Konco-konco ku

Friday, October 19, 2012

DULU CINA PUN MARTABATKAN TULISAN JAWI, SEKARANG??

Dulu kedai bangsa Cina memang diindahkan dengan papan iklan kedai yang bertulisan jawi. Memang dulu kita hidup dalam keadaan yang teramat harmoni. Boleh bercampur antara satu sama lain walau berbeza agama, bahasa, kaum dan pelbagai lagi yang tiada kesamaan langsung antara yang lainnya.

Kini itu semua hanyalah tinggal kenangan yang mustahil untuk terungkit kembali. Kedai Cina namun tulisan iklan jawi. Berbangsa Cina namun pandai tulis jawi. Malah lebih hebat dari Melayu itu sendiri.

Tapi lihatlah sekarang, mana perginya bangsa Cina yang baik hati? Mana perginya bangsa Cina yang dahulu boleh menjadi rakan karib pada Melayu? Semua itu tinggal kenangan.

Bila tiba-tiba muncul pula pengkhianat persefahaman antara kaum yang menjahanamkan keharmonian masyarakat di Malaysia. Maka bermulalah permainan rasis untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia. 

Diasingkan kaum Cina dari Melayu, kaum India dari Melayu. Dipropagandakan semua isu yang bersifat perkauman. Digembar-gemburkan permusuhan antara kaum. Sehingga terhilangnya tulisan jawi yang masih tinggal berbaki di petunjuk jalan.

Dilupuskannya tulisan jawi kononnya tidak melambangkan rakyat berbilang kaum dan lebih ngeri ada yang berkata boleh mengecilkan hati kaum lain di Malaysia. Apakah kesudahan cerita ini? Adakah kita hanya mampu melihat? Tiadakah solusi yang patut kita buat untuk mengembalikan kenangan seperti dulu kala?


1 comment:

  1. Kat Ganu tu ... dek sebabkan MB PAS dulu paksa semua kedai ada tulisan jawi dan model iklan tutup aurat - kan manis iklan Celcom/Digi/Maxis tutup aurat.

    Tapi kat KL ... tempat DAP ... disimpang Jalan Sultan Jalan Hang Jebat ... nak naik gi Stadium ... ada poster ... termasuk tulisan Jawi ... tuntut pertahan Jalan Sultan

    Gi tengok.

    ReplyDelete

comment please.....