Konco-konco ku

Thursday, August 6, 2015

MUSLIMAT PAS DESAK 3 AJK MUSLIMAT JOHOR LETAK JAWATAN KERANA SOKONG #GHB!!!

KENYATAAN MEDIA :

"MENDESAK 3 ORANG AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI HARIAN DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI JOHOR MELETAK JAWATAN SERTA MERTA BERSAMA AJK DMPNJ YANG MENYOKONG DAN TERLIBAT DENGAN AKTIVITI GHB".

Memorandum:

1. Ahli PAS sudah jelas tentang keraguan halatuju Gerakan Harapan Baru (GHB ) yang kini dinamakan 'Harapan Baru' sebagai suatu usaha menggerakkan sebuah wadah politik baharu dan sedang , menanti kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Akhbar Harakah bertarikh 11-14 Syawal 1436H/ 27-31 Julai 2015 bertajuk :10 hujah mesti tolak GHB telah pun dimaklumi.

2. Surat arahan kepada ahli parti telahpun dikeluarkan pada 31 Julai 2015 berkaitan larangan penglibatan ahli kepada usaha yang dijalankan bagi menggerakkan aktiviti Harapan Baru .

3. Tindakan trio utama AJK Dewan Muslimat Negeri Johor yang selama ini terlibat dalam usaha mempromosi , memberi penerangan berkaitan Harapan Baru terutama melalui paparan banner ucapan ,grafik dan gambar melalui media sosial seperti facebook dilihat sebagai suatu tindakan yang mencemarkan maruah , integriti dan menyalahi etika pimpinan jamaah Islam PAS khususnya di Negeri Johor sekaligus melakukan tindakan merugikan parti .Ia telah jelas dilarang sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia PAS.

4. Disamping itu juga , aktiviti mereka yang dilihat agak kontra dengan dasar PAS sejak 16 Jun 2015 hinggalah hari ini telah , menjejaskan tumpuan dan tanggungjawab terhadap usaha untuk , menjaga keutuhan , imej dan maruah parti termasuk gagal bekerjasama dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Johor apabila dijemput untuk bermesyuarat dan mengadakan pertemuan bagi merungkai masalah atau mejawab segala kekeliruan atas segala tindakan yang mereka lakukan.

5. Justeru , kami mendesak agar 3 orang AJK Tertinggi Dewan Muslimat Pas Negeri Johor meletak jawatan SERTA MERTA iaitu :

Pn.Norhayati Bt. Bachok 
(Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor).

Pn.Norhayati Binti Bidin 
(Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor)

Cik Anis Afida Bt. Mohd.Azli 
(Naib Ketu Dewan Muslimat PAS Negeri Johor).

5. Kami juga mendesak agar AJK Dewan Muslimat Pas Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Kawasan (DMPK) di semua peringkat yang menyokong dan terlibat dalam aktiviti Harapan Baru (HB), MELETAK JAWATAN berkuatkuasa SERTA MERTA tanpa menunggu Harapan Baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sebuah parti politik.

6. Kami mendesak agar meletakkan jawatan serta berundur secara terhormat berkuat kuasa hari ini secara SERTA MERTA secara berprosedur .

7. Walau bagaimana pun, hubungan silaturrahim sesama saudara SeIslam dan ukhuwwah yang pernah terjalin tetap dihargai dan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kenyataan ini disokong oleh 20 orang Ketua Dewan Muslimat Kawasan dan lebih dari 50 orang muslimat yang memegang jawatan dari pelbagai peringkat dalam Majlis Jalinan Ukhuwwah AidilFitri Srikandi Istiqamah Johor bertempat di Pejabat Pas Ayer Hitam , Johor.


Sekian , terima kasih .

Salam hormat :
Pn.Normala Bt.Sudirman 
Pengerusi Sekretariat Srikandi Istiqamah Johor 
Merangkap Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia & AJK Dewan Muslimat Pas Negeri Johor.

No comments:

Post a Comment

comment please.....