Konco-konco ku

Sunday, August 30, 2009

LIRIK UNITEvent (edited)

Intro
part 1

together we follow the chosen path,
we are (ramai)
to complete our mission
lets go (ramai)
even there are so many challenges
who say (ramai)
we will never fall
thats the spirit (ramai)

part 2

we are united, never let one down
we are (ramai)
because we will never be apart
never (ramai)
trying to give the best shot
lets go (ramai)
to produce the best result
coz we are (ramai)
even <<-- (lirik asal apew? terdlete plak..blurr ;\)

chorus (ramai)
U N I T E
stand together, believe in ourself

U N I T E
never think about failure

U N I T E
rise together we fight til the end

U N I T E
we are one

together we stand

Thursday, August 27, 2009

ANDAI INI YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu sajadi setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN
Selamat Menyambut bulan Ramadhan

Friday, August 21, 2009

TIPS EHEM EHEM...

Ajoi dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

Ha... ... ..Lu Pikir ah sendiri... ... ..!

Thursday, August 20, 2009

TEAM BOLA GILER!!!!

Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

"Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya! bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! "Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?"

"Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.."

"Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?"

"Kan kitaorang pemain simpanan!"

huhuhu

Wednesday, August 19, 2009

LEMBU DAN SOSEJ...FIKIRKANLAH

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree,
tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi
tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada
bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi.
So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler.
Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit,
masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Tuesday, August 18, 2009

KRONOLOGI RAMPASAN ARAK DI SELANGOR.

Kronologi lengkap isu rampasan arak di selangor. dalam butiran tarikh dan masa yang akan dipaparkan, akan kedapatan watak-watak hero,pailang, hipokrit maha gila menjustifikasikan agenda tersembunyi IFC .

1) dalam kawasan pentadbiran MBSA terdapat 42 premis perniagaan 7eleven, 24 daripada premis ini menjual minuman keras jenis beer yang mengandungi kadar alkhohol hingga 8.8%.

2) dalam mengatasi permaslahan ini, pihak MBSA telah melakukan inisiatif dengan mengadakan 4 mesyuarat khas mengatasi isu ini. mesyuarat ini berlangsung sejurus perlantikan ahli majlis baru MBSA dilangsungkan. iaitu untuk sesi 2008/2009. aku harus tegaskan disini bahawa ahli majlis baru ini adalah dikalangan penyokong pakatan haram pas,pkr,dap dan kumpulan ngo-k daripada hindraf.

3) pakatan haram di selangor adalah hipokrit.menjanjika n bulan dan bintang sebelum menang pilihanraya, sayang tatkala kuasa berada dalam genggaman perjuangan hilang dan iman pun boleh melayang.

4) 4 mesyuarat perlaksanaan mengharamkan penjualan arak di kawasan melayu berlangsung selama beberapa bulan, iaitu pada tarikh yang dinyatakan dibawah :-

(4a) mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 2 bertarikh 19 ogos 08 dan mesyuarat majlis pada 29 ogos 08.

(4b)mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 3/2008 bertarikh 15 september 08 dan mesyuarat majlis pada 25 september 08 (cabutan kertas)

(4c)mesyuarat jawatan kuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar kali ke 4/2009 pada 22 april 2009 (turut dihadiri oleh wakil 7 eleven)

(4d) INI KLIMAKS NYA.KEPUTUSAN TELAH DITETAPKAN. mesyuarat majlis kali ke4 pada 28 mei 09. mesyuarat ini dihadiri oleh kesemua ahli majlis MBSA daripada pakatan haram.antaranya adalah 1)tan ah kow-pkr kota raja 2)tuan mazalan 3)mokhtar hani 4)adnan jambori-pkr shah alam 5)ang leng kiat 6)norhalim sirome -pas kota raja 7)mariam abdul rashid 8)sivarajan 9) haris bin abu bakar -ketua bahagian pkr shah alam 10) adzhar maludin -pkr 11)zukefli bin mohd nani 12) datin norini bt md top 13)ahmad suyuti bin bashiron.

5)pada mesyuarat terakhir ini (mesy ahli majlis 28mei 09) ketetapan penguatkuasaan ke atas penjualan arak dan minuman keras di kedai 7 eleven akan berkuatkuasa pada 1jun 2009.

6)pihak jabatan perlesenan MBSA telah memberikan notis bertarikh 13 julai 2009 kepada pegurusan 7 eleven untuk tidak menjual arak di shah alam bermula daripada seksyen 1 hingga 24.

7)29 hb julai 09, pihak penguatkuasa MBSA telah mengadakan pemeriksaan terhadap sebuah kedai 7 eleven di jalan liku seksyen 8 shah alam. didapati kedai tersebut masih lagi menjual arak dan minuman keras walaupun arahan MELARANG PENJUALAN telah pun berkuatkuasa pada 1 jun 2009.

8)rampasan telah dilakukan pada hari yang sama (28 julai 08 hari rabu) jam 4.30 petang.barang rampasan telah disimpan ditingkat 12 MBSA. asas penguatkuasaan MBSA berdasarkan keputusan mesyuarat seperti di atas.

9)PERJUMPAAN DENGAN RONNIE LIU.
telah berlangsung sehari selepas rampasan iaitu pada 30 julai 09 jam 12.45 tengahari. MBSA telah dipanggil mengadap ke bilik timbalan datuk bandar untuk memberikan penjelasan isu rampasan arak. selain MBSA di dalam bilik tersebut ada 3 orang ahli DAP dan tan ah kow (pkr).

10) selepas perjumpaan jam 12.45 tengahari, sekali lagi MBSA dipanggil mengadap oleh ronie liu pada jam 2 petang.kali ini suasana lebih tegang. didapati 4 orang dap kelihatan di bilik tersebut.MBSA TELAH DIMARAHI DENGAN CUKUP KASAR DAN KERAS OLEH RONNIE LIU !

11) dua kali mesyuarat pada hari yang sama (30julai) iaitu pada jam 12.45 tengahari dan 2 petang...pada jam 4.30 petang MBSA tela diarahkan oleh ronnie liu untuk memulangkan semula arak yang dirampas.