Konco-konco ku

Friday, September 27, 2013

#TESTEDTEAM4UMNO BUKTI UMNO BUKAN SEMAKIN LEMAH PADA PRU13!!!

KEPUTUSAN pada PRU13 yang lalu membuktikan yang parti Melayu UMNO ini bukanlah sebuah parti yang lemah. Berdasarkan kiraan kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO pada PRU12 pada 2008 yang lalu sebanyak 79 kerusi, manakala pada PRU13 kali ini UMNO menunjukkan yang parti ini masih lagi mendapat kepercayaan rakyat Malaysia terutama orang Melayu dengan 88 kerusi parlimen.

Jumlah 88 kerusi parlimen yang dimenangi UMNO sebagai sebuah parti tunggal, hampir menyamai dengan 89 kerusi parlimen yang dimenangi oleh pakatan dalam gabungan tiga buah parti (DAP, PKR, PAS).

Jadi dimanakah yang memperlihatkan yang UMNO itu dilihat semakin lemah dan dikatakan semakin ditolak rakyat? PAS sendiri dalam akhbar mereka mengakui yang parti konon Islam mereka itu tidak mendapat sokongan orang muda Melayu. Malah, bilangan kerusi mereka juga merosot dengan amat teruk dari 73 (PRU12) kepada hanya 52 kerusi parlimen sahaja pada PRU13 Mei yang lalu.

#TestedTeam4UMNO

Selepas selesai PRU12 pada 2008, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah meletakkan calon-calon yang memang dilihat punyai aura untuk membantu rakyat atas kemenangan mereka dalam pilihanraya malah dalam pemilihan agong UMNO. Dengan meletakkan Timbalan Presiden parti beserta dengan 3 orang Naib Presiden parti dilihat semakin mengukuhkan keadaan yang masa itu berlaku tsunami dimana BN telah kehilangan 5 buah negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan) dan merupakan keadaan paling kritikal dan genting saat itu. Mujurlah 3 orang pemimpin pakatan dari Perak keluar parti dan menyokong kerajaan, maka tertubuhlah kerajaan BN negeri Perak selepas 11 bulan dibawah pemerintahan PAS.

Najib, Muhyiddin, Zahid, Shafie, Hisham - Mereka inilah 'tested team' dalam UMNO yang cuba dirangka oleh Perdana Menteri. Bayangkan dalam saat genting 2008, mereka masih lagi boleh berdiri teguh membina semula empayar kekuasaan Melayu dengan hanya berlandaskan majoriti bukan 2/3 semasa zaman Tun Mahathir. Lagipun Najib hanya sekadar menyambung tugas Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009 dengan keadaan parti dan negara yang sedikit kucar-kacir selepas pembebasan Anwar Ibrahim.

Kenapa harus dipersalahkan DS Najib dalam kekecohan negara sehingga hari ini? Adakah team transformasi yang digubal DS Najib tidak meninggalkan apa-apa kesan?

Cuba dilihat dan direnung dari sudut pandang positif. Apa yang telah 'tested team' ini lakukan sejak dari tahun 2009 lagi. DS Dr. Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri, DS Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menunjukkan kerja mereka dengan cukup tersusun. Walaupun ada beberapa perkara yang masih menjadi perbualan sehingga menjadi sejarah hitam kepada Naib-naib Presiden ini, namun itulah onak dan ranjau dalam perjuangan.

Masing-masing punya kelebihan, masing-masing punya kekurangan. Manusia tidak pernah dilahirkan sesempurna ciptaan. Kerana itulah dalam kerja sepasukan harus punyai ramai orang yang punyai pelbagai kemahiran agar setiap lompang dapat ditampung tanpa meniggalkan kesan.

Cuba renungkan. Cuba fikirkan.

3 comments:

  1. Tuan Jawa yg dihormati, pertamanya presiden & timbalan sudah menang tanpa bertanding. keduanya naib2 presiden, apakah kesemuanya sudah perform sebagai pemimpin parti & kerajaan? sebab takde KPI yg boleh kita jadikan pengukur, marilah kita rujuk kpd tanggapan ahli2 parti. ternyata di sana sini mahukan perubahan di kalangan naib2 presiden. ade antaranya mempamerkan kepimpinan yg rendah. maka umno dna ahlinya berhak mendapat pasukan yg lebih kuat berbanding testedteam yg tuan war2kan ini. sayugia diingat, jika keputusan pru12 & 13 dianngap satu trend, apakah ia trend meningkat atau menurun? pru12, bn 140 kerusi dewan rakyat, pru 13 133 kerusi walaupun berbillion2 ringgit dibelanjakan khususnya melalui kerajaan utk menarik undi rakyat. pru14 klu meningkat takpe, klo menurun samapi 100 kerusi mcm mane? walaupun umno 100 kerusi tapi klo kerusi bn merosot shin gga rendah drpd pr? sebagai pendokong parti yg tulus kita kena pikir buruk dulu. jgn ya dato ya dato sampai bos hampir tumbang mcm dato najib sendiri kena di pekan dulu!

    ReplyDelete
  2. 88 KERUSI!!. ITU BELUM DEIKIRA KERUSI PBB DISARAWAK.YANG BOLEH DIANGGAP KERUSI UMNO.KENAPA DIKATAKAN BEGITU? INI KERANA PBB BOLEH DIANGGAP KAN SEBAGAI "UMNO SARAWAK"
    KERANA UMNO TIDAK BERKEMBANG KESARAWK.PBB UMPAMA "ADIK" KEPADA UMNO (.ADIK YANG MEWAKILI ABANG NYA)

    ReplyDelete
  3. saya melihat kemenangan umno dlm pr13 turut dibantu sikap buruk pakatan rakyat, yg merusuh,isu kalimah allah,kecelaruan dlm isu melayu dan agama islam oleh mereka, serta perilaku pemimpin dan penyokong mereka yg tidak baik.. hingga ahli2 pas sanggup memijak bendera dap..
    senang ckp org mengundi bn krn tiada pilihan yg lebih baik.. bkn krn gerak kerja umno dan bn sgt.. walau berjuta dihabiskan utk menarik undi..

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...