Konco-konco ku

Friday, November 20, 2015

20 ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAWAH MBI RUGI 90%


Agak memeranjatkan apabila hanya 8 daripada 28 buah syarikat 'Government Link Agency (GLC)' di Selangor mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan 2014. Daripada syarikat-syarikat GLC yang mengalami kerugian berkenaan, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), yang merupakan syarikat induk utama di bawah 'Menteri Besar Incorporated (MBI)', mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mengalami kerugian besar sebanyak RM235 juta selepas cukai walapun memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM31.5 juta. Lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) adalah syarikat yang tidak aktif (dormant) yang tidak mendaftar satu sen pun pendapatan dalam tahun kewangan 2014 telah mencatatkan kerugian selepas cukai daripada RM4,000 bagi PNSB Construction hinggalah kepada RM16.8 juta untuk PNSB Development.

Manakala kesemua aset 'leisure and hospitality' milik MBI mengalami kerugian selepas cukai di antara RM294,000 bagi Bukit Beruntung Golf & Country Resort hinggalah kepada RM1.95 juta bagi Brisdale International Hotels dan kepada RM7.01 juta bagi Perangsang Hotel and Properties. 

Hebat betul pengurusan GLC di bawah Kerajaan PKR dan DAP Selangor. Itupun Dato Menteri Besar Selangor ada hati lagi untuk membiarkan syarikat GLC di bawah MBI ditadbir urus di bawah syarikat RM2 yang dikendalikan oleh 2 orang pemegang saham yang dikenali sebagai Darul Ehsan Investment Group (DEIG)!

FAHAMILAH : mereka mengaut keuntungan dan menggunakan wang dari selangor sebagai modal untuk kegiatan politik bagi merampas MALAYSIA dari BN. Tidak merasa berdosakah pemimpin UMNO SELANGOR membiarkan ini berterusan dan tidak mampu mengambil alih selangor dari DAP DAN PKR?

No comments:

Post a Comment

comment please.....