group (DEIG) - Kebimbangan Kita

Dalam keghairahan pakatan pembangkang menyerang Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya dilihat memakan diri apabila berjaya mencipta kontroversi mereka sendiri di sebalik penubuhan DEIG yang diletakkan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang cukup meragukan.

Jika dilihat secara kasar dan dasarnya, penubuhan entiti pelaburan ini dilihat sama seperti penubuhan syarikat-syarikat lain yang mana ia tertakluk di bawah Akta Syarikat 1967. Namun penubuhan DEIG dibawah akta itu menjadikan entiti tersebut menikmati status bebas daripada diaudit oleh mana-mana pihak termasuklah membentangkan kedudukannya untuk pengetahuan atau dibincangkan di peringkat DUN Selangor.

Seolah-olah penuh dengan agenda tersirat, kewujudan DEIG itu sendiri mencetuskan seribu persoalan dari segi keperluan sebenar penubuhannya sama ada ia benar untuk meningkatkan prestasi pelaburan negeri atau hanya untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata.

Ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan DEIG dilihat mencetuskan persoalan dan kebimbangan yang munasabah seperti:

1. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994.

Perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang seakan-akan ‘invisible’ yang mana akaun syarikat tidak memerlukan ia diaudit dan diserahkan laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri.

Keadaan itu sudah tentunya akan menyebabkan DEIG terdedah kepada percanggahan dan/atau penyalahgunaan kuasa dari segi ketelusan maklumat mengenai kewangan khususnya dan lain-lain keputusan secara amnya, selain tiada pemantauan boleh dilakukan terhadap aktiviti syarikat itu dalam menandatangani sesuatu kontrak atau atas nama usahasama pelaburan.

2. Jika benar maklumat yang diterima Menteri Besar Selangor merupakan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan juga DEIG. Persoalan yang timbul seterusnya adakah DEIG sudah menjadi anak syarikat MBI?

3. Penubuhan DEIG secara langsung dilihat akan mengurangkan peranan utama MBI dalam tanggungjawab urustadbir harta dan aktiviti berunsurkan perniagaan yang di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan ‘vehicle’ sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan.

Selain itu, kewujudan DEIG turut diliihat mencetuskan kekeliruan dan sedikit sebanyak pertindihan hak dan tanggungjawab dengan peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC) dalam usaha mempromosi serta bantuan teknikal melibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini.

4. Kewujudan DEIG sudah tentunya memerlukan pertambahan kos dalam menampung operasi entiti itu (capital expenditure) yang sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan kewangan MBI.

5. Cadangan pemindahan asset MBI berjumlah sekitar RM6.3 bilion kepada DEIG turut mengundang kepada kos dan risiko yang amat tinggi sama ada berpunca daripada faktor ketidaktentuan pasaran atau terdedah kepada salahlaku aktivitipelaburan dan perdagangankerana tiadanya pemantauanyang khusus boleh dibuat ke atas syarikat itu.

Sekiranya akiviti pelaburan dan perdagangan tersebut memerlukan DEIG membuat pinjaman, sekiranya prestasi pelaburan yang dijalankan berhadapan dengan risiko ketidaktentuan pasaran satu sebagainya, maka ianya akan mempengaruhi kadar hutang yang ditanggung oleh entiti itu.

Malah, keadaan tersebut dibimbangi akan melibatkan campur tangan daripada MBI atau kerajaan negeri termasuklah kemungkinan berlaku penjualan aset milik MBI atau milik anak-anak syarikat lain bagi menampung liabiliti tersebut. Hal ini akan selanjutnya melibatkan kehilangan aset milik MBI kerana terdedah dengan pendedahan kewangan yang tidak perlu (unnecessary financial exposures).

6. Penubuhan DEIG juga dilihat merencatkan persaingan sihat di antara anak-anak syarikat kerajaan negeri ekoran pelaksanaan konsolidasi pelaburan yang diletakkan di bawah DEIG sekaligus menjadikan entity itu bersifat hegemoni dalam aktiviti pelaburan anak-anak syarikat milik negeri.

7. Bagaimanakah status aset, sekiranya semua aset MBI berpindah dan diurus oleh DEIG (Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965) dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG pula membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI. Jika status DEIG berterusan seperti yang sedia ada tertera didalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka sudah tentu DEIG boleh cuci tangan dan mendapat aset MBI tanpa perlu usaha yang keras.

Inilah kebimbangan kita yang sebenar.

YB BUDIMAN MOHD ZOHDI
ADUN SUNGAI PANJANG
SETIAUSAHA ADUN BN SELANGOR

Thursday, August 20, 2015

CEO KHIND AJAK BERDEMO GULINGKAN MALAYSIA!!! #BOIKOT

CEO KHIND menyatakan hasrat untuk ikut demo Bersih. Untuk makluman, KHIND pengeluar barangan letrik dan mendapat banyak bantuan daripada KERAJAAN MALAYSIA khususnya daripada MiTI. Kilangnya berada di Sekinchan..

Lihat bagaimana CHAUVINIST ini membalas budi dengan cara yang terbaik. Masih lagi ada yang enggan berfikir demi survival bangsa sendiri ke?

Kita pula saling membalun sesama sendiri kononnya atas nama kebenaran. Diselak sumber rupanya dari sumber yang kita sendiri tidak berani nyatakan ia BENAR!

BARU DITUBUHKAN, #DEIG DIBERI RM30 BILION WANG RAKYAT SELANGOR UNTUK DIURUSKAN!!!

PENYELONGKARAN semakin panas. Azmin sehingga kini masih diam membisu dengan Darul Ehsan Investment Group yang ditubuhkan olehnya sendiri untuk melarikan wang rakyat Selangor ke dalam kantung mereka sendiri.

Syarikat yang baru ditubuhkan dan hanya bernilai RM2 telah diberikan modal permulaan bernilai RM30 bilion. Dahsyat permainan Azmin.

Sibuk kita dengan duit yang diterima secara PERSONAL oleh PM, Azmin dengan sembunyi-sembunyi songlap duit rakyat Selangor bernilai RM30 bilion.

Di dalam laman web DEIG tertara ditulis Azmin sebagai pemegang syarikat. Namun, apabila disiasat menerusi SSM, yang dinamakan adalah Soffean Affandi dan Raja Sharen. 

SIAPA DISEBALIK DEIG???

Nampaknya KRONI Azmin sudah mula bersarang!

Azmin sudah memasang angan-angan untuk MENCURI wang rakyat Selangor!!!


Wednesday, August 19, 2015

KE MANA HILANG RM7.65 BILION UNTUK URUS PENGAMBILALIHAN KONSESI AIR??!

MENTERI Besar, Mohamed Azmin Ali digesa beri penjelasan berkaitan kos pengambilalihan industri air Selangor.

Desakan itu dibuat pendahulunya, Tan Sri Abdul Khalid yang mendakwa keterangan Azmin pada sidang Dun kelmarin hanya membabitkan ko RM2 bilion dari jumlah keseluruhan RM9.65 bilion.

Katanya, penjelasan berkaitan RM7.65 bilion itu penting keran dikhuatiri akan menyebabkan tarif air negeri ini meningkat.

"Menteri Besar perlu jelaskan. RM7.65 bilion itu penting untuk kita tahu kerana ia membabitkan kos pengambilalihan. Saya takut jika tidak dijelaskan, kos itu sebenarnya meningkat sekali gus harga air naik bagi membayar hutang pinjaman," katanya ketika ditemui di lobi Dun, semalam.

Beliau turut meminta kerajaan negeri mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga Holding Sdn Bhd bagi mengelakkan pekerja tertunggu-tunggu selain timbulnya arahan yang tidak tepat mengenai perkhidmatan air.

"Mengikut kiraan, sekiranya kos pengambilalihan adalah RM9.6 bilion, ia akan dapat mengatasi masalah pengurusan mengurangkan air tidak terhasil (NRW). Perkara ini tak akan timbulkan isu kenaikan harga air termasuk air percuma," katanya.

Pada hari pertama Sidang Dun kelmarin, Azmin ketika sesi soal jawab berkata, tarif air di Selangor mungkin dinaikkan selepas pemeteraian perjanjian utama industri air, berikutan jangkaan kos yang di tanggung oleh anak syarikat kerajaan negeri, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Katanya, untuk jangka panjang, perjanjian yang dimuktamadkan melibatkan kos proses penstrukturan untuk pastikan perkhidmatan air yang berkualiti.

AZMIN SONGLAP RM6.3 BILLION MELALUI DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)

Langkah Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk menubuhkan sebuah firma pelaburan negeri, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd, sedang dipersoalkan bukan sahaja oleh pembangkang, Barisan Nasional (BN), tetapi turut dipertikaikan DAP. 

ADUN DAP Damansara UtaraYeo Bee Yin hari ini melahirkan rasa bimbang atas ilham Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, betapa DEIG mempunyai kuasa tanpa batas dan tiada halangan untuk menguruskan aset negeri bernilai RM6.3 bilion tanpa akauntabiliti. 

DEIG , sebuah entiti baru yang ditubuhkan untuk menguruskan pelaburan di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI), tidak tertakluk kepada mana-mana enakmen dan tidak dikehendaki membentangkan laporan kewangannya kepada Dewan Undangan Negeri. 

"Kita bercakap aset negeri kira-kira RM6.3 bilion di bawah DEIG, sebuah syarikat yang tidak terikat dengan mana-mana enakmen, ini bermakna mereka tidak perlu mengemukakan laporannya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor,itu yang membimbangkan kita. 

"Kita belum pernah lihat dan mendengar serta kurang keyakinan dengan pentadbiran dan kami berharap ada penjelasan yang jelas mengenai mekanisme dan kebertanggungjawaban," Yeo berkata pada sidang akhbar di luar badan perundangan negeri duduk hari ini. 

Azmin memberitahu dewan pagi ini bahawa objektif DEIG adalah untuk mengukuhkan aset negeri dan menyusun semula syarikat-syarikat berkaitan kerajaan di bawah MBI. 

Walau bagaimanapun, ADUN DAP Kinrara Ng Sze Han berkata terdapat keperluan untuk mengkaji semula struktur tadbir urus DEIG kerana ia hanya bertanggungjawab kepada lembaga pengarah. 

ADUN BN Sungai Panjang Budiman Zohdi, sementara itu, berkata sebagai sebuah syarikat berdaftar, DEIG boleh membuat pinjaman luar negeri yang diluar pengetahuan dewan dan ini tidak bertepatan dalam tadbir tadbir urus yang baik. 

"Apabila DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, ia tidak perlu diaudit oleh kerajaan negeri dan ia tidak mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan kepada dewan undangan negeri, yang ini berbeza di bawah MBI. 

"Lebih membimbangkan ialah apabila ia ditubuhkan di bawah Akta ini, boleh membuat pinjaman yang jika tidak diurus dengan baik, boleh memberi kesan kepada aset pelaburan kerajaan negeri." 

Satu lagi wakil rakyat BN, Sungai Burong Datuk Shamsudin Mohd Lias mempersoalkan mengapa Azmin tidak membawa cadangan untuk menubuhkan DEIG kepada Dewan Undangan Negeri yang pertama, walaupun dia tidak menolak keperluan untuk meningkatkan fungsi MBI sebagai milik penuh syarikat pelaburan negeri. 

"Persoalannya, mengapa tidak MBI disusun semula? Adakah MBI lemah dan ia perlu diperbaiki dan diperkukuhkan."

Tuesday, August 18, 2015

TARIF AIR NAIK!! RAKYAT SELANGOR SUKA BAZIR AIR!! - AZMIN ALI

SEMALAM di dalam Dewan Undangan Negeri semasa bersidang, Azmin Ali menyatakan Selangor akan menaikkan tarif air dengan erti kata lain menaikkan bil air semasa selepas penstrukturan berlaku.

Perkara ini kerana Selangor perlu menanggung kos pengambilalihan yang ditanggung oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, rakyat Selangor semakin manja dengan pemberian air percuma yang diberikan oleh kerajaan Selangor. Jadi, mereka suka membazir dengan menyiram pokok bunga, membasuh kereta dan mengisi air kolam renang di rumah masing-masing.

Oleh kerana itulah yang sebenarnya Azmin tidak tidur selama 2 bulan. Bukan kerana memikirkan masalah negara, namun memikirkan jawapan untuk menipu rakyat Selangor sekali lagi.

Dan yang sudah pasti. BIL AIR DI SELANGOR AKAN NAIK 40%.

Sekian! Syabas!

Monday, August 17, 2015

TUKAR KERAJAAN SEBELUM PRU TINDAKAN TIDAK DEMOKRATIK - MENTERI KKMM

KUALA LUMPUR – Sebarang hasrat untuk menukar kerajaan selain menerusi proses pilihan raya dan bersekongkol dengan pihak tertentu untuk berbuat demikian, merupakan tindakan yang salah dan tidak demokratik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

Beliau menegaskan dalam soal ini, semua pihak perlu menghormati prinsip demokrasi yang menjadi amalan negara sejak merdeka.

“Sebarang perubahan, jika berlaku, seharusnya dilakukan semasa pilihan raya umum…kerana ia tempat kita untuk bersaing dalam politik,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program Kayuhan Sehati Sejiwa sempena Bulan Kebangsaan 2015 di sini hari ini.

Menurutnya, parti pemerintah atau parti lawan akan menghidangkan dasar politik dan ekonomi masing-masing kepada rakyat ketika pilihan raya dan rakyatlah yang akan menentukan siapa yang harus menjadi parti pemerintah yang baharu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mendedahkan terdapat gerakan untuk menggulingkan kerajaan didalangi seorang tokoh UMNO dengan sokongan anggota Parlimen pembangkang.

Ahmad Zahid berkata usaha menumbangkan kerajaan melalui ‘pintu belakang’ itu dibuat dengan cara mendapatkan akuan bersumpah daripada anggota Parlimen pembangkang serta cuba menarik anggota Parlimen Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, Mohd Salleh berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa kuasa memilih kerajaan terletak di tangan mereka sendiri dan sekali gus mengingatkan mereka supaya tidak terpengaruh dengan fakta-fakta salah yang dibawa pihak luar.

Campur tangan pihak asing dalam menentukan hala tuju politik Malaysia juga terbukti, katanya, dengan memberikan contoh portal Sarawak Report yang cuba memutar belit fakta dan memesongkan pemikiran rakyat melalui penerbitan dokumen yang telah diusik.

Menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Salleh berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu diberi ruang untuk meneruskan siasatan dan seterusnya membentangkan laporan.

Menurutnya, asas sesebuah syarikat ialah akaun teraudit berhubung aset dan liabiliti yang akan menentukan kelangsungan syarikat berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, laporan PAC itu kelak bakal merungkai persoalan yang dilontarkan banyak pihak terutama mengenai hutang yang ditanggung 1MDB.

“1MDB ialah masalah yang harus diselesaikan dan kita harus katakan kepada rakyat bahawa kerajaan berusaha untuk menentukan kepercayaan yang telah diberi dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Jangan buat rumusan kerana 1MDB (sedangkan) kerajaan dah buat macam-macam (untuk rakyat). CEO 1MDB juga dah jelaskan pelannya. Rakyat kena beri masa kepada kerajaan untuk selesaikan apa yang perlu diselesaikan,” kata Mohd Salleh.

Beliau seterusnya berkata Datuk Seri Najib Tun Razak juga amat telus berhubung isu dana yang dikaitkan dengan perdana menteri dengan menjelaskan kepada rakyat bahawa ia untuk membantu kegiatan parti selain aktiviti tanggungjawab sosial korporat.

“Beliau telah disiasat, pasukan petugas telah ditubuh. Perdana menteri juga tunjuk keikhlasan dengan kata akan wujudkan satu undang-undang pada masa depan mengenai soal dana,” jelas Mohd Salleh. – BERNAMA

*Jangan lupa malam ini:

MAJLIS RAMAH MESRA MEDIA SOSIAL BERSAMA YB DATUK SERI DR. SALLEH SAID KERUAK, MENTERI KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA.

Tarikh: 17 Ogos 2015 (Isnin)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Aras 4, Menara Dato' Onn, PWTC, KL

RUMAH MAMPU MILIK: MELAYU TERUS DIPINGGIRKAN DAP PULAU PINANG!!!

SIAPA yang cakap DAP membela orang Melayu? Siapa yang kata DAP mesra dengan orang Melayu? Siapa? Siapa?

Ini antara bukti yang DAP nak tunjuk kat orang Melayu di Malaysia dan khususnya di Pulau Pinang. Antara 33 permohonan RUMAH MAMPU MILIK, hanya 1 orang Melayu sahaja yang layak, selebihnya kepada orang Cina.

Mana yang kata DAP adil terhadapa orang Melayu? Ini kira adil dan saksama ke?

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Melayu akan terus terpinggir dan dihalau daripada Pulau Pinang.

Melayu sudah tidak punya tempat lagi di Pulau Pinang.

Nak mengadu kat siapa? PAS? PKR? GHB? PASMA?

Silakan......

"Bumi dipijak milik DAP"

Sunday, August 16, 2015

SAH! PKR ADALAH PARTI POLITIK HIPOKRIT & KOTOR!!!

BARU ada kesempatan mengulas beberapa isu berkenaan pakatan yang semakin diancam perpecahan ketara lebih-lebih lagi antara DAP & PAS. Namun tidak terkecuali parti busuk PKR yang selama ini lebih mengejar populariti berbanding membantu rakyat.

Sikap PKR yang populis tanpa memikirkan kehendak dan keperluan rakyat khususnya di Selangor menjadi ancaman terbesar dalam senario politik pakatan sejak kebelakangan ini.

Kemunculan Gerakan Harapan Baru yang diketuai oleh Mat Sabu dan golongan kecewa dalam PAS akhirnya berjaya memecahbelahkan PAS yang selama ini taat kepada kepimpinan ulama'. Mat Sabu telah berjaya membawa perubahan ketara yang menyebabkan kepimpinan ulama' dalam PAS dilihat buruk oleh ahli-ahli nya.

Sindrom busuk pakatan semakin terserlah baru-baru ini apabila bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution memohon maaf diluar mahkamah atas pertuduhan fitnah beliau ke atas Khalid Ibrahim sehingga terlucutnya jawatan Menteri Besar Selangor selepas Langkah Kajang.

Langkah Kajang, Langkah Kecundang.

Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid Ibrahim yang menyifatkan PKR sebagai sebuah parti yang mementingkan popular dan fitnah terhadap kerajaan sedia ada, PKR juga dikatakan sebagai sebuah parti yang hipokrit dan kotor dengan banyak lagi agenda-agenda jahat daripada pemikir-pemikir yahudi seperti Rafizi Ramli dan beberapa orang pemimpin PKR lain.

Langkah sumbang yang terhasil daripada Langkah Kajang dengan menaikkan Wan Azizah dalam barisan ADUN Selangor dilihat tiada peranan yang diberikan melainkan hanya untuk memberikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Azmin Ali.

Ternyata, PKR adalah parti paling celaka di Malaysia. PKR adalah parti paling sampah di muka bumi. Hanya bermodalkan fitnah sepanjang masa, PKR ternyata sudah kering idea dan mula slow down kerana UMNO kini sudah termakan fitnah yang ditaburkan oleh kroni-kroni yahudi di luar negara.

PKR tidak perlu buat kerja. DAP perlu bergerak mengumpulkan jentera daripada orang Melayu untuk diangkat menjadi Menteri Besar pada PRU14 akan datang.

Manakala PAS terus bertelagah dengan pemimpin yang berpecah belah antara Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Apa lagi harapan orang Melayu selain UMNO??

Fikirkan... Renungkan...

Saturday, August 15, 2015

RIBUAN PENGUNJUNG HADIR WALAU HUJAN! #DOABUATMALAYSIA

ORANG ramai mula membanjiri Dataran Merdeka sejak jam 7.00 petang tadi. Pelajar tahfiz seluruh Selangor dan Negeri Sembilan turut hadir bagi memeriahkan lagi acara.

Doa Buat Malaysia menjadi platform untuk rakyat Malaysia menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap keamanan dan kemakmuran negara.

Rancangan yang disiarkan secara langsung melalui TV Al Hijrah turut mendapat liputan dari media-media lain.

Jom beramai-ramai ke Dataran Merdeka sekarang. Masih sempat lagi untuk berselawat bersama Perdana Menteri Malaysia.






posted from Bloggeroid

HUJAN RAHMAT MEMBASAHI DATARAN MERDEKA! #DOAUNTUKMALAYSIA

SEBENTAR tadi baru sahaja hujan membasahi Dataran Merdeka, lokasi program Doa Untuk Malaysia malam ini. Syukur, hujan baru sahaja reda.

Kepada rakyat Malaysia yang masih tertanya-tanya apa ada pada malam ini. Ayuh kita turun berselawat dan berdoa agar Malaysia akan terus aman dan sejahtera.

Penampilan istimewa Syeikh Habib 'Ya Hanana' serta Datuk Hattan bakal menggamatkan suasana malam minggu Kuala Lumpur.

Ayuh!


posted from Bloggeroid

Friday, August 14, 2015

MALAYSIA TERUS BERSELAWAT!! #DOAUNTUKMALAYSIA #SEHATISEJIWA

HANYA berbaki beberapa jam sahaja lagi Malaysia bakal menyaksikan sekali lagi perhimpunan terbesar umat Islam di Kuala Lumpur. Esok, 15 Ogos 2015 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan 2015, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menganjurkan program 'Doa Untuk Malaysia'.

Dengan penampilan istimewa dari Habib Syeikh Abdul Qadir Asseggaf yang popular dengan selawat 'Ya Hanana' bakal menggegarkan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan bakal disertai oleh ribuan pelajar-pelajar tahfiz seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur sekali lagi bakal dipenuhi cahaya.

Untuk maklumat rasmi sila layari FB Rasmi #DoaUntukMalaysia : 


AYUH! Kita bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2015!!

Friday, August 7, 2015

HABIB SYECH TIADA HUBUNGAN DENGAN TAREKAT NAQSYABANDI. #DoaUntukMalaysia #S14

NAMA Habib Syech Abdul Qadir bin Abdul Rahman Asseggaf sebagai pendakwah, memang terkenal kerana memiliki suara yang merdu kurniaan ilahi. Kemasyuran beliau bukan hanya di Malaysia, tapi juga di negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Hong Kong.

Qasidah dan syair irama dari ulama terdahulu berjaya di revivalisme kan, dengan membentuk dan mengemas kini irama pembacaan maulid tradisional menjadi lebih indah dan menarik. Jadi tidak hairan lah apabila ribuan penonton tidak kira muda atau tua hadir setiap kali majlis beliau.

Namun kini ada suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati mula melemparkan pelbagai dakwaan mengenai fahaman yang dipegang Habib Syekh Abdul Qadir. Dakwaan itu mengatakan beliau membawa ajaran tarekat Naqsyabandiah Al-Aliyyah ciptaan Sheikh Nazim al-Haqqanni.

Fatwa telah mengisytiharkan Pengharaman Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Di Bawah Pimpinan Syeikh Nazim Al-Haqqani.

Mesyuarat itu membuat keputusan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.

Untuk mengetahui fahaman seseorang kita perlu menyelami dengan siapa dia belajar ilmu agama. Bila dikaji, guru Habib Syekh Abdul Qadir adalah bapa beliau sendiri kerana bapanya adalah seorang guru agama di pondok Masjid Assegaf, Wiropaten Indonesia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri telah mengesahkan yang Habib Syech Abdul Qadir tidak pernah terlibat dengan ajaran Naqsyabandiah Al-Aliyyah. Dakwaan itu dibuat hanya kerana beliau pernah bergambar bersama Sheikh Nazim al-Haqqanni dalam satu majlis.

Perjumpaan Habib Syech Abdul Qadir bin Abdul Rahman Asseggaf dengan Sheikh Nazim al-Haqqanni hanyalah atas dasar jemputan dan kehadiran beliau dalam majlis tersebut telah dijadikan modal untuk golongan yang tidak berpuas hati untuk mengambil gambar dan menfitnah beliau.

Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas kerana apa yang Habib Syech Abdul Qadir bin Abdul Rahman Asseggaf lakukan hanyalah berqasidah memuji Allah SWT dan nabi Muhammad (SAW).

Justeru, jangan lupa hadir memeriahkan majlis ‘Doa Untuk Malaysia’ yang diadakan bersempena dengan sambutan hari kebangsaan 2015 bersama Habib Syech Abdul Qadir bin Abdul Rahman Asseggaf pada 15 Ogos ini di Dataran Merdeka Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Marilah kita bersama-sama berdoa, bertasbih kepada Allah SWT dan berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad (SAW) demi kesejahteraan negara bersama. - KLXpress

Thursday, August 6, 2015

MUSLIMAT PAS DESAK 3 AJK MUSLIMAT JOHOR LETAK JAWATAN KERANA SOKONG #GHB!!!

KENYATAAN MEDIA :

"MENDESAK 3 ORANG AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI HARIAN DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI JOHOR MELETAK JAWATAN SERTA MERTA BERSAMA AJK DMPNJ YANG MENYOKONG DAN TERLIBAT DENGAN AKTIVITI GHB".

Memorandum:

1. Ahli PAS sudah jelas tentang keraguan halatuju Gerakan Harapan Baru (GHB ) yang kini dinamakan 'Harapan Baru' sebagai suatu usaha menggerakkan sebuah wadah politik baharu dan sedang , menanti kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Akhbar Harakah bertarikh 11-14 Syawal 1436H/ 27-31 Julai 2015 bertajuk :10 hujah mesti tolak GHB telah pun dimaklumi.

2. Surat arahan kepada ahli parti telahpun dikeluarkan pada 31 Julai 2015 berkaitan larangan penglibatan ahli kepada usaha yang dijalankan bagi menggerakkan aktiviti Harapan Baru .

3. Tindakan trio utama AJK Dewan Muslimat Negeri Johor yang selama ini terlibat dalam usaha mempromosi , memberi penerangan berkaitan Harapan Baru terutama melalui paparan banner ucapan ,grafik dan gambar melalui media sosial seperti facebook dilihat sebagai suatu tindakan yang mencemarkan maruah , integriti dan menyalahi etika pimpinan jamaah Islam PAS khususnya di Negeri Johor sekaligus melakukan tindakan merugikan parti .Ia telah jelas dilarang sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia PAS.

4. Disamping itu juga , aktiviti mereka yang dilihat agak kontra dengan dasar PAS sejak 16 Jun 2015 hinggalah hari ini telah , menjejaskan tumpuan dan tanggungjawab terhadap usaha untuk , menjaga keutuhan , imej dan maruah parti termasuk gagal bekerjasama dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Johor apabila dijemput untuk bermesyuarat dan mengadakan pertemuan bagi merungkai masalah atau mejawab segala kekeliruan atas segala tindakan yang mereka lakukan.

5. Justeru , kami mendesak agar 3 orang AJK Tertinggi Dewan Muslimat Pas Negeri Johor meletak jawatan SERTA MERTA iaitu :

Pn.Norhayati Bt. Bachok 
(Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor).

Pn.Norhayati Binti Bidin 
(Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor)

Cik Anis Afida Bt. Mohd.Azli 
(Naib Ketu Dewan Muslimat PAS Negeri Johor).

5. Kami juga mendesak agar AJK Dewan Muslimat Pas Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Kawasan (DMPK) di semua peringkat yang menyokong dan terlibat dalam aktiviti Harapan Baru (HB), MELETAK JAWATAN berkuatkuasa SERTA MERTA tanpa menunggu Harapan Baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sebuah parti politik.

6. Kami mendesak agar meletakkan jawatan serta berundur secara terhormat berkuat kuasa hari ini secara SERTA MERTA secara berprosedur .

7. Walau bagaimana pun, hubungan silaturrahim sesama saudara SeIslam dan ukhuwwah yang pernah terjalin tetap dihargai dan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kenyataan ini disokong oleh 20 orang Ketua Dewan Muslimat Kawasan dan lebih dari 50 orang muslimat yang memegang jawatan dari pelbagai peringkat dalam Majlis Jalinan Ukhuwwah AidilFitri Srikandi Istiqamah Johor bertempat di Pejabat Pas Ayer Hitam , Johor.


Sekian , terima kasih .

Salam hormat :
Pn.Normala Bt.Sudirman 
Pengerusi Sekretariat Srikandi Istiqamah Johor 
Merangkap Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia & AJK Dewan Muslimat Pas Negeri Johor.

GERAI MELAYU DIROBOH DI KOTA DAMANSARA!! CELAKALAH DAP!!!

LAGI cerita gerai Melayu dirobohkan di Selangor. Kali ini di Kota Damansara yang di bawah Parlimen Subang yang mana Ahli Parlimennya adalah orang kanan PKR Selangor, Sivarasa.

Sebanyak 17 penjaja yang terlibat dalam isu perobohan gerai oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurut sebahagian penjaja yang ditemui mereka melahirkan rasa marah dan terkilan terhadap pihak MBPJ yang menjalankan tugas tanpa mengikut lunas undang-undang.

Penjaja juga baru seminggu mendapat notis daripada pihak MBPJ seminggu kemudian tanpa rundingan. Pihak MBPJ terus datang merobohkan gerai mereka pagi semalam.