Konco-konco ku

Monday, August 17, 2015

TUKAR KERAJAAN SEBELUM PRU TINDAKAN TIDAK DEMOKRATIK - MENTERI KKMM

KUALA LUMPUR – Sebarang hasrat untuk menukar kerajaan selain menerusi proses pilihan raya dan bersekongkol dengan pihak tertentu untuk berbuat demikian, merupakan tindakan yang salah dan tidak demokratik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

Beliau menegaskan dalam soal ini, semua pihak perlu menghormati prinsip demokrasi yang menjadi amalan negara sejak merdeka.

“Sebarang perubahan, jika berlaku, seharusnya dilakukan semasa pilihan raya umum…kerana ia tempat kita untuk bersaing dalam politik,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program Kayuhan Sehati Sejiwa sempena Bulan Kebangsaan 2015 di sini hari ini.

Menurutnya, parti pemerintah atau parti lawan akan menghidangkan dasar politik dan ekonomi masing-masing kepada rakyat ketika pilihan raya dan rakyatlah yang akan menentukan siapa yang harus menjadi parti pemerintah yang baharu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mendedahkan terdapat gerakan untuk menggulingkan kerajaan didalangi seorang tokoh UMNO dengan sokongan anggota Parlimen pembangkang.

Ahmad Zahid berkata usaha menumbangkan kerajaan melalui ‘pintu belakang’ itu dibuat dengan cara mendapatkan akuan bersumpah daripada anggota Parlimen pembangkang serta cuba menarik anggota Parlimen Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, Mohd Salleh berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa kuasa memilih kerajaan terletak di tangan mereka sendiri dan sekali gus mengingatkan mereka supaya tidak terpengaruh dengan fakta-fakta salah yang dibawa pihak luar.

Campur tangan pihak asing dalam menentukan hala tuju politik Malaysia juga terbukti, katanya, dengan memberikan contoh portal Sarawak Report yang cuba memutar belit fakta dan memesongkan pemikiran rakyat melalui penerbitan dokumen yang telah diusik.

Menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Salleh berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu diberi ruang untuk meneruskan siasatan dan seterusnya membentangkan laporan.

Menurutnya, asas sesebuah syarikat ialah akaun teraudit berhubung aset dan liabiliti yang akan menentukan kelangsungan syarikat berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, laporan PAC itu kelak bakal merungkai persoalan yang dilontarkan banyak pihak terutama mengenai hutang yang ditanggung 1MDB.

“1MDB ialah masalah yang harus diselesaikan dan kita harus katakan kepada rakyat bahawa kerajaan berusaha untuk menentukan kepercayaan yang telah diberi dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Jangan buat rumusan kerana 1MDB (sedangkan) kerajaan dah buat macam-macam (untuk rakyat). CEO 1MDB juga dah jelaskan pelannya. Rakyat kena beri masa kepada kerajaan untuk selesaikan apa yang perlu diselesaikan,” kata Mohd Salleh.

Beliau seterusnya berkata Datuk Seri Najib Tun Razak juga amat telus berhubung isu dana yang dikaitkan dengan perdana menteri dengan menjelaskan kepada rakyat bahawa ia untuk membantu kegiatan parti selain aktiviti tanggungjawab sosial korporat.

“Beliau telah disiasat, pasukan petugas telah ditubuh. Perdana menteri juga tunjuk keikhlasan dengan kata akan wujudkan satu undang-undang pada masa depan mengenai soal dana,” jelas Mohd Salleh. – BERNAMA

*Jangan lupa malam ini:

MAJLIS RAMAH MESRA MEDIA SOSIAL BERSAMA YB DATUK SERI DR. SALLEH SAID KERUAK, MENTERI KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA.

Tarikh: 17 Ogos 2015 (Isnin)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Aras 4, Menara Dato' Onn, PWTC, KL

5 comments:

  1. SALAM BRO,AKU RASA SALLEH KERUAK NI SILAPLAH.TAKDA SIAPA PUN YANG NAK TUKAR KERAJAAN.TETAP[I KITA NAK TUKAR PERDANA MENTERI SAHAJA.BUKAN KERAJAAN NGOK !

    ReplyDelete
  2. SETUJU... GI KARAOK LAA SALLEH

    ReplyDelete
  3. ha. ha. ha.

    post brader 12:11 PM menunjukkan dengan jelas bahawa rakyat faham isu mengundurkan najib razak.

    menteri tak payah nak spin atau bodek.

    rakyat dah tahu. itu semua menteri cari makan. jaga kerusi sendiri macam rahman dahlan mengaku dalam the star semalam.

    salleh keruak jangan buat buat lupa. di sabah dah banyak kali tukar kerajaan tanpa PRU.

    zahid juga jangan buat buat lupa. Perak baru je tukar kerajaan, dari pakatan harami kepada BN bukan melalui PRU. bukan tukar menteri besar sahaja. tukar kerajaan.

    adakah itu semua halal, constitutional dan demokratik?

    jangan jadi munafik.

    ReplyDelete
  4. Lepas episod guling, selepas ni apa pulak?

    ReplyDelete
  5. Tukar kerajaan dengan tukar pemimpin adalah dua perkara yang berbeza.
    Sila fahami.....jangan nak spin.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...