Konco-konco ku

Saturday, August 15, 2015

RIBUAN PENGUNJUNG HADIR WALAU HUJAN! #DOABUATMALAYSIA

ORANG ramai mula membanjiri Dataran Merdeka sejak jam 7.00 petang tadi. Pelajar tahfiz seluruh Selangor dan Negeri Sembilan turut hadir bagi memeriahkan lagi acara.

Doa Buat Malaysia menjadi platform untuk rakyat Malaysia menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap keamanan dan kemakmuran negara.

Rancangan yang disiarkan secara langsung melalui TV Al Hijrah turut mendapat liputan dari media-media lain.

Jom beramai-ramai ke Dataran Merdeka sekarang. Masih sempat lagi untuk berselawat bersama Perdana Menteri Malaysia.






posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...