Konco-konco ku

Sunday, October 14, 2012

KERAJAAN SELANGOR JANGAN GANGGU KETENANGAN PETANI


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meminta kerajaan negeri Selangor agar tidak menghalang pelaksanaan projek pengairan di kawasan jelapang padi negeri ini dengan pelbagai kerenah birokrasi.

"Saya dimaklumkan bahawa projek pembinaan kolam takungan air untuk pesawah di Sungai Haji Dorani tidak dapat diteruskan oleh Kementerian Pertanian kerana permit tanah dan batuan belum lagi dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan padi di Kampung Sawah Sempadan yang diserang penyakit.

Beliau berkata permit itu amat penting bagi membolehkan tanah dan batuan dari luar diangkut ke tapak kolam bagi membina ban di kawasan sekeliling seluas 80 hektar, yang boleh menyediakan 1.5 juta meter padu air.

"Projek bernilai RM26 juta itu sepatutnya siap Ogos lepas, namun kini baru

45 peratus siap sejak dimulakan tiga tahun lepas... oleh itu, projek ini disambung setahun lagi," katanya.

Noh berkata jika projek itu siap, ia akan membantu 1,800 pesawah di Sungai Besar dan Sabak Bernam menangani kekurangan air terutama ketika musim kemarau.

Beliau berkata selain itu, projek penyenggaraan terusan pengairan Ban Canal dan Sungai Tengi, yang bernilai RM10 juta, berdepan masalah apabila jengkaut kontraktor disita kerajaan negeri.

Katanya, pihak kementerian dikompaun RM800,000 dan ia sudah dibayar bagi membolehkan projek itu diteruskan.

Noh juga berkata projek pengairan di kawasan jelapang padi itu akan diteruskan walaupun mendapat halangan dariapda kerajaan negeri dalam pelbagai bentuk.

Mengulas penyakit padi, beliau berkata tinjauan beliau hari ini mendapati hanya 20 hingga 30 peratus kawasan padi di Sawah Sempadan diserang penyakit bena perang, bintik perang, ulat batang, lecur daun dan reput tangkai.

Beliau berkata sehubungan itu, pesawah perlu rajin turun ke bendang memeriksa padi mereka sekurang-kurangnya enam kali semusim supaya penyakit berkenaan dapat dicegah lebih awal.

-Sahabat Gunung-

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

comment please.....