Konco-konco ku

Monday, August 24, 2015

KENAPA AZMIN TERUS MENIPU TENTANG DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP?? #DEIG

Rentetan daripada jawapan YAB Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, melalui sebuah akhbar harian bertarikh 22/8/2015, jawapan-jawapan YAB Dato’ Menteri Besar ternyatasemakin membimbangkan rakyat, akankelangsungan DEIG ini sekiranya terus dilaksanakan. 

Sehingga ke saat ini rakyat masih belum dapat menerima kewajaran penubuhan DEIG.Sejumlah 8 isu pokok yang diutarakan dari jawapan YAB Dato' Menteri Besar masih gagal dijawab dan memuaskan hati rakyat Negeri Selangor.

Rakyat tidak dapat menerima sebuah syarikat berperanan sebagai ‘orang tengah’ menguruskan pelaburan terhadap aset 12 anak syarikat di bawahnya. Sekiranya alasan kerajaan negeri mahu mengelak pertindihan, sepatutnya pertindihan itu boleh ditangani melalui penyusunan semula aktiviti 12 anak syarikat berkenaan bukannya mewujudkan DEIG yang berperanan sebagai perantara semata-mata.

Kecenderungan jawapan-jawapan Dato' Menteri Besar pula menjurus kepada peranan kerajaan negeri dan tidak menjawab akan keperluan dan kepentingan penubuhan syarikat DEIG berbanding MBI sedia ada.

1. Kenapa DEIG ditubuhkan?

MBI tidak pernah menyumbang kepada pendapatan Kerajaan Negeri melalui dividen.

MBI adalah Syarikat Pemegang atau Holding Company. Mana-mana Syarikat Pemegang adalah ‘Cost Centre’ bukannya ‘Profit Centre’.

Contoh Petronas Syarikat Pemegang tidak mengeluarkan dividen, sepertimana yang biasa dilakukan oleh anak syarikat seperti Petronas Gas dan Petronas Dagangan.

2. Dari segi operasi, DEIG akan ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Setiausaha Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI serta disokong oleh golongan profesional yang pakar dalam bidang pelaburan strategik.

Lembaga Pengarah yang sama telah lama wujud dalam MBI, kenapa menduplikasi birokrasi dan kakitangan dengan mewujudkan DEIG?

Kenapa baru dilantik dan tidak semasa penubuhan?

3. Ini disebabkan 12 kumpulan anak syarikat milik MBI menguruskan sendiri portfolio bisnes mereka serta dibebani dengan legasi masing-masing.

Proses rasionalisasi dan konsolidasi biasanya melibatkan penggabungan anak-anak syarikat dan organisasi mengecil bagi mengelakkan pertindihan, bukan dengan ditambah satu lagi organisasi sebagai orang tengah.

4. DEIG didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 169, Sub Seksyen 1 Akta berkenaan mewajibkan penyata kewangan DEIG diaudit dan dibentangkan kepada pemegang saham serta dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat setiap tahun. Orang awam boleh melihat perincian laporan kewangan berkenaan menerusi lama web SSM.

Semua syarikat tertakluk kepada syarat-syarat tersebut, namun adakah ia menjamin ketelusan?Yang menjadi isu pokok bukanlah "compliance" dengan Akta Syarikat 1965, tetapi "mandatory compliance" dengan ketelusan dalam perbentangan DEIG kepada rakyat sebelum membuat sebarang keputusan.  

5. Demi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban, segala keputusan komersil dan pelaburan DEIG akan ditentukan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemilihan, Tender, Audit dan Pelaburan.

Ini tidak menjawab kenapa perlu ditubuhkan DEIG berbanding MBI yang sedia ada.

Tidak dapat tidak untuk kita menafikan bahawa struktur MBI adalah jauh lebih telus dan tersusun serta teratur didalam membuat sebarang keputusan. MBI yang terikat dengan Enakmen Negeri adalah terikat disisi undang-undang Negeri jika mahu dibandingkan dengan DEIG yang sama tarafnya dengan syarikat "Sdn Bhd" yang biasa.

6. DEIG akan mempunyai struktur tata kelola dan “check and balance” yang menurut best practice industri korporat.

Ini tidak menjawab kenapa perlu ditubuhkan DEIG berbanding MBI yang sedia ada.

Umum sedia maklum bahawa MBI lebih "dituntut” untuk kelihatan "check and balance" jika dibandingkan dengan DEIG. Penubuhan MBI dibawah Enakmen Negeri lebih "justified and convinced" jika dibandingkan dengan penubuhan dan undang-undang yang mengikat DEIG. 

7. Kerajaan Negeri akan memastikan DEIG ditadbir menurut ketelusan, tata kelola korporat, akauntabiliti dan kawalan dalaman yang ketat. Pengurusan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor akan subscribe to the highest form of governance.

Yang menjadi persoalan ialah peranan DEIG bukan peranan kerajaan negeri.

8. Kerajaan Negeri akan fokus untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk bisnes.

Kerajaan Negeri juga akan memastikan keadilan dalam pengagihan menerusi program-program keadilan sosial seperti (perumahan, pendidikan dsb).

Kerajaan Negeri akan memastikan tiada lagi perjanjian yang berat sebelah dan tidak memberi keuntungan setimpal untuk anak syarikat milik Kerajaan Negeri.

Yang menjadi persoalan ialah peranan DEIG bukan peranan kerajaan negeri.


Berdasarkan PENYATA JAWATANKUASA PILIHAN MENGENAI AGENSI, BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI (JP-ABAS) BAGI DEWAN NEGERI SELANGOR BERKENAAN DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG) mereka membuat penemuan bahawa memandang serius perlantikan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) dan Ketua Pegawai Operasi MBI/DEIG(COO) yang tidak dilakukan melalui proses lantikan terbuka. Adakah CEO dan COO ini mempunyai track record terbaik seperti yang diwar-warkan oleh Dato' Menteri Besar?

Persoalan yang seterusnya ialah Dato’ Menteri Besar mengatakan dengan jelas dan terang bahawa DEIG masih “belum beroperasi” dan “hanya akan beroperasi pada suku tahun pertama 2016”. Isunya disini adakah benar syarikat ini sememangnya belum beroperasi?

Kita mengajak YB Rafizi, YB Tony Pua untuk sama-sama merungkai kebimbangan ini.Sehingga saat ini tiada kenyataan yang jelas berkaitan pendirian mereka terhadap isu DEIG.Mereka selalu benar bercakap soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Ketelusan sebenar perlu melangkaui sempadan politik kepartian.

Percakapan berdolak-dalik dan tidak menjawab persoalan sebenar, akan semakin membimbangkan kita!!!!

Sekian. Terima kasih.
____________________________________
Sidang Media DEIG - Kebimbangan Rakyat
YB Budiman Mohd Zohdi
ADUN Sungai Panjang
24 Ogos 2015 / Isnin

No comments:

Post a Comment

comment please.....