Konco-konco ku

Showing posts with label Mat Tyson. Show all posts
Showing posts with label Mat Tyson. Show all posts

Monday, September 18, 2017

IMPAK PELOMPATAN MAT TAIB KE DALAM UMNO SEMULA

PETANG semalam, Presiden UMNO, DS Najib membuat kejutan dengan ingin mengadakan sidang media khas yang mana turut menjemput Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia bersama semua Ketua-ketua Bahagian di Selangor.

Pada awalnya ramai yang berteka-teki sama ada pengumuman tarikh PRU-14, pengumuman kerajaan perpaduan dengan PAS mahupun ura-ura kemasukan kembali pemimpin PPBM (Parti Bunga) ke dalam UMNO semula.

Akhirnya, selepas bermesyuarat bersama barisan MT UMNO... DS Najib mengumumkan bahawa TAN SRI MUHAMAD BIN MUHD TAIB (MAT TAIB) KEMBALI KE UMNO!!!!

Salute PSYWAR yang dikendalikan oleh DS Najib. Bijak untuk membuatkan orang ramai terutama pembangkang untuk berkira-kira dan mentafsir apa yang berada di dalam pemikiran DS Najib.

NAMUN, impak yang diperolehi setakat malam tadi berkenaan berita kemasukan kembali Mat Taib ke dalam UMNO ternyata dingin dan kurang mendapat sambutan. Ini kerana Mat Taib bukanlah HARDCORE dalam pembangkang.

Walaupun beliau kerap melompat daripada UMNO ke PAS ke PKR dan ke UMNO semula, namun beliau tidak memegang jawatan kukuh dalam parti PAS mahupun PKR yang boleh beliau bawa pulang ke dalam UMNO. 

Mat Taib sama juga seperti bekas-bekas pembangkang lain yang masuk ke dalam UMNO. Hanya akan berguna di atas pentas ceramah sahaja tidak lebih dari itu. Dan percayalah satu masa nanti apabila beliau sudah bosan, beliau juga AKAN KELUAR UMNO lagi sekali.

Walaupun Dato' Satim Diman (Ketua UMNO Puchong) akan membawa Mat Taib untuk Jelajah Kasih Negeriku yang bermula pada 24 September ini di DUN Selat Klang, percayalah hanya itu sahajalah tempat Mat Taib membuktikan bahawa beliau benar-benar ikhlas bersama UMNO semula.

Mohon ahli UMNO jangan terlalu gembira mahupun terlalu memprotes tentang kemasukan kembali Mat Taib ke dalam UMNO. Kita kena beri Mat Taib masa untuk membuktikan yang kata-kata beliau bukanlah hanya retorik semata.

Jadi, selamat menonton drama bersiri terbaru ini.

Sunday, February 23, 2014

ANWAR TERDESAK GUNA PENGARUH MIKE TYSON! #PRKKAJANG

DALAM menghadapi dan memenangi kerusi Adun Kajang yang akan ditentukan pada 23 Mac depan, Anwar terpaksa menggunakan bekas MB Selangor, Mohammad bin Mohammad Taib. Ini bagi mengetahui selok belok negeri Selangor bagi menduduki tampuk pemerintahan selepas berjaya menurunkan Khalid dari kerusi MB.

Perkara ini bukan rahsia lagi apabila satu gerakan telah dirancang bagi mengambilalih pentadbiran Khalid sekarang.

Anwar kerap kali bertemu dengan Mat Tyson bagi mengorek rahsia-rahsia pentadbiran negeri Selangor agar apabila Anwar berjaya menjadi Menteri Besar, semakin mudahlah kerja-kerja pengurusan negeri.

Maklumat yang diterima, pada tempoh berkempen selepas pengumuman calon pada 11 Mac akan datang Mat Tyson akan ditugaskan untuk berceramah seluruh Kajang bagi memastikan kemenangan Anwar di Kajang.

Tidak dinafikan yang memang pengaruh Anwar cukup besar di Kajang, sehingga mampu mengalahkan calon BN Chew Mei Fun dengan mudah namun perlu diingat apa yang bakal terjadi selepas Anwar menang maka akan bergegarlah negeri Selangor dengan pelbagai isu yang akan ditimbulkan. Dan yang lebih teruk kemungkinan besar konflik antara rakyat dan Sultan juga bakal tercetus.

Tak percaya?

Kita sama-sama tunggu dan lihat.


Posted via Blogaway