Konco-konco ku

Thursday, June 15, 2017

KETUA PENERANGAN PEMUDA SELANGOR CABAR ARMADA ANJUR DEBAT 'NOTHING TO HIDE'

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Mohd Nazri Amin berkata Ketua Sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seharusnya mencuri peluang sedia di atas persoalan yang dilemparkan Exconya untuk membuktikan betapa parti itu adalah parti yang “nothing to hide”.

Jelasnya lagi adalah sesuatu  yang cukup memalukan diri sendiri apabila Syed Saddiq sibuk mahu menganjurkan debat “nothing to hide” tetapi  partinya sendiri mengamalkan perkara semua disembunyikan.

Justeru tambah beliau inilah peluang dan kesempatan terbaik untuk Syed Saddiq menganjurkan debat “nothing to hide” antara Exconya dengan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Inilah perkara pertama yang mereka perlu jawab dan bukannya ghairah mencabar di sana sini seperti mana bak kata pepatah ayam berkokok berderai-derai tetapi ekornya bergelumang dengan tahi. Jawablah dulu persoalan yang dibangkitkan itu.

“Lagi pun yang melontarkan dakwaan berkenaan bukanlah orang asing tetapi di kalangan mereka sendiri dan inilah yang sepatutnya mereka utamakan. Jawablah dulu apa yang ditimbulkan itu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dilaporkan sebelum ini, Exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz Azhar berkata, pelbagai soalan diajukan oleh ahli peringkat akar umbi mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga skandal Nika Ghee dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bagaimana pun semua soalan itu akan dielak daripada dijawab oleh mereka yang berkenaan ketika mesyuarat bersama dan saya sendiri menghantar pesanan ringkas kepada Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetapi semuanya membisu seperti ingin melindungi sesuatu.

“Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui kebenaran. Jika mereka tidak jujur maka selama ini perjuangan kami untuk parti adalah sia-sia,” jelasnya pada sidang akhbar.

Mengulas lebih lanjut Nazri seterusnya berkata cabaran terhadap Datuk Seri Najib untuk menghadiri debat yang mereka anjurkan sekadar untuk mengalih isu dan seterusnya mengelakkan daripada menjawab persoalan berkenaan.

Kata beliau inilah gaya politik dan permainan mereka yang cuba mengaburi rakyat daripada isu-isu serta perkara yang boleh menjejaskan reputasi parti berkenaan.

“Percaya segala lontaran persoalan yang dibangkitkan itu tidak akan mendapat jawapan yang sebenar bukan sahaja daripada Syed Saddiq malah daripada pucuk pimpinan mereka sendiri. Apa kita tunggu dan lihat selepas ini apa lagi sandiwara mereka selepas cabaran debat tersebut,” ujarnya. -MediaUMNO

Tuesday, June 13, 2017

BONUS SELANGOR 2 BULAN GAJI: SIAPA YANG UNTUNG BESAR?

REZEKI. Itulah yang sepatut diucapkan kepada rakyat negeri Selangor saat ini. Ketika rakyat konon dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi sedang Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang sepatutnya menjaga hal ehwal rakyat Selangor bukan hanya tertumpu kepada penjawat awam kerajaan negeri Selangor sahaja.

Besar bonus 2 bulan gaji kepada seorang kakitangan awam bergelar Menteri Besar ini. Azmin Ali bakal menerima bonus juga 2 bulan gaji dengan jumlah RM87,750 sempena bulan Ramadhan ini.

Tapi masih ramai lagi yang tidak nampak kerana mereka semua dimomokkan konon kerajaan pusat yang membebankan rakyat walhal kerajaan negeri tidak membuat apa-apa untuk membantu meringankan beban rakyat yang ditanggung.

Sedang umum mengetahui bahawa negeri Selangor adalah HATI MALAYSIA yang mempunyai asset berbillion ringgit namun rakyat Selangor yang bukan penjawat awam tidak diambil peduli oleh Menteri Besar sendiri.

Apa insentif atau bonus yang diberikan kepada pekerja swasta? petani? pekebun kecil? peniaga kecil? penjaja? sehinggalah kepada ibu tunggal.

Adakah kerajaan Selangor ini hanya didiami oleh penjawat awam negeri Selangor hingga mereka dimanjakan dengan satu amount yang cukup banyak iaitu 2 bulan gaji!

Mana janji kerajaan pakatan yang katanya KERAJAAN BERKEBAJIKAN?!


Friday, June 2, 2017

SELAMATKAN MALAYSIA ATAU SELAMATKAN MUKHRIZ?? - ARMAND AZHA

Tertarik saya nak komen mengenai Tun sedia jadi PM jika Pakatan menang PRU14 nanti.

Jika kita lihat kebelakangan ini perebutan kuasa untuk menjadi PM selepas PRU14 diantara Parti2 Pakatan hebat diperkatakan.

PKR secara konsisten mahukan Anwar sebagai PM, Amanah mencadangkan Mat Sabu sebagai PM , Bunga kejap mahukan Muhyiddin kemudian Mukhriz kini terbaru Tun M pulak menyatakan hasrat beliau pada usia 92tahun .

Seperti biasa DAP memainkan peranan dalam isu ini dimana mengambil pendekatan menyokong semua pihak, kerana mereka mempunyai agenda utama iaitu siapa sahaja jadi PM dibawah Pakatan harus akur pada tiap agenda DAP 

Laungan politik baru utk anak muda yang dibawa oleh Pakatan jelas hanya omongan kosong kerana secara jelas calon2  PM yang mereka namakan adalah REMAJA TUA .

Ini baru cerita siapa nak jadi PM dibawah Pakatan belum lagi pembahagian kerusi2 PRU14 nanti .

Bagi saya kenyataan Tun M ini lebih kepada untuk menyelamatkan masa hadapan politik anak emas beliau Mukhriz dalam arena politik negara. Tun M merancang semua strategik politik beliau untuk memastikan kesinambungan kuasa politik bagi anak emas beliau.

Jika kita nilaikan gerakan dibawah Tun M ini lebih kearah politik peribadi daripada kepentingan rakyat. Rakyat dimomokkan dengan laungan "Selamatkan Malaysia" dimana sepatutnya laungan "Selamatkan Mukhriz" adalah gerakan tersirat beliau .

Sejarah tidak boleh dipadam, kita tahu beliau pernah jadi PM selama 22tahun, beliau juga pernah dikecam teruk malah pernah didesak letak jawatan diera zaman beliau jadi PM .22tahun beliau jadi PM, pelbagai skandal dan isu panas yg ada ketika era beliau. Jadi jangan ingat rakyat lupa sejarah, beliau bernasib baik ketika zaman beliau jadi PM tiada sosial media seperti hari ini.

Saya sebagai generasi muda zaman pemerintahan Ds Najib rasakan, niat Tun M itu sekadar lebih untuk menyelamatkan politik Mukhriz daripada kepentingan negara.

Saya berdiri teguh bersama kepimpinan Ds Najib dan kepimpinan Barisan Nasional kerana secara konsisten membawa POLITIK KHIDMAT BAKTI melebihi politik nafsu kebencian oleh Pakatan.

PRU14 saya undi Barisan Nasional

Ikhlas
Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
2hb Jun 2017
2.30ptg

KERAJAAN SELANGOR BAKAL ROBOH KUIL 126 TAHUN

INILAH sikap sebenar kerajaan Selangor yang dibanggakan oleh penyokong-penyokong mereka. Sebelum dapat kuasa pelbagai janji manis yang dibuat, pelbagai sumpah diungkap namun setelah punya sedikit kuasa segala peluang dan kekayaan negeri hendak dikaut dengan sewenang-wenangnya.

Terkini, sebuah kuil yang berusia 126 tahun bakal dirobohkan atas alasan pembangunan. Kuil yang dimaksudkan adalah Kuil Sri Maha Mariaman di USJ 20, Subang Jaya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Encik Thangga Raju, Setiausaha Kuil Sri Maha Mariamman menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak sensitif memindahkan kuil tersebut semata-mata untuk memberi laluan kepada pemaju One City Development Sdn Bhd membangunkan projek hotel mewah di atas tanah berkeluasan satu (1) ekar tersebut.

Beliau juga kesal terhadap EXCO Negeri Selangor, YB Ganabatirao kerana langsung tidak mengendahkan pandangan pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman dengan mengambilkira usia kuil ini telah pun mencecah 126 tahun bermula sebagai kuil kecil dalam Ladang Seafield, 1891.

Beliau merujuk kepada minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Selangor pada 14 Januari 1987 pada Perenggan 4.1.22: "...pemaju dikehendaki memperuntukkan kawasan bagi maksud Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) [SJKT Seafield, USJ 20] seluas kira-kira 5 ekar dan tapak untuk Kuil Sri Maha Mariamman seluas kira-kira 1 ekar di tempat yang sedia ada..."

Merujuk kepada surat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman bertarikh 10 Ogos 1995 yang menyebut “…adalah dimaklumkan kedudukkan kuil ini tidak terjejas sepertimana yang dinyatakan oleh pihak pengurusan Lembaga Lebuhraya Malaysia…”

Beliau juga merujuk kepada surat YB Datuk K. Sivalingam, EXCO Perumahan, Pekerja Ladang & Lombong Negeri Selangor kepada pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman bertarikh 27 Ogos 2001 yang menyebut “…untuk maklumkan tuan, Mesyuarat EXCO yang telah diadakan pada 08.08.2001 telah meluluskan supaya Kuil Sri Maha Mariamman, Seafiled (HICOM) dikekalkan di tapak lama…”

Pihak EXCO Negeri Selangor, YB Ganabatirao berniat menggantikan pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman yang ada sekarang dengan pengurusan baru pro pakatan pembangkang. Sedangkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 Februari 2014 telah memutuskan bahawa pihak-pihak yang telah bersetuju bahawa keputusan untuk Badan Pengurusan yang baru bagi kuil ini hendaklah ditangguhkan sehingga penyerahan pemilikan baru di atas tapak baru atas.