MARAH betul Pemuda PAS Selangor yang mula mempertikaikan kecekapan Khalid Gagap dalam mengendalikan negeri Selangor. Ditanya pasal perkembangan bola sepak negeri yang dilihat semakin merudum dan ramai pemain berbakat dari Selangor sudah berpindah, mulalah Khalid memberi pilihan kepada Pemuda PAS terbabit sama ada mahu memilih pembangunan Masjid ataupun Bola Sepak.
Hebat Khalid Gagap ni. Boleh pulak nak samakan antara masjid dengan bola sepak. Padahal dua-dua perkara ini boleh dianggap penting. Satu untuk pembangunan insaniah, satu lagi untuk pembangunan rohaniah. Apa masalahnya?
Khalid dakwa simpanan negeri Selangor bernilai berbilion-bilion ringgit. Tapi adakah untuk disimpan??
Kenapa Khalid terlalu jaga sangat DUIT RAKYAT!!
Duit kerajaan negeri Selangor juga adalah duit rakyat!! Jadi, Khalid harus bijak sikit lah nak bahagi-bahagikan duit rakyat Selangor. Kami juga bayar cukai. Kami juga mahukan pembangunan masjid mahupun bola sepak.
Kalau setakat pergi Bangkok bawa exco untuk bermesyuarat di sana boleh pulak. Tapi kenapa apabila rakyat mahukan dana yang berbillion itu disalurkan kepada bola sepak negeri amat berat?? Adakah wang rakyat Selangor hanya untuk kepentingan para exconya sahaja???
No comments:
Post a Comment
comment please.....