Konco-konco ku

Thursday, August 27, 2015

AZMIN TERSEPIT KERANA NIAT MENYAMUN DIGANGGU!! #DEIG

PELIK! Sungguh pelik malam ini apabila Chegu Bard yang sebelum ini menjadi jurucakap pembangkang tegar di Malaysia seolah-olah menjadi penyokong kerajaan pimpinan Najib.

Waibi Budiman, mengulas dengan panjang lebar berkenaan niat Azmin yang mahu merompak harta rakyat Selangor namun mujur beliau pantas membongkar pengkhianatan amanah rakyat kepadanya sebagai MB Selangor.

Dari MBI sehinggalah wujudnya syarikat Sdn Bhd iaitu DEIG yang ditubuhkan semata-mata mahu mengaburi mata rakyat Selangor agar harta negeri dapat dirompak dengan terancang.

Manakala luahan Chegu Bard malam ini bagaikan bukan seorang ahli PKR. Mungkin sudah kecewa dengan PKR yang semakin meminggirkan SAMM pimpinannya, maka terpaksalah beliau berpaling kerana sudah hilang dahan untuk berpaut.

Chegu Bard mengulas tentang Tun M yang tidak ikhlas dalam membela nasib rakyat Malaysia apabila hanya membicarakan soal 1MDB bukannya soal rakyat seperti DEIG.

Malah, Chegu Bard malam ini mengumumkan bahawa ahli SAMM tidak akan turun ke demo Bersih 4 pada Sabtu ini kerana tujuan asal adalah untuk menjatuhkan DS Najib Razak, bukannya mahukan pilihan kerajaan yang benar-benar bersih.

Bagaikan sudah berpaling tadah, Chegu Bard nampaknya lebih UMNO dari UMNO.

Namun, respect kepada Waibi Budiman yang berani berdepan dengan kelantangan Chegu Bard yang terkenal dengan mulut puakanya.

Syabas kepada Suara.Tv kerana berjaya menganjurkan wacana seperti ini.

No comments:

Post a Comment

comment please.....