Konco-konco ku

Saturday, January 28, 2012

GEMPAR!! LAGI ASET KERAJAAN SELANGOR DI JUAL PAKATAN. UMNO JUGAK YANG SALAH!

 Kes penjualan salah satu aset terbesar kerajaan Selangor, Selangor Fruit Valley, masih dalam bayang-bayang . Tetapi berdasarkan dari risikan dalaman, Selangor telah menjual Selangor Fruit Valley kepada company kroni nya dengan alasan supaya projek ini tidak akan menjadi gajah putih lagi dan menjadi liabiliti Kerajaan Selangor.

Duit hasil penjualan tanah seluas 20,000 ekar tidak dapat dikesan kerana perkara ini disenyapkan oleh pihak tertentu. Teresa Cock, ADUN Kinrara dan Ahli Parlimen Seputeh yang bertanggungjawab ke atas pengurusan tanah tersebut terus mendiamkan diri tanpa penjelasan.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor yang mempunyai bermacam-macam anak syarikat yang bernaung dibawahnya juga senyap tanpa bicara. Serendah International Orchad yang berkeluasan 300hektar ditutup tanpa sebab. MAIS Food Insdustries yang dahulu membekalkan beribu-ribu kilogram ikan keli salai juga ditutup. PKPS Landscaping Services yang menguruskan tender-tender dari kerajaan Selangor juga ditutup. Semua syarikat yang bernaung dibawah PKPS telah ditutup semenjak pengambilalihan pentadbiran Selangor dan telah digantikan dengan syarikat-syarikat kroni yang mana mereka (exco-exco) mempunyai kepentingan di dalamnya.

Rakyat Selangor cuma mahu tahu kemana duit penjualan tanah pergi? Dan apa telah terjadi kepada syarikat-syarikat dibawah PKPS?

5 comments:

  1. kalau nfc boleh diaudit, kenapa pulak aset kerajaan s'gor yg mungkin disakau exco2 tidak boleh diaudit? rakyat s'gor cuma nk tau berapa bnyk duit rakyat yg dh disakau. itu je. yg tukang sakau cuma perlu bgtau berapa bnyk je. rakyat bukan nk sgt duit tu. dorang ada kebun, ada tanah, ada kerja utk sara hidup. org s'gor tak main dgn duit sakau2 ni. HARAM!!

    ReplyDelete
  2. mana boleh main diam-diam...ingat kepala bapak dia punya harta kerr...itu harta rakyat selangor punya laaa...siasat bukti ke sprm (bpr) adalah tanggungjawab peluang rakyat kemukakan kpd pihak yg berkuasa menjalankan tugas dunia akhirat.

    ReplyDelete
  3. patut la UMNO makin hari makin hilang sokongan.....hari2 nak buat fitnah ....ko tau ke knpa anak syarikat PKPS semua kena tutup......main pakai cakap ikut sedap mulut je.....ko tau tak semua anak syarikat yg kena tutup tu rugi berjuta2 tak pernah untung.....semua projek under kerajaan khir toyo /UMNO semua jadi gajah putih... dgn projek kilang makanan udang lah..projek keli salai lah.... projek pusat pengumpulan dan macam2 lagi kalau nak sebut pun tak habis.... UMNO UMNO.....kalau tak fitnah memang tak sah.....

    ReplyDelete
  4. Habislah harta/tanah Selangor dijual kpd cina. Puluhan ribu ekar terlepas. Terlajak perahu boleh undur, terlajak undi buruk padahnya. Menang sorak kampung terjual. Ingatkan sireh rupanya kadok.

    ReplyDelete
  5. Memang banyak anak syarikat yang dah ditutup...yang komen kat atas tu tak rasa macamana perasaan kami yang dah hilang pekerjaan...bila dah kena kat batang hidung sendiri baru la nanti menyesal tak sudah...walaupun UMNO tu banyak yang tak betul tapi sekurang2nya dah banyak tolong orang melayu...

    ReplyDelete

comment please.....