Konco-konco ku

Tuesday, January 17, 2012

AWAS! AKAUN FB "AH JIB GOR" ADALAH PM NAJIB???

KUALA LUMPUR - Perhatian semua pengguna Facebook. Kini ada kawan baru dan nama beliau ialah "Ah Jib Gor".

Ia merupakan facebook baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna  media sosial untuk mengenali Perdana Menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.

"Ah Jib Gor mula beroperasi secara online semalam (Isnin). Ini akan menjadi pelengkap atau sisipan  kepada laman media sosial sedia ada beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagaimasyarakat di negara ini," kata setiausaha politik perdana menteri Wong Nai Chee.

Beliau berkata Facebook dalam bahasa Cina ini bukan berunsurkan politik dan hanya menyentuh mengenai hobi Najib dan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan politik kerana tidak semua pengguna Facebook berminat dengan politik.

"Beliau sudah mempunyai media sosial lain yang memperkatakan mengenai politik. Beliau tidak akan mengambil inisiatif untuk memuatkan berita mengenai politik di FB bahasa Cina walaupun beliau tidak dapat menahan orang daripada memperkatakan perkara berkaitan politik di media sosial ini," katanya.

Perdana Menteri mempunyai akaun Facebook dan Twitter di bawah namanya yang telah menerima sejumlah besar  pengikut.

Wong menjelaskan nama "Ah Jib Gor" dipilih kerana ia merupakan nama popular yang diberikan kepada Perdana Menteri oleh pengguna media sosial dan oleh sebahagian besar masyarakat Cina sebelum Facebook bahasa Cina diwujudkan.

"Kami berharap dengan adanya facebook ini, sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini akan dapat mengenali diri perdana menteri sebagai seorang insane biasa," katanya.Sejak versi bahasa Cina itu dilancarkan semalam dan sehingga pukul 4.30 petang hari ini, "Ah Jib Gor" telah menarik 1,722 pengikut. – Bernama

3 comments:

  1. Aku try cari kat google akaun FB Ah Jib Gor tapi tak jumpa...tapi bila taip Ah Jib Gol@ mat monggol ada pulak!!...kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. try cari gak tadi..tp mmg tak jumpe..fake akaun ade la..maybe tulis dalam tulisan cina kot...

      Delete
  2. Hallo wak jawa!!.bekas datuk Khir toyo apa cerita tak dak bunyi kabar?..kata nak buat pengumuman arah tuju politik beliau pada 9.1.2012 sekarang dah 17 hb makna dah lebih seminggu dah tak dak apa2 berita pun!...kalau khir toyo rasa diri dah terbuang eloklah tubuh parti baru lantik Hasan Ali jadi presiden lepas tu pilihlah ahli J/K daripada katak2 yang tak bertuan macam Zul Kulim, Gobalakrisnan, Zahrain termasuk Ibrahim Ali. Apapun ini hanya cadangan...saya masih ternanti2 kenyataan dari khir toyo!

    ReplyDelete

comment please.....