Konco-konco ku

Monday, June 29, 2015

AZMIN PERLU LETAK JAWATAN MB JIKA MASIH TIDAK SELESAI ISU AIR - KHALID IBRAHIM

KHALID sudah mula bersuara. Khalid sudah hilang sabar dengan Azmin Aiskrim yang selama ini hanya dipendam tanpa diluahkan kepada sesiapa.

Siapa yang tak dendam kalau tiba-tiba kerusi MB yang dipegang selesa dirampas oleh Azmin Aiskrim melalui Langkah Kajang hinggakan dipecat daripada parti sendiri kerana dituduh khianat terhadap kehendak rakyat.

Siapa yang khianat atas pilihan rakyat?

Dalam kenyataan Khalid Berahim dalam status FB nya semalam, Khalid menyarankan kepada Azmin agar meletakkan jawatan sebagai MB Selangor jika masalah air masih belum selesai hingga sekarang.

Malah lebih teruk daripada zaman Khalid memerintah.

Ujar Khalid lagi, Azmin hanya pandai bermain politik sedangkan 4 syarikat konsesi air yang ingin diambil oleh kerajaan Selangor masih lagi tertangguh hingga sekarang.

Sehinggakan Puncak Niaga nak batalkan perjanjian kerana kerajaan negeri masih belum melangsaikan hutangnya yang diberikan air percuma kepada seluruh Selangor.

Nampaknya Azmin hanyalah berpolitik dengan menipu rakyat. Dan tidak menunaikan janji kepada rakyat untuk menyelesaikan masalah air yang dilihat semakin meruncing.

Rakyat juga sedang menanti pendedahan Dato’ Menteri Besar nama syarikat dan mereka yang didakwa oleh Ketua Umum PKR pada September 2014 bakal mendapat laba bernilai jutaan ringgi hasil Perjanjian Utama ini. Rakyat berhak diberi maklumat lengkap siapa yang bakal mendapat manfaat melampau yang melibatkan dana awam.

Bila nak DEDAH??!!!

Thursday, June 25, 2015

SELEPAS GAGAL FITNAH 1MDB, TABUNG HAJI KINI SERANGAN KEPADA MARA PULA!!

PEMBANGKANG tidak akan pernah berputus asa untuk mencari jalan FITNAH terhadap kerajaan sedia ada demi untuk menumbangkan Barisan Nasional dan seterusnya mengambil alih walau dengan cara yang amat terkeji.

Itulah taktik mereka untuk merobek kepercayaan rakyat terhadap kerajaan persekutuan.

Jika sebelum ini serangan kepada 1MDB, Tabung Haji, KWSP berjaya meninggalkan kesan negatif kepada kerajaan persekutuan terutama kepada DS Najib Razak selaku PM Malaysia. Namun semua itu terhenti atas kebijaksanaan PM sendiri yang mengurus segala isu tersebut.

Kini MARA pula menjadi sasaran. Sudah tentu kali ini pembangkang meneruskan serangan terarah kepada Pengerusi MARA itu sendiri iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Tidak syak lagi, ini adalah antara strategi mereka untuk melemahkan pentadbiran DS Najib yang dilihat oleh pembangkang amat sukar untuk ditumbangkan.

Dengan bantuan lidah jahanam Malaysia Kini dan The Malaysian Insider yang terus-terus memfitnah dan melaporkan berita yang telah diputar belitkan, maka tidak mustahil jika kebanyakan rakyat mudah percaya dengan fitnah dajjal.

Semoga para pemfitnah mendapat hidayah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia terus aman dan maju di bawah pentadbiran BN.

Wednesday, June 24, 2015

TAHNIAH!! SELANGOR SETUJU BINA LADANG BABI TERBESAR DI ASIA!!

SYABAS dan Tahniah kepada rakyat Selangor khususnya kepada penduduk Kuala Langat selepas pembinaan ladang babi terbesar di Asia terpaksa dipindahkan daripada Sepang kerana mendapat bantahan penduduk setempat.

Berdasarkan kepada dokumen yang diterima, pelaksanaan Modern Pig Farming yang akan dibina di kawasan Bukit Changgang di atas tanah hak milik seluas 500 ekar telah pun selesai dan diluluskan tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana exco Selangor.

Untuk makluman, majoriti kaum yang tinggal di kawasan Bukit Changgang adalah kaum Melayu yang mana terdapat 3 PDM Melayu iaitu PDM Sungai Lempit, PDM Bukit Changgang dan PDM Labohan Dagang.

Ternyata peminggiran orang Melayu secara halus akan berlaku. Secara tidak langsung sudah pasti orang Melayu di kawasan tersebut akan terkesan dengan bau busuk dan pencemaran air dan alam sekitar yang mendorong mereka untuk keluar dari tanah dan rumah mereka sendiri.

Tengok, betapa liciknya permainan pakatan yang bersetuju tanpa berbincang terlebih dahulu dengan penduduk setempat. Umpamanya Melayu akan dihalau secara sedikit demi sedikit sehingga Selangor ini jatuh ke tangan orang lain.

Fikirkan. Renungkan. 

Adakah kita hanya mahu berdiam diri?

Tuesday, June 23, 2015

PASMA, TEAM KALAH AJK PAS AKAN BENTUK PARTI GABUNGAN BARU BERSAMA NGO!!

Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan bergabung dengan pemimpin kumpulan progresif PAS serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain membentuk parti Islam baru menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Presiden PasMa itu berkata, hanya satu parti baru saja yang akan dibentuk selepas ini bagi membentuk pakatan baru selepas PAS menamatkan hubungan dengan DAP.

"Kami akan bersama-sama dengan G-18 dan NGO Islam yang lain bagi membentuk sebuah parti baru untuk gantikan PAS dan membentuk pakatan baru," kata Phahrolrazi dipetik kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir selepas ditewaskan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, termasuk Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Mohamed Hanipa Maidin dan lain-lain.

 Phahrolrazi menjelaskan, parti baru itu bukan hanya bekerjasama dengan DAP sahaja sebagaimana dilaporkan sebuah media arus perdana hari ini, tetapi juga dengan PKR.

"Kita sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan G-18 bagi membincangkan perkara ini.

"Insya Allah lepas raya nanti pengumuman akan dibuat mengenainya," katanya.

G-18 sudah membentuk jawatankuasa bertindak bagi menguruskan wadah baru yang menurut mereka memberikan harapan baru kepada Malaysia selepas kegagalan PAS.

Mereka sedang giat berbincang dengan pelbagai pihak, termasuk NGO dan tokoh-tokoh perseorangan, untuk bersama-sama dalam perjuangan lebih inklusif untuk semua rakyat Malaysia itu.

PasMa merupakan salah sebuah NGO yang akan bersama dengan G-18.

Phahrolrazi berkata, walaupun sebuah parti baru akan dibentuk, PasMa akan tetap kekal sebuah NGO. 

DAP SUDAH MULA MEMPERSOALKAN HAK ISTIMEWA MELAYU & BUMIPUTERA!!!

Penduduk Melayu Pulau Pinang yang mengundi PAS dan DAP telah dikejutkan pada tahun ini dengan notis surat untuk memansuhkan diskaun 5% orang Melayu dalam pembelian rumah, seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan melalui kuasa kerajaan negeri, DAP.

Natijahnya, umat ‘Melayu Zuhud’ yang memilih pakatan pembangkang tidak dapat lagi membeli rumah dengan diskaun 5%, mungkin buat selama lamanya. Jika sebelum ini mereka kerap melaungkan slogan seperti, “Ini kalilah!”, “kita Tukar!”, “kita Ubah!”, kini slogan tersebut telah bertukar sebaliknya, dan memakan diri.

Pemansuhan diskaun pembelian rumah sebanyak 5% ini memang di luar jangkaan penduduk Melayu Pulau Pinang, terutama sekali mereka yang telah mengundi PAS dan DAP. Ramai di kalangan mereka yang ‘makan hati’, menangis dan terkejut atas notis yang diarahkan oleh Exco-Exco DAP Pulau Pinang itu. Tetapi apakan daya, inilah nasib yang harus diterima penduduk Melayu Pulau Pinang yang telah memilih PAS dan DAP sebagai wakil rakyat mereka.

“Tahukah kami orang cina juga membayar cukai? Mengapa Melayu saja ada diskaun? Bukankah ini punca rasis?” ujar DAP dengan bongkak seakan mempersoal Perkara 153, Hak Istimewa Orang Melayu.

Baca lagi di SINI.

PECAT 3 EXCO PAS, ATAU DAP KELUAR PAKATAN

DAP sudah mula mengugut Azmin Ali agar menerima cadangan memecat 3 exco Pas daripada kabinet negeri selewat-lewatnya aidilfitri ini tanpa bicara. Desakan DAP dilihat lebih keras kali ini kerana sudah pasti Azmin dan PKR berbelah bahagia samada mahu meneruskan kerjasama dengan Pas ataupun DAP.

Tapi percayalah, Azmin tidak akan berani berkata apa-apa dan memberi keputusannya.

Mungkin akan terus bertangguh selagi rakyat belum lupa tentang konflik yang sedang berlaku dalam pakatan rakyat di Selangor.

Pas Selangor juga tidak seharusnya menjadi bacul dengan mengekalkan kedudukan mereka demi kepentingan individu bukan parti. Sedangkan di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Pas telah memutuskan hubungan dengan DAP dan meletakkan jawatan peringkat negeri.

Malah, di Sabah, Pas telah lama ditendang daripada PR dan di sana tidak wujud lagi pakatan rakyat kerana masing-masing membawa ideologi yang berbeza.

Adakah Azmin akan menyingkirkan Pas daripada kerajaan negeri Selangor?

Monday, June 22, 2015

GRAND STRATEGY OF DAP: CALON MENTERI BESAR JOHOR SEDANG DIBENTUK

TIDAK cukup terkejut apabila bekas Exco Pemuda PAS Johor, Sheikh Omar Ali meninggalkan Pas dan menjadi ahli kepada parti yang jauh daripada matlamat utama Pas iaitu DAP.

Seperti biasa semenjak bertukarnya kepimpinan baru dalam Pas yang dipilih oleh majoriti perwakilan Pas di Kuala Selangor bulan lalu, ramai yang tidak setuju dengan pemilihan AJK Pas Pusat yang kebanyakannya adalah daripada golongan ulama' dan seterusnya mengenepikan golongan liberal yang banyak menyumbang jasa kepada Pas dan PR.

Oleh sebab yang ini jugalah Sheikh Omar Ali yang juga Pembantu kepada Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong memilih DAP sebagai wadah terbaru perjuangan beliau kerana dianggap Pas sudah tidak relevan dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.

Lulusan Usulluddin daripada Universiti Malaya ini menganggap perselisihan faham antara DAP dan PAS baru-baru ini dilihat menyukarkan PR untuk memerintah Malaysia dan seterusnya mengelakkan daripada 'conflict of interest' memandangkan beliau sebagai ahli Pas dan bekerja dengan AP DAP.

Nampaknya semakin galak DAP mencari ahli Melayu untuk dijadikan MB dalam negeri bersultan jika mereka berjaya memenangi kerusi DUN di negeri-negeri sasaran.

Salah satunya adalah Sheikh Omar yang bakal dijadikan kambing hitam DAP sebagai Menteri Besar Johor yang baru jika berdasarkan strategi DAP yang mahu merampas Johor sebagai sasaran PRU14.

Malah, jangan terkejut juga jika selepas ini graduan pengajian Islam terutama daripada Persatuan GAMIS di Universiti akan memilih DAP sebagai wadah perjuangan politik berbanding PAS yang dilihat tidak popular dan terlalu ortodok untuk diikuti oleh anak muda masa kini.

Berhati-hatilah. Semoga BN lebih prihatin dengan strategi jahat DAP ini.

Sunday, June 21, 2015

BUBAR PAKATAN: DRAMA PR TANPA PENGHUJUNG EPISOD....

SEJAK PR ditubuhkan dengan menggabungkan parti-parti pembangkang di Malaysia pada tahun 2004 dengan nama asalnya Barisan Alternatif yang mana Pas sebagai ketuanya, tidak pernah mereka-mereka ini berdamai dan terlepas daripada kontroversi-kontroversi politik.

Umpamanya politik mereka politik sepanjang masa tanpa memikirkan keperluan rakyat yang katanya mahukan perubahan dan kelainan berbanding Barisan Nasional yang masih memerintah sehingga hari ini.

BUBAR... DAMAI... BUBAR... DAMAI...

Itulah dialog mereka sejak dari dahulu lagi. Sehinggalah Pakatan Rakyat tertubuh dengan bebasnya Anwar sebagai ketua mengambil alih PR daripada Pas.

Kini, sejak ketiadaan Anwar diluar bersama dalam politik PR, DAP umpama mahu menjadi tuan dan ketua dalam PR. Umpamanya DAP semakin mahu menunjukkan kuasanya dengan kekuatan yang ada apabila dalam PRU13 yang lepas tsunami Cina berlaku.

Pas kini tersepit dan terhimpit. Jalan apa lagi yang mereka ada sedangkan dalam parti mereka sendiri sudah berpecah dengan wujudnya PasMa yang lebih cenderung kepada DAP kerana mendapat dana yang agak besar daripada parti Cina tersebut.

Pas sudah tidak mampu mengawal dan mengarah ahli partinya sendiri kerana kebanyakan ahli yang mereka ada sehinggalah kepada wakil rakyat dari Pas sudah banyak terhutang budi dengan DAP yang terlalu banyak menurunkan peruntukan dan memberi keistimewaan kepada sebilangan pemimpin tertinggi Pas mereka.

Kini, DAP telah melucutkan jawatan-jawatan yang disandang oleh pemimpin Pas di Pulau Pinang. Tinggal Selangor sahaja yang mana DAP menggertak Azmin supaya menghalau Adun Pas daripada kerusi Exco Selangor.

Terpulang kepada Azmin samada dia lebih takutkan DAP ataupun masih mahu menyimpan Pas yang ternyata jika masih disayang, akan terkuburlah PR di Malaysia, bukan sahaja di Pulau Pinang dan Selangor malah seluruh negara.

Sama-samalah kita nantikan.....

Thursday, June 11, 2015

LIM KIT SIANG MUKTAMAD PUTUS HUBUNGAN DENGAN PAS!!

AKHIRNYA, Lim Kit Siang membuka mulut juga berkenaan dengan hubungan antara DAP dan PAS. Petang tadi, Ahli Parlimen Gelang Patah ini menyatakan bahawa DAP sudah tidak punyai apa-apa hubungan dengan PAS dan secara langsung tiada lagi Pakatan Rakyat bersama PAS samada di peringkat pusat mahupun negeri.

Ini berikutan usul yang dipersetujui tanpa bahas oleh Dewan Ulama' semasa Muktamar Tahunan PAS ke 61 Sabtu lalu di Kuala Selangor.

Kit Siang juga agak kecewa dengan kepimpinan PAS baru yang dipilih oleh perwakilan dengan mengenepikan AJK PAS yang mesra DAP dengan menggantikan mereka dengan 90% adalah dari Dewan Ulama' dan golongan UG yang menolak penghinaan DAP ke atas Hadi Awang.

Namun dalam kenyataan sebelum itu, Kit Siang menegaskan bahawa DAP hanya memutuskan hubungan mereka dengan Hadi Awang kerana dilihat lebih cenderung kepada UMNO berbanding mempertahankan DAP, PKR ketika mereka diserang.

Muktamadnya, tiada lagi Pakatan Rakyat di Malaysia dengan pengisytiharan Kit Siang petang tadi.

Maka, dengan ini PAS kembali bersendirian....

Kita tunggu PAS buat U-Turn....

SELAMAT TINGGAL PAS: AZMIN BAKAL MEMILIH DAP UNTUK BERSAMA-SAMA MENTADBIR SELANGOR!!

DESAKAN daripada DAP Selangor supaya Azmin Ali memecat semua Adun PAS daripada memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor belum diputuskan lagi oleh Menteri Besar PKR Selangor ini.

Jika Azmin memecat semua Adun PAS daripada memegang sebarang jawatan dalam Selangor dan seterusnya menceraikan PAS daripada Pakatan Rakyat Selangor, sudah pasti kerajaan Selangor sedia ada akan tergantung dengan jumlah kerusi yang tidak seimbang.

Azmin sehingga ke hari ini masih belum menyatakan samada untuk memilih DAP atau PAS dalam pentadbiran Selangor memandangkan DAP sudah menyatakan menceraikan PAS dengan Talak 3 manakala PAS dalam muktamarnya baru-baru ini memutuskan hubungan dengan DAP namun masih bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

Apa pilihan Azmin?

Adakah beliau berani nak berpisah dengan kedua-dua parti sekutunya itu?

Atau beliau akan mengumumkan agar dibuat Pilihanraya Negeri Selangor.

Sama-sama kita nantikan....

Monday, June 8, 2015

SUHAIZAN DESAK SEMUA AHLI PAS LETAK JAWATAN DI SELANGOR DAN PENANG!!

AKIBAT daripada kekecewaan tidak dapat mengekalkan kerusi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat mengeluarkan satu kenyataan panas semalam iaitu mana-mana ahli PAS didesak supaya melepaskan jawatan masing-masing sama ada di Selangor dan Pulau Pinang dengan serta merta.

Ini berikutan usul yang dibawa oleh Dewan Ulama' PAS Pusat yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan bergerak sendiri seperti sebelum ini.

Suhaizan Kayat juga menegaskan agar kepimpinan PAS yang menyokong usul Dewan Ulama' supaya tidak lagi memberikan kerjasama kepada DAP, PKR dalam setiap keputusan samada peringkat negeri atau peringkat pusat.

Ahli PAS yang memegang jawatan JKKK juga sewajarnya meletak jawatan berikutan arahan daripada Presiden dan seterusnya bergerak sendiri.

Suhaizan Kayat kalah kepada Ust. Nik Abduh dalam muktamar baru-baru ini dalam perebutan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


Wednesday, June 3, 2015

#MUKTAMARPAS : SENARAI JAWATAN UTAMA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

TAHNIAH! Akhirnya Dewan Pemuda PAS Malaysia diketuai oleh golongan ulama' yang terdiri daripada anak kepada arwah Nik Aziz dan Hadi Awang.

Berikut merupakan keputusan pemilihan Dewan Pemuda PAS:

Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Timb. Pengerusi Tetap: Dr. Ridwan Md Noh

Ketua Dewan Pemuda: YB Nik Abduh Nik Aziz

Timb. Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Khalil Abdul Hadi

Naib Ketua Dewan Pemuda: Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin


SERANGAN TUN M KEPADA MUHYIDDIN YASSIN! APA LAGI YANG TUN M MAHU??

SELEPAS serangan terhadap Perdana Menteri, Najib Razak tentang 1MDB, BR1M dan beberapa lagi inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat dan negara. Kini serangan kedua dihalakan pula kepada Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.

Beberapa isu seperti PPSMI turut diungkit oleh Tun M dalam satu Forum yang dianjurkan oleh beberapa funder beliau. Gayanya Tun M tidak bersetuju dengan segala langkah kerajaan bagi membantu rakyat dan negara untuk menjadi negara maju.

*************************************************
Tun M juga menyatakan kekecewaan beliau dengan Kementerian Pendidikan kerana membatalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Menurut beliau, matapelajaran Sains dan Matematik adalah sesuatu yang berubah setiap masa dan teori-teori tersebut datang dalam bahasa Inggeris. adalah sangat memakan masa untuk menterjemahkan ia ke dalam bahasa Melayu. Penterjemahan tesebut memerlukan individu yang menguasai bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan juga Matematik dan Sains.

“Pemimpin negara hanya menceritakan tentang pendapatan tinggi sahaja untuk menjadi negara maju. Indikator saya tidak khusus kepada....BACA DISINI.

#MUKTAMARPAS : MANTAN KP PAS KECEWA TIDAK DIJEMPUT!

KECEWA! Itulah yang ayat yang diluahkan oleh mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan Tantawi apabila beliau tidak dijemput untuk menghadiri muktamar pemuda yang mula berlangsung semalam.

Malah tiada pemberitahuan mahupun surat daripada Suhaizan kepada mantan-mantan Ketua Dewan Pemuda PAS sebagai tanda penghargaan kepada jasa orang terdahulu.

Begini rupanya perangai Suhaizan yang tidak menghargai sumbangan orang lama kepada parti. Beginilah isi hati Suhaizan yang mahu menghapuskan peranan golongan Ulama' dalam PAS demi untuk mengekalkan kedudukan beliau dalam PAS.

Walaubagaimanapun, Suhaizan bakal ditentang oleh Nik Abduh yang mewakili golongan ulama' bagi merebut kerusi Ketua Dewan Pemuda PAS seterusnya menyingkirkan golongan Liberal, PasMa, Jebon dan Keldai DAP.


Tuesday, June 2, 2015

#LETAKJAWATAN : MUHYIDDIN TUNJUK FAIL KERJA KEPADA PENYOKONG!

RATUSAN penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri hadir di KLIA bagi menyambut kepulangan beliau yang mana rata-ratanya adalah ahli UMNO Pagoh yang hadir dengan beberapa buah bas.

Desas-desus yang mengatakan Muhyiddin akan meletak jawatan sekembalinya dari Sydney malam ini hanya khabar angin dan beliau menyeru para penyokongnya supaya bertenang dan 'wait and see' sahaja akan pergolakan politik sekarang.

Sidang media hanya dibuat sekejap sahaja. Muhyiddin meninggalkan KLIA dengan melambai-lambai kepada para penyokong sambil memegang fail kerja.

Maklumat yang diperolehi, beliau akan bertentang mata dengan PM esok bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Adakah perkhabaran mengejutkan bakal berlaku esok?

#MUKTAMARPAS : AHMAD AWANG SUSUN STRATEGI KOTOR KALAHKAN HADI AWANG!!

FITNAH, WANG menjadi taruhan dalam pemilihan Pas kali ini. Team Ahmad Awang yang dicalonkan sebagai Presiden PAS telah memulakan langkahnya dengan memanggil beberapa orang kuat dan berpengaruh dalam PAS supaya perwakilan PAS yang hadir akan memberi undi kepada beliau.

PAS Selangor khususnya dikhabarkan akan mengundi Ahmad Awang sebagai Presiden menggantikan Hadi Awang yang dikatakan dilihat sudah mula menyokong UMNO dengan beberapa tindakan yang golongan liberal ini menganggap sebagai BODOH!

PAS Pulau Pinang juga dikatakan akan menyokong kepimpinan baru Presiden parti dan seterusnya akan menyingkirkan Hadi Awang dan beberapa orang lagi yang dilihat tidak bersama DAP dalam segala keputusan. Malah PAS Pulau Pinang juga sebulat suara menolak kepimpinan Hadi Awang atas nama survival politik Pakatan Rakyat.

Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS telah memulakan wayangnya bersama dengan kumpulan PasMa untuk menyingkirkan sesiapa sahaja yang menolak kerjasama antara PAS dan DAP. Dengan menggunakan PAS Kedah, Mat Sabu dilihat bakal mengekalkan kerusi Timbalan Presiden dan akan membantu Ahmad Awang dalam pemilihan kali ini.

Walaupun Suhaizan Kayat, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dilihat flip-flop atas sokongan kepada Hadi Awang. Namun, Dewan Pemuda PAS juga telah mengarahkan kepada semua perwakilan supaya memilih Ahmad Awang sebagai ketua yang baru atas dasar tahaluf siyasi dalam pakatan.

Hakikatnya, PAS semakin berserabut dengan pertanding antara golongan Ulama' dan Liberal yang diketuai oleh Mat Sabu.

PKR dan DAP juga menyatakan sokongan mereka kepada Ahmad Awang dengan berselindung disebalik Khalid Samad dan Dzukefli Ahmad.