Konco-konco ku

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru 2011


Malam ini tibalah waktu yang ditunggu selama hampir setahun iaitu 2011. Mungkin ramai remaja-remaja kita yang sudah membuat perancangan awal untuk aktiviti menyambut tahun baru Masihi. Mungkin sudah ditempahnya tiket-tiket wayang, konsert atau parti sempena kedatangan 2011. Maka akan sibuk lah remaja-remaja Melayu bertempiaran ke serata Malaysia khususnya Kuala Lumpur untuk menyaksikan sambutan yang gilang-gemilang dengan percikan bunga api di angkasa raya. Dan tidak mustahil lah akan penuhlah kelab-kelab malam, pub, disco mahupun dangdut pada malam ini. Maka akan terdetik lah di hati peniaga-peniaga hotel dan motel untuk menurunkan harga sempena sambutan tahun baru ini. Dan tidak mustahil akan terdoronglah remaja-remaja kita ke lembah maksiat dan zina. Minuman keras, zina, homoseksual, lesbian, gaduh, dadah dan yang sama waktu dengannya akan berselerak di atas muka bumi bertuah ini dek kerana golongan remaja yang lupa agama, keturunan dan asal usul. Tidak meriahkan sambutan tahun baru tanpa seks dan mabuk? Adakah setiap kali ada perayaan penting perlu kita melakukan perkara terkutuk yang dibenci Allah ini? Berkata bukan hanya di kota yang pesat membangun malahan di kampung-kampung, ceruk hutan sekalipun jika Syaitan Yang DiRejam menguasai diri para pemuda pemudi maka akan terjadilah juga perkara buruk walau dimana kita berada. Hanya keteguhan iman dan takwa dapat menghalang perkara yang berdosa ini dari berlaku. Fikirkanlah akibat dan kesannya kepada maruah diri dan keluarga kita. Mahukah kita menjadi insan terhina di atas muka bumi Allah ini?

SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada rakyat Malaysia.

~WaKd0b~

Thursday, December 30, 2010

Kenapa Penjawat Awam Ramai Melayu?

Khamis, 30 Disember 2010 - Baru-baru ini kerap kedengaran dari mulut-mulut yang tidak berpuas hati mengapa kebanyakan penjawat awam adalah dari orang Melayu? Berdasarkan statistik yang telah dibuat sejak zaman berzaman, memang orang Melayu menguasai bidang pengurusan di jabatan-jabatan kerajaan kerana kaum lain seperti Cina dan India tidak begitu berminat kerana gaji yang rendah dan tidak punya daya saing yang sihat. Oleh yang demikian kaum Cina memilih untuk berniaga dengan harapan dapat menaikkan taraf hidup sendiri tanpa memikirkan negara malah kaumnya sendiri. Manakala kaum India pula memilih jalan pintas dengan terus bekerja di ladang-ladang getah mahupun sawit untuk menyara keluarga mereka tanpa menghiraukan keadaan negara. Kedua-dua kaum ini sejak sebelum merdeka lagi sudah tertanam di dalam diri masing-masing bahawa Malaysia ini bukanlah negaranya kerana mereka punyai negara nenek moyang. Oleh kerana itulah mereka tidak begitu mengendahkan jawatan-jawatan kerajaan yang secara automatik terisi oleh kaum Melayu.

Kenyataan di atas adalah kenyataan dahulu sebelum ekonomi negara berkembang pesat hasil dari pentadbiran kaum Melayu. Sekarang, Malaysia atau Tanah Melayu sudah bebas merdeka dan mengecapi kemewahan malah terkenal di seantero dunia dan kaum yang tidak tahu malu ini mula mengambil langkah-langkah drastik untuk menguasai Malaysia walau dengan apa cara sekalipun. Kebangkitan isu-isu hangat yang sengaja ditimbulkan untuk melemahkan orang Melayu seperti Hak Istimewa Bumiputera dan DEB selalu diputar belitkan oleh kaum pendatang ini sejak akhir-akhir ini.

Kedengaran pula dari satu pihak bahawa Pakatan Rakyat ingin menghapuskan Pegawai Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan JASA kerana kedua-dua organisasi ini adalah 100% kaum Melayu dari atas hingga ke tukang kebunnya sekali. Dahulu memang ada ura-ura KEMAS akan dilupuskan dari Kerajaan Selangor sejak Pakatan Rakyat menang majoriti di DUN Selangor tetapi hanya angan-angan mat jenin kerana rakyat Selangor masih memerlukan KEMAS untuk anak-anak mereka serta orang-orang tua mereka. 


Kerajaan Persekutuan telah banyak memberi muka kepada kaum lain untuk menyertai jabatan-jabatan kerajaan tetapi kerana angkuh ingin menjawat jawatan yang tertinggi sahaja maka tidak lah lagi di buka 100% jawatan yang berkenaan kepada kaum lain selain bumiputera Tanah Melayu. Akibat tamak dan tidak bersyukur diri sendiri, maka di salahkannya orang Melayu yang kerap mendominasi jawatan awam. Adakah adil menyalahkan orang lain atas keangkuhan sendiri? 

Bekerja biarlah ikhlas.
Jangan jadikan harta sebagai pengukur kemewahan.
Bercakap biarlah beralas.
Jangan terus menyerang binasa badan.

~WaKd0b~

Wednesday, December 29, 2010

Wak Dob Kembali....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada readers yang membaca blog Yong. Yong minta maaf kerana telah lama menghilangkan diri dari dunia siber ini. Yong bekerja menimba pengalaman melihat teletah dan 1001 ragam perangai orang di luar sana. Yang pertama-tamanya Yong nak ucapkan tahniah kepada Harimau Malaya kerana menjuarai Piala Suzuki menumpaskan Garuda Indonesia yang konon gagah di awangan. Walaupun Harimau di darat dan Garuda di awan, Harimau masih mampu melompat tinggi dan menerkam Garuda yang sombong di atas. Ucapan tahniah Yong selaku pengendali jawaber6.blogspot.

Sekian lama Yong tinggalkan dunia blog ini bermacam-macam cerita yang Yong terlepas, semenjak kes Dato' Seri Dr. Khir hinggalah kes Menteri Malaysia rogol pembantu rumah. Penuh drama dalam hidup politik ini. Tidak mengapalah andai semua itu mainan hidup di dunia. Banyak halangan rintangan yang penuh bersilang selagi kita bergelar manusia yang hidup di Bumi Allah ini. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Ingat kita punyai Tuhan yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Hari ini Yong tidak mahu menabur fitnah kepada sesiapa tetapi siapa yang makan cili, terasa lah pedasnya. Berkelana di perantauan, hidup di bandar yang penuh noda dan maksiat, segitiga emas Malaysia, ibu negara Islam yang masyhur, lubuk rezeki tidak mengira siang atau malam, kota yang tidak pernah tidur, itulah Kuala Lumpur. Walaupun sebulan Yong menetap di sana tetapi akhirnya Yong tidak boleh menghadapi bermacam-macam masalah sosial yang berlaku. Iman Yong tidak setebal orang lain. Sebelum Yong terhasut oleh pujukan Syaitan Yang Direjam lebih afdhal kiranya Yong berundur dan kembali ke kampung halaman. 

Bukan lah harta yang dikejar, hanya sekelumit pengalaman memerhati gelagat berbilang bangsa. Masihkah Menteri tidak sedar akan hal yang berlaku? yang begitu ketara di sana adalah gejala sosial trans-gender: Pondan, Pengkid, Nyah dan entah apa lagi istilah yang digunapakai oleh golongan-golongan yang terpesong. Yong tidak sanggup mengkhabarkan di sini. Anda semua dapat lihat dan nilai sendiri gelagat mereka-mereka yang lupa jantina. Elokkah menjadi manusia tidak normal?

Ok lah. mungkin setakat ini dahulu pembuka bicara Yong setelah lama tidak ke udara. Nantikan lah karangan Yong yang tidak seberapa di masa akan datang. terima kasih, xiexie, kesuwon.

~WaKd0b~

Thursday, November 25, 2010

CERAMAH AIR by DAP n PAS

* Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.
* Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.
* Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.
****************************************

Rabu, 24 Nov 2010 - Tergempar dan terus gempar. Yong dapat informasi terbaru dari sumber yang Yong boleh percayai. Di fahamkan pada tanggal 15Dec2010 di Masjid Negara akan diadakan satu piket untuk menyerahkan memorandum "kembalikan hak air kepada rakyat selangor" kepada Duli Yang Maha Mulia Agong. Dikhabarkan, semua pucuk pimpinan pakatan rakyat akan turun sama dan menyokong piket ini. Halal atau Haram Yong tak tahu.

Hari ini ada ceramah dari pakatan rakyat berkenaan isu air di Selangor. Penceramah yang hadir Ng Sue Lim (Sekinchan), Dr. Osman Sabran (Timb. Pesuruhjaya PAS negeri Selangor) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara). Tidak habis-habis isu air. Itu sahaja modal pihak pakatan untuk mengkondemkan kerajaan sejak berjaya menakluk negeri Selangor. Logik ke kalau SYABAS mahu menaikkan bil air kepada 37%? Biasalah adalah putar sikit-sikit. Nama pun DAP. Time ceramah tadi diorang ada bagi pamplet.. Korang boleh tengok apa yang ada di dalam. Tan Sri Rozali jangan saman saya. Saya tulis apa yang ada dalam tu je. hee..
*****************************************
1. Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.
2. RM325 juta 'hilang' apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam SYABAS.
3. Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO SYABAS. Gaji beliau adalah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.
4. RM51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.
5. Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, SYABAS kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.

Betul ke Tan Sri Rozali? Tolong perjelaskan dengan jelas. 
******************************************

Yong pun hairan entah macam mane pihak pakatan ni tahu tentang gaji CEO Syabas. Hairan bin Ajaib. Ok lah berbalik kepada ceramah tadi YB Ng Sue Lim dan YB Tony Pua bersungguh mengajak penyokong Pakatan berhimpun pada 5 December ini. Yong hairan, kenapa mereka memilih Masjib Negara sebagai tempat berhimpun? Bersama orang-orang kafir harbi. Kenapa tidak sahaja di ajukan terus ke Istana Negara. Mengapa perlu ke Masjid Negara untuk majlis penyerahan bantahan?Fikirkan niat sebenar Pakatan Haram ini. Ceramah yang penuh caci maki kepada Khir Toyo dan Noh Omar selaku pemimpin setempat. 

Ceramah tadi hanya berkisar tentang pembelaan air sahaja tidak langsung menyentuh isu-isu semasa berkenaan sosio-ekonomi petani atau nelayan di kawasan sekinchan. Lebih banyak mengutuk dari menasihati walaupun ada seorang pemimpin PAS tetapi dilihat hanya menyepi melihat gelagat Ng Sue Lim mempermainkan kalimah Allah seperti 'Alhamdulillah' 'InsyaAllah' dan beberapa lagi. Sudah lah jawa bertabur masih hendak bercakap jawa walaupun seringkali ditertawakan oleh pendengar. Inilah yang Dr. Khir katakan sebagai kafir harbi, orang kafir yang mengganggu gugat agama Islam. 

Tiada apa yang hendak diceritakan lagi sebab memang ceramah tadi tiada isi-isi penting melainkan isu air dan menandatangani memorandum yang hendak diserahkan kepada DYMM Agong 5 Disember ini. Nantikan lah bersama. Sekian.

p/s: nak sangat air, habis je ceramah tadi hujan mencurah-curah jatuh ke bumi. kenapa tak tadah je?hehehe

~WaKd0b~

Tuesday, November 23, 2010

ADUN SEKINCHAN - Yok Mangan Celeng!


Selasa, 23Nov2010 - YB Ng Sue Lim (DAP - ADUN Sekinchan). Hari ini Yong nak bercerita bukan nak tabur fitnah ke apa. Nak menyebarkan kebenaran, bukan penipuan, dari pihak pembangkang mahupun kerajaan, merungkai segala persoalan, menyingkap agenda sebenar perosak negara di kawasan penempatan Yong.  Ng Sue Lim pujaan bangsa Celeng dan Ireng di kawasan Sekinchan kerana membawa ideology komunisnya dan melempiaskan janji-janji manis agar hak kedua-dua bangsa yang 80% tinggal di DUN Sekinchan dapat didengari oleh pihak kerajaan. Walaupun tahu bercakap Jawa sedikit tetapi sumpah Yong tidak berapa faham apa yang dikatakannya. Benarkah beliau menjalankan amanah yang diberi? adakah beliau orang tempatan yang bermastautin di Sekinchan? adakah beliau ada tatkala rakyat mahu kan keadilan?

Al-maklum, DAP dan PKR merupakan parti yang lemah di Parlimen Sg. Besar tetapi jangan terlepas pandang tentang bangsa Celeng ini. Walaupun mereka dari berlainan parti tetapi bangsa Celeng ini tetap sebangsa oleh itu mana-mana parti yang diletakkan bangsanya sendiri akan dipangkah. Sebab itulah YB ini menang besar mengalahkan calon Melayu. Ini kebenaran yang pertama.

Yang kedua, dimana rumah YB ini? di Parit 8, 7, 6, 5, 4? bukan sama sekali. Beliau tinggal nun jauh di Subang. Bersandarkan kemewahan di bandar besar dan hanya pulang ke kampung sekali seminggu. Beliau tidak boleh terkena miang padi nanti kulit merah-merah, gatal-gatal. Sebab itulah banyak perkara mengenai kampung Yong tidak diketahui nya. Pernah dengar di Buletin Utama, Pusat Perjudian terbesar di Selangor kantoi walaupun hanya beberapa meter dari Balai Polis? Ya! Dengan bangganya di Sekinchan lah tempatnya. Dimana YB menghilang apabila kes ini berjaya dihidu? Senyap.

Mahu dibuka nya rumah-rumah urut dan pusat karaoke di sg.besar dan sekinchan. Memang sudah di rasmikan oleh beliau keran Pakatan Haram mengambil alih. Pusat Karaoke pertama di Sungai Besar pada 2009. Memalukan. Mengapa tidak dipromosikan sawah padi, pantai, kelong, kelapa sawit, kraf tangan, kerepek dan macam-macam hasil kampung? Mengapa rumah urut dan pusat karaoke juga yang menjadi pilihan? Kerana tuan punya kedai-kedai ini merupakan bangsa Celeng juga. Siapa lagi mahu tolong kalau bukan bangsanya sendiri. Ini kebenaran yang ke-3. Kalau tidak percaya, jemputlah datang ke sungai besar dan sekinchan.

Baru-baru ini digemparkan dengan insiden berdarah, YB Ng Sue Lim dipukul beramai-ramai oleh orang kampung Tanjong Karang yakni kawasan kendalian Noh Omar (MP Tanjong Karang). Kenapa dipukul? Sebenarnya bukan dipukul, hanya dihalau orang kampung kerana beliau mengganggu perbincangan orang kampung mengenai kawasan padi dan harga padi yang rendah. Beliau ingin menjadi hero tetapi salah langkah terpijak taik lembu. Ng adalah orang bandar yang tidak tahu menahu tentang penderitaan dan kepayahan seorang petani, hanya pandai berdemonstrasi dan cakap tidak serupa bikin. Tidak ingin menyelesaikan masalah mereka. Hanya tahu menyalahkan kerajaan persekutuan. Fikir dulu Celeng. Ireng juga yang tersepit ditengah-tengah tanpa pembelaan. Siapa suruh pangkah Celeng. Taus!

p/s:  ayuh bercuti di Sabak Bernam dan menetap di D'Muara Marine Resort, Sg. Hj. Dorani berlatar belakangkan Laut China Selatan.

~WaKd0b~

Friday, November 19, 2010

Edisi Pakatan: Gelak Kuat-kuat

Apa?? Kula keluar DAP, Zaid keluar PKR? sungguh tidak percaya Yong apabila dua buah parti haram ini akan mengalami kehilangan orang kuat partinya.  Impak kepada parti akan ternyata dahsyat. 


Yang pertama, Kula keluar DAP, kemungkinan besar puak golongan estet ini akan keluar beramai-ramai meninggalkan DAP.  Maka DAP akan termaktublah sebagai parti Celeng dan bukan lagi Demokratic Act untuk rakyat Malaysia. Maka akan terungkailah ke"kiasu"an kaum Celeng di dalam parti ini.  Akan menidakkan hak kaum lain yang bernaung di bawah payung Celeng. Busuk punya orang. Tidak lama lagi akan terlaksanalah tujuan asal mereka untuk menguasai politik Malaysia lalu menjadi seperti Singapura. Adakah Kapal or Gobin membutakan telinga, memekakkan telinga sahaja? Kita lihat sandiwara seterusnya.


Yang kedua, Zaid keluar PKR, maka akan lebih panas punggung lah si Anwar bt. Ibrahim kerana beliau hanya ada seorang orang kanan sahaja yang tinggal yang begitu di manjakan iaitu Azmin. Berbaloi kah Zaid jika keluar parti dan tubuhkan parti baru? Berapa lah sangat pengikut yang dia ada sekarang ni. Fikir masak-masak Zaid sebelum bertindak.


Sambung sedikit mengenai HINDRAF yang memperjuangkan kaum Hindu nya. Dah lama Yong simpan tapi tidak kesampaian hendak meluah kata. Kumpulan yang kononnya memperjuangkan kaum Hindu dengan mendapatkan geran tanah untuk kuil-kuil yang dibina di Selangor. Yong nasihatkan jangan bagi la sebab apa? yang pertama mereka ini adalah penjajah tanah kerajaan, Ya! kerana kita sedia maklum kuil mereka yang sebenar hanyalah kecil dan menumpang tanah kerajaan untuk tempat ibadat. Kerajaan tidak menghalang kerana hanya sedikit kawasan yang diambil. Tetapi lama-kelamaan mereka ini meluaskan tanah jajahan mereka hingga kerajaan hendak membangunkan tanah sendiri pun dihalang kerana kuil mereka akan dirobohkan. Boleh tengok sendirikan betapa haprak pemikiran mereka. 

~WaKd0b~

Thursday, November 18, 2010

SELESAI AIDILADHA


Penat sehari melapah lembu. Hanya kepala sahaja berjaya dibawa pulang. Walaupun tidak ramai anak muda yang pulang ke kampung Aidil Adha ini tapi suasana kampung yang penuh sepakat melupakan perbezaan politik dan bergotong royong melancarkan majlis amat menarik. Bersatu teguh bercerai roboh.

~WaKd0b~

Sistem Dajjal


Sistem Dajjal menguasai dunia moden kini
Tahukah anda bahasanya sistem Dajjal yang ada di sekeliling kita sudah hampir sangat mencapai keSEMPURNAan untuk membolehkan Dajjal Laknatullahl ini keluar di Khurasan?
Sekarang kami akan bagitahu anda, apa dia itu sistem Dajjal:
1- sistem kewangan islam berjaya dihapuskan secara mutlak (agenda dajal berjaya)
  • dinar & dirham digantikan dengan sistem kertas yang tiada harga
2- wang kertas berjaya digunapakai 1 dunia (sistem dajjal)
  • islam hanya meredhai emas & perak sebagai nilai matawang
3- wang kertas akan digantikan beransur2 dengan wang elektronik (sistem dajjal)
  • dari duit emas dan perak bertukar menjadi duit kertas
  • dari kertas bertukar menjadi duit digital
  • kad kredit, kad debit, paypal, e-dagang, e-point, e-gold
  • moneybooker, digital check
4- berita2, media2, disampaikan & dikuasai oleh mereka yang bukan ahli (sistem dajjal)
  • CNN, ABC, BBC, Hollywood, Warner Bross, Disneyland
5- ekonomi dunia dikuasai ejen2 dajjal melalaui YAHUDI.
  • VISA, MASTER CARD, AMERICAN EXPRESS, NYSE, DOW JONES)
  • Makanan segera jenama dunia, baru bulan lepas anda memakannya)
  • Pakaian berjenama, salah sorang keluarga anda dah memakainya)
  • Seluar berjenama, anda sedangpun memakainya)
  • teknologi terkini, anda sedang pun memegangnya)
6- pyramid agung dan pyramid dunia (milik golongan elit korporat)
  • Binaan pyramid merupakan salah 1 tanda dan ASBAB pastinya munculnya Dajjal.
  • Pyramid merupakan salah 1 sistem terbesarnya.(sekiranya anda perasan, setiap bandar utama di setiap negeri di setiap negara di seluruh dunia sudahpun ada binaan pyramid)
  • Pyramid merupakan 1 saluran tenaga super hebat yang dapat disalurkan dan digabungkan di seluruh dunia
  • Setiap pyramid akan memancarkan tenaga ke langit untuk tujuan keTENAGAan.
  • Dengan kaedah yang sama juga,Kubah2 masjid di seluruh dunia memancarkan tenaga yang sama hebat,
  • Bezanya Kubah Masjid banyak memancarkan gelombang positif dan kebaikan,saya cabar anda masuk ke masjid sekarang juga,
  • Dengan konsep yang sama,binaan pyramid juga memncarkan dan menyalurkan tenaga,dan anda sedia maklum,cahaya matahari yang pekat membahang dari jarak jauh,sungguhpun merbahaya,
  • Tetapi tenaganya digunakan untuk KEBAIKAN & MANFAAT manusia,dan anda kena faham,tenaga juga boleh dipesongkan untuk kejahatan…
  • Pyramid ini salah 1 cabang sistem dajjal,sekiranya semua monumen pyramid di seluruh dunia,memancarkan tenaga pada masa2 tertentu dan terpilih,dan kekuatan yang dikumpulkan itu cukup pada “timingnya”…
maka awaslah kemunculannya…

Bangunan Dajjal
Lokasi pyramid ada di mana2,kami mulakan dengan piramid zaman silam,itu sebablah bukan sahaja Nabi Muhammad memesan pada umatnya tentang bahaya kekuasaan Dajjal, malahan nabi2 terdahulu pun amat risau tentang Dajjal ini,kalau2 dia berjaya muncul.Dan malangnya,tiada 1 sejarah pun merekodkan yang Dajjal berjaya keluar dari kurungannya,apakan lagi merantau seluruh dunia untuk menjalankan agendanya.Tiada 1 pun rekod di masa silam menunjukkan Dajjal itu pernah keluar dahulu,dan anda atau anak2 andalah yang bakal merasai bahangnya tidak lama lagi

Lokasi Pyramid lama:
  • Mesir (lebih dari 3 bijik)
  • China (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
  • Jawa (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
  • Dasar laut selatan Jepun (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
  • Mexico (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
  • Tamadun Maya (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
  • Eropah (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)


Lokasi Pyramid moden:
  • KL (Public bank, Sunway, Damansara, Ambank)
  • Hollywood
  • Dubai
  • Semua bangunan korporat (perhatikan puncaknya mesti ade pyramid)
  • Anda carilah sendiri dah bersepah2 sekarang di Malaysia…

Friday, November 5, 2010

2010 KEBANGKITAN ANAK MUDA



http://seutastasbih.blogspot.com  

Kalau diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan. Baik dari segi usia (masa pencapaian potensi maksima) mahupun dari segi lingkungannya yang berupa lingkungan akademis. Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya.
Itulah sebabnya kebanyakkan pergolakan atau penentangan kepada penguasa bermula dari kampus. Orang-orang yang sedang memiliki “idealisme fitrah” itu kalau dihadapkan pada sebuah ketidakadilan atau sesuatu yang tak sesuai dengan idealisme itu, maka timbullah jiwa yang memberontak. Dengan demikian muncullah gerakan-gerakan menentang penguasa yang digerakkan oleh mahasiswa. Disitulah terlihatnya kehebatan gerakan ini. Pemerintah atau penguasa sebenarnya tidak begitu selesa dengan situasi ini, sehingga terkadang gerakan ini harus dihentikan dengan keras, ugutan dan tidak terlepas yang dikenakan undang-undang zalim terhadap mereka iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).
Gerakan Mahasiswa merupakan sebuah gerakan yang tak mudah ditambat tengkoknya dan dicucuk hidungnya. Dibanding masyarakat awam, mereka ini jauh lebih faham dengan situasi politi terkini. Dunia kampus telah menyajikan jendela bagi mereka untuk membuka mata melihat apa sebenarnya yang terjadi saat ini. Dari kampus ini pulalah terlahir gerakan-gerakan atau perkumpulan mahasiswa yang wujud kesatuan aksi, himpunan dan sebagainya. Kebangkitan gerakan mahasiswa yang dijalankan hampir setiap kampus di Malaysia saat ini, semakin menambah wawasan dan keterampilan politik para mahasiswa.
Namun hanya bermodalkan mahasiswa saja belum menjamin akan menjadi seorang yang memiliki sebuah idealis terutama yang bersangkutan dengan ilmu politik. Secara garis besar mahasiswa dibahagikan menjadi dua; aktivis kampus dan study oriented. Mahasiswa yang ber”mazhab” study oriented hanya memiliki satu misi dalam kuliahnya; belajar dan mencapai nilai pointer setinggi-tingginya. Mahasiswa jenis ini tak akan mengambil tahu dengan percaturan politik yang sedang berlansung. Baik politik internal atau politik kampus, apatah lagi politik di luar kampus (negara). Berbeza dengan mahasiswa yang bergelar aktivis kampus. Mereka ini memiliki pengetahuan yang tinggi terhadap segala apa yang dicorak oleh penguasa, baik di dunia kampus ataupun juga dunia luar kampus.
Memang banyak godaan dan tangan-tangan gelap yang menghalang seorang pemuda pada masa ini untuk melihat kebenaran dan keadilan, namun disitulah letaknya tentangannya. Tentangan yang harus diharungi seseorang untuk mencapai kejayaan itu. Banyak anak muda yang terlena dengan berbagai macam godaan sehingga ia terlupa akan potensi-potensi yang sedang dimilikinya. Dengan demikinan maka beruntunglah mereka yang tak terlena oleh godaan-godaan itu serta dapat memanfaatkan potensinnya yang ada.
Peranan mereka sebagai mahasiswa pada saat ini bukan hanya sekadar duduk dan mendengarkan sahaja pemerintah berbicara. Mereka merasakan dan menyedari keprihatinan akan keadaaan Malaysia, mereka berjuang dan cita-cita mereka hanya satu, memberi kesan yang besar bagi tranfomasi Malaysia yang lebih baik dan bermartabat. Walaupun keadaan ini tidak disenangi beberapa pihak yang ingin menjaga sesuap nasi mereka, akan tetapi ini bukanlah satu perkara yang besar bagi mahasiswa yang berjiwa tinggi untuk menyatakan kebenaran, menegur kemungkaran.
2010 merupakan tahun kebangkitan gerakan mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) bukan lagi akta yang melindungi dan memberi kebaikan kepada mahasiswa khususnya tetapi akta ini menzalimi mereka dan menghalang suara-suara mereka yang ingin menyatakan kebenaran. Ayuh anak muda harapan Agama, harapan Bangsa dan Negara, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan Blog, Facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, dan pastikan senjata itu sentiasa tajam untuk menikam musuh yang menghalang.
“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” Wallahualam. 
******************************************************************************
PAS sudah memulakan operasi untuk menarik golongan mahasiswa atau golongan muda untuk mengundi mereka. Mereka tidak sedar yang UMNO telah lama menjalankan usaha kearah membawa anak muda ke jalan yang benar. Khususnya di Sungai Besar sendiri pelbagai program telah dijalankan untuk anak muda mengetahui siapa sebenarnya PAS, PKR, DAP. "Menawan kampus, bermakna kita menawan negara"? Jauh betol pandangan ahli PAS ini. Kampus adalah tempat untuk menimba pengetahuan bukan tempat untuk berpolitik. Tolong jangan dicampur adukkan dan memainkan sentimen seperti itu. Kami dari Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar tidak pernah menggalakkan para mahasiswa di bawah naungan kelab bermain politik di dalam kampus. Matlamat kami hanya ingin mengadakan aktiviti bersama mahasiswa semasa cuti semester. Tidak lebih dari itu. Tidak akan membabitkan mahasiswa dengan politik atau berkempen bersama kerana kelab tahu batas-batas mahasiswa. Puak PAS janganlah meniup api untuk memarakkan lagi anak muda khususnya mahasiswa untuk menawan negara kerana semua ini hanya sia-sia. Apabila didapati mahasiswa ini terlibat dengan mana-mana kempen parti politik, mereka tetap dikenakan hukuman dan ini akan menjejaskan masa depan mereka dan menghancurkan harapan negara. 
p/s: politik bagus, kalau tidak berpolitik lagi bagus.
~WaKd0b~