Konco-konco ku

Saturday, March 31, 2018

TANAH IJOK : AZMIN ALI PENGECUT DAN PENIPU

Isu tanah ijok yang telah dikatakan selesai oleh MB Azmin Ali dan kerajaan DAP Selangor sebenarnya amatlah tidak benar!

Hal ini kerana sikap Menteri Besar kerajaan DAP yang berdolak dalik dengan pelbagai alasan termasuk berdiam diri apabila didesak berbuat demikian kerana penjualan tanah seluas 880 hektar itu secara tidak langsung menganiaya rakyat.

ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata, Mohamed Azmin perlu menjelaskan dalam kertas putih itu berhubung penjualan tanah berkenaan kepada syarikat swasta pada harga kira-kira RM1.18 bilion.

Kalau Mohamed Azmin mendakwa kerajaan negeri pimpinannya telus, adil, saksama, maka jelaslah kepada rakyat kenapa tanah itu dijual dan berapa jumlah pampasan dibayar kepada rakyat dari jualan RM1.18 bilion itu?

YB Sulaiman menyifatkan Menteri Besar seorang yang penakut kerana hanya menyerahkan kepada Ketua Komunikasi Korporat dan Pejabat MB sahaja tampil, sedangkan beliau masih membisu daripada menjawab sendiri isu itu di dewan.

Tambah YB Sulaiman lagi, rakyat mahu penjelasan terperinci mengenai skandal tanah itu dan mengapa bayaran pampasan kepada peneroka hanya RM421 juta, sedangkan pihak pemaju mendapat berlipat kali ganda.

Kita juga hendak tahu kenapa Mohamed Azmin tergesa-gesa membenarkan dua syarikat swasta menjual tanah di mukim Ijok itu pada harga RM1.18 bilion kepada sebuah syarikat lain sebelum proses peringkat Mahkamah Persekutuan selesai dijalankan.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor


PUSAT JUDI BOLEH LULUS JIKA SAYA JADI PM - TUN M

Lepas PRU14, Makin Banyak Pusat Judi Tun M Luluskan

Patutlah DAP beria-ia sokong Tun M jadi PM, walaupun terpaksa tebal muka jilat ludah sendiri. Rupa-rupanya sokongan DAP tu ada makna… sebab Tun M sendiri pernah bagi restu nak luluskan lesen judi kalau dia ada kuasa. Maknanya, kalau dia jadi PM, inilah manifesto pertama dia akan tunaikan!

Maka bersoraklah puak DAP sebab ada ‘pak turut’ nak ikut kehendak mereka. Apatah lagi memang agenda mereka nak hapuskan agama Islam di Malaysia ni. Mungkin Tokong Kit Siang dengan Guan Eng tahu macam mana dasar Tun M berkenaan Islam. Tengok jer lah 22 tahun dia jadi PM, kemudian macam mana kenyataan dia tentang Islam dan pemimpin PAS.

Kalau Tun M jadi PM lagi sekali, lingkuplah Malaysia! Kalau Selangor pun dah digelar ‘Darul Maksiat’ sebab berpuluh ribu rumah urut, hotel bajet, pusat judi dan kelab malam, maka Malaysia pun nak digelar nama yang sama ke?

#TolakTunM #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14


BERTAUBATLAH HANIPA PAN SEPANG

MP Sepang Kena Sound Mufti

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Memang sesuai lah MP Sepang daripada parti PAN, Hanipa Maidin kena sound. Yang sound pula Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini gara-gara Hanipa yang keluarkan kenyataan 'kalau saya tuhan' di parlimen. Kata Mohd Asri, ungkapan sedemikian sangat bahaya kepada akidah jika diucapkan dalam keadaan yang sedar, dan orang itu perlulah bertaubat.

Kalau beremosi sekalipun, jangan lupa bahawa anda adalah seorang wakil rakyat Muslim. Lagi memalukan sebab anda sebelum ini beriya-iya kata PAN ini parti Islam yang lebih bagus daripada PAS. Tapi, macam inikah akhlak wakil rakyat PAN? Mesti pengundi akan berfikir dua kali.

#PakatanProDAP
#TolakPakatanPRU14


Tuesday, March 27, 2018

MANGSA KEBAKARAN DIHALAU KERANA MENUMPANG BALAIRAYA


Mangsa Kebakaran Lot 486 Sungai Udang Di arah keluar dari permis pemindahan mangsa kebakaran Sungai udang. Balairaya Sungai Udang.

5 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran dan di pindahkan ke Balai raya sungai udang telah di arahkan keluar oleh pihak JKKK yang di kuasai oleh Pihak PAS dengan alasan arahan Pegawai Daerah Klang.

Pekara yang tak sepatutnya berlaku kerana mangsa masih lagi memerlukan masa bagi menyusun hidup dan mencari rumah sewa. Apa salahnya di beri masa sekurang-kurangnya 2 minggu lagi bagi mereka menyelesaikan masalah rumah kediaman

Apa yang  di lakukan oleh pihak yang di kuasai oleh PAS ini jelas menunjukan ciri-ciri tidak berhati perut terhadap mangsa kebakaran.

Setelah beberapa pihak NGO  berusaha memberi keselesaan yang termampu kepada mangsa, pihak JKKK PAS tanpa hati perut mengarahkan mangsa keluar dari permis.

Mangsa adalah di bawah jagaan JKM sehingga mereka mampu mendapatkan rumah sewa. Tetapi pihak JKKK PAS tidak langsung berbincang dengan JKM bagi mengatur situasi mangsa dan memberi sediki lagi masa kepada mangsa 

Balairaya Sungai Udang selama ini di gunakan oleh pihak KEMAS bagi kelas Fardu Ain dan Pihak Belia 4B menjalankan aktiviti Belia. Di bina di zaman BN dan di baik pulih oleh ICU 2 bulan lepas bagai mana pun Tanah adalah milik kerajaan Negeri.

Ironisnya JKKK adalah di bawah lantikan Sultan Selangor namun nasib salah seorang mangsa dan keluarga yang menjadi kaki tangan Istana juga tidak di hiraukan .

Beginilah nasib rakyat jika di memberikan kuasa kepada pihak yang menungang Agama.

Admin Kerambit Sendeng


Sunday, March 18, 2018

GUAN ENG, GNANARAJA SAHABAT BAIK

Sekeping lagi gambar ‘intim’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama suspek yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima suapan sebanyak RM19 juta untuk menutup kes pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang didedahkan.

Menariknya, kali ini, gambar antara suspek yang mendakwa dirinya ahli perniagaan berpengaruh, Datuk Seri G Gnanaraja kelihatan tersenyum dan bergelak ketawa dengan Guan Eng dalam sebuah kereta dipercayai milik syarikat kontraktor pembinaan projek mega tersebut.

Guan Eng kelihatan begitu gembira bergambar ‘selfie’ dengan Gnanaraja dalam kenderaan tersebut yang didakwa dirakamkan tahun lalu sebelum transaksi berjumlah RM19 juta diberikan kepadanya melalui syarikat  Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith).

Setiausaha Agung DAP itu juga kelihatan memakai pakaian korporat rasmi beliau dengan namanya jelas tertera sementara Gnanaraja pula berbaju batik.

Sebelum ini, sekeping gambar didedahkan Guan Eng berada di kediaman rasmi Gnanaraja, dipercayai di rakamkan antara Mei sehingga Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, Guan Eng bukan sahaja melatah dan menuduh gambar tersebut adalah konspirasi jahat kerajaan BN, malah baru-baru ini beliau pula cuba mengaitkan hubungan Gnanaraja dengan pengamal media pro BN.

Guan Eng dalam sidang media di Komtar, Pulau Pinang Rabu lepas menyebarkan gambar  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star (SMG), Datuk Seri Wong Chun Wai bersama Gnanaraja yang diambil pada satu majlis keramaian.

Ramai tampil mengkritik Guan Eng kerana Gnanaraja juga dipercayai terlibat dengan pelbagai kes penipuan termasuk menipu ramai masyarakat India dalam skim cepat kaya yang melibatkan kerugian hampir RM80 juta.

Kes tersebut turut dikaitkan dengan isteri beliau yang juga merupakan seorang pemimpin NGO dan selebiriti tempatan.

Pasangan itu juga mempunyai sejarah cuba masuk ‘Islam’ untuk menipu seorang lelaki Islam melabur dalam yayasan mereka pada 2013.

Kesemua kes itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa ketika ini sebelum SPRM mencekup Gnanaraja baru-baru ini kerana dipercayai menerima suapan untuk mengadakan rundingan bagi menutup kes terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Peliknya, walaupun Gnanaraja berjaya menjaja dirinya berpengaruh dalam kalangan pemimpin BN, akhirnya terbongkar pula gambar-gambar intim beliau dengan Guan Eng.

Menurut Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, Guan Eng sudah tidak boleh melarikan diri, sebaliknya adalah lebih baik beliau tampil memberi penjelasan.

“Adakah gambar ini juga satu kebetulan? Gnanaraja yang sedang disiasat oleh SPRM kerana suapan RM19 juta untuk menutup kes terowong bawah tanah tidak dikenali oleh Guan Eng?

“Kalau sebelum ini, dalam rumah Gnanaraja kini dalam kenderaan ‘rasmi’ pula? Kedua-dua gambar ini sudah jelas menunjukkan mereka berdua sangat rapat.

“Apa lagi pembohongan anda Guan Eng? Sampai bila nak lari? Cukuplah. Kami sedang tunggu ‘pembohongan putar belit’ seterusnya dengan tidak sabar,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng da­lam satu kenyataan tanpa segan silu berkata, sebagai pemimpin ma­syarakat, adalah menjadi lumrah untuk beliau bergambar dengan mana-mana individu dan sukar baginya mengingati setiap foto yang diambil termasuk bersama ahli perniagaan ber­kenaan.


Thursday, March 15, 2018

TERKINI: MAHATHIR SALAHKAN PIHAK POLIS ATAS TUDUHAN LIWAT ANWAR

1. Semasa temuramah Dr. Mahathir Mohamad dengan Sin Chew baru-baru ini, beliau cuba menunding jari kepada pihak polis bahawa beliau tiada pilihan untuk memecat Anwar Ibrahim setelah diberi bukti-bukti oleh pihak polis.

2. Kenyataan Mahathir itu ternyata satu pembohongan besar kerana beliau sebenarnya ada pilihan dan keputusan memecat Anwar Ibrahim adalah keputusan beliau.

3. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh beliau pada sesi ceramah di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya pada 21 November 2017. Ketika itu, Mahathir telah mengelak dan berkata apa yang dilakukan terhadap Anwar adalah keputusan polis.

4. Hakikatnya,  3 tahun sebelum Anwar ditangkap, Mahathir telah menerima laporan aktiviti songsang dan salah laku Anwar daripada pihak polis. Tetapi Mahathir tidak meminta pihak polis mengambil tindakan. Mahathir mendakwa beliau tidak mahu percaya laporan polis.

5. Lebih mengejutkan adalah pendedahan bahawa Mahathir telah menghantar Tun Hanif Omar untuk menasihati Anwar bahawa polis tahu berkenaan salah laku seksualnya dan aktiviti lain, Anwar mesti menghentikannya sebelum ia diketahui umum. Anwar tidak pernah menafikan pertemuan tersebut.

6. Maksud mudah, Mahathir ada pilihan dan keputusan memecat Anwar adalah keputusan beliau.

7. Satu lagi perkara yang diputar belit oleh portal pembangkang adalah kononnya  Anwar dibebaskan pada 2004 kerana beliau tidak meliwat memandangkan kes liwatnya dibatalkan.

8. Portal-portal pembangkang gagal atau sengaja menyembunyikan fakta-fakta bahawa hakim-hakim mendapati cukup bukti yang mengesahkan Anwar terlibat dalam kegiatan homoseksual dan ianya berlaku.

9. Jika dihitung kita akan dapati semua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun 2 di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya.

10. Maksudnya, Anwar dibebaskan kerana alasan teknikal bukan menidakkan aktiviti songsang beliau itu.

11. Hingga kini, Mahathir masih berpegang dan percaya bahawa Anwar terlibat dalam gejala songsang. Kerana itu juga penganalisis politik berpendapat bahawa Mahathir tidak akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar jika pakatan pembangkang menang PRU14 nanti.

12. Apa berlaku sekarang hanya sandiwara Mahathir supaya dipercayai oleh kepimpinan dan penyokong-penyokong PKR, DAP dan PAN.

Sumber: http://klxpress.com.my/editorial/31129-pengakuan-terbaru-mahathir-tentang-kes-liwat-anwar.html

Tuesday, March 13, 2018

MANIFESTO PAKATAN SARAPAN: LU PUNYA SEMBANG, GAJAH BOLEH TERBANG #ManifestoPH #HarapanPalsu

LU PUNYA SEMBANG, SAMPAI GAJAH PUN LU KATA BOLEH TERBANG! Itu yang yang ingin dikatakan apabila PH melancarkan manifestonya yang merupakan janji belanjawan PH jika menang PRU14 akan datang ini.....

Hai! Lama sangat tak menulis, rasa kekok almaklum baru balik bercuti luar negara. Hahahaha

Agak hampir tergelak apabila PH masih mahu mengekalkan GST yang mana satu masa dulu mereka-mereka inilah yang menolak GST. Namun apabila Tun M masuk PH, semua dah U-Turn.

Baru nak warming up menulis semula ni... Sebelum tu, meh tengok janji kerjaan Pulau Pisang sebelum pilihnraya, MANIFESTO bukan JANJI.