Konco-konco ku

Thursday, November 30, 2017

PROKSI AZMIN ALI DITAHAN SPRM

Anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid  dan 2 lagi  ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari tadi  bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.

Dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta ditemui dan beberapa akaun dibekukan. Dijangka esok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuat penahanan reman di mahkamah mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Nuzul Fadli 34 tahun tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.


Wednesday, November 29, 2017

AZMIN BERTANDING DI SHAH ALAM PRU14 SELEPAS DICABAR JAMAL

KENYATAAN Dato' Sri Jamal, Pengerusi NGO Malaysia yang mahu bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa nampaknya menggusarkan Menteri Besar Selangor itu apabila sudah terdengar-dengar yang Azmin akan berpindah bertanding ke Shah Alam iaitu kerusi selamat bagi beliau.

Sebelum ini Jamal menyatakan hasrat beliau untuk bertanding menentang Azmin di kawasan Bukit Antarabangsa selepas mendapat restu daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Namun kemungkinan besar hasrat Jamal untuk bertanding melawan Timbalan Presiden PKR itu mungkin tidak menjadi kenyataan apabila Azmin dikatakan sudah tidak berminat lagi dengan DUN Bukit Antarabangsa.

Dalam kenyataan lain Jamal memaklumkan beliau memilih Bukit Antarabangsa untuk ditandingi kerana beliau merasakan hanya beliau yang layak menentang Azmin.


Thursday, November 23, 2017

RUGI KALAU PERGI KL TAK SINGGAH KE #EXPONEGARAKU #S14

Hanya tinggal satu hari, cuti sekolah akan bermula. Ibu bapa sudah pasti mahu merancang aktiviti menarik untuk anak-anak.

Bagi mereka yang berkemampuan boleh memilih pergi melancong ke luar negara tetapi jika tidak, anda masih boleh berkunjung ke tempat menarik atau bercuti dalam negara. 

Sempena cuti sekolah, orang ramai khususnya rakyat Malaysia tidak seharusnya melepaskan peluang berkunjung ke Expo Negaraku 2017 yang mula diadakan sejak 15 November lalu sehingga 15 Disember ini.

Mungkin anda pernah berkunjung ke Muzium Negara atau pelbagai pameran lain sebelum ini tetapi percayalah, ekspo kali ini suatu yang berbeza untuk anda saksikan dan paling penting, ia cukup menyeronokkan buat pengunjung kanak-kanak.

Program yang dianjurkan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri ini dijangka memberi tarikan pada ramai pengunjung termasuk pelancong asing dengan konsep pameran yang lebih menghiburkan dengan lima kubah besar berwarna putih.

Pengunjung bukan saja diberi pendedahan mengenai sejarah pembangunan Malaysia tetapi menyelami inspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan paling penting menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.

PAKATAN HARAPAN BEREBUT KERUSI PAS DI SELANGOR

Pertandingan tiga penjuru di Selangor dalam PRU14 semakin pasti berlaku apabila Pakatan Harapan mengumumkan persetujuan untuk membahagikan sejumlah 21 kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PAS selepas parti itu meninggalkan blok pembangkang bagi menubuhkan Gagasan Sejahtera.

Menurut laporan Oriental Daily, daripada 21 kerusi itu, DAP diberikan enam kerusi, iaitu Taman Templer, Paya Jaras, Dusun Tua dan Lembah Jaya, manakala dua lagi kerusi iaitu Meru dan Tanjong Sepat kemungkinan akan bertukar dengan PAN di saat akhir.

Selain itu, DAP juga hampir pasti meletakkan calon-calon Melayu di kesemua enam kerusi tersebut sekaligus bakal mencetus pertembungan sengit dengan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera.

PAN pula diberikan tugas merampas DUN   Chempaka, Seri Serdang, Morib dan Bangi sementara parti bermasalah, PPBM akan mengambil alih kerusi-kerusi di DUN Sabak Bernam, Batang Kali, Sungai Burung, Sungai Air Tawar dan Hulu Bernam.

Berdasarkan keputusan pembahagian kerusi ini, jelas dilihat kesungguhan DAP untuk menawan negeri Selangor secara mutlak melalui PRU14 dengan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti orang Melayu meskipun parti itu sendiri bersikap dingin terhadap kaum Melayu di negara ini.

Dalam sesi pemilihan semula CEC DAP misalnya, tiada seorang pun calon Melayu berjaya melepasi senarai 20 orang anggota jawatankuasa pusat tersebut melalui undian yang dilakukan pada 12 November yang lalu. Dalam bahasa yang lebih lunak, Melayu tiada tempat langsung dalam parti cauvanist ultrakiasu itu.

Tidak dapat disahkan adakah keputusan pembahagian kerusi ini turut dipersetujui oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar. Sumber terdekat bagaimanapun membayangkan Azmin masih berminat meneruskan rundingan dengan PAS bagi membentuk kerjasama berasingan dalam usaha beliau mengekalkan kedudukannya.

Azmin berulang kali meluahkan kerisauannya semasa mesyuarat dalaman PKR negeri berhubung situasi semasa Pakatan Harapan di Selangor yang dilihat semakin goyah. Beliau juga tanpa berselindung turut meragui kemampuan parti serpihan seperti PAN dan PPBM untuk mendapatkan sokongan orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Bagi pemerhati politik, sekiranya pertandingan tiga penjuru menjadi kenyataan, peluang untuk Azmin Ali mengekalkan kerajaannya semakin tipis lebih-lebih tanpa PAS yang diketahui menjadi faktor utama kemenangan pakatan pembangkang di Selangor dalam dua siri pilihan raya umum sebelum ini.

Adakah Azmin Ali hanya akan berdiam diri sahaja selepas ini?

TANPA PAS, PAKATAN TIADA HARAPAN


Monday, November 20, 2017

LEBIH SERIBU HADIR CERAMAH PAKATAN HARAPAN DI KAPAR, SELANGOR

MALAM tadi, bertempat di Dewan MPK Meru, Klang seramai lebih '1000' orang hadir bagi mendengar ceramah yang julung-julung kali diadakan di Parlimen Kapar serta DUN Meru ini. 

Beruntung rakyat Meru dihidangkan dengan ceramah merapu dan tidak mendapat sambutan yang dianjurkan oleh PH Parlimen Kapar ini. Mungkin mereka akan kenyang dengan cerita-cerita bohong dan fitnah yang diucapkan oleh barisan kepimpinan teragung dari PH ini.

Pelawak-pelawak politik yang dibarisi malam tadi boleh kata agak hebat dengan penampilan daripada Dato' Rashid Ashaari (Pengerusi PPBM Selangor), Ir Izham Hashim (Pengerusi PAN Selangor), Manivanan (AP Kapar), Khalid Samad (AP Shah Alam) serta Saifuddin Nasution (Penasihat LGE).


Kerusi yang disediakan adalah 1000 namun yang hadir hanya tidak sampai 200 orang. Jangkaan mereka PAS Meru akan turut serta namun jangkaan mereka meleset teruk kerana bukan sahaja ADUN Meru tidak hadir namun pengikut PAS juga turut memboikot program tersebut.

Orang ramai yang hadir mendengar cerita fitnah mereka pula bukanlah dari rakyat setempat malah dimaklumkan mereka yang hadir adalah dari luar parlimen dan turut diberikan duit minyak RM50 satu kereta untuk hadir.

Mukhriz yang dicanang akan hadir membatalkan kehadirannya kerana sudah dimaklumkan lebih awal tentang kehadiran yang amat amat mendukacitakan.


Tuesday, November 14, 2017

PPBM Bahagian Batu Gajah bubar

Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah, Mohd Shirin Adenan, hari ini mengumumkan keluar parti bersama 18 Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu, sekali gus membubarkan bahagian berkenaan.

Tindakan beliau yang disertai lebih 1,000 ahli PPBM bahagian terbabit, menyusul selepas tiga lagi ketua penaja bahagian PPBM di Perak, iaitu Gopeng, Parit dan Kuala Kangsar berbuat demikian sebelum ini.

Mohd Shirin berkata, mereka sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap arah tuju perjuangan PPBM, khususnya di peringkat negeri yang diterajui Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja sebagai Pengerusi PPBM Perak.

"Dia dilantik hanya kerana dia orang (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir). Ia benar-benar membuka mata kami PPBM sebenarnya tidak seperti kami harapkan. Faizal tiada pengalaman untuk menerajui parti baharu, hubungannya juga sangat terbatas.

"Ia membuatkan PPBM Perak tidak ubah seperti sekumpulan anak ayam kehilangan ibu. Kami tidak yakin Faizal mampu menerajui pakatan pembangkang di Perak dan bingung mengapa pemimpin lebih berpengalaman tidak dipilih," katanya.

Mohd Shirin berkata, selain soal kepemimpinan negeri, isu terbaru membabitkan status pendaftaran Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) sebagai sayap PPBM juga turut mengecewakan ahli akar umbi.

"Ini membabitkan perlembagaan parti. Isu ini juga tidak dijelaskan dengan baik oleh pimpinan atasan dan ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa cemas dalam kalangan ahli.

"Kami berharap dengan keluar parti dan letak jawatan secara beramai-ramai ini, akan memberikan kesedaran dan keinsafan terhadap pemimpin atasan supaya lebih peka terhadap masalah dalaman parti pada masa hadapan," katanya.

Mohd Shirin yakin akan ada beberapa ketua penaja bahagian lain yang akan mengikut jejak langkah sama dan sudah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan PPBM negeri.

Katanya, rata-rata ketua penaja bahagian tidak berpuas hati dengan kepemimpinan tertinggi PPBM negeri yang dilihat lemah, tidak pandai menjaga kebajikan ketua penaja bahagian serta orang bawahan.

"Jika PPBM mahu menang pilihan raya dan memberikan impak besar, mereka perlu lipat gandakan usaha, jaga semua jentera, bukan sahaja ARMADA dan Srikandi, tetapi juga semua ketua penaja bahagian," katanya. - BH

Monday, November 13, 2017

TANPA KITA SEDAR: HIMPUNAN KRISTIAN TERBESAR TELAH DI ADAKAN DI SHAH ALAM


Apa yang telah berlaku di Shah Alam, yang orang Shah Alam sendiri tak sedar?

Selama 3 malam berturut-turut, Stadium Melawati, Shah Alam menganjurkan ceramah dan konsert Kristian J316 yang membawakan khas paderi terkenal iaitu Rev. Nathan Morris.

Persoalannya, mengapa acara keagamaan Kristian dianjurkan di Shah Alam? Sedangkan majoriti 92% dari 578,000 penduduknya adalah orang Melayu dan beragama Islam?

Di mana Menteri Besar Selangor? Apa ahli Parlimen Shah Alam buat?

Siapa Paderi Nathan Morris?

Beliau merupakan seorang Evangelist yang terkenal dengan gerakan 'J316: The Bay of The Holly Spirit Revival'.

Dalam ceramah dan jelajahnya di seluruh dunia, beliau terkenal dengan kehebatan menyembuhkan penyakit seperti buta, kanser, lumpuh dan dipercayai boleh menghidupkan orang yang telah mati. Oleh itu beliau digelar sebagai 'The Son of Jesus' oleh pengikut fanatik beliau.

Mengapa Shah Alam menjadi pilihan penganjuran Ceramah Kristian Terbesar ini?

Mengapa Shah Alam menjadi pilihan untuk penganjuran ceramah dan konsert Kristian terbesar tahun ini? Sedangkan gereja terbesar di Asia Tenggara iaitu Gereja Calvary terletak di kawasan Bukit Jalil hanya 15 minit perjalanan dari Shah Alam.

Jawapannya ada di 'Subang Jaya'; iaitu jiran bersebelahan Shah Alam.

Ingatkah anda pada YB Hannah Yeoh? Speaker DUN Selangor yang juga merupakan Evangelist DAP. Di dalam bukunya 'Becoming Hannah', beliau menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia.

*Hikayat Bandaraya Kebanggaan Orang Islam dan Melayu

Shah Alam yang dulu-dulu bukan seperti Shah Alam yang sekarang...

Shah Alam sekarang dinodai dengan pusat urut, pusat judi, kelab malam dan wayang gambar, kini menjadi tuan rumah acara Kristian terbesar 2017...

Shah Alam membangun dengan begitu pesat hingga hilang serinya sebagai bandaraya Islam dan Melayu termoden...

Tidak mustahil dalam masa 10 tahun lagi, Shah Alam akan hilang majoriti penduduk Melayunya dan calon DAP menjadi wakil rakyatnya...

Kroni Azmin Ali Dapat Tanah Percuma di Sungai Yu, Kuala Selangor


SEJARAH LATARBELAKANG ISU

1. Tanah yang terlibat adalah sebidang tanah kerajaan negeri seluas 40 ekar yang terletak di Kg Sg Yu, DUN Permatang, Parlimen Tanjong Karang, Daerah Kuala Selangor

2. Tanah ini telah di “Gazetkan” kepada kaum India pada masa Tan Sri Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar

3. Pengisytiharan penggezetan ini belum dibuat secara bertulis, tetapi hanya secara verbal, dan tiada sebarang dokumen bertulis mengenai penggazetannya kepada kaum India...

4. Dari 40 ekar tersebut,
i. 4 ekar telah diperuntukan untuk kuil, Dewan dan Sekolah Tamil
ii. 36 ekar lagi untuk penempatan penduduk kaum India yang di syaratkan mestilah
a. Penduduk tempatan
b. Pendapatan dibawah RM3 ribu.
c. Mestilah bekeluarga atau sudah berkahwin

5. Selain Kaum India, Kaum Melayu dan Kaum Cina juga telah diperuntukan tanah seperti tersebut di Sg Yu dan setiap kaum menerima pembahagian tersebut dengan gembira

6. Oleh kerana beberapa masalah, pembahagian tanah tersebut menjadi sedikit masalah dan tertunda beberapa lama sehingga tahun 2008 dimana BN kalah dinegeri Selangor.


ISU YANG BERLAKU KINI

1. Baru-baru ini timbul kekecohan kerana pembahagian yang tidak adil dan tidak telus oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala selangor dibawah pentadbiran PKR

2. Pihak penduduk India Kg Sg Yu telah membentuk Badan Bertindak Tanah Sg Yu bagi membantah beberapa penyelewengan yang terjadi.

3. Mereka sudah membuat 2 kali demontrasi dihadapan Pejabat Tanah Daerah Kuala selangor.

4. Kekecohan ini bermula bila Menteri Besar turun ke Kg Bukit Belimbing dan menyampaikan borang 5A, surat tawaran pemilikan tanah untuk tanah di Kg Sg Yu tersebut

5. Tanah 36 ekar telah di pecah lot dan menjadi 175 lot untuk tapak rumah

6. Dari 175 lot tersebut, berikut adalah pecahan penerima borang 5A, Tawaran pemilikan tapak rumah tersebut

i. 2 orang Cina
ii. 20 orang Melayu
iii. 153 orang India

7. Setiap penerima borang 5A dikenakan membayar RM42 ribu sebagai bayaran premium dan perlu menjelaskan RM14ribu untuk membuat rumah dan tingal diatas tanah lot tersebut.

8. Dikhabarkan tidak boleh dipindah milik. Jika ingin pindah milik atau dijual, pembeli kena membayar tambahan RM25ribu bagi penukaran nama dalam geran tanah tersebut.

9. Pihak Jawatan Kuasa bertindak juga menyebutkan bahawa YB Ganapathy Rao sebagai EXCO yang memainkan peranan penting dalam kes ini dan dikawasan, YB Ganabathy Rao dibantu oleh Narayanasamy a/l Ponniah, orang kuat PKR dan merupakan seorang peniaga sawit yang menjadi yang menjadi penghubung dengan EXCO.

10. Narayanasamy dan seorang lagi orang kuat PKR yang bernama Tanggarasu Maniam dikenalpasti sebagai orang yang mendapat 15 lot setiap seorang dimana lot mereka dinamakan atas nama proksi mereka seperti isteri, anak, anak saudara, adik beradik dan suku sakat mereka. Jumlah lot untuk dua inidividu ini sahaja 30 Lot.

11. Jawatankuasa juga mempersoalkan kenapa beberapa orang yang tidak menepati kreteria dan kaya mendapat tanah tersebut, seperti
a. 2 orang cina yang kaya, mempunyai banyak tanah dan kilang juga menerima surat 5A..
b. 2 orang Doktor dari kawasan lembah kKelang
c. 60 orang luar yang langsung tiada kaitan dengan Sg Yu malah Sg Yu pun mereka tak tahu dimana letaknya.

12. Pejabat tanah juga menegaskan mereka memilih tanpa ada temuduga dan hanya mengikut arahan YB EXCO Ganapathy Rao

13. Jawatankuasa juga telah membuat laporan kepada SPRM Selangor tetapi mereka kecewa bila aduan mereka tidak dilayan sebaik mungkin..

14. Kali ini jawatankuasa akan mengadakan sekali lagi demo bantahan dengan mengeluarkan 200 orang dan akan membuat aduan kepada SPRM Putrajaya.

15. Perkara ini nyata satu penyelewengan yang terancang dan bertujuan memungut duit untuk kerajaan negeri dengan mengfenakan premium yang tinggi kepada penerima.

16. Dengan premium yang tinggi, ramai orang miskin di Kg Sg Yu tidak akan dapat membayar premium dan ini akan membuka ruang kepada orang yang berkepentingan membeli tanah tersbut dari penerima

17.    Tiada langsung ciri Negeri berkebajikan yang mahu membantu rakyat kerana premium yang dikenakan terlalu tinggi dan tidak mengambilkira pendapatan rakyat, terutama perlu membayar RM14ribu jika mahu masuk ketapak dan membina rumah..

Salahguna Dana MARRIS RM2.95 Billion Melanggar Kod Tadbir Urus Baik (Good Governance)

(1) Menteri Besar Selangor YAB DS Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Bajet Selangor 2018 pada petang Jumaat 03/11/2017 minggu lalu menyebut perkataan good governance atau tadbir urus baik kononnya menjadi teras pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR/PH.

(2) Adakah kod tadbir urus baik membenarkan penyorokkan dana RM2.95 Billion Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) Kerajaan Persekutuan yang diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Selangor sejak 2012 hingga 2017 tidak ada penyata kewangan yang jelas? Perkara ini dibangkitkan ADUN BN Batang Kali YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dalam Sidang DUN Selangor pada 06/11/2017 Isnin.

(3) Dalam kod tadbir urus baik, antaranya ialah transparency and efficiency (ketelusan dan kecekapan). Tetapi dalam soal dana MARRIS RM2.95 billion ini, pentadbiran PR/PH di Selangor langsung tidak mempraktikkan ketelusan dan kecekapan mengurus wang rakyat untuk rakyat.

(4) Secara tidak sengaja EXCO Perumahan Selangor YB Datuk Iskandar Abdul Samad pada 01 Ogos 2016 mendedahkan bahawa Selangor terpaksa guna peruntukkan MARRIS untuk penyelenggaraan pangsapuri kos rendah kerana tidak cukup dana untuk tujuan itu dalam kantung Kerajaan Negeri Selangor.

(5) Dalam konteks tadbir urus baik yang seringkali dilaungkan oleh Azmin Ali, menyalahguna dana khas MARRIS untuk tujuan selain daripadanya, itu sudah melanggar kod etika tadbir urus. Jika dalam korporat, pelanggaran kod tadbir urus korporat oleh CEO, Pengarah Urusan atau mana-mana pemegang jawatan utama syarikat akan menyebabkan mereka hilang jawatan. Itu dalam korporat.


Apakah pula tindakkan rakyat untuk menghukum PR/PH dan Menteri Besar Selangor dalam soal pelanggaran kod tadbir urus kerajaan yang beliau sendiri sering laungkan?

Wednesday, November 8, 2017

Teguran kepada Surat Terbuka Sdra Syed Saddiq kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor


1. Saya ingin menyentuh mengenai Surat Terbuka Sdra Syed Saddiq , ketua Armada Bersatu kepada Sultan saya , DYMM Tuanku Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah.

2. Saya kurang pasti dari negeri mana dan salasilah usul Sdra Saddiq , tetapi secara ringkas , surat yang ditulis kepada DYMM Tuanku Selangor biadap dan kurang hormat , terutamanya , dengan nada yang seolah-olah mahu mengajar DYMM Sultan Selangor untuk memahami isu berkenaan. 

3. Menurut Sdra Syed , DYMM Sultan Selangor 'salah faham' mengenai isu pernyataan Pengerusi Parti Bersatu terhadap keturunan Bugis.

4. Atok dan bapa kepada ayahanda saya adalah dari keturunan Bugis .
Kami berasal dari Kuala Selangor - Negeri Selangor .
Ini bermakna , saya juga mempunyai darah Bugis yang mengalir dalam tubuh. Namun , penulisan ini bukan berkenaan dengan saya.

5. Perkara ini amat asas dan mudah , dimana , pendengar jelas boleh tahu di mana betul dan di mana salah. Tiada gunanya Sdra Saddiq cuba mempertahankan perkara yang salah , di mana secara nyata , umum tahu , sehingga ke seluruh pelusuk Nusantara juga tahu , pernyataan itu ada mengkaitkan dan merujuk kepada bangsa Bugis itu sebagai Perompak dan Lanun. Kalau tiada angin , masakan pohon bergoyang.

6. Sekarang , sudah terlambat jika seolah-olah pernyataan itu hanya dirujuk kepada Perdana Menteri Malaysia sahaja , tetapi ianya telah menyinggung terutamanya mereka dari keturunan Bugis.

7. Sebagai seorang yang boleh dianggap waras dan berpendidikan , saya berharap agar Sdra Saddiq dapat membezakan diantara perkara yang salah dan yang benar. Yang salah tetap salah , yang benar tetap benar.

8. Saya juga amat berharap , pemimpin parti Bersatu memberhentikan segala nada politik yang membawa kepada kebencian puak dan kaum , yang boleh mengundang perpecahan rakyat dan mengugat kestabilan Negara.

9. Perkara Ke-Dua didalam Rukun Negara adalah KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Ini perkara asas.

10. Dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia yang mendukung Rukun Negara , tingkah laku Syed Saddiq terhadap DYMM Sultan Selangor ini, seolah-olah memperlekehkan kenyataan DYMM Tuanku, keterlaluan dan biadap , terutamanya kerana beliau menulis secara 'terbuka' kepada DYMM Sultan Selangor , dan kandungannya di saji diruang umum , dengan nada seolah-olah ingin mengajar DYMM Sultan Selangor yang dikatakan 'tidak faham' dengan mencuba menegakkan benang yang basah.

11. Dalam surat terbuka yang sama , Sdra Saddiq mengambil kesempatan untuk memesongkan banyak perkara-perkara lain yang tiada langsung ada kaitan dengan Kenyataan Akhbar DYMM Sultan Selangor mengenai kemurkaan dan kekecewaan DYMM Tuanku mengenai pernyataan Pengerusi Parti Bersatu.

12. Saya berharap agar anak-anak muda Malaysia hari ini dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari tingkah laku Sdra Saddiq dalam isu ini , dengan tidak mengulangi , dan mencemari institusi Kesultanan di Negara ini.

13. Kita perlu menjauhi perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang boleh memurkakan dan menderhakai Raja-Raja dan Sultan-Sultan di Malaysia.

14. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mendokong prinsip Rukun Negara , sebagai seorang yang berketurunan Bugis dari Kuala Selangor , sebagai seorang ahli politik muda yang berasal dan membesar di Negeri Selangor , sebagai seorang yang sentiasa taat dan setia kepada Raja dan Negara , saya anggap surat terbuka dengan nada yang sedemikian oleh Sdra Syed Saddiq kepada Sultan saya , DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan , adalah keterlaluan dan amat biadap.

'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'

Sekian
Terima Kasih

*Mohamed Hazali Abu Hassan*
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Biro Antarabangsa PPUM Malaysia
AJK UMNO Kuala Selangor

8 November 2017